PELIK KASI TARUK! MACAMANA ANWAR TAHU ADA USTAZ KANTOI? KERJA JAHAT SIAPA NI?

Perangai jahat dan khianat oleh Anwar Ibrahim demi menyelamatkan kerjaya politiknya, tidak pernah berhenti selagi dia tidak disumbat ke dalam penjara. Semakin dekat dengan hari dia untuk berhadapan dengan realiti Mahkamah Persekutuan, semakin kalutlah dia dan para tenteranya mencari-cari jalan untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan, khususnya kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Pada tahun 2008, Anwar Ibrahim telah melakukan pelbagai perkara fitnah, terutama sekali membabitkan kematian model dari Mongolia yang merupakan perempuan simpanan salah seorang kawan Najib Abdul Razak. Berbanding menyalahkan Razak Baginda, Anwar Ibrahim dan konco-konconya mengaitkan kematian dan pembunuhan Altantuya Shiiribu dengan Najib Abdul Razak serta pembelian dua buah kapal selam untuk TLDM yang telah dibuat pada tahun 1995 ketika Anwar Ibrahim masih lagi menjadi Menteri Kewangan Malaysia.

Seterusnya pelbagai fitnah berleluasa sepanjang 2008 sehingga 2012, sehinggakan kes liwatnya pun diputarbelitkan untuk dijadikan kes fitnah UMNO ke atas dirinya. 'Kerjasama' membabitkan peguam dan hakim, membolehkan Anwar Ibrahim menang banyak kes saman selepas itu untuk membuktikan yang dia tidak bersalah dan dia adalah mangsa fitnah.

Tengah malam tadi, pemain-pemain media sosial pro-UMNO telah terjebak dengan permainan jahat dan khianat Anwar Ibrahim apabila mereka menyebarkan klip video individu menyerupai Azhar Idrus bersama seorang wanita yang menyerupai isterinya sedang melakukan hubungan intim. Agak bijak kerana faktor masa membolehkan klip video tersebut tersebar sebelum penjelasan diberikan membabitkan strategi 3D (Distraction, Diversion, Division - gangguan, alih perhatian dan pembahagian) yang seringkali digunakan oleh Anwar Ibrahim dan PKR.

Namun mungkin ramai yang tidak sedar, ketika berceramah di hadapan hampir 600 orang penyokong berbanding 10,000 orang jangkaan awal, Anwar Ibrahim sebenarnya telah pun memberikan klu bahawa PKR dan dia sendiri sedang merancang sesuatu untuk mendapatkan sokongan yang lebih meluas terutama sekali daripada ahli-ahli PAS yang selama ini telah meramaikan demonstrasi atau perhimpunan yang dianjurkannya.

Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar Ibrahim yang sentiasa menyalahkan UMNO, menyentuh tentang program 'SENTUH ANJING' yang menurutnya hanyalah satu kesalahan ringan. Malah dia memberikan contoh bagaimana terdapat perkara-perkara lain yang lebih besar dan kerosakan-kerosakan yang dilakukan oleh pelbagai golongan berkuasa termasuklah USTAZ YANG MEMINUM ARAK. (BACA DI SINI)

Dengan kehambaran 'RAKYAT HAKIM NEGARA' yang kian berpanjangan dan kelihatan seperti tidak berkesudahan, Anwar Ibrahim tentu sekali akan memanipulasikan isu terbaru ini dengan seoptimum mungkin bagi membangkitkan kebencian terhadap UMNO yang dituduh menfitnah kaum ulama dan ahli-ahli agama seperti Azhar Idrus. Dan sekiranya, isu ini juga tidak berpanjangan, Anwar Ibrahim akan mencari jalan lain, asalkan pada 28 dan 29 Oktober nanti, orang-orang PAS akan berhimpun di hadapan Istana Kehakiman berbanding di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang bakal menyaksikan perbicaraan melibatkan Presiden PAS dalam saman yang dikemukakan oleh PKR.

