SURAT TERBUKA BERCILI KEPADA HASSAN MALEK - KENA BACA SEBAB TERPAKSA!

DATO’ SRI HASAN BIN MALEK
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
ARAS 13 (MENARA) NO 13 PERSIARAN PERDANA, PRESINT 12
62623 PUTRAJAYA.

26.JUN.2014

PER: CADANGAN RASIONALISASI SUBSIDI BAHAN API


Assalamualaikum WBT

Dato’ Sri,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’Sri kerana masih dikekalkan dalam Kabinet Malaysia walaupun sebelum ini terdapat banyak khabar angin yang menyatakan Dato’ Sri akan digugurkan.

Pengekalan Dato’ Sri dalam kabinet membuktikan Perdana Menteri mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Dato’ Sri dalam menjalankan tugas-tugas sebagai menteri yang berkenaan.

Dato’ Sri, tujuan saya menulis surat ini bukannya mempunyai agenda yang tersurat atau tersirat, sebaliknya menyambut permintaan Dato’ Sri yang meminta pihak-pihak yang mempunyai cadangan berhubung program rasionalisasi subsidi minyak.

Sebagai seorang ahli UMNO yang bergiat aktif di media cyber saya merasa terpanggil untuk mengemukakan cadangan saya tanpa melibatkan sebarang kepentingan kepada saya. Atas sebab itu saya menghantar surat ini secara terbuka. Jika saya menghantarnya secara senyap-senyap saya bimbang akan dituduh menghantar kertas kerja atau projek yang akan melibatkan kepentingan kepada saya.

Dato’ Sri, laporan muka depan Utusan Malaysia 25.06.2014 memaparkan berita penyeledupan diesel turun 30 peratus. Tahniah diucapkan kepada KPDNKK atas usaha mereka menyelamatkan wang negara daripada mengalir kepada orang asing.

Namun persoalannya di sini, adakah penguatkuasaan hanya dilakukan secara bermusim sahaja ? Isu ini bukan baru. Ianya sudah berlarutan sekian lama. Saban tahun rakyat dihidangkan dengan cerita penyelewengan subsidi bahan api. Tapi sampai bilakah ianya akan berakhir ?

Adakah pegawai-pegawai penguatkuasa tidak menjalankan tugas mereka selama ini ? Apabila isu timbul dan SPRM mengamuk barulah penguatkuasa mula tegas. Jika dalam sebulan dua ini penyeludupan dapat dikurangkan 30 peratus, bayangkan jika penguatkuasa bertegas sejak beberapa tahun lepas, tidakkah ianya telah mencapai tahap lebih dari 90 % sekarang ? Berapa billion wang negara telah dapat diselamatkan ? Kegagalan ini berlaku kerana tidak ada ketegasan dan kejujuran pihak berkenaan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Sekarang ini rakyat dikhabarkan tentang program rasionalisasi subsidi minyak yang baru bakal diperkenalkan kerajaan untuk memastikan hanya golongan sasar yang benar-benar perlu sahaja dapat menikmati subsidi berkenaan.

Mengikut laporan Utusan Malaysia 25.06.2014 di muka surat 12, tahun 2013 kerajaan mengagihkan 18.6 bilion liter minyak bersubsidi. Namun didapati 6 bilion liter daripadanya digunakan oleh orang asing.

Masalah utama yang menyumbangkan kepada peningkatan subsidi minyak sekarang 3 perkara.

1. Penyeludupan

2. Kenderaan asing

3. Kenderaan mewah yang menggunakan minyak bersubsidi.

Pihak yang terlibat dengan 3 masalah ini bukannya terlalu besar jika nak dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia yang benar-benar layak mendapat subsidi kerajaan.

Kita difahamkan untuk mengatasi masalah-masalah ini kerajaan melalaui KPDNKK sedang mempertimbangkan beberapa cadangan. Antaranya memperkenalkan sistem belian minyak bersubsidi melalui MyKad, Kad Pintar, Kad Minyak 1Malaysia, Kad Subsidi, biometrik dan kupon atau tunai.

