KUNYIT HANGIT! CHEGUBARD BUAT ADUAN BERTULIS TENTANG RASUAH DALAM PEMILIHAN PKR! WAJIB BACA

Ahli PKR yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai ‘Chegubard’ telah memfailkan aduan bertulis kepada pihak parti itu berkaitan rasuah yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi dan lembaga rayuan pemilihan parti itu.

Dalam surat yang bertarikh hari ini (5 Jun) Badrul Hisham membangkitkan satu tuduhan yang telah tersebar luas di internet sejak dua minggu lalu yang mendakwa bahawa Pengerusi Lembaga Rayuan pemilihan PKR, Abd Malek Hussin telah menolak rasuah yang cuba dihuulurkan oleh Ketua Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar dan “bosnya”.



Badrul Hisham juga berkata, berdasarkan khabar angin, “bos” itu boleh jadi Timbalan Presiden Azmin Ali, yang mempertahankan jawatannya daripada pencabar beliau iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Sambil menyifatkan khabar angin itu sebagai “memalukan”, Badrul Hisham menggesa Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Dr Tan Kee Kwong supaya menyiasat perkara itu.

Dalam surat itu, Badrul Hisham berkata khabar angin itu mendakwa Abd Malek telah mencampak “sejumlah wang” kepada Dr Xavier dan berkata, “Berikan semula wang ini kepada ketua kamu”, lapor portal berita Malaysiakini.

Lapor portal berita itu lagi, Badrul Hisham ketika dihubungi berkata adalah penting bagi mereka yang disebut terlibat dalam dakwaan rasuah itu memperjelaskan perkara tersebut.



Untuk rekod, Badrul Hisham digantung keahliannya kerana secara terbuka mendakwa pemilihan PKR kotor dan tidak telus kepada media dan beritanya disiarkan beberapa media.

Menurut sumber-sumber parti, Abd Malek “mencampak wang itu” di hadapan Wan Azizah dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri semasa mesyuarat Biro Politik PKR dua minggu lalu, lapor Malaysiakini lagi yang turut menyiarkan berita ini melalui saluran videonya di Youtube, KiniTV .

Bagaimanapun Abd Malek ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

Manakala Dr Xavier menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau cuba merasuah Jawatankuasa PemilihanParti (JPP) itu dan menyifatkannya sebagai perbuatan untuk mencemarkan nama baik beliau.

“Ia adalah khabar angin tanpa sebarang bukti langsung.

“Saya menafikan sekeras-keras yang saya terlibat dalam politik wang.

“Mereka ini cuba untuk menghasut dan menuding jari (pada orang lain) dalam proses pemilihan itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mungkin PKR perlu benar-benar menyiasat perkara ini dengan telus dan adil kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang.-bnbbc.my

HOUSE PK: Dah le kena gantung sebab kritik parti, lepas tu banyak pihak cuba nak bunuh karier politik si Chegubard ni, dari Xavier sampai ke Azmin mahu kenakan dia. Korang tengok la parti yang melaungkan Keadilan akhirnya tak le ADIL mana pun.

UMNO pulak bila Yammy Botox ibu Dyana Skandal dok jaja anak dia merata teluk intan bawah bendera DAP, UMNO hanya hantar surat tunjuk sebab je, Chegubard pula digantung sebab menyatakan kebenaran dalam parti.

Sekarang aku nak tanya korang soalan keramat ni, SIAPA YANG LEBIH DEMOKRATIK?

5 Responses to "KUNYIT HANGIT! CHEGUBARD BUAT ADUAN BERTULIS TENTANG RASUAH DALAM PEMILIHAN PKR! WAJIB BACA"

  1. Seumur hidup aku tak pernah pulak aku dengar tentang kunyit hangit . Kalau nasi hangit tu ada laa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bakar lama2, jadi hangit le. Itupun tak tau ke!! NAk demo ke??

      Delete
  2. Aduh kasihan....
    Lain kali jgn nak ganggu anak emas/anak ikan anwar brahim....naya!!!!

    ReplyDelete
  3. Kalau pemilihan parti sampai bergaduh mcm samseng, taktik kotor dan juga segala mcm buruk perangai yg ada, boleh percaya ke parti ini dapat menjadi kerajaan yg adil utk rakyat??? Itupun ramai yg sanggup menggadaikan nyawa utk Anuwar n Azizah. Cukup2 le tu. Hancur negara kita. Dah le Cina tunggu masa aje nak ambil alih ...

    ReplyDelete
  4. Chegubad ni punyalah setia dengan PKR mcm mana pulak dia bantai kaw kaw? Ni mesti ada agenda jahat PKR menanam persepsi dalam masyarakat..Jangan tertipu dengan wayang depa ni. Biaq pi lah!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!