House PK: Ini aku kutip dari Buletin Sengal.  Macamana Anwar boleh sebut benda ni dan tetiba pulak video tu keluar semalam. Wahai penyokong Ustaz Azhar, sesungguhnya Anwar nak bunuh karekter ulamak di Malaysia ni. Anwar patut diajar! Melampau dah ni...

17 Responses to "PELIK KASI TARUK! MACAMANA ANWAR TAHU ADA USTAZ KANTOI? KERJA JAHAT SIAPA NI?"

  1. Fitnah memfitnah ini budaya wajib sebagai seorang islam. Kalau tak pandai buat fitnah they are not qualified to be called Muslim. Contoh ... Walau bertaraf ulamak tapi memfitnah pihak yang tak sependapat dengan mereka. , itu prkara biasa. Siapa yang sebar fitnah Umno Tolak Islam , siapa yang fitnah Umno Kafir Kerana Bertahaluf Siyasi Dengan Party Bukan Islam. Pada hal semut yang melata pun tahu mesjid yang bertaburan di bumi Malaysia ini dibina atas usaha dan bantuan Umno. Pada hal biawak yang mengendap mencari mangsa pun tahu pihak yang memfitnah Umno kafir kerana bertahaluf siyasi dengan party orang kafir kini juga bertahaluf siyasi dengan party orang kafir first degree. Tak first degree lagi kalau sampai mencabar OVER MY DEAD BODY berkenaan pembentukan negara Islam.

    Hanya biawak saja yang mengiktiraf pemimpin party itu sebagai ulamak dan pejuang Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn Anon 1.43 AM....Selagi dinamakan manusia, walaupun serban sebesar tong sampah, tudung sampai melirik ditanah, mulut pun masih tak boleh dijaga. Nampak kuman seberang laut, gajah depan mata tak nampak. Ludah keatas, last2 tertepek kat muka sendiri. Sanggup maruah diri dan agama dihina / dikeji hanya sebab mengejar harta / pangkat didunia. Ilmu agama yg dipelajari disalah gunakan demi kepentingan diri. Membenci dan mengutuk org2 yg telah berjasa tanpa disedari menggunakan kemudahan2 yg disediakan. Susah sangatkah nak berterima kasih dan bersyukur dgn nikmat yg dinikmati ini??????

      Delete
  2. ALOOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU....SAMBUNG SIKIT LAGI HAIH.......SEBELUM ISLAM NEIK ALLAH MEMATIKAN ULAMAK2 DAN ORANG SOLEH, YANG TINGGAL HANYA MALAON2 TERMASUK ADIK2 BEWAK SUMA. DI KALA MAKSIAT BERLELUASA. BERZINA DI TEPI JALAN SAJA, MAKA TIMBULNYA DAJJAL. DAJJAL NI HEBAT. TUHAN KASI KAT DIAKEHEBATAN SIHIR. DIA BULIH WAT HUJAN DAN KEMARAU, DIA BULIH BAGI EMAS DAN BERLIAN TAPI KENA NGAKU DIA TUHAN.

    MASA NI PUAK2 BEWAK JOLI SAKAN. MENIPU TERANG2 PASAI NAK IDUP SENANG AMBIK BODO MENGAJAQ, ADA KA MASOK AKAI ORG YG DIA SENIRI UPSR PUN BUNGKUIS P BAGI JADI CIKGU. SANGGUP AMEK BDK UPSR BUNGKUIS MASUK SEKOLAH GRAF RENDAH BAGI SENANG MASUK U, SAT G KLUAQ MINTAK JQAF BULIH MENGAJAQ KT DAMAR LAUT. NAK MAKSIAT APA PON ADA. KALU JUDI LEBIH BEIK DARI JUDI BOLA SEPAK PON ADA.DAJJAR MERINTAH DUNIA DALAM MASA 40 HARI.... ADA RIWAYAT KATA 2 TAUN.

