BAIK PUNYA! KISAH DISEBALIK KEJAYAAN PM MEMBAWA PULANG MAYAT DAN KOTAK HITAM MH17

Korang semua nak tahu tak formula kejayaan Dato Sri Najib membawa keluar mayat-mayat dan kotak hitam keluar dari tapak nahas? Moh kite baca artikel BERNAMA kat bawah ni:

Tiada wang tebusan atau sebarang bayaran lain dibayar sepanjang rundingan tiga hari antara pasukan penyiasatan khas Malaysia dengan kumpulan pemisah, Republik Rakyat Donetsk, bagi mengambil mayat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dan dua kotak hitam yang mengandungi alat-alat perakam data dan suara pesawat berkenaan.

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sukri Hussain, (duduk gambar kanan) yang juga pemerintah pasukan perunding Malaysia, berkata dalam rundingan itu, ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai tidak meminta apa-apa sebagai balasan dan hanya meminta Malaysia menjalankan siasatan.

"Beliau hanya mahu Malaysia mencari jawapan tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap pesawat itu," katanya kepada pemberita di Kiev pada Rabu.

Beliau berkata kerajaan Ukraine juga memberi bantuan kepada pasukan perunding Malaysia untuk memastikan mereka dapat berjumpa dengan ketua kumpulan pemisah itu.

Pesawat MAS itu, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis malam.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Ia dipercayai ditembak jatuh, tetapi hingga hari ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mengenainya.

Mohd Sukri berkata beliau ke Donestk pada 4 petang Ahad bersama 11 anggota lain pAsukan itu, dan terpaksa menempuh 12 pusat pemeriksaan.

Selepas lima jam perjalanan, beliau bertemu dengan Borodai dan mula berunding tentang 11 perkara.

"Tiga perkara dibincangkan iaitu urusan mengambil mayat mangsa, kotak hitam dan bangkai pesawat berkenaan.

"Borodai bersetuju memenuhi semua permintaan Malaysia, tanpa sebarang syarat," katanya sambil menambah bahawa pasukan itu amat mengagumi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kejayaan tersebut, kerana ia adalah hasil tindakan beliau menghubungi Kerajaan Ukraine dan Borodai.

Seorang lagi anggota pasukan perunding Malaysia, Rosli Shaari pula berkata dalam rundingan di pejabat Borodai itu, beliau melihat kumpulan pemisah menggantung sekeping gambar pesawat Malaysia di penjuru bilik, dengan beberapa pasu bunga diletakkan di atas meja di bawah gambar itu sebagai tanda ucapan takziah kepada mangsa.

"Kami bimbang, namun terpaksa melaluinya juga kerana tiada pilihan lain untuk mencari kata pemutus.



"Kami perlu membawa balik mayat mangsa ke pangkuan orang yang tersayang dan perlu mendapatkan kotak hitam, termasuk bangkai pesawat, untuk mencari kebenaran," kata Rosli, yang bertugas dengan syarikat telekomunikasi satelit, Sapura Secured Technologies sebagai pengurus besar (kemudahan dan perkhidmatan rangkaian pengurusan pelanggan).

Rosli berkata ketika rundingan berlangsung, beliau terdengar bunyi beberapa letupan di bandar itu dan meluru keluar daripada bangunan berkenaan, lalu ternampak beberapa bangunan terbakar dari jauh.

Rosli juga menyatakan beliau mendengar bunyi beberapa letupan bom dan tembakan.

"Sebenarnya, kami telah cuba pergi ke tempat pesawat berkenaan terhempas di Torez bersama anggota kumpulan pemberontak yang mengikut kami dengan menaiki dua kereta kebal, tapi terpaksa berpatah balik apabila melihat dua jet pejuang berlegar di udara," katanya.

Rosli berkata setelah rundingan selesai, pasukan itu dibawa ke sebuah stesen kereta api pada pukul 3 pagi Selasa, di mana mayat mangsa dalam tragedi itu ditempatkan dalam sebuah kereta api.

Katanya mereka diiring pemberontak bersenjata dan keadaan bertukar menjadi tegang apabila dengan tiba-tiba sebuah kereta memintas laluan kenderaan yang membawa kumpulan itu sebaik sahaja tiba di stesen kereta api berkenaan.

"Para pemberontak dengan tergesa-gesa turun daripada kenderaan mereka sambil menghunus senjata dan memekik kepada pemandu kereta berkenaan supaya beredar. Pemandu itu melakukan seperti yang diarah," kata Rosli sambil menambah bahawa pasukan Malaysia itu segera menaiki kereta api berkenaan yang menuju ke Kharkiv.

Beliau berkata sepanjang perjalanan yang memenatkan itu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa, selain memohon keselamatan daripada Allah kerana mereka membawa pulang dua 'barang yang amat penting' - mayat 282 mangsa dan dua kotak hitam.

Mereka tiba di sebuah kemudahan ketenteraan pada tengah hari Selasa dan mayat berkenaan diimbas serta ditag sebelum diterbangkan ke Netherlands, katanya.

Rosli berkata kotak hitam itu dihantar kepada pihak berkuasa berkenaan di United Kingdom malam tadi untuk tujuan penyiasatan.

