KETUM HANGIT! DUA ADUN PAS DIBERI 24 jAM UNTUK TARIK BALIK SOKONGAN TERHADAP NYONYA KIPAS!

SELAIN cetus kemarahan PAS di negeri2,Pemuda dan sebagainya,PAS Selangor bagi 24 jam kepada 2 ADUN belot tarik balik sokongan pada Wan Azizah-Agendanews

Malah berita ni dah keluar dalam TV3 pun tadi dan mereka juga diperingatkan tentang bai'ah yang mereka ambil. 

Bagus dan Tahniah PAS! Sekarang dah nampak PAS dah ada maruah. Kali inj mereka tegas dan inilah yang aku nak dari PAS. 

Aku nak share satu pendapat dan pandangan yang amat menarik untuk korang fikirkan bersama:

ISU KERUSI MB SELANGOR

1. TIDAK GILA JAWATAN

PAS sejak seusia PRU13 lagi telah mengumumkan jawatan MB Selangor diserah kepada PKR walaupun kerusi Dun PAS melebihi PKR, ia diumumkan sendiri Presiden PAS, TGHH atas semangat pakatan di mana PAS sudah ada Kelantan dan DAP pula P.Pinang.

2. TIDAK DIMESYUARATKAN

PKR menyusun 'Langkah Kajang' tanpa berbincang dengan PAS sehingga PRK Kajang 'terpaksa' dihadapi. PAS menegaskan membantu mengikut keperluan. Manakala soal pertukaran MB tidak berbangkit. PAS terus disalahkan DAP lagi apabila DAP kalah dlm PRK Teluk Intan. Pertambahan pusat-pusat maksiat dan rumah urut di Selangor juga didalangi pimpinan tertinggi DAP dan PKR sendiri sehingga membuat TSKI pening kepala. Itu belum lagi permintaan kontrak dan jawatan yg kekadang melampaui adat dan batas. 

3. CADANGAN

Apabila Ketua Umum PKR (KETUM), DSAI mengumumkan pertukaran MB Selangor kepada DSWA dengan PAS dan DAP akan pulang membawa perbincangan hal itu kepada parti masing-masing bermakna hal itu adalah berstatus cadangan. Terpulanglah kpd PAS utk bersetuju atau menolak tetapi jgn "memaksa atau menekan" utk PAS membuat keputusan!

4. PENDIRIAN PARTI

Reaksi kepada pertanyaan media oleh TGHH bukanlah ulasan atau pandangan peribadinya. Pernyataan beliau itu adalah 'pendirian rasmi' PAS sebagaimana telah diputus dan dipegang sejak PRK Kajang. Kenapa Anwar Ibrahim dan Lim Guang Eng mengatakan pandangan TGHH sbg pandangan peribadi? Apakah kerana pandangan TGHH tidak selari dan tidak bersetuju dgn pandangan PKR dan DAP?

5. MEMAKSA & GOPOH

Mereka yang mengkritik TGHH kerana penyataan itu hakikatnya tidak demokratik kerana lontaran DSAI itu hanyalah berstatus cadangan. Mereka seakan memaksa TGHH menerimanya sebagai keputusan sedang mesyuarat belum berlangsung, bermakna merekalah yang gopoh dan mengkhianati PAS.

6. MEMPERIBADIKAN ISU

Pendirian PAS yang diulang sebut oleh TGHH itu menjadikan beliau sasaran serangan kononnya menjd penyibuk dan mencampuri hak dalaman PKR. Mereka cuba memperibadikan isu ini. Jika ini hanya semata-mata isu dalaman PKR, mengapa Anwar Ibrahim mesti menggunakan mesyuarat PR? Mengapa LGE/DAP pun mahu mempertahankannya sama sedangkan ianya tidak ada kena mengena dgn DAP? Ini bukan isu keahlian PKR tapi isu kerusi MB.