    MASA TURUN LA NABI ISA UNTUK MELAWAN DAJJAL DAN MEMBEKI KEROSAKAN YANG DILAKUKAN DAJJAL.NAK HABAQ NABI ISA MERINTAH NGAN HUKUM HAKAM MAKNUSIA KA..... OH....BUKEEEEEEN, BUKEEEN. TENTU LA NABI ISA MERINTAH HUKUM ALLAH.KIAMAT PULA PUAK2 BEWAK NI... MASUK UTAN NEIK POKOK, MASUK GUA DOK PERASAP KERIH LA.... SABIK MASIH LAGI KETAGIH UNDENG2 LORD RIED. KATA ABANG..... BUAT LA MENDE2 YANG ADIK2 BEWAK SUKA.

    he he hegurau ngan puak2 bewak

    ReplyDelete
    Replies
    1. LORD REID BEWAK anak luar nikah Dajjal

      Delete
    2. hang sembang panjanggg. hang selain dari mengutuk kat sini, ada buat apa tak kat luaq sana? takat jual ayaq lioq tak blh jalan gak.

      Delete
    3. Hang Bewak ngaku Lord Reid dah berapa banyak kau bawak kwpir DAP masuk Islam. Nabi menang 2 2 berperang dan berdakwah. Bukan macam kamu berperang dengan UMNO berssndal dengan DAP kwpir hwrbi.

      Delete
    4. Hang elok masok tv berlawak boleh menang hahaha lordy b......hahaha

      Delete
  3. Perangai anwar dari zaman 90an memang dah teruk. Yang heran macamana ada MACAI boleh ikut dia lagi, awat yang bodoh sangat.

    ReplyDelete
  4. Mengaku Islam, pendapat ulama ditolak, pendapat anwar dijunjung

    ReplyDelete
  5. Anuar nii nyawa dia liat . Susah nak mampos dia ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Anon 9.36 AM... Seliat2 nyawa Anuar, suatu hari nanti pasti lembut kalau direbus lama2, macam daging. MATI itu pasti, larilah sejauh mana / menyoroklah dimana saja.....

      Delete
    2. Wings - Sembunyi

      Dalam selimut pun tercabut nyawamu
      Ke mana juga usah cuba sembunyi
      Berlari nanti penat dan pantah kaki sendiri
      Sembunyi nanti hilang ditelan diri sendiri

      Sedetik sesaat tercatit untukmu
      Di kiri tersenyum di kanan menangis
      Mengira berapa yang untung yang rugi darimu
      Mengira hingga tamat tempoh dalam dunia ini

      Ramai manusia cuba lari dari kenyataan ini
      Ramai manusia cuba lari dari dosanya sendiri
      Ramai manusia

      Indah hanyalah dipandangan zahirnya
      Lemah adalah untuk jadi mangsanya
      Keliru berbagai ragam manusia hari ini
      Sembunyi manusia sembunyi dari kenyataan

      Delete
  6. 28hb kita tungguuuuuu siapa yg kena.....

    ReplyDelete
  7. Cukup2lah tu, bersara je lah. Awak dah berumur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU. BESOK DLM KUBUR BUKAN SAJA TERUK KENA SOAL TAPI JUGA TERUK KENA PUKUL. SUNGGUH MENAKUTKAN BEB. PATUTNYA SEKARANG DAH TAUBAT DA PERGI MESJID SOLAT DARIPADA KESANA KESINI MEMBURUKKAN ORG. UMOR PUN DAH LANJUT. BERTAUBATLAH.

      Delete
  8. Aku sentiasa sedih apabila ugama Islam dan orang Islam di perlekah oleh Karpal Singh!!! Aku menyerahkan kepada Allah SWT dan aku tahu jawapannya. Sekarang aku lagi sedih... umat Islam diperdajal oleh seseorang yang mengaku beragama Islam.. Aku serahkan juga pada Allah SWT. Kau Maha mengetahui Ya Allah,, betapa kami kaum yang lemah.. pada MU kami berserah!!! Hanya Kau Ya Allah yang mampu menghukum!!! Berikan kami jawapan MU Ya Allah!!!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!