Apabila salah satu cadangan ini diterima pakai ianya akan menyusahkan puluhan juta rakyat dan kos untuk melaksanakannya juga tinggi kerana ianya melibatkan puluhan juta rakyat.

Lain yang bengkak lain yang bernanah. Masalah yang kita hadapi sekarang adalah dengan hanya beberapa kerat pihak yang menyalahgunakan subsidi minyak. Kenapa pula kita perlu susahkan puluhan juta yang lain yang tidak bersalah ? Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya.

Jika kita mempunyai pilihan untuk menyusahkan sedikit pihak dan mengeluarkan belanja yang sedikit, mengapa perlu kita menyusahkan banyak pihak dan perlu mengeluarkan belanja yang banyak ?

Dato’ Sri , masalah GST tidak selesai lagi. Apabila GST berjalan nanti pasti seribu satu lagi masalah akan timbul dan tidak terkecuali sabotaj juga akan turut menjadi satu masalah yang bakal dihadapi kerajaan kelak. Kenapa pula kita nak tambah kesusahan dan kekeliruan rakyat dengan melaksanakan program rasionalisasi subsidi minyak yang baru ? Kenapa kita nak cari masalah untuk memberi ruang kepada musuh memanipulasi keadaan ? Bukankah lebih baik kita selesaikan satu persatu dengan lancar dulu ?

Untuk mengatasi masalah penyalahgunaan subsidi minyak oleh tiga pihak itu beberapa langkah lain boleh dilaksanakan yang tidak perlu menyusahkan puluhan juta rakyat yang lain.

Masalah penyeludupan boleh dikurang atau diselesaikan dengan kaedah penguatkuasaan berterusan yang sedang dilaksanakan sekarang. Asalkan pegawai-pegawai penguatkuasa tegas dan jujur dalam melaksanakan tugas. Apabila mereka jujur dan tegas dalam menjalankan tugas dan dapat menyelamatkan wang negara, tugas dan peranan mereka perlu dihargai. Apa salahnya jika kejayaan mereka diiktiraf oleh kerajaan dengan pelbagai cara. Seperti kenaikan pangkat, kenaikan gaji, insentif khas, penganugerahan pingat dan sebagainya.

Salah satu kaedah yang boleh dilakukan dan untuk memudahkan kerja-kerja pendakwaan oleh penguatkuasa adalah dengan cara membezakan minyak bersubsidi dengan minyak tanpa subsidi. Ianya perlu dilakukan di depoh. Minyak ini boleh dibezakan dengan kaedah ‘tagging’. Indonesia juga sedang merancang untuk melakukan perkara ini. Dato’ Sri boleh membaca perkara berkenaan di http://www.bphmigas.go.id/new/en/news/bph-migas-will-apply-tagging-system-for-fuel/

Bagi masalah kenderaan asing dan kenderaan mewah yang menggunakan minyak bersubsidi, ianya boleh diselesaikan melalui pam-pam khas di stesen minyak dan komisyen jualan kepada operator stesen dinaikkan.

Sekarang ini komisyen jualan yang diperolehi oleh operator stesen adalah RM 0.11 per liter samada untuk RON95 atau RON97. Jadi apa mereka peduli jika kenderaan jenis apa sekalipun mengisi minyak RON95. Sebab komisyen mereka sama. Dengan menaikkan komisyen jualan mereka untuk RON97 pasti mereka tidak akan membenarkan kenderaan asing atau mewah mengisi minyak RON95. Dengan peningkatan komisyen itu juga dapat mereka gunakan untuk menggaji kakitangan tambahan atau keselamatan untuk melaksanakan tugas memeriksa kenderaan yang layak dapat subsidi atau tidak.

Begitu juga dengan diesel. Sekarang operator stesen memperolehi komisyen jualan RM 0.06 per liter. Semua stesen minyak di negara kita sekarang hanya ada satu jenis diesel sahaja iaitu diesel bersubsidi. Subsidi yang dikeluarkan kerajaan pula adalah RM0.74 per liter. Kenderaan mana-mana negara sekalipun dapat menikmati diesel subsidi ini.

