YAY! PERAK DAPAT HIGHWAY BARU!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (Taiping-Banting) yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun lagi.

Projek lebuh raya tersebut bakal menghubungkan antara dua negeri iaitu Selangor dan Perak yang menelan kos sebanyak RM5.04 bilion.

Projek itu dijangka mampu menyediakan sekitar 25,000 peluang semasa proses pembinaan dan 1,000 lagi peluang pekerjaan apabila beroperasi sepenuhnya kelak.

“Projek lebuh raya ini dilancarkan secara rasmi hari ini dan dilaksanakan serta merta di Perak dengan beberapa fasa pembangunannya,” kata Muhyiddin lagi.

Jelasnya, projek itu juga dilaksanakan serentak bagi kedua-dua negeri dengan Perak sebagai negeri yang mendahului daripada segi perkembangannya.

Sementara itu, pelaksanaan projek di Selangor pula dijangka bermula Jun ini selepas mengambil kira jajaran kawasan dengan penglibatan sektor swasta termasuklah yang menghubungkan Sungai Besar dan Tanjung Karang.

Tambah Muhyiddin pula, semua pihak digesa untuk membuang anggapan mengenai kemungkinan Teluk Intan menjadi sebuah pekan ‘hantu’ dan mati apabila projek tersebut bermula kelak.

Ini kerana, pelaksanaan projek lebuh raya tersebut dapat membantu merancakkan lagi pembangunan buat kawasan di sekitarnya.

“Pembangunan mengambil kira pelbagai perkara dengan memajukan bandar-bandar di sekitarnya juga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan projek lebuhraya berkenaan di Teluk Intan, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

UNTUK ARTIKEL PENUH BACA DI PERAK TODAY

3 Responses to "YAY! PERAK DAPAT HIGHWAY BARU!"

  1. Sumpah aku tak nak highway..........aku nak dyana!

    ReplyDelete
  2. Beruntung la org perak.. Kerajaan BN sentiasa prihatin dengan permasalahan rakyat... Secara tak langsung yang undi PR pun merasa juga... hehe..

    ReplyDelete
  3. nak pilihan raya...mintak ape sume pun dapat...

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!