7. TABIAT PERJUANGAN ISLAM

Pendirian yang dilihat kononnya bercanggah itu dinilai sebagai usaha utk PAS bergabung dengan UMNO dan mahu keluar dari PR. Ini tafsiran bersifat fitnah dan gagal memahami tabiat perjuangan Islam. PAS telah mengulangi dalam beberapa kali muktamar bahawa ia akan kekal bersama PR yang menjadi janji dan jamaah Islam tidak memungkiri janji. Sangat aneh mereka ya
ng berburuk sangka pada ulama dan jamaah sendiri. Kenapa pula tidak berfikir bhw PKR dan DAP yang mungkin akan keluar PR?

8. SERANGAN BERBALAS

Gagal mendapat sokongan, PKR dilihat melancarkan serangan terutama kepada PAS termasuk batang tubuh TGHH. Malah, beberapa pimpinan PAS juga berkelakuan sedemikian. Antara yg turut diserang juga ialah pentadbiran Kerajaan PAS Kedah yang lalu hingga mengundang pendedahan mantan SETPOL MB Kedah, Almarhum TSAR. Jika sesiapa meneliti penulisan itu, ia bukan pendedahan penyelewengan tapi TUNTUTAN MELAMPAU (demand) yang menggambarkan sikap sebenar PKR yg gelojoh dan gila kuasa. Kenapa mereka melatah?

9. LEMAH AQIDAH

Ada ahli PAS sudahpun longlai sebelum bertempur dengan nada mengugut andai PAS bersendirian maka PAS tidak akan mencapai cita-cita utk memerintah Malaysia. Inilah hujah akal yang terbukti lemah kerana al-Quran telahpun menghidangkan 1001 iktibar tamkin.

10. PENDAKWAAN

Tanpa berselindung, TSKI dihadapkan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan keraguan berkaitan salahguna kuasa dan penyelewengan (sanggup mereka tikam rakan sendiri yg dulu amat mereka sanjungi). Tetapi yang utamanya ialah TSKI diletakkan seperti telah dibuktikan bersalah sedangkan prosiding pengadilan tidak dilakukan atas beliau. Sedangkan kezaliman mendapatkan hak seperti itulah yang selama ini PAS, PKR dan DAP perjuangkan terutama untuk DSAI. Akhirnya TSKI dipecat pada 9 Ogos, ternyata langkah PKR sangat gopoh kerana tidak sempat menanti 10 Ogos yang menjadi tarikh asal PAS untuk menyatakan jawapan. Bermakna juga PKR merasai impak keputusan MSU yang bersidang sebelum itu. Paling memeningkan ialah hendak menjelaskan kepada rakyat kerana selama ini pentadbiran PR Selangor dijadikan modal ceramah satu bentuk pemerintahan yang telus dan berjaya oleh PR ke arah cita-cita model pemerintahan Malaysia baru. Kini, PKR (Rafizi, Saifudin, Zuraida) mengadakan roadshow seluruh Selangor mengutuk pentadbiran dan peribadi TSKI. Mengapa kini harus mengutuk org yg pernah sama PAS, PKR, DAP sanjungi?

11. MENDAHULUI MESYUARAT

Tidak berbangkit isu MSU mendahului Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kerana semua hal terikat dengan panduan syarak dan MSU telahpun menunjukkan sikap proaktifnya. Semua entiti PAS yang lain adalah penetap pelaksanaan dan pelaksana.

12. HIMPUNAN DILEMA

Sikap PKR dan DAP terkini meletakkan PAS dalam dilema. Bahkan ada pemimpin DAP dan PKR sendiri yg memang memusuhi PAS dan mahukan PAS keluar drp PR. Lebih malang apabila nada-nada menuduh PAS akan bersama BN Selangor dalam situasi ini. Tetapi kerana isu ini ada pihak yang nyata seperti dipinggirkan iaitu rakyat. Malah, meletakkan PR pada situasi genting iaitu kemungkinan bertembung dengan istana dan Pilihan Raya Negeri yang boleh menatijahkan PR kalah dan hilang pemerintahan (Rafizi,Pengarah Strategik PKR telahpun nyatakan sanggup hilang Selangor). Jadi, apakah tujuan utama sebuah pemerintahan yang difahami PKR dan DAP?