Untuk mengatasi masalah ini pam diesel tanpa harga subsidi perlu diwujudkan di stesen-stesen minyak untuk kenderaan asing dan kenderaan mewah. Dan komisyen jualan untuk operator stesen juga lebih tinggi daripada komisyen diesel bersubsidi.

Ada juga rakyat negara kita yang menggunakan kenderaan jenama mewah tetapi ianya sudah berusia belasan atau puluhan tahun. Untuk golongan ini mereka perlu memohon dan diberikan kad subsidi khas untuk mereka layak mendapat minyak bersubsidi. Jumlah mereka pun bukannya ramai sangat.

Untuk memudahkan kerja-kerja menyaring kenderaan yang layak mendapat minyak bersubsidi atau tidak di stesen-stesen minyak ianya boleh dilakukan dengan melihat cukai jalan. Perlu ada perbezaan cukai jalan antara kenderaan yang layak mendapat minyak bersubsidi atau tidak layak.

Mana-mana operator stesen yang melanggar peraturan itu perlu dikenakan tindakan tegas dengan serta merta. Pam mereka perlu disita sehingga perbicaraan selesai. Tiada amaran pertama, amaran kedua atau ketiga. Tindakan perlu tegas agar ianya menjadi pengajaran kepada operator-operator stesen lain.

Kempen-kempen kesedaran yang kreatif juga perlu diadakan dan berterusan untuk menyedarkan orang ramai tentang subsidi minyak yang mereka nikmati. Saya pernah lihat di Indonesia beberapa tahun lepas kain-kain rentang dengan ayat-ayat yang meruntum jiwa untuk menyedarkan rakyat mereka tentang subsidi minyak.

Yang penting penguatkuasaan jangan bermusim dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Dato’ Sri, laporan Utusan Malaysia 25.06.2014 menyiarkan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr. Mohd Puad Zakarshi yang meminta kerajaan menolak penglibatan syarikat asing dalam program rasionalisasi subsidi ini. Dr. Mohd Puad mempunyai asas yang kukuh dalam kenyataan itu.

Apabila seorang ahli MT UMNO yang membuat kenyataan begitu, ianya telah memberi isyarat kepada rakyat bahawa syarikat asing tersebut telah hampir pasti akan dipilih. Jika perkara yang masih samar-samar atau khabar angina masakan seorang pemimpin tinggi UMNO berani membuat kenyataan sebegitu secara terbuka ?

Dato’ Sri, usia Dato’ Sri sama dengan usia UMNO. Sama-sama dilahirkan pada tahun 1946. Jadi saya yakin Dato Sri lebih menyayangi UMNO lebih daripada orang lain sayang. Sudah tentu Dato’ Sri tidak mahu melihat UMNO rebah dan terkulai layu. Tetapi ada kalanya kuasa dan kedudukan boleh melalaikan kita. Ibu bapa pun manusia sanggup abaikan kerana kuasa dan kedudukan. Tetapi saya yakin Dato’ Seri tidak tergolong dalam jenis itu

Sebagai orang penuh dengan pengalaman Dato’ Sri buatlah yang terbaik untuk parti dan kerajaan Dato’ Sri sendiri. Buatlah perkara yang tidak menimbulkan kemarahan rakyat. Jika kita berpeluang menyusahkan sedikit pihak, pilihlah jalan itu. Jangan kita mencari musuh dengan memilih jalan untuk menyusahkan banyak pihak.

