CILI KASI TARUK! DAP TERUS SALAHKAN PAS KERANA KALAH DI TELUK INTAN!

Pelbagai ingatan telah diberikan kepada PAS berhubung pembabitan dan persekongkolan mereka dengan DAP. Namun para penyokong PAS tetap cuba menyedapkan hati sendiri, kononnya DAP jauh lebih baik berbanding UMNO dan akhirnya DAP akan faham dengan perjuangan PAS walaupun pada peringkat awalnya, penentangan yang dibuat terhadap usaha-usaha PAS, dilakukan secara agresif.

PRK Teluk Intan menyaksikan bagaimana PAS disisihkan oleh DAP dari segenap segi kecuali beberapa hari sebelum pengundian apabila Presiden PAS terpaksa didatangkan ke Teluk Intan untuk berkempen bagi pihak DAP terutama di kalangan orang Melayu.

PAS sepanjang kempen selagi boleh berusaha untuk tidak bercakap atau menyentuh langsung tentang HUDUD dan KERJASAMA DENGAN UMNO menerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud yang telah dibentuk sebagai persediaan pembentangan bil persendirian membabitkan perlaksanaan hudud pada bulan September nanti.

Namun akhirnya Dyana Sofya dikalahkan juga oleh bekas calon Barisan Nasional untuk Parlimen Teluk Intan, Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden GERAKAN.

Pergolakan DAP kerana Dyana Sofya, cuba dialihkan oleh anak Karpal Singh, Gobind Singh Deo yang juga merupakan Ahli Parlimen Puchong. Katanya, pihak yang patut dipersalahkan adalah PAS. Angkara PAS cuba memperjuangkan hudud, menyebabkan ramai pengundi enggan keluar mengundi dan memenangkan DAP di Teluk Intan.

Gobind Singh Deo menolak sebarang teori kekalahan lain termasuklah terkantoinya Sofya Dyana dalam beberapa isu terutama sekali yang membabitkan latar belakang keluarganya, terutama sekali ibunya, Yammy Samat, UiTM dan Rejimen Askar Melayu Diraja. Walaupun DAP cuba berbangga kononnya berlaku peningkatan undi Melayu kepada DAP sebanyak 3% namun penolakan masyarakat pengundi India terhadap DAP, tidak pula diambil kira.

PAS sekali lagi menjadi mangsa belasahan DAP apabila mereka kalah. Pada ketika Presiden PAS sendiri terlantar di atas katil hospital di Istanbul, Turki, di Malaysia, para pemimpin DAP mengambil kesempatan untuk membelasah PAS semahu-mahunya kerana mereka sedar, pemimpin-pemimpin PAS yang mengambilalih tampuk pentadbiran sementara parti itu sekarang merupakan golongan yang makan di tangan DAP seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar.
DAP menerusi beberapa orang pemimpin tertingginya, saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain kerana kegagalan di kubu kuat sendiri. Hew Kuan Yau yang merupakan orang yang telah berkempen sebagai calon untuk Teluk Intan, dan disisihkan oleh Lim Kit Siang bagi memberikan peluang kepada SETPOLnya sendiri, Dyana Sofya merupakan antara pemimpin DAP pertama yang menempelak kesilapan perkiraan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng. Manakala Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming, dua pemimpin DAP Perak turut menyalahkan Lim Kit Siang kerana cuba menyekat pengaruh serta percaturan mereka di Teluk Intan.

Sumber: Buletin Sengal

House PK: DAP secara terus-terusan menyalahkan PAS kerana mereka kecundang di Teluk Intan. Apa PAS nak kata? Hantar lagi unit amal untuk kawal mereka? The DAP's?

3 Responses to "CILI KASI TARUK! DAP TERUS SALAHKAN PAS KERANA KALAH DI TELUK INTAN!"

  1. setan anak kapal nak jadi hero konon nak ikut cara kapol already gone
    remember 316

    ReplyDelete
  2. DAP over confident sgt sbb depa ingat penduduk TI bodoh, takde akal mcm KAjang n Bkt Gelugor. Itu yg depa letak Dyana, budak mentah. Nah, ambik kau. Padan dgn muka. Skrg ni, bila startegi depa mkn diri, tuduh PAS plak. PAS mcm biasa, membisu sbb taktau nak ckp apa. Sblm ni pun, tak ckp apa2. Dah abis pilihanraya, nak ckp apa lagi. Diam aje la. LAgipun Presiden baru nak baik... bagi dia rehat dulu nooo

    ReplyDelete
  3. Dapigs..blame your fcking leader through your total defeat at teluk intan..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!