KUNYIT HANGIT! MAJLIS SYURA PAS TETAP MAHU KHALID IBRAHIM SEBAGAI MB SELANGOR!

Inilah penutup kepada kemelut politik di Selangor.  Hasrat PKR dan DAP mahu singkir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditolak PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pegawai di ibu pejabat PKR lepas ini boleh letak jawatan beramai-ramai dan bersara dari politik.

Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.

Berikut adalah kenyataan penuh.

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus  memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia


Sumber: Agendadaily

House PK: Itu le dulu selalu main wayang gaduh tipu-tipu kan. Nampak macam gaduh besar pastu berpeluk balik dan setel, rakyat yang sakit mental dan pemuja peliwat makin yakin dan cintakan Pakatan dulu. 

Kini korang kena BALA sebab banyak sangat menipu rakyat! Amekaw! Aku cuma duduk dan sambil makan kuaci enjoying da show dan seronok tengok semua rakyat selangor yang sakit mental yang sokong korang menderita. Yihaaa!

16 Responses to "KUNYIT HANGIT! MAJLIS SYURA PAS TETAP MAHU KHALID IBRAHIM SEBAGAI MB SELANGOR!"

  1. pungkoq hang parpu!!

    ReplyDelete
  2. Pungkoq hg panaih ka anom?

    ReplyDelete
  3. Bpe juta RM pkr sedeqoh kt bekas adun cina dulu utk kosongkn kerusi kajang demi projek langkah gayjang anuWar nie...soklan supo lagu ni ore2 pas tok ser tanyo ko...? Nmpaknyer pkr lbh rapat dgn dap dlm strategic planning dorang. Dap plak cium molot ngan PAP singapork... mudoh jer nok bace. Pas tukang cuci...

    ReplyDelete
  4. Anytime pas u turn ni....masa makin hampir....pas Tukang cuci

    ReplyDelete
  5. Bila pulok AJK PAS dan Mat Sabu tunduk pd Majlis Syura Ulamak PAS?? Perasan.....Anwar Liberal depa punya mursyidul weiii!!!

    ReplyDelete
  6. Majlis syura ni belum kena picit telo dgn bang non lagi. Kalau dah kena nanti seko seko akan kona baring sambil takberrrrrrr. Wakakakaka

    ReplyDelete
  7. Aku risau kut kut depa main wayang Gurkha, takut jadi macam Mustafa Aloi harini cakap pasal Islam esok tutuh betina!

    ReplyDelete
  8. Langkah Kajang hanya sandiwara Anwar. Kununnyer ke Putrajaya, semua trtipu le, bang. Rupa2nya MB Selangor. Mula2 x ngaku, skrg ni tanpa malu, nak letak bini plak jd MB. Khalid, khalid. Baik ko dedah semua psl Anwar, jijah, azmin. Apa agenda depa ni nk ambil alih selangor ni. Baik ji habaq mai sblm trlewat

    ReplyDelete
  9. Kalu azizah ikan sepat jd MB selangor,hj hadi layak jadi tukang sapu peluh azizah....

    ReplyDelete
  10. kui2, jom ping blog dekat lemonping

    ReplyDelete
  11. Bila Pas nak u turn ni... dah bid banyak ni...
    pokcik kayo lopaih ni hahaha..

    ReplyDelete
  12. Bila Pas nak u turn ni... dah bid banyak ni...
    pokcik kayo lopaih ni hahaha..

    ReplyDelete
  13. Bila Pas nak u turn ni... dah bid banyak ni...
    pokcik kayo lopaih ni hahaha..

    ReplyDelete
  14. Pas amat terkenal dgn tidak tetap pendirian nya atau " U turn " nya..amat memalukan bagi yg bergelar ulamak...'ulamak U turn / penipu'..

    ReplyDelete
  15. Aiikk... buleh pulak kata merujuk itu ini berkenaan MB Selangor ni. Tp masa Hassan Ali & Nasaruddin Mat Isa dulu tk guna undang-2 tu pulak.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!