PANAS BERAPI DARI JAKARTA-PART 5


Tadi ketika aku keluar untuk ronda meronda-ronda Jakarta dan ketika melewati kawasan Kemayoran aku ternampak satu bangunan besar berkubah biru lambang salibnya besar dan tertulis perkataan ALLAH.

Darah aku dah menyirap wa cakap lu.Selama ni aku hanya dengar cerita orang.Kali ni aku nampak sendiri.Itu pasal aku terbakar.Aku minta pak supir yang mengemudi mobilku putar kembali.Aku nak ambil gambar untuk share dengan korang.Kau orang lihatlah sendiri.Pasti korang terbakarkan ?

Mengikut pak supir aku benda-benda ini semua terjadi di zaman Gus Dur.Dialah yang membenarkan orang kristian guna kalimah ALLAH. Bagi orang cina guna nama cina dan bercakap bahasa cina.Dulu zaman Sukarno,Suharto dan BJ Habibie semua itu tak berlaku.Zaman Gus Dur semuanya jahanam. Sebab itu dia disanjung oleh oleh bangsa dan agama lain.Orang indonesia kata dia disanjung sebagai bapak pluralisme.

Itulah pemimpin ulama yang dikatakan suci muci sehingga orang Indonesia meleleh air liur dan memilih dia sebagai presiden.

Korang tengoklah kat Malaysia sekarang.PErjuangan PAS sama ja dengan Gus Dur.ITu semua penipu yang guna agama untuk kepentingan kuasa mereka.Udah-udahlah melayu oiii,sampai bila korang nak kena tipu dengan pemimpin yang berwajah alim ?


13 Responses to "PANAS BERAPI DARI JAKARTA-PART 5"

  1. Di Indonesia banyak gerakan Islam yang hebat-hebat, banyak pesantren yang hebat-hebat, ramai ulama yang hebat-hebat....malangnya suara gerakan Islam, pesantren dan para ulamanya TIDAK BEGITU KEDENGARAN...itu sebabnya, golongan Kristian sudah boleh 'naik kepala'.

    ReplyDelete
  2. Tu yg si gay boy tua nk buat gak kt msia demi undi..bodoh..biarla cpt kiamat, jd tak la rmai org islam tersesat

    ReplyDelete
  3. Kalau orang macam kamu pergi mana mana, negara aman pun boleh di hancurkan. Patut dipulaukan

    ReplyDelete
  4. Rasanya kat Malaysia belum pernah di adakan perdebatan antara ulama dan paderi Kristian.Sepatutnya kita kena tunjukkan kepada mereka bahawa ajaran Kristian sebenarnya ajaran sesat dan perdebatan di siarkan tv keseluruh negara ....Rasanya org Kristian semakin sesat kerana paderi mereka berbohong tentang kedatangan nabi muhammad...Ada juga orang Islam tergelincir dan termakan tipu muslihat ....contohnya khalid gereja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke berani ulama di malaysia ini nak berdebat dengan paderi kristian....???????? kat indonesia, banyak para ulama yang berani berdebat dengan para paderi ini, sebab ulama indonesia tak terikat sangat dengan pahaman politik macam kat malaysia ni....

      Delete
    2. ait nak berdebat pulak, bukankah pm kata debat tu bukan budaya kita...

      Delete
  5. Masaalah nya orang Islam sendiri yg menjahanamkan ISLAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul 100%, malahan banyak orang islam yang mau dijadikan boneka untuk menghancurkan islam itu sendiri JOKOWI adalah contoh nyatanya,

      Delete
  6. Jangan peduli atau gundahgulana
    Perkukohkan amalan akidah tauhid dan iman
    Dunia tidak lama sementara tapi akhirat kekal abadi
    Apa yang wujud dugaan adalah qadak qadar Allah jua
    Teruskan do'a zikir berda'wah bagi meraih pahala dari Allah
    Jangan sampai terpedaya olehnya kita sesat
    Pedoman Suratul Faatihah jadikan fadilat
    Hanya Allah Yang Maha Kuasa.

    ReplyDelete
  7. aku di indonesia dr 1996 skrg pergi jugak kalau nask crita berguni
    parpu bila aku bca artikal you,,, skrg aku tau you ni ''kepoh'' lebih , ni semua crite recycle bila setiap
    PEMILU ,,,,

    ReplyDelete
  8. So, baru aku faham. Isu ini sebenarnya dah lama dah di Indon. Baru dtg ke Msia. Nampak sgt ini adalah agenda kaum2 dan bangsa2 tertentu utk menimbulkan kacau bilau di negara ini. Setelah bertapak di Indon dengan kukuh, agenda seterusnya di Msia pula. Kita org Melayu pun cepat melatah. Cubalah membuat perbincangan demi keharmonian agama dan bangsa di Msia. Bila ada yg berkeras nak tunjuk sapa lebih kuat dan berkuasa, maka ramai yg sakit hati dan mulalah tuduh-menuduh dan persengketaan akan timbul. Harap2 kat Msia ni dpt diselesaikan dgn baik

    ReplyDelete
  9. Lama dah la sana. Sebelum zaman Gus Dur lagi. Malah sebelum Soekarno lagi gereja sana guna Allah sebagai tuhan mereka. Sebab itu kitab bible bahasa indonesia yang awal masuk malaysia.

    Nampak sangat Parpu sokong Jokowi. Jokowi kan gabenor Jakarta jadi mestilah media sekitar Jakarta banyak berita dia. Prabowo dari Jawa Timur n mesti banyak berita dia sana banding Jokowi.

    Media sana sama sini. Sila masuk Kompasiana dan aku nak tanya kau, berani tak media utama Malaysia bagi ruang pada rakyat dia macam Kompas bagi dalam Kompasiana?

    ReplyDelete
  10. Parpu...

    Bab yg pergi karaoke dan dangdut club ko tak tulis pon? hehheheheheh

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!