PC DARI KLIA BERSAMA PM TRAGEDI MH17

Tadi PM Najib buat PC di hotel Sama Sama KLIA. Aku tengok PM yang dalam kesedihan berkata pesawat yang terhempas tu memamg milik MAS dan buat masa ni PM belum pasti samada ianya ditembak atau bukan.

PM kata Ukraine memberitahu beliau pesawat MH17 telah ditembak jatuh. PM kata akan melakukan siasatan dan sekiranya benar pihak bertanggungjawab akan diambil tindakan yang sewjarnya.

Aku tengok PM tegas dan mintak tempat kejadian tidak diusik sehingga pihak yang menyiasat nahas ini tiba. Kerajaan akan menghantar sebuah pesawat khas ke Kiev mengandungi pasukan kecemasan dan perubatan.

Obama pun setuju ngan PM Najib siasatan mesti dilakukan dengan telus. Dunia wajib mengetahui apa yang sebenarnya yang telah terjadi. 

PM Najib sifatkan nahas pesawat MH17 sebagai 'hari tragik untuk tahun yang tragik bagi Malaysia'. 

Marilah kita rakyat Malaysia bersatu hati untuk menghadapi dugaan yang amat berat ini. Tolong jangan politikkan isu ini ya, kesian la sikit kat ahli keluarga mangsa yang terlibat.

9 Responses to "PC DARI KLIA BERSAMA PM TRAGEDI MH17"

  1. Saya warga Indonesia yg menetap di Malaysia dalam dalam bidang broadcasting.. Saya kira Malaysia dalam kasih sayang Allah swt di mana dilimpahi oleh Nya dugaan dan cobaan.. Mahu di perhatikan oleh Allah azawajalla akan ketabahan dan keredhaan hambaNya untuk melewati ujianNya... Disaat Malaysia bergelumang usaha untuk membantu bumi Palestine, di turuni ujian ke atas Malaysia itu sendiri.. Begitu besar rahmat & raheem Allah untuk menduga Malaysia.. sekiranya saya rakyat Malaysia, saya amat bangga sekali dan tidak akan sekalipun pernah berpaling dari menjunjungi negara bertuah ini... marilah kita bersatu atas nama Islam sejagat untuk melewati cobaan besar ini. ALLAHUAKBAR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar. Saya menitis air mata. Saya rakyat Malaysia. Saya muslim. Terasa sungguh pautan kesaudaraan (silaturrahim) dengan anda. Terima kasih. Saya bersyukur atas sentimen anda itu..,

      Delete
  2. Allahuakhbar! Ya Allah Berikan lah kekuatan kepada pemimpin2 kami, rakyat kami dan negara kami. Kami sedang diuji dari dalam dan luar.

    Rakyat negara ini telah termaktub sebagai rakyat sebuah negara yang berdaulat. Apa saja bentuk serangan yang mendatang adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat untuk mempertahankan negara ini.

    Tidak kira daripada anutan maupun fahaman ini adalah tanggungjawab yang wajib dipikul bersama.

    Ketika inilah kita akan kenalpasti siapa yang benar-benar menganggap Negara Ku Tanah Tumpahnya Darahku. Allahuakbar!

    ReplyDelete
  3. Allahu Akbar... kepada anon 7.09... terima kasih atas komentar saudara... saya tak tahulah kepada yang lain...tetapi telah membuka hati saya untuk melihat tragedi ini dari perspektif yang berbeza.. Sesungguhnya yang terbaik di kalangan kamu adalah orang yang sentiasa tabah dan redha dengan ujian dari Sang Pencipta.. Kami bersama mu Malaysia.

    ReplyDelete
  4. apalah nasib MAS ni..sudah jatuh di timpa tangga..memang celaklah yg tembak tu...tpi yg pilot pi ikut laluan zon perang tu buat ape?..mmh byk perrsoalan

    ReplyDelete
  5. ya Allah kami redha jika ini adalah bukti kasih sayangMu.....
    takziah utuk keluarga nahas...
    in sh Allah kematian mereka diiringi dengan iringan fatihah dari jutaan rakyat malaysia....
    mereka sungguh bertuah dipilih oleh Allah.... al-fatihah

    ReplyDelete
  6. ni keja anwar kot..hehe..

    ReplyDelete
  7. Aku harap sgt2 kita dpt cr sapa yg tangkap n beri hukuman kpd mereka..benda ni bkn main2 tau...benda ni melibatkan ratusan nyawa yg tak bersalah

    ReplyDelete
  8. DI ANTARA UJIAN DAN MUSIBAH...

    Segala mutiara di antara ujian dan musibah dari Allah,
    Hanya tersingkap dengan muhasabah yang ikhlas dan penuh dengan kesabaran serta kesedaran...

    Berzikirlah:
    Subhanallah (perkukuhkan ketaatan mu),
    Alhamdulillah (perkukuhkan ketawadhukan mu),
    Allahuakbar (perkukuhkan ketauhidan mu)...

    Dan pohonlah taufiq dan hidayah dari Allah dengan kesabaran,
    Sambil membuat refleksi ke dalam diri.
    Tetapi jangan tinggalkan segala interaksi yang kamu telah lalui dengan sekian 'alam' sekeliling mu.

    Jangan tinggalkan!...

    Walaupun hanya terjumpa sehelai daun gugur di tepian jalan;
    Berkeliarannya sang serangga dalam ketakutan akan tapak langkah mu;
    Apabila melihat orang tua melintas jalan - terhidu kepayahannya oleh hati mu;
    Atau, keceriaan pelangi mencelah awan dan rintikan air hujan...

    Bacakanlah! Cuba fahamkan!

    Sebab segalanya tiada apa-apa makna dan erti; melainkan tersirat 'Ayat-Ayat' Allah.

    Allahuwaklam...

    Allahuakbar!!! Semoga Allah selamatkan Malaysia dan memberi taufiq dan hidayah keatas para pemimpinnya.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!