MESEJ KHAS UNTUK @NajibRazak - APA DAH JADI DENGAN PEGUAM NEGARA NI?

Aku takut nak tulis pasal Peguam Negara ni tapi aku gagahkan juga untuk menulis dengan risiko yang begitu tinggi. Yalah sejak kebelakangan ni kita tengok kuasa Peguam Negara ni dah terlampau besar, malah lebih besar dari Perdana Menteri dan Tuanku nampaknya.

Tanyalah polis ke, SPRM ke, atau apa saja pihak berkuasa yang menyiasat, bila kertas siasatan sampai kepada Peguam Negara maka semuanya jadi NFA (No Further Action) dalam bahasa mudahnya tiada tindakan la atau senang cerita dia akan tutup je terus.

Terbaru isu bible yang dirampas MAIS, Peguam Negara arahkan kes ini ditutup dan kembalikan semula bible yang dirampas namun MAIS yak bersetuju tapi MAIS nak buat apa? Peguam Negara sangat berkuasa, dia boleh overulled sesiapa sahaja. KLIK SINI

Kalau korang tak percaya betapa berkuasanya Peguam Negara ini, SILA BACA dibawah ni.

 Peguam Negara dikatakan adalah orang yang paling berkuasa yang dilidungi undang-undang. Ada yang mengatakan kuasanya lebih dari Perdana Menteri, kerana beliau tidak perlu menjawab kepada sesiapa berbanding Perdana Menteri yang perlu menjawab kepada rakyat dan Parlimen.

Selama 12 tahun menjadi peguam Negara perlu dilihat sebagai sesuatu yang amat  tidak sihat dan bahaya kerana sesuatu telah berakar umbi. Beliau juga dikatakan mempunyai perhubungan yang rapat dengan "underworld" sehingga sanggup melupuskan akta EO dan RR selain dari bertanggungjawab melupuskan ISA.

Selain itu, beliau juga dikesan sebagai pro kebebasan dan menyokong musuh-musuh Islam dan NGO Melayu dan Islam dalam tindakan-tindakan beliau yang menggunakan undang-undang untuk menekan NGO dan tokoh-tokoh NGO Islam dan Melayu. Carian rambang di internet akan membuka mata kita semua.

Berikut adalah beberapa catatan awal berkaitan Peguam Negara yang dilihat  membahayakan masa depan orang Melayu dan Islam

Abdullah Zaid-ISMA
Ustaz Fauzi- ISMA
Prof Sidek Baba- laporan Blogger, AG Siasat
Dato Ramli Yusuf-X Polis
Roslan, Lawyer kepada Dato' Rosli Yusuf- ditahan satu hari sebelum raya oleh SPRM kerana tidak mahu dedahkan maklumat anakguam
Dato Seri Ainon Saad- dikhianati sehingga berhenti kerja
Dato Seri Faridah Arifin- pengaruhi KSU hingga tutup jabatan
Dato Mohd Nor ( Bekas Hakim Mahkamah Rayuan) diugut di dakwa kerana menghasut
Abdul Karim -isu kristianiti, menghasut
Rahimudin dan geng- Isu kepala lembu ke ayam?
4 orang ditahan di Shah Alam  dituduh di bawah pencolekan
Ustaz Azwandin- Tampal poster Ambiga- didenda
Rahimudin - Teresa Kok
Nadzim Johan- Fitnah mencederakan, kes Adam

-Polis dibuang kerja kerana kasar dengan pendemonstrasi/pemberita anti kerajaan
-ISA dimansuhkan
-Restricted Residence dimansuhkan
-Emergency ordinance dimansuhkan
-Perhubungan yang baik dengan Drug kingpins
-Khir Toyo tutup mulut kata dia, dengan pembangkang, dia menutup mulut
-Utz Nasir di pejabat  AG
-Kes Tun Mahathir

Kes kes melibatkan pembangkang yang menghina Islam dan Melayu  dikeluarkan kata-kata kesat oleh DAP dan PKR, antaranya:-

Lim Kit Siang
Nga Kor Meng
Ambiga
Wanita Gerakan Tan Lian Ho
Ngeh Koo Ham
Penang wakil rakyat
Kes-kes  Ah long
Alvin Tan
Rayes
Tan Keng Liang
Anthony Loke
Lim Lip Eng (DAP)

Masalah yang tidak diambil tindakan:

a. Ah Long-ribuan laporan polis tidak bergerak
b. Kes Gores n Menang
c. Banyak kes dadah terutama melibatkan warga Iran ditarik balik
d. Bersih 1, 2, 3
e. Ribuan laporan polis tiada sebarang tindakan tapi kes kecil yang melibatkan NGO akan diperbesarkan.

Beliau juga diketahui banyak kali bergaduh dengan IGP di hadapan PM

Ini aku dapat melalui email. ini bukan fitnah tapi inilah yang sebenarnya berlaku.

Aku tak tau la apa akan terjadi lepas aku tegur Peguam Negara ni. Tapi aku tak nak tengok negara kita hancur kerana seorang manusia yang terlalu berkuasa. Rasanya dah tiba masanya negara kita mesti diselamatkan dari perbuatan sebegini dan tak boleh lagi kita beri kuasa kepada satu individu seperti Peguam Negara ini.

