PANAS BERAPI! APA NI APMM? DEPAN MATA KORANG DIESEL DISELUDUP DAN KORANG TAK BUAT APA PUN?


KUALA LUMPUR 9 Jun - Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi di perairan negara bukan sahaja melibatkan bot, kapal nelayan dan kapal dagang asing tetapi kapal luar pesisir pantai turut dikesan menjalankan kegiatan haram itu.

Satu sumber memberitahu, jumlah penyelewengan diesel bersubsidi oleh kapal luar pesisir lebih besar berbanding bot dan kapal nelayan kerana ia mampu membawa sehingga dua juta minyak diesel pada satu-satu masa.

Katanya, kapal itu belayar di sepanjang pantai menghubungkan bandar dan pelabuhan untuk menghantar barang kegunaan dalam negeri selain berfungsi memungut muatan dari pelabuhan kecil serta membawanya ke pelabuhan besar untuk dieksport.

"Lazimnya, jumlah penggunaan minyak diesel dalam satu-satu pelayaran tidak banyak. Mereka terlibat dalam kegiatan penyelewengan dengan memindahkan baki diesel ke dalam lori tangki apabila tiba di pelabuhan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut sumber itu, kapten dan anak kapal luar pesisir yang terlibat dengan kegiatan berkenaan dikatakan mendapat 'bahagian' masing-masing hasil penyelewengan diesel bersubsidi itu.

"Bayangkan, satu pemeriksaan mengejut yang dilakukan ke atas kapal luar pesisir dalam satu operasi menemukan sejumlah AS$25,000 di bawah tilam seorang tukang masak dan AS$55,000 bersama seorang anak kapal.

"Jika bergantung kepada gaji semata-mata, mustahil mereka boleh mengumpul duit sebanyak itu dalam satu-satu pelayaran," katanya.

Utusan Malaysia

Dipercayai sindiket kapal luar yang datang ambil diesel untuk seludup ke luar negara dibiayai oleh sindiket luar kebanyakkannya dari Singapura dan ianya berleluasa di perairan Johor dan juga Klang di kawasan kapal "parking".

Malangnya pihak berkuasa APMM hanya tutup mata kepada kegiatan pemborong menjual diesel subsidi ke kapal asing melebihi keperluan kapal yang berlaku di perairan laut.

HOUSE PK: Korang mesti pelik kan kenapa sejak dari semalam aku asyik main isu diesel je ni? Sebab aku tak bodoh macam puak pakatan yang tau menyalak kosong dan tak mahu utarakan isu-isu sebegini. Maka kita bloggers la yang ingin mengutarakan benda-benda tak popular macam ni.

Ini soal diesel bersubsidi beb. Ini hak kita semua dan takkan la kita nak duduk diam dan tengok je benda-benda ni berlaku. Dah la APMM tak buat apa-apa pun. Jadi kita kena la war-warkan isu ini dan aku harap isu ini disebar ke merata tempat supaya pihak yang bertanggungjawab buat kerja mereka dan tak makan gaji buta.

Rasanya dah tiba masanya Ketua Pengarah APMM diganti? Tak gitu? Oh ya seperti biasa aku ambil artikel ini dari bloggers yang prihatin The Unspinners.

16 Responses to "PANAS BERAPI! APA NI APMM? DEPAN MATA KORANG DIESEL DISELUDUP DAN KORANG TAK BUAT APA PUN?"

  1. brupppp...sendawa....

    ReplyDelete
  2. 80% kakitangan APMM terutama sekali pegawai-pegawainya adalah penyokong pembangkang. Mereka bukan setakat tak buat kerja dan makan gaji buta tapi mereka juga sabotaj usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kepada rakyat. Mereka akan menukarkan anggota yang rajin dan menaikkan nama jabatan tanpa pertimbangan. Dengan cara itu mereka berharap orang yang dianiaya ini akan membenci kerajaan. Eloklah tukarkan KPnya dan jangan letakkan bekas Navy sebagai KP. Pilihlah dari jabatan lain yang sesuai. Bekas Navy ni cuma tau bodek. Dalam Navypun mereka dah tak laku, bintang dah gelap, sebab tu lari masuk APMM.

    ReplyDelete
  3. APMM tahan ikut undang-undang. Kalau minyak yg diisi lebih daripada yg digunakan mana ada akta yang boleh sekat? ISA boleh la. ISA dah takde. Kapal ni ada tangki dan kemudahan isi minyak. Apa bukti dia curi minyak? Bukannya macam lori yg diubahsuai, sah-sah boleh tangkap sbb ada kesan ubahsuai. Melainkan ada bukti atau sedang 'urusniaga' baru boleh tangkap, bai. main syak-syak aje tak boleh pakai bai. PDRM pun tak boleh bertindak kalau setakat syak.

