THE REAL HERO, DR ZAMBRY ABDUL KADIR

“Ini merupakan kenangan dan kejayaan manis buat Barisan Nasional (BN) dan calon kita Datuk Mah Siew Keong selepas berjaya menghadapi pertarungan yang sengit,”.

Begitu ulasan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhubung kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, malam tadi.

Katanya lagi, kejayaan Mah itu menunjukkan semangat juang dan tidak pernah mengaku kalah pastinya akan membuahkan hasil.

“Beliau tidak pernah mengaku kalah dan angkuh dalam menghadapi pertarungan ini,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas BN di umumkan sebagai parti yang berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan dalam PRK kali ini.

Katanya lagi, gerak kerja yang sistematik dan kerjasama daripada kesemua jentera parti memberi kemenangan kepada calon BN.

“Kemenangan ini memberi petanda kepada pembangkang supaya tidak terlalu angkuh dan sombong terhadap kehebatan mereka,” katanya.

Ujar beliau lagi, kekalahan pihak pembangkang kali ini bakal menjadi pengajaran kepada mereka berikutan sikap sombong yang dipertontonkan kepada semua.

Tambah Zambry lagi, corak mengundi masih masa namun gerak kerja yang baik dan kerja yang bersungguh-sungguh dipraktikkan sebagai iktibar daripada pilihan raya yang lepas (PRU-13).

Baca seterusnya di Perak Today. 

HOUSE PK: Tahniah Dr Zambry, walau apa orang kata pasal MB Perak ni, dia tak pernah kisah pun. Malah ada pihak yang tidak berpuashati dalam PMO yang cuba nak menjatuhkan dia pun dia rilek je. Macam-macam dugaan dia hadapi.

Masa PRU 13 dulu pun puak-puak tak sedar diri dari kalangan tuan Penasihat telah mengatakan Perak BN tak akan menang punya. Macam-macam la mereka cerita. Tapi sudahnya Dr Zambry berjaya memenangi kerajaan Negeri Perak melalui PRU 13. Kali ini kat Teluk Intan pun beliau yang mengetuai dan merampas Parlimen Teluk Intan untuk BN.

Memang inilah kenangan paling manis buat negeri Perak dibawah pimpinan Dr Zambry! Tahniah Dr Zambry, anda memang seorang pemimpin yang berani dan bijak. Disegani kawan mahupun lawan. Mampos pi la apa orang nak lata especially Tuan Penasihat yang merosakkan nama PM tu. Yang penting jaga la rakyat Negeri Perak dengan baik.

10 Responses to "THE REAL HERO, DR ZAMBRY ABDUL KADIR"

  1. yg menang tak menang semua dan yg kalah tak kalah semua...

    ReplyDelete
  2. pengundi cina memang tolak calon melayu.. sepatutnya ds najib letak calon umno di t.intan..

    ReplyDelete
  3. Kejayaan BN di Teluk Intan adalah usahasama parti2 BN .... UMNO, MCA dan GERAKAN. Sudah tiba masanya utk BN tumpukan pada kekuatan dan keteguhan parti2 ini utk mendptkan semula kepercayaan rakyat. PKR Teluk Intan menunjukkan rakyat masih menerima BN, cuma kdg2 ada yg mula lupa diri atas kejayaan yg kecik ini. Harap pemimpin2 BN belajar dari kemenangan ini. HIDUP PERAK!!!

    ReplyDelete
  4. DAP kalah Sebab letakan si dyana tetapi Kalau DAP letak babi tentu DAPig boleh menang.

    ReplyDelete
  5. Saudara

    Nak hapuskan DAP, tak mungkin dan mustahil sekali. DAP sekarang makin mendapat tempat dihati bukan melayu khususnya orang cina. Malah kita nampak MCA dan Gerakan yang menjadi rakan Umno juga terikut2 dengan cara DAP demi untuk menarik sokongan kaum cina. Kadang2 pedasnya pendirian pemimpin MCA dan Gerakan hampir2 sama pedas dengan pendirian pemimpin DAP dalam isu2 yang menyentuh melayu dan islam. Umno jadi terkedu dan tersepit.

    Pergerakan DAP untuk ke Putrajaya boleh disekat hanya jika parti itu tidak mendapat sokongan daripada orang melayu khasnya melayu Pas dan melayu PKR. Jangan kita malu nak mengaku bermula dari PRU12 hingga sekarang DAP menjadi semakin kuat adalah kerana bantuan daripada melayu Pas dan melayu PKR.

    Percaya lah JIKA tanpa bantuan daripada melayu Pas dan melayu PKR, DAP hanya akan dapat menguasai Pulau Pinang sahaja. Negeri2 panas seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka akan kekal dalam tangan parti melayu.

    Kesimpulan saya adalah " KEMARAAN DAP ADALAH KERANA DIBANTU OLEH ORANG MELAYU SENDIRI ".

    Ana Muslim

    ReplyDelete
  6. Zahid Hamidi ucap tahniah kepada calon yang menang di Telok Intan, ini keluar dalam Utusan. Kepada pengundi yang undi calon BN tak nak terima kasih kah ?

    ReplyDelete

  7. YEOP. . .

    BATU RONSEN KUAT WEH. . .

    ReplyDelete

  8. Dgn zahid tak payah cakap yeop
    Die tau sape ngundi sape tak ngundi weh !

    ReplyDelete
  9. Tahniah Dato Zambry berjaya semoga dia kekal jadi MB Perak. Biasalah yang dengki memang sentiasa ada di mana2. Apa kata Dato Zamry cadangkan singkirkan mak dyana dari umno. Itu lebih bagus lagi. Kerana dia seorang pengkhianat yang tak boleh diberi muka

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!