AKu lebih rela keputusan dibuat secara berkumpulan dan bukan indidvidu yang berkepentingan. Maaf le sekadar pandangan peribadi aku je. Kepada PM buat la sesuatu sebelum terlambat. Banyak sangat benda dah didedah pasal beliau. Tolong la tuan PM ambil tindakan segera.

15 Responses to "MESEJ KHAS UNTUK @NajibRazak - APA DAH JADI DENGAN PEGUAM NEGARA NI?"

  1. Habeh camno parpu oi, asal kita tercakap lebih sikit, peluang ke 'dalam' lebih besar. Sebabnya kita ni orang Islam.bertaraf bumiputra. Kalau bukan macam kita spt guan eng ke, kit siang ke, alvin & vivian ke, theresa kok ke takpe la. Mereka dalam zon selamat sebab..... bukan macam kita. Itulah kelebihan kita spt dalam perlembagaan. Baguskan camtu.... Aku terpaksa letak nama anon je, kalau tak, ke 'dalam' aku. Sapa nk bagi makan ank bini nanti.

    ReplyDelete
  2. Bro Parpu...dah lama dah nampak kegelinciran tuan ag kite tapi tu lah...yg pelik pieemm kite pon mcm pekak bila dah ramai yg berbunyik menyuarakan ketidakpuasan hati berkaitan dgn sikap 'berat sblh' tuan ag..... tq bro parpu krn brani bersuara atas nama rakyat... malangnye hanya suara rakyat sebelah 'sana' saja yg mendapat perhatian tuan pieem kite... sbb tuh la ISA , EO dan sgl tuntutan depa tuan piieeem tunaikan... mungkin dia rasa yg mngundi dia smp bole jdi pieem tuh rakyat sebelah sana....
    Semoga doa rakyat yg betol2 cintakan keamanan, agama dan negara akan makbul...tuan pieem dan tuan ag akan nyah dari tahta.... ramai lagi yg berkaliber dlm umno yg bole mngambil alih ...dan yg penting asalkan bukan Kaki Jubor dan si Kitol...

    ReplyDelete
  3. Pm najib sila letak jawatan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. JGN PLAK SURUH NAJIB RESIGN KAN ELOK KALAU SURUH NAJIB TAKE ACTION TERHADAPNYA......

      Delete
    2. apa hal pulak nak njib resign.. peguam negara tu yang patut resign atau dilucutkan jawatan sebab proksi anwar

      Delete
  4. Ghani setahil ni kurang ilmu agama..kalau x percaya suruh dia jadi imam atau suruh dia jd ketua utk majlis tahlil atau kenduri doa selamat..sure dia lari punya..atau sure dia dtg lambat..smpai bila majlis dh selesai..bg alasan bodoh dan mcm2..tp bab mkn mmg dia terer laa termasuk MAKAN LUAR..itulah peristiwa yg saya nmpak..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa andaian saudara ada kebenaran dan kesahihannya.

      Tapi saya rasa ada orang luar yg mempengaruhi.

      Makan luar, makan dalam, makan keliling. Pilih la mana satu yg anda fikir yg terbak.

      Delete
  5. Replies
    1. It's hard to swallow, right??? Kebenaran itu sgt pahit. When we speak the truth, it hurts like pain in the ass

      Delete
  6. Ini Peguam Negara ... dia punya power lagi lebih dari Agong. Takde sapa yg berani tegur dia. Sultan pun depa boleh tembak skrg ni. Tapi AG tak boleh sentuh langsung. Dia hidup senang pun sebab belakang dia geng2 pembangkang. Silap sikit, geng2 ni akan melompat dan akan buat cerita psl kerajaan. Byk kes kita dah tgk. Lawyers boleh mereka2 bukti dan bukti ini diterima kat Mahkamah. Lawyers kat MSia pun tak ramai Melayu. AG kenalah sokong non Malay utk dptkan sokongan. Yg gigit jari .. kerajaan jugak sbb tak ambil tindakan

    ReplyDelete
  7. Rakyat sudah lama gelisah dengan keadaan yang ditulis di atas. Something is definitely wrong. Sebelum ini kita mempunyai AG yang begitu aggressive melindung kerajaan, negara dan rakyat keseluruhan nya. Tetapi kebelakangan ini terlalu banyak perkara yang dilepaskan begitu sahaja. Sekarang ni pun kita lihat kes rayuan Anuar Ibrahim dah senyap sunyi......Rakyat bimbang ......

    ReplyDelete
  8. Dah banyak kali isu ni di highlight kan oleh para blogger dan org awam di media maya.. Mereka2 yang alert hal ni bukan cakap sembarangan.. memang berfakta dan terbukti.. diharap najib ambil maklum.. buat apa nak simpan gunting dlm lipatan mcm ni.. boleh mendatangkan masalah besar pd negara kelak

    ReplyDelete
  9. Ini artikel habuk orang ditulis tanpa bukti suka hati jeh

    ReplyDelete
  10. WOW !!!
    This Is What You Really Want !!
    >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!