PANAS BERAPI! PENYELEWENGAN MINYAK TURUT MELIBATKAN PENGUSAHA STESYEN MINYAK?



Semua tidak jalankan pemantau dan penjagaan rekod serta ada yang memalsukan rekod. Maka melalui cara itu, syarikat minyak, pemborong dan stesyen minyak semua terlibat dengan penyeleweng diesel begitu banyak.

Utusan ada menulis:


Syarikat minyak turut menyeleweng

KUALA LUMPUR 8 Jun - Musykil. Itulah perkara yang sering menjadi tanda tanya ke mana hilangnya bekalan diesel bersubsidi yang diberikan kepada syarikat pembekal minyak kerana bekalan bahan bakar itu habis sebelum waktunya.

Menurut sumber, jika diesel subsidi dijual mengikut prosedur yang ditetapkan, setiap stesen minyak perlu mengisi semula bekalan itu pada akhir bulan sahaja.

"Apa yang berlaku ada sebaliknya. Stesen minyak yang kehabisan bekalan membuat tempahan bahan bakar ini mela-lui syarikat minyak tetapi mereka tidak menghantarnya mengikut masa yang ditetapkan.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah meluluskan peruntukan kuota yang mencukupi kepada syarikat minyak. Jadi persoalannya mana perginya kesemua diesel subsidi yang diluluskan?" katanya.

Sumber itu menjelaskan, mengikut prosedur undang-undang sebenar setiap stesen minyak tidak dibenarkan membiarkan tangki kosong tanpa bahan bakar.

Baca sepenuhnya di Utusan Malaysia SINI


Utusan Malaysia melaporkan pula pengibatan Pengusaha Stesyen Minyak:

Pengusaha stesen minyak 'terpaksa' salah guna permit untuk tanggung kos operasi

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi yang dijalankan sindiket di darat mahupun di laut turut melibatkan sesetengah pengusaha stesen minyak bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah dan cepat.

Bagaimanapun, mengapa kebanyakan pengusaha stesen minyak ini terlibat dengan kegiatan penyelewengan?

Menurut sumber, perniagaan stesen minyak sememangnya membawa pulangan yang berpatutan kepada pengusaha tetapi permit pelepasan yang diberikan kerajaan kepada mereka 'terpaksa' disalahgunakan bagi menanggung kepelbagaian kos operasi.

Sumber itu berkata, kebanyakan pengusaha stesen minyak terlibat dengan kegiatan penyelewengan diesel berikutan komisen atau keuntungan yang ditetapkan kerajaan tidak memberi pulangan yang berbaloi.

Difahamkan, komisen setiap satu liter penjualan petrol yang ditetapkan kerajaan adalah 12 sen, manakala bagi diesel pula tujuh sen sejak lapan tahun lalu. ....


Sepenuh di SINI

KPDNKK tidak peduli untuk selesaikan isu ini. Selain sengaja tidak pantau dan check, berikut menunjukkan penjawat awam tengok ke lain untuk menerima rasuah dari kongsi gelap yang terlibat dalam penyelewengan dan seludup diesel.


Ops Titik tidak berkesan?


KUALA LUMPUR 9 Jun - Benarkah Ops Titik yang dilancarkan oleh Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mampu melumpuhkan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi?

Satu sumber berkata, berdasarkan pemerhatian terbukti Ops Titik hanya mensasarkan sindiket-sindiket kecil yang tidak banyak memberi kesan dalam usaha membanteras kegiatan haram tersebut.

"Kita tertanya-tanya kenapakah sindiket besar di sesetengah negeri seolah-olah dibiarkan, apakah mereka tidak ada maklumat atau ada sesuatu tidak kena dalam operasi yang dijalankan," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Kejayaan besar setakat ini adalah melalui Operasi Diesel Selatan (ODIS) yang dilancarkan 9 Mei lalu oleh Pasukan Petugas Khas yang dikoordinasikan Jabatan Peguam Negara. Dalam tempoh sebulan lalu sebanyak 9.1 juta liter diesel dan 12 buah kapal dianggarkan bernilai RM58 juta dirampas dan disita.

Sumber itu turut mempertikaikan keberkesanan Ops Titik kerana selain berlaku kebocoran maklumat sebelum operasi dijalankan, kawasan yang diserbu akan kembali beroperasi beberapa hari kemudian.

Sebagai contoh, kata sumber itu, satu kawasan di Padang Besar, Perlis yang pernah diserbu oleh agensi penguat kuasa kembali beroperasi.

"Kawasan ini terletak berdekatan dengan pejabat sebuah agensi penguat kuasa dan didiami oleh keluarga suspek dan saudara-mara, soalnya tidakkan pihak berkuasa menyedari keadaan itu?
Baca sepenuhnya SINI
* Ops Titik di uruskan oleh KPDNKK sendiri. Manakala ODINS melibatkan pelbagai agensi dalam Special Taskforce.. 
ABITW menulis di SINI kata ia seolah-olah untuk selamatan sindiket besar dan pegawai tinggi KPDNKK cuba menutup malu dan tembelang rasuah mereka. 
Sumber ; The Unspinners

1 Response to "PANAS BERAPI! PENYELEWENGAN MINYAK TURUT MELIBATKAN PENGUSAHA STESYEN MINYAK?"

  1. Mcm biasa dengar aje statement ni ... Tangkap ikan kecil utk kaburi mata masyarakat.. KPDNKK dah lama dah main game ini. So, bila Utusan buka cerita depa, mg panas botot punya. Dan lepas ni, byk lagi ikan kecil akan ditangkap. Konon2nya KPDNKK ni bat keje, Utusan saja aje buat cerita. Harap2 pihak berkuasa ambil tindakan pada sapa yg bertanggungjawab dan tidak cover dia semata2 utk nak tutup malu. Dah tiba masanya utk kita buat kerja dan cai duit halal

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!