Menurut Rosli beliau menyertai pasukan itu kerana ditugaskan memasang sistem komunikasi radio untuk MKN.

Katanya pasukan perunding itu menyembunyian dua kotak hitam berkenaan di dalam dua beg galas agar ia tidak dilihat sesiapa.-24/7/2014 -BERNAMA

16 Responses to "BAIK PUNYA! KISAH DISEBALIK KEJAYAAN PM MEMBAWA PULANG MAYAT DAN KOTAK HITAM MH17"

  1. Alhamdulillah, bersama lah kita rakyat Malaysia berdoa semoga usaha murni ini akan Berjaya dan tidak mendapat banyak rintangan....ini issue Negara, bukan politik..syabas kepada team Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Memang punahlah kalau kotak hitam nak hantar ke UK,sure kena edit dek CIA,tak reti2 ke yg korang ni sedang dikambinghitam oleh Dajjal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk pengetahuan ko yg cetek ilmu, ada bdn penyiasatan dr negara lain trmasuk malaysia. Ko ingat depa ni tunggul ke tgk bukti kena edit???

      Delete
  3. Punyalah hebat PM kita tu sampaikan ketua pemberontak pun sanggup bagi kerjasama yg sepenuhnya dlm kes nahas pesawat MH17 ni. Cuba la kalau negara ni diperintah anwar dan anwar plak yg berunding.. Silap haribulan kita pulak kena serang dgn diorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi kak bedah, ReentryCapsule kem salam. Katanya dia suka tengok bibir kak bedah. Kakakaka

      Delete
    2. ChaaaiiiTTT...!!!

      Memandai jer ngko.Bibir tebal macam lintah terencat.

      Ptuuuuiiiii....!!!!

      Delete
  4. Puak pemisah sendiri yg bg kerjasama dan minta Malaysia siasat. Itu membayangkan mungkin bkn dorang yg tembak flight MH17. Mungkin kerajaan Ukraine yg punya keje.

    ReplyDelete
  5. Noramlee Mohamed Noor oooiii habis tu kotak hitam tu nak hantar ke mana? Rumah kau? Bagi kat kau buat tabung boleh le

    ReplyDelete
  6. Sapa pun tak sangka PM boleh buat rundingan dgn pemberontak2 ni. Pemberontak2 ni ada pilihan utk tidak memberi kerjasama disebabkn tekanan pd depa. Tapi disebabkn kepimpinan PM & sikap diplomatik beliau yg memaksa mereka utk bersetuju. Apa2 pun kita lihat hasil keputusan siasatan. UK is the best choice. Takkan nak bg kat US yg sah2 dah blame Rusia mula2

    ReplyDelete
  7. BINGAI PUNYA.....PENAJA PEMBERONTAK TU RUSIA YG KAYA DENGAN PETROL GAS DI SIBERIA....MINTAK DUIT DENGAN MALAYSIA BUAT APA? DAH TEMBAK JATUH MH 17 PADA HARIBULAN 7.17 TU PADAN MUKALAH..MISI DAH SELESAI SUKA DAK????.ALTANTUYA YANG LAHIR DI RUSIA...KO INGAT BAPA ALTANTUYA KERJE DREBAR LORI KE?...DAH MATI LETUP DENGAN C4 LAGI.....MELAYU BARUA INGAT ALTANTUYA TU PELACUR KELAS ATASAN.....BAPAK PROFESSORLAH MELAYU BARUA....MELAYU MEMANG BODOH...NASIB BAIK ADA BAGI SUBSIDI...DASAR EKONOMI BARUA.....MARA.....UITM PROFESSOR KANGKUNG KAKHKAHKAHKAH....MELAYU PUNYA BLOG JILAT JUBUR NAJIB BN KAHKAHKKHA BANYAK BODO....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kat cina yg komen ni.. Altantuya tu org mongolia la bodoooo

      Delete
    2. anon 235pm .....kesian melayu ni tak paham paham.....connection bapak dia tu kau tau ke?....melayu bingai jaguh buli kampong...ptuiii..

      Delete
    3. melayu bingai bodo....buli rakyat rusia yang kena tangkap melacur.....apa hal minta rasuah sampai belas ribu untuk dilepaskan?...tak puas hati hantar balik terus rusia....ini pulak nak pau .....bodo punya melayu..... kan dah kena.....

      Delete
  8. bende ni hanya mampu terjadi kerana ianya dibawah pimpinan najib,cube kalau malaysia dibawah pimpinan pembangkang iaitu anuwar al juburi.mmg jawabnye malasia dah lingkup skrg,dia bknnye selesaikan masalah tp dia akn buat lg masalah.tau2 malaysia dah kene invade dgn dyrg haha

    ReplyDelete
  9. Panglima GustaminJuly 26, 2014 at 7:22 PM

    Memang terbukti pm seorang yang berdiplomasi melalui rundingan dengan ketua pemberontak. Tade pun prmimpin barat yang seberani beliau. Tahniah pm! Kami bangga

    ReplyDelete
  10. habis kalau mh17 terhempas di kawasan pemberontak pergi runding dengan siapa? dengan USA? dengan Britain? lagi satu pembodek bodoh.....taik lembu ......bodek pun jangan bodoh macam keeling paria mamakutty bodek,.....

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!