CILI KASI TARUK! BENARKAH AGENSI DAN PERSATUAN NELAYAN BANTU SELEWENG DIESEL?


KUALA LUMPUR 8 Jun - Penglibatan pihak tidak bertanggungjawab di peringkat pengedaran yang menyalahgunakan bantuan diesel bersubsidi bagi meraih keuntungan menerusi jalan mudah menjadi penyumbang utama kepada ketirisan dan penyelewengan bahan api itu dalam sektor perikanan.


Satu sumber mendedahkan maklumat menggerunkan apabila ketirisan dikesan berlaku daripada peringkat awal pengagihan kuota bekalan diesel bersubsidi itu sehingga kepada aktiviti penyeludupan di tengah-tengah lautan.

Menurut sumber itu, pembekalan kuota diesel bersubsidi sekurang-kurangnya 50 juta liter sebulan kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (Penesa) dan Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (Ko-Nelayan) yang disalurkan menerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) mengundang banyak kelemahan.

Katanya, ruang penyeleweng-an boleh berlaku dengan mudah di peringkat berkenaan kerana kelemahan pemantauan dan pe-nguatkuasaan yang longgar dalam pengedaran diesel bersubsidi.



"LKIM hanya memberi kelulusan kuota diesel tetapi tiada kawalan atau pemeriksaan secara serius termasuk ke manakah diesel itu dihantar. Ini mewujudkan peluang kepada pihak-pihak terlibat bersubahat dengan sindiket untuk membuat pesanan dan menghantarnya kepada pihak ketiga.

"Bermula pengagihan di peringkat awal, penyelewengan boleh berlaku dengan bekalan itu dijual kepada tangki simpanan bekalan dan bot nelayan yang seterusnya dijual kepada peraih kapal tangki, bot nelayan asing, kilang atau ke sempadan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Berikutan itu, kata sumber berkenaan, kuota diesel bersubsidi yang dibekalkan kepada nelayan oleh kerajaan tidak diagihkan kepada golongan benar-benar layak, sebaliknya dijual kepada pihak ketiga untuk mendapat keuntungan lebih besar.

Menurutnya lagi, di bawah sistem e-diesel dan kini menerusi penggunaan Mykad bagi nelayan mengambil diesel dan petrol bersubdisi, pemegang kad berhak membeli bahan api itu mengikut kuota bulanannya walaupun tidak turun ke laut.

"Tanpa perlu ke laut, ada pemilik bot yang membeli diesel bersubsidi dan menjualnya pada harga lebih tinggi untuk mendapat untung atas angin. Malahan ada sesetengah nelayan yang tidak mengambil minyak diesel, cuma memberikan kad dan mengambil duit," katanya lagi.

Sumber itu turut mendedahkan tindakan licik sesetengah nelayan laut dalam yang mengaut keuntungan mudah menerusi kuota diesel bersubsidi diperolehnya tanpa perlu turun ke laut untuk menangkap ikan tetapi pada masa sama mendapat hasil tangkapan.


Nelayan-nelayan berkenaan katanya, mengadakan 'kerjasama pintar' dengan nelayan asing apabila melakukan pertukaran di tengah-tengah laut antara diesel dan hasil tangkapan.

"Mereka memberikan diesel dan mengambil ikan daripada nelayan asing tersebut. Kegiatan itu bukan sahaja membolehkan mereka mendapat untung menerusi penjualan diesel bersubsidi kepada nelayan asing tetapi turut mendapat insentif 10 sen bagi setiap kilogram ikan yang didaratkan," katanya.

Tambah sumber itu, kegiatan penyelewengan nelayan laut dalam juga boleh dikesan jika mereka pulang awal tanpa alasan munasabah berbanding tempoh sepatutnya mereka berada di laut dengan jumlah kuota diesel bersubsidi diterima.

Bagaimanapun katanya, kelemahan dari segi pemantauan dan pemeriksaan menyebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu yang mendatangkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada negara berleluasa.

"Sebagai contoh, bagi nelayan laut dalam mereka sepatutnya turun ke laut untuk menangkap ikan dalam tempoh 10 hari, tetapi mereka pulang selepas lima hari dengan memberi alasan tiada tangkapan. Sebenarnya mereka menjual diesel bersubsidi di tengah laut kepada sindiket," katanya.

Utusan Malaysia


Sementara itu, NEKMAT nafi berlaku. baca Harian Metro SINI.

HOUSE PK: Cakap banyak pun tak guna, tapi pendedahan ini kalau ditanya pada para nelayan dan orang-orang yang ada kat Port Klang semua tahu betapa hebatnya diesel bersubsidi dilacurkan ditengah lautan. Rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab demi kerana sedikit wang sanggup membuat perbuatan begini.

Takkan nak biar je benda macam ni? Kepada pihak bertanggungjawa ambillah tindakan yang sewajarnya. Aku respek tak Menteri Pertanian Ismail Sabri yang secara terang-terangan nak cantas habis semua orang yang merosakkan pertanian. Tapi pihak mana yang bertanggungjawab pantau akan penyelewangan ini? 

Come on NEKMAT, be more gentleman please dan jangan hancurkan negara dengan menutup penyelewengan begini.

5 Responses to "CILI KASI TARUK! BENARKAH AGENSI DAN PERSATUAN NELAYAN BANTU SELEWENG DIESEL? "

  1. Mereka nampak ruang utk buat duit... tak risau lagi ikan ade ke takde... hasil untung jual desel da pasti. Cuma zuriat mkn rezeki yg tak berkat...subsidi selalu disalah gunakan. Boleh buat kajian ...yg salah guna kehidupan di dunia ni biasanye tak akan aman...takut Allah swt murka dan tarik balik kurniaNya dari arah yg tak disangka. Semoga Allah pelihara kita dari yang haram... bukan setakat haram dna babi je.

    ReplyDelete
  2. Mustahil Barisan Nasional Belum Memutuskan Mengenakan GST Ke Atas Petrol Dan Diesel
    Posted on June 11, 2014
    1
    Jumaat lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ahmad Maslan dipetik sebagai berkata Barisan Nasional masih belum memutuskan sama ada mengenakan GST atau tidak ke atas petrol dan diesel. Beliau membayangkan perkara itu hanya akan diumumkan bersama-sama keputusan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel yang dijadualkan September ini.

    Saya telah menunjukkan bagaimana kutipan GST dari petrol dan diesel ini sekurang-kurangnya akan mencecah RM3 bilion setiap tahun, berdasarkan jumlah penggunaan petrol dan diesel tahunan. Jawapan-jawapan kerajaan di Dewan Rakyat setakat ini mengesahkan bahawa kerajaan Barisan Nasional mensasarkan kutipan di antara RM21 bilion hingga RM26 bilion setahu apabila GST dilaksanakan kelak.

    Ini bermakna kutipan GST dari petrol dan diesel adalah di antara 12% hingga 14% dari jumlah kutipan tahunan yang disasarkan oleh Barisan Nasional. Saya berpendapat kutipan pada 12% hingga 14% dari jumlah keseluruhan GST menjadikan kutipan GST dari petrol dan diesel adalah kutipan paling besar berbanding dengan barang dan perkhidmatan lain.

    Sebab itu, saya merasakan mustahil Dato’ Seri Najib Tun Razak dan kabinet beliau tidak mengambil kira kesan kepada kutipan jika GST dilaksanakan tanpa dikenakan ke atas petrol dan diesel kerana itu mungkin menyebabkan kutipan yang tidak mencukupi bagi menampung defisit belanjawan.

    Telahan saya ialah Dato’ Seri Najib ingin mengelakkan bantahan awal daripada rakyat dan mengumumkan GST ke atas petrol dan diesel ini bersama-sama pengumuman rombakan subsidi petrol dan diesel yang dirancang secara senyap-senyap.

    Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyedarkan rakyat bahawa Barisan Nasional merancang untuk mengenakan GST ke atas petrol dan diesel bersama-sama dengan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel yang akan diumumkan dalam beberapa bulan lagi.

    Tindakan ini akan menaikkan beban kos bahan api kepada rakyat dan memburukkan lagi masalah kenaikan harga barang yang sudah pun menyusahkan rakyat.

    Saya berpendapat bahawa salah satu cara mengekang inflasi daripada melonjak apabila GST dilaksanakan ialah dengan mengenakan kadar sifar ke atas bahan api utama yang digunakan rakyat seperti petrol, diesel dan elektrik.

    Pendirian saya juga adalah tegas bahawa sebarang rombakan sistem subsidi petrol dan diesel hanya boleh dilaksanakan selepas pelbagai perjanjian berat sebelah yang membebankan rakyat dan ketirisan perbelanjaan negara dihentikan dahulu kerana ini akan menyumbang merendahkan kos sara hidup rakyat. Selepas itu, barulah usaha merombak sistem subsidi boleh dikaji dengan lebih mendalam untuk dilaksanakan.

    Keengganan Barisan Nasional mengesahkan sama ada GST akan dikenakan ke atas petrol dan diesel sebenarnya meyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional merancang untuk menaikkan harga petrol dan diesel melalui cukai GST dan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel.

    RAFIZI RAMLI
    Ahli Parlimen Pandan

    11 Jun 2014

    ReplyDelete
  3. Saya fikir takde salahnya kerja seludup ni kan? Bahkan kalau negara bengkrap pun takpe kan? Yang dapat habuan tu kan rakyat juga. KEADILAN RAKYAT LA katakan. Hj. Halim (Bangi)

    ReplyDelete
  4. Sangat merugikan negara kita. Elok2 PM dah bagi subsidi kat nelayan depa buat mcm ni plak. Kang bila dah tarik balik,mulalah tuduh kerajaan kejam dan zalim. Sudah tiba masanya utk kita kenalpasti cara penyelesaian yg praktikal bagi menangani masalah org2 yg nak kaya cepat dgn jalan yg mudah. Sekli kena tangkap, tarik lesen dan suruh byr balik ganti rugi. Baru lah nelayan2 ni ada gentar sikit

    ReplyDelete
  5. Biasanya orang yang bersangkut paut dengan field ni la yang buat taik nya.. Bila kerajaan tak bagi subsidi banyak bunyi bila dah bagi buat keje haram pulak. Itu lah dia rakyat yang tak tau diuntung!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!