Saya akhiri warkah ini dengan ungkapan ampun dan maaf kepada Dato’ Sri sekiranya ada mana-mana perkataan atau bahasa dalam surat ini yang mengguris hati Dato’ Sri. Maafkan saya

Sekian

Yang Benar

M.Faisal R. Ahmad

Shah Alam Selangor

Facebook- Sheikh Faisal

House PK: Aku suka cadangan mamat ni. Apa dia cakap memang betul. Aku tak berniat la nak kondem Hassan Malek, aku doa siang malam semoga kita mempunyai Menteri yang cerdik. Semoga doa aku dikabulkan. Apa pandangan korang tentang isu ini? Bagi la pendapat takyah la nak maki hamun ok..peace

18 Responses to "SURAT TERBUKA BERCILI KEPADA HASSAN MALEK - KENA BACA SEBAB TERPAKSA!"

  1. Apa nak susah susah nak guna kad, hanya perlu beri arahan pembuat kereta enjin enjin kereta mewah (2400 cc) keatas hanya bolih guna minyak RON97 sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis kalau kereta 2400 cc tapi tahun 1990 punye kereta, kereta mewah gak ker?? perlu kajian lagik.. ade keluarga yang ramai n bapaknye cume mampu beli kereta yg cc beso tapi dah 30 tahun atas jalan.. kene pk jugak.. jgn emosi sgt..

      Delete
  2. tagging minyak nie bukan perkara baru...kami2 dah penah bawa ke lkim untuk di propose.....masa tu kami kaji punya kaji akhirnya kami sendiri tak berani nak bawak masuk selain sbb takde kabel la...

    teknologi tagging nie manusia yg buat so untuk undo pun manusia yg buat tue mesti tau caranya...lebih lagi kita dikelilingi desperado(indonesian and thailand) yg mahukan barang seludup ni sbb lebih murah...

    knowing org indon nie they do whatever for their survival....air menitik dari atas gunung pun diorang ubah jadi penjana elektrik....

    pendek citer...kalau kita guna teknologi tagging diesel nie and after few month penyeludup dah tahu cara untuk untagging...camne????tak ke rugi pelabaruan beratus juta tue....

    sedangkan teknologi satellite astro pun org leh klon curi sume channel dsb smpai astro pening last2 nak tukar sume decoder jadi beyond....tue belum pencurian unifi, meter tnb, meter syabas, trermasuk la buat pangglan percuma dari payphone dll....

    so tagging diesel is not the long distance solution for us...not even for indonesia...they r considering bcause they know what they don know......kita pulak jgn jadi we know but we dont know...sekian pendapat sesen saya...

    ReplyDelete
  3. dan kalau nak bg kuasa pada stesyen minyak pun dah nama manusia...suka salah guna kuasa....pendpaat stgh sen akpulak adalah merasionalisasi kan cukai jalan ikut cc kereta dan ikut payslip 3 bulan(ikut fitnah fareeda terkini)....

    kalau keta cc 1.5 ke bawah dengan pendapatan gaji kecik leh bagi free je cukai jalan.......untuk 2.0 dan keatas dengan gaji besar dan keta import leh naikkan harga cukai jalan dari rm 62.60 ke rm 625....sama cam thailand yg takder tol tapi cukai jalan mahal....

    dah tentu yg takder slip gaji beli cash keta mahal2 lagi mahal cukai jalan....yg takder cash kan minta loan dah tentu tau gaji dia....

    lagi skang nie org dah tak suka bg nama untuk sedara beli keta...saman nanti susah nak argue....

    ReplyDelete
  4. jgn salah paham...sy tgk muka hassan malek pun dah menyampah esp masa mlm ari tue,,,

    sy hanya ckp atas pengalaman esp masa di lkim sy sedar the whole system og gov dah cripple buat camna pun mmg cacat...so kalau letak nuar berahim atau najib jadi menteri untuk solve kan isu penyeludupan nie ttp akan gagal even che det pun....sbb....ia hanya boleh ditewaskan dengan kejujuran semua penguatkuasa....

    di jabatan dan kem...di atas sana sume leh wat keputusan dan akta baru...tapi sang penguatkuasa iaitu kita sendiri perlu jujur dan berani berpegang pada etika kerja....cam nak tutp stesyen minyak lau kantoi....pemiliknya akan rugi berpuluh juta...hulur sejuta dua kat penguatkuasa...tutup kes, tajkder bukti terus......yg tak hulur pula walaupun tak bukti terus kena tutup...sama la cam citer pegawai jakim aniaya org melayu sembelih ayam taknak hulur....

    even kalau kita buat cukai jalan tinggi2 pun ramai la dato2...tokey2 lori dan kontena tak renew cukai jalan...bila kena tahan jpj atau polis...hulur 100 lepas...sy bukan tuduh polis tapi kalau ada pembaca kawan2 bawa lori ngn sykt cina mmg taukey2 dah ready kan rm 100 dalam enevelope esp bila tahu lori diorang ada salah....

    sistem kerajaan cacat saya ckp sbb camnie...LKIM bagi diesel free pada nelayan ikut kuota.....nelayan A layak dapat beribu diesel dan bawak ke tgh laut jual pada kapal asing...lkim tiada kuasa sbb kuasa lkim ikan/kapal didarat sahaja....dilaut kuasa maritim.....tue belum cite border laut punya kuasa lagi....so sistem dah cripple buat camne pun org leh guna kelemahan sistem untuk akali kita...

    jadi makin lama kita bincang....kita tahu masalah diesel nie tiada penghujung melainkan hudud iaitu pegawai kerajaan yg kantoi amik rasuah msa penguatkuasaaan hukum rampas harta nya, buang negara serta merta...zaman nie plak org ramai akan kata zalim dsb..kalau pegawai tu pas atau ppkr lagi hebat drama dia....masuk mahkamah 20 tahun dibela latheefa koya last2 kes buang sbb io dah mati....

    penatnya type.....sepenat menunggu org melayu ubah sikap.....

    ReplyDelete
  5. Cadangan yg dikemukan amatlah jelas dan bermanfaat jika ianya digunapakai serta merta bagi mengimbangi ekonomi negara dan dlm masa yg sama membantu golongan yg kurang berkeupayaan dari segi taraf hidup yg semakin meningkat ..

    ReplyDelete
  6. Apa kata kalau kita buat semakan semula mengenai harga rumah yg semakin meningkat dan tidak sekata dgn pendapatan yg diperolehi oleh golongan yg berpendapatan rendah di malaysia.. Jika dilihat, walaupun byk rumah kos rendah yg kerajaan telah bina utk golongan ini , harganya masih terlalu tinggi utk dimiliki oleh golongan 'miskin' walaupun ada di antara mereka yg berpendapatan lebih 2 ribu sebulan disebabkan taraf hidup yg semakin meningkat

    ReplyDelete
  7. meh kita fikir balik. duit subsidi minyak tu datang dari mana ek? rasanya kalau tak silap aku mesti datang dari cukai, betul? siapa yang bayar cukai? siapa pula golongan yang tak bayar cukai? so, apa rasionalnya pulak pembayar cukai tak boleh menikmati hasil dari cukai yang dibayar sementara yang tak bayar cukai pulak boleh dapat menikmati subsidi yang datang dari cukai. apa barang ni woi! rasionalisasi subsidi kena betul caranya dan mekanismenya. jangan buat pakai kepala bana yang tak ada otak, bila dah dilaksanakan esok tak pasal-pasal kepala bana kena jotos kena jentik oleh rakyat. klunya mudah, pembayar cukai nak juga merasa serba sedikit hasil cukai yang dibayar, faham tak ni? so, nak jimatkan duit kerajaan kuatkuasakan undang-undang mengatasi kebocoran sebab penyeludupan dan pembelian oleh warga asing. kereta mahal kena bayar cukai mahal juga bro. cukai jalan lagi. dah la cukai mahal, nak beli minyakpun kena cukai lagi. akai ada ka.... yang tak bayar cukai jangan terasa, hak korang aku tak sentuhpun, aku sentuh hak orang yang bayar cukai jer....

    ReplyDelete
  8. Betul sangat la cakap brader ni.. Well said bro!! Memang sakit hati bila tengok orang luar isi minyak terutama kat JB dan negara2 bersempadan dengan thai.. bengkek je tengok wei.. subsidi sepatutnya hanya utk rakyat malaysia

    ReplyDelete
  9. Pandangan M.Faizal sangat baik.Mungkin boleh di tokok tambah untuk pembaikan. Apa yang perlu di ingat Dato Hasan Malik bukan berseorangan mentadbir. Dia ada Penghulu di atas nya..Kalau Penghulu setuju tindakan darastik yang telus maka okey lah.Kalau tindakan bagus tetapi ketelusan merugikan pentadbiran atau politik maka Datok Hasan Malik krna ikat tangan bawah meja. Yang ini sukar dinafikan

    Walau apa2 pun keberanian Datok Hassan teman sanjung tinggi. Oh ya, sebelum terlupa teman nak kasi pandangan ringkas. Teman seorang petani tradisional. Kalau teman nak menghapuskan segala ulat2 di daun ,ranting, atau julai pokok teman ubati dari pangkal pokok itu Kalu akar baik, batang pokok bagus, tamatlah kesah ulat2 di seluruh pokok itu. Isyaalah.

    By:Cikgu"S"

    ReplyDelete
  10. Cadangan yang sangat bernas and masuk akal. Kalau setakat kad pintar...kad dalam wallet ni dah berkeping2 kad. Tp x fully utilize as per claimed

    ReplyDelete
  11. lebih baik subsidi minyak gas memasak gula dll ditarik balik sepenuhnya...wang subsidi yg diberi secara pukal diberi terus kepada rakyat yang layak menerima...gunakan platform brim untuk mengenalpasti siapa yang layak di beri wang subsidi...selagi subsidi di beri secara pukal...selagi tu ketirisan akan berlaku..

    ReplyDelete
  12. 1.ko boleh jamin bahawa semua menteri termasuk najib tak makan rasuah!!!
    2.ini bukan zaman ketam bhaii!!
    3.kalau yang diatas pun puak pemakan rasuah!!sampai kiamat pun rasuah tidak boleh diatasi!!

    ReplyDelete
  13. Ha ha......kita tunggu apa Menteri reply maaa....

    ReplyDelete
  14. Ini standard kerajaan M'sia ada undang2 takde penguatkuasaan dan takde pelaksanaan. Sengal tul.

    ReplyDelete
  15. Saya sokong 100%

    ReplyDelete
  16. menteri umno ade ke yg cerdik..klu ade,dh lama dia pikir ape yg mamat ni tulis,..

    ReplyDelete
  17. Apakah Anda harus menginstal pinjaman, perusahaan perlu Anda bermimpi?
    Apakah Anda perlu bisnis yang ada pinjaman keuangan?
    Apakah Anda membutuhkan pinjaman pribadi?
    Apakah Anda mencari pinjaman untuk membeli mobil?
    Apakah Anda membutuhkan pinjaman untuk membeli rumah, properti dan banyak?
    Apakah Anda pernah dalam krisis keuangan dan kebutuhan untuk bailout?
    Apakah Anda pinjaman Natal?
    Apakah Anda ingin mencari pinjaman liburan?
    Apakah Anda membutuhkan pinjaman mahasiswa untuk pendidikan Anda?
    Jika Anda memiliki pinjaman untuk medis miliki?
    Ini semua adalah pertanyaan dari saya dan saya punya jawaban untuk itu.Jika Anda antara kategori-kategori orang yang mencari solusi untuk pertanyaan-pertanyaan ini, di sini adalah kesempatan Anda untuk mendapatkan apa yang Anda butuhkan.
    Am berkomitmen untuk semua peminjam dan memberikan nasihat keuangan Anda untuk mengambil suatu keharusan pinjaman.
    Jika Anda membutuhkan pinjaman, jangan ragu untuk menghubungi kami di williamjacksonloan30@gmail.com untuk rincian lebih lanjut tentang aplikasi pinjaman.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!