    ReplyDelete
  4. Orang kita kuat ibadat tapi tak ada ihsan.sebab itu rasuah menjadi2. Mereka ingat orang tak nampak tapi Allah nampak. Sebab tak ada ihsan, tidak takut dan gerun untuk buat jahat. Saya syor semua anggota dan keluarga dijabatan penguatkuasaan di wajib istihar harta dan simpanan wang setiap tahun. Pada ustaz2 yang tak habis2 cakap tentang isu perempuan,poligami,dll. sila focus pada isu Rasuah dan Salahguna Kuasa yang impactnya mengatasi hak individu kerana ianya melibatkan masyarakat dan negara.

    ReplyDelete
  5. Cara terbaik untuk tangani diesel seludup ni ialah untuk apungkan harga diesel mengikut pasaran dunia . Sekarang ni harga diesel di Malaysia jauh lebih rendah dengan negara negara jiran . Sudah pasti rakyat dan peniaga akan merungut kalau harga diesel naik mendadak tapi itu saja cara yang efektif untuk tangani diesel seludup ni .

    ReplyDelete
  6. Dulu sebelum apmm wujud, agensi mana yg rajin buat penguatkuasaan diesel subsidi?

    ReplyDelete
  7. Sbg rakyat Msia yg sejati, mestilah aku sakit hati dgn perkembangan ini. Tapi ak heran jugak le. Mcm mana benda2 ni boleh terlepas pandang?? Adakah negara kita ni mmg bersikap sambil lewa dl semua hal?? Bila dah terkena barulah le nak belaar. Takboleh ke kita bertindak proaktif? Ambil tindakan pada sapa2 yg secara langsung mahupun tidak langsung yg bertanggungjawab dlm hal ini???

    ReplyDelete
  8. Dlm APMM tu dah ramai puak pembangkang yg buat keje?
    Mamang le dorang seka bagi kerajaan nampak kuat rasuah...
    senang kan...
    buat salah kaut untong...
    Kesalahan campak pada kerajaan...

    ReplyDelete
  9. Biasanya kalau kes macam ni..penguatkuasa APMM dah pun maklum tapi 'disuap' oleh pihak yang buat keje ni. Susah kalau dalam govt sendiri pun pennjawat awamnya tak jujur. Apa pun jika penguatkuasaan telus pasti semua ni dapat dibanteras.

    ReplyDelete
  10. ada masyukkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lah tuuuuu...

    ReplyDelete
  11. nak buat macam mana kan lau semua kena suap dengan pakatan..nie semua salah anwar hahahaha

    ReplyDelete
  12. entahlahhhhhhhh ....kdg2 terpikir jugak....orang yang jujur dan amanah serta ikhlas dlm kerja harian amat susah nak kaya dan senang-lenang...tp terpikir jugak....mereka yang suka makan rasuah ni....langsung x takut ........pd undang2........pd......UGAMA.............

    ReplyDelete
  13. Mohon laluan Tuan.. Laporan Polis PEMBELA Desak Ghani Patail Disiasat dan Digantung Tugas...

    http://www.bangkit.info/2014/06/laporan-polis-pembela-desak-peguam.html

    ReplyDelete
  14. salam, laman blog tuan telah saya pautkan ke dalam blog baru saya di pautan http://www.paperwaris.com , mohon jasa baik tuan untuk pautkan semula laman blog saya di blog hebat tuan

    ReplyDelete
  15. Tak tau kpd siapa nak ngadu: kapal pembekal kepada pelantar minyak dilaut paling banyak melakukan aktiviti ini. Satu pelayaran pergi dan balek antara pelabuhan dengan pelantar rata rata mempunyai baki disel paling sedikit 2,000 tan. Pelayaran pulang dari pelantar minyak, disel baki tersebut akan dijual kepada peraih dilaut sebelum tiba dipelabuhan. Satu tan boleh mencecah sekurang kurangnya SD 800.00. Jika gagal dijual kepada peraih, crew kapal sanggup membuang baki disel tersebut kelaut. Suatu ketika dulu ramai broker broker darat menjalankan urusniaga. Tetapi sejak kebelakangan ini tiada lagi broker broker tersebut yang aktif. Alasannya tak boleh cari makan. Yg menghairankan, kedengaran aktiviti penjualan dilaut masih aktif. Dikhuatiri, anggota APMM sendiri yang menjadi dalang mengatur selia urusan jual beli disel dilaut antara kapal pembekal dengan peraih. Kelebihan transaksi tersebut lebih lancar dengan adanya anggota APPM sendiri yang mengathrkan dimana kegiatan dapat berjalan dengan lancar dan selamat. Info selebihnya mugkin kurang jelas. Jika ada diantara pembaca tahu lehih lanjut, silalah beri pencerahan lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sblm APMM wujud penjualan diesel seludup berluasa di laut...tiada langsung kedengaran agensi penguatkuasaan pada masa tu mengambil tindakan ke atas aktiviti tersebut sampai rakyat malaysia yg ada lesen pun x blh cari makan di perairan sendiri...klu nk tahu APMM buat kerka ke x...cuba tanya kepada pengusaha minyak berlesen rakyat malaysia...dia org blh bg jawapan...jgn tanya kepada agensi penguatkuasa yg telah diamanahkan sblm APMM wujud...

      Delete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!