"NGO BERSETUJU UNTUK BEKERJASAMA MENANGANI MASALAH GELANDANGAN DAN PENGEMIS DI KUALA LUMPUR"

KENYATAAN MEDIA OLEH YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Satu mesyuarat telah diadakan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dengan semua NGO yang terlibat dengan aktiviti ‘Soup Kitchen’ pada hari ini. Mesyuarat telah membincangkan isu-isu berkaitan golongan gelandangan dan pengemis di Kuala Lumpur. Sebanyak 12 NGO yang melaksanakan aktiviti ‘Soup Kitchen’ termasuk NGO-NGO yang berminat untuk membantu kementerian dalam isu ini telah menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:

Supaya kerajaan membanteras habis-habisan aktiviti sindiket yang menggunakan pengemis untuk meminta sedekah di kawasan ibukota.

Mengenai isu gelandangan, semua NGO yang menghadiri mesyuarat tersebut bersetuju untuk membantu dan akan bekerjasama dengan Kementerian dan agensi-agensi kerajaan dalam menangani isu gelandangan dan pengemis. 

Memperbetulkan persepsi bahawa kerajaan tidak membenarkan langsung NGO-NGO memberi makanan kepada golongan gelandangan. NGO-NGO tersebut masih boleh meneruskan agihan makanan kepada golongan gelandangan cuma tidak dibenarkan dalam kawasan 2 km radius di ibu kota. Bagi yang mempunyai premis yang sesuai seperti di rumah-rumah ibadat dan di dalam bangunan sendiri, adalah dibenarkan walaupun dalam lingkungan 2 km radius. NGO-NGO ini disarankan beroperasi seperti konsep Anjung Singgah.

Bersetuju dengan cadangan permohonan NGO-NGO terlibat untuk melanjutkan tempoh memberi makan kepada golongan gelandangan di dalam kawasan ibukota selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri.  Dalam hal ini kementerian menetapkan tarikh penguatkuasaan baru adalah pada 16 Ogos 2014. 

Satu sesi town hall bersama golongan gelandangan dan pengemis akan diadakan dalam waktu terdekat untuk mendengar keluhan mereka dan membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Bekerjasama rapat dengan semua NGO-NGO yang terlibat dan menjadikan mereka sebagai program partners  bagi membantu golongan gelandangan.

Mengenalpasti beberapa premis sedia ada yang digunakan oleh NGO-NGO terlibat untuk dijadikan sebagai premis angkat yang berkonsepkan ‘Anjung Singgah’ kepada golongan gelandangan.

Bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas melibatkan agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO berkaitan untuk memperincikan proses pengedaran makanan kepada golongan gelandangan dan mencari jalan terbaik bagi membantu golongan tersebut.

Mesyuarat yang diadakan pada hari ini telah mencapai satu kata sepakat antara kementerian, agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO terlibat untuk bersama-sama merangka strategi jangka pendek dan jangka panjang bagi menyelesaikan isu gelandangan dan pengemis di Kuala Lumpur yang telah berlanjutan sekian lama.

Sekian, terima kasih.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan
8 Julai 2014

3 Responses to ""NGO BERSETUJU UNTUK BEKERJASAMA MENANGANI MASALAH GELANDANGAN DAN PENGEMIS DI KUALA LUMPUR""

  1. Sungguh membanggakan apabila kerajaan sekali lagi berjaya menangani masalah dengan cara baik dan membawa harapan.
    Syabas!

    ReplyDelete
  2. harap dapat dilaksanakan dengan segera..

    ReplyDelete
  3. harap dapat dilaksanakan dengan segera..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!