WAHAI ANAK MUDA! AYUH SERTAI KOMUNITI SUKARELAWAN IM4U SEKARANG!



Mungkin ramai yang tidak sedar atau tidak peduli tentang kepentingan pokok bakau yang biasa kita lihat di kawasan-kawasan pantai berlumpur di negara kita. Malah mungkin ramai juga yang tidak pernah faham tentang kepentingan hutan bakau yang telah menyelamatkan banyak kawasan daripada dihakis laut atau menahan badai besar seperti tsunami selain kepentingannya dari sudut ekologi.

Pembalakan bakau secara haram mahupun berlesen telah banyak mendatangkan masalah kepada sistem ekologi di negara ini. Pada masa yang sama, sikap tidak peduli mahupun prihatin dengan kewujudan hutan bakau, pastinya akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada masalah alam sekitar pada masa hadapan.

10 tahun lalu, tsunami telah membadai di melanda Acheh dan perairan barat Sumatera. Tsunami itu memberikan impak kepada Pulau Pinang, Perlis dan Kedah. Lebih kurang 45 orang rakyat Malaysia maut ketika tempias bencana itu melanda negara ini.

Kesedaran tentang keperluan pemuliharaan dan pemeliharaan hutan bakau seringkali diperkatakan. Justeru, iM4U dengan kerjasama Institut Rimbawan Malaysia (IRIM) menyahut keperluan berkenaan dengan menjayakan Program Penanaman Pokok Bakau Terbesar di Hutan Simpan Pulau Dayang Bunting, Langkawi pada 27 April lalu. Program ini dianjurkan bersempena Perhimpunan Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) di mana mantan Perdana Menteri Malaysia, Ybhg Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku penaung SSEAYP berucap di Perhimpunan Umum Antarabangsa SSEAYP (SIGA) Malaysia 2014.

Program penanaman pokok bakau ini adalah inisiatif IRIM dalam mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan masalah hakisan pantai.

Sebanyak 20,200 pokok bakau telah berjaya ditanam yang terdiri daripada dua jenis pokok bakau iaitu bakau minyak (rhizophoraapiculata) dan bakau kurap (rhizophoramucronata). Program ini juga telah mencatatkan rekod di dalam Malaysia Book of Records sebagai penanaman pokok bakau terbanyak di Malaysia. Catatan rekod ini telah mengalahkan rekod yang dicatatkan di Perlis pada tahun 2011 dengan penanaman sebanyak 11,111 pokok bakau.

iM4U bersama-sama IRIM serta beberapa badan kerajaan dan swasta yang terdiri daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan P­erhutanan Negeri Kedah, Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Perhutanan Sabah dengan kerjasama PULAPOL Langkawi, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pengairan dan Saliran Langkawi, Majlis Perbandaran Langkawi, Jabatan Kerja Raya, Rakan Alam Sekitar (RAS) dengan disokong oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) selain Media Prima, turut berganding bahu dalam memastikan program ini berjalan lancar.

Seramai 300 orang sukarelawan telah disenaraikan oleh iM4U yang terdiri daripada belia tempatan dan Persatuan Alumni Antarabangsa SSEAYP. Turut hadir sebagai sukarelawan adalah wakil-wakil daripada Persidangan Kedutaan ASEAN, Poland dan Jepun, PULAPOL Langkawi serta wakil dari badan-badan kerajaan serta masyarakat setempat seramai 1,500 peserta.

Antara yang turut hadir memeriahkan program ini adalah bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Menteri Kementerian Sumber Ali dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. James Dawos Mamit; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung, Dato’ Nik Mohd. Shah bin Nik Mustafa; Ketua Pegawai Eksekutif Oleon NV, Moussa Naciri; Presiden SSEAYP, Encik Suhairi Karim; dan Pengarah Perhubungan Kerajaan iM4u, Encik Abdul Kahar Abdullah.

Usaha berterusan penanaman pokok bakau seharusnya dipergiatkan. Kesedaran tentang kepentingan pokok bakau perlu diketengahkan agar kegiatan seperti penebangan pokok bakau secara haram dapat dielakkan.

iM4U sentiasa menyokong inisiatif kerja sukarelawan alam semulajadi seperti ini di kalangan belia. Jika anda mahu membuat perubahan kepadakomuniti, iM4U menyediakan peluang dengan memberikan Dana Sukarelawan1Malaysia (Dre1M Fund).

Permohonan dapat dilakukan dengan menghantar kertas kerja anda di laman web iM4U (ww.im4u.my) atau anda boleh KLIK terus pada logo iM4U dalam blog ini.

Marilah bersama kita bangkitkan semangat sukarelawan antara kita agar dapat menjadikan Malaysia untuk terus maju pada masa hadapan.

4 Responses to "WAHAI ANAK MUDA! AYUH SERTAI KOMUNITI SUKARELAWAN IM4U SEKARANG! "

  1. Tak tau laa apa nak jadi dengan belia belia melayu yang banyak melepak di pusat beli belah .

    ReplyDelete
  2. IM4U adalah usaha kerajaan utk belia2 Msia utk lebih peka dgn persekitaran. Diharap belia2 ni terus memberi sokongan pada projek2 kerajaan dan pada masa yg sama, mendekati masyarakat tempatan di kