PANAS BERAPI! SIAPA DALANG SEBENAR PENYELUDUPAN DIESEL NI?


KUALA LUMPUR 7 Jun - Usaha membanteras penyelewengan diesel bersubsidi tidak akan berhasil se­lagi sebahagian besar syarikat pem­borong dibiarkan bermaharajela de­ngan melanggar segala syarat lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Per­dagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Sumber memberitahu Mingguan Malaysia, terdapat bukti menunjukkan dalang sebenar sindiket penyelewengan diesel bersubsidi adalah pemborong yang seolah-olah bebas daripada tindakan kementerian itu.

"Keadaan itu berlaku kerana kelemahan dari segi pemantauan dan pemeriksaan oleh Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK sehingga memungkinkan sebahagian besar pemborong mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit melalui penyelewengan diesel bersubsidi," kata sumber itu.


Ditanya bagaimanakah modus operasi yang dilakukan oleh golongan tersebut, sumber itu berkata, perbuatan paling ketara ialah tidak mengambil bekalan bahan bakar berkenaan secara langsung daripada depoh syarikat minyak, biar pun ia menjadi syarat utama untuk mereka memperoleh lesen.

"Perkara ini terdedah apabila invois pembelian minyak disemak, jumlah yang diambil dari depoh syarikat minyak terlalu sedikit, oleh itu dari mana mereka mendapat bekalan untuk diagihkan kepada pihak industri dan kapal dagang, kalau tidak melalui stesen minyak atau sumber lain seperti ejen-ejen mereka sendiri?," katanya.


Sumber itu menjelaskan, stesen-stesen minyak menjual diesel bersubsidi dengan harga RM2.10 seliter iaitu 10 sen lebih daripada harga pasaran. Pemborong kemudiannya menjual bahan bakar itu kepada pihak industri antara RM2.40 sen dan RM2.50 sen seliter manakala kepada kapal dagang pula antara RM2.60 dan RM2.70 sen seliter.

Sumber itu menjelaskan, pihak industri dan kapal dagang turut bersubahat melakukan penyelewengan diesel bersubsidi memandangkan harga yang dijual oleh pemborong lebih rendah berbanding harga di depoh iaitu RM2.70 sen manakala pengusaha stesen minyak pula meraih keuntungan 10 sen bagi setiap liter yang dijual kepada pemborong.

"Kesediaan pemborong yang menawarkan pembayaran secara kredit, turut menjadi tarikan kepada pihak industri memandangkan di stesen minyak urus niaga dilakukan secara tunai. Malah, perkhidmatan kenderaan yang disediakan oleh pihak pemborong menyebabkan kebanyakan industri memilih untuk membeli bekalan daripada mereka," kata sumber itu lagi.

Lebih mengejutkan kata sumber itu, ada dalam kalangan pemborong yang terus beroperasi biar pun lesen sudah pun tamat tempoh dan syarikat-syarikat minyak pula masih tetap membekalkan permintaan minyak kepada mereka dengan alasan tidak menerima maklumat daripada KPDNKK.

"Ada kes yang lesen sudah tamat tempoh setahun lalu tetapi pemborong masih beroperasi. Keadaan itu membuktikan bahawa tiada pengauditan secara berkala dilakukan oleh agensi terlibat sehingga memungkinkan mereka mengambil kesempatan," katanya.

Sumber itu juga mendedahkan bagaimana, ada pemborong memalsukan invois pembelian syarikat minyak kerana mereka memahami proses semakan dan pengesahan dokumen berkenaan akan mengambil masa oleh syarikat-syarikat tersebut.

"Perlu ada ketegasan dari segi pengauditan dan memeriksa urus niaga oleh pemborong, janganlah sekadar lulus sahaja lesen tetapi pemantauan dan penguatkuasaan diabaikan. Kita juga berharap pemantauan janganlah sekadar dilakukan ketika musim perayaan kerana ia boleh menimbulkan tohmahan," kata sumber tersebut.

Selain itu, sumber berkenaan turut berpendapat syarikat-syarikat minyak tidak sepatutnya mengamalkan sikap lepas tangan dengan menuding jari kepada KPDNKK apabila pemborong tidak mematuhi syarat untuk mendapat bekalan daripada mereka.

"Mereka harus bertanggungjawab untuk memantau pemborong yang dicadangkan kepada KPNDKK supaya tidak timbul kejadian pemborong mengemukakan dokumen kontrak permohonan dari luar negeri yang tidak pasti kesahihannya.

"Syarikat tidak boleh menyatakan mereka hanya mencadangkan dan KPDNKK sepatutnya menyemak latar belakang syarikat pemborong terlibat, justeru proses semakan ke atas syarikat-syarikat itu termasuk mengetahui lembaga pengarahnya perlu dilakukan bagi memastikan lesen yang dikeluarkan tidak dipajakkan kepada pihak ketiga," katanya.

Utusan Malaysia  

80% dari pemborong adalah cina dan ini adalah persekongkolan melibatkan syarikat minyak yang sedia beri sokongan untuk mereka dapat lesen beroperasi

House PK: Aku kena puji le apa yang task force ni buat. Sebab negara paling rugi bila minyak bersubsidi ni diseludup atau dijual pada orang asing. Ini hak kita mujurlah pihak bertanggungjawab menjalankan tugas mereka.

Aku harap taskforce ni ajar lahanat-lahanat ni semua!

7 Responses to "PANAS BERAPI! SIAPA DALANG SEBENAR PENYELUDUPAN DIESEL NI?"

  1. benda camni kena dibanteras dari akar umbi lg..

    ReplyDelete
  2. Allah taala dah beri pilihan ..
    umpama tangan kanan dan kiri..
    pilih lah ..
    putih @ hitam..
    Agensi PENGUATKUASA BANYAK DITUBUHKAN ..
    KENAPA MASAALAH TIDAK DAPAT DIATASI ????
    SEBAB .. DUIT..

    ReplyDelete
  3. Dari pendedahan ini, nampaknya ada agensi yg tidak menjalankan tugas. Ada yg dah mkn rasuah. Ada yg main kotor utk keuntungan yg berlipat ganda. Bila MM boleh buat pendedahan ini, ini menunjukkan benda haram ni dah lama jalan tapi org tutup mata. Sebab ada samseng upahan yg tlg banteras mata2 yg perhati depa ni. Apa2pun, pendedahan TV3 yg org akan nampak dan cepat diambil tindakan. So, pemberita lain perlu bekerja keras dgn pihak penguatkuasaan agar serbuan terus dibuat dan dpt tangkap caught redhanded. Baru lah berita sensasi

    ReplyDelete
  4. Tang minyak ni aku tak tau? Tapi harga ikan tinggi aku tau la.......

    ReplyDelete
  5. Yang siang malam kaut untung adalah tokey Cina, berjuta setiap bulan. Drebar lori dapatla sehinggit dua, lebih rendah dari drebar tonto. Kerajaan BN siang malam usaha nak jaga harga jangan naik, jangan membebankan rakyat. Disel murah sindiket seludup keluar, minyak masak murah sindiket seludup jual di Hatyai...Tapi ikan murah Siam RM2 sekilo bawak masuk Malaysia jual RM12 sekilo, daging kerbau tua India harga RM 3.10 sekilo dibawa masuk dijual RM12.90 sekilo...

    Lembu hidup Siam harga RM3.40 sekilo dibawa masuk Malaysia dan dijual RM26.00 sekilo sebagai daging segar!!!..tomato Cameron Highland jatuh harga RM1 sekilo dibuang dalam gaung supaya Melayu tak dapat rasa tomato murah...Melayu mahu pelihara lembu melalui NFL pun tak sempat kerana bukan lembu yang kena sembelih tapi tokey Melayu awal awal kena sembelih (oleh Melayu jugak sembelih guna pisau maya)

    Semuanya menggambarkan Cina pandai berniaga dengan Melayu, tak kira Halal atau Haram..Melayu hanya pandai beli, materkedarah tak kira murah atau mahal, halal atau haram.

    Tapi nasib baik ada UMNO/BN untuk disalahkan, bukan Cinapek atau kongsigelap Cinapek

    Yang akan sentiasa untung dan untung selama lamanya adalah Cinapek dan sindiket Cinapek yang berpengerusikan Melayu. Buat peraturan macamana sekali pun, umpama membuat pagar babi hutan keliling kebun, tak dapat lompat pagar mereka rodok gali tanah masuk bawah pagar...Babi tetap Babi.

    ReplyDelete
  6. Penguatkuasa memang banyak tetapi tak ada kuasa.Curi minyak KPDNKK yang boleh tangkap Polis tak boleh. Curi telor ayam Polis boleh tangkap KPDNKK tak boleh tangkap.Seludup rokok Kastam saja boleh tangkap penah dengar Polis tangkap penyeludup rokok.............................

    ReplyDelete
  7. Spt selalu...
    Ada melayu laknat yg sanggup jd hamba cina
    Barua2 melayu...

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!