13. HUKUM YANG MENGIKAT

Kita yakin anggota MSU kita adalah ulama yang berkemampuan melihat dan memahami sesuatu perkara secara spontan (syai' badihi). Tetapi, sidang MSU menilai konteks isu ini berdasarkan hukum Islam yakni bersumberkan al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan qiyas. Sudah pasti hal berkaitan kepimpinan, rakyat, negeri dan perundangan yang menjadi intipati penting dalam siyasah syariyyah telah diteliti. Sebagai ahli/pimpinan PAS, sewajibnya keputusan syarak ini menjadi hukum yang mengikat, tidak mungkin ada hukum lebih tinggi, itulah yang diimani selama ini. Maka setiap ahli PAS perlu menilai kembali intima'nya terhadap jamaah, menghormati keputusan Presiden PAS dan tidak membuat keputusan terburu-buru demi kepentingan dan agenda peribadi masing-masing. Wallahu'alam.

* penulis adalah Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

11 Responses to "KETUM HANGIT! DUA ADUN PAS DIBERI 24 jAM UNTUK TARIK BALIK SOKONGAN TERHADAP NYONYA KIPAS!"

  1. Salam Saudara , saya orang baru . Tolong share link blog saya http://bunyilaangau.blogspot.com/ .
    Terima kasih !

    ReplyDelete
  2. PAS NI BOLEH PERCAYA KA CAKAP DEPA...

    ReplyDelete
  3. Bai'ah talak 3; anwar boleh jadi cina buta? Volunteer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan!!!
      Anwar tak boleh jadi Cina Buta.
      Nanti kepala keretapi pun boleh pusing dlm bini punya.

      Delete
    2. Takpa sebab anwar suka belakang punya. Depan gerenti selamat punya

      Delete
  4. Hahahaha.. ape kata bubar UMNO and masuk PAS.. br bersatu org Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah utamanya PAS itu bukan Islammm.. ini yg anda kena faham... selama ini ramai telah diracun oleh PAS dengan berbagai dakyah yg merosakkan. .. Lebih baih UMNO berjuang sendirian memperjuangkan Islam. .. biarkan PAS dgn keegoannya..Kita teris berdoa Supya Umat Islam tulen terus berpayung dengan UMNO....

      Delete
  5. Apa kata bubar pas masuk bn.baru bersatu umat islam.

    ReplyDelete
  6. Pjuangan Umno lbh jelas n istiqamah...fikir2kn n slmt beramal

    ReplyDelete
  7. Pjuangan umno lbh jelas n istiqamah. Hasilnya Malaysia sgt dkenali sbg negara Islam dgn sgt baik d seluruh dunia, wp bukan perfect. Ini yg cuba drosakkn oleh cinadap dbantu oleh pas pkr. Cinadap berusaha buat kilang babi tbesar, pusat judi tbesar, tokong penang saiz mega, pesta bogel, mhina agama Islam dan melayu Islam, hina & discredit smua bkaitan simbol n lambang melayu n Islam spt indtitusi raja, hak istimewa bumiputera juge total destroy imej2 yg mbela bumiputera n Islam spt umno, tokoh2 umno tmasuk isteri masing2, gambaran kekal imej korup wp dgn fitnah, slogan2 spt ABU. Target utama mrk ialah kumpulan anak muda sbb golongan ini lbh mudah mnerima budaya baru wp x benar, lbh terikut dgn propa n trend serta lbh bnyk akses kpd internet. Smua ni strategi ala yahudi dan semua ini dbantu pas pkr dgn diam mbisu. Mrk lbh takut pakatan runtuh dpd iman runtuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak akan ada negara islam sempurna...negara spt saudi tu pun byk buat bende jahat...rakyat sombong bongkak perkauman...tapi sibuk bising dlm khutbah kutuk ini dan itu tapi palestin yg dekat tu pun dia tak berani hantar askar tolong...takut sgt amerika dan israel..tu blum perangai arab bingai lagi..obses gn pompuan tak sudah...kalau boleh aku ta nak malaysia nanti ninja perempuan. mcm saudi tu...al aklumlah dah terckp psl islam yg sempurna..melayu ni beza islam dgn budaya arab pun dia tak reti...takut pulak dibilang kurafatlah bidaahlah..spl tak sama dgn arab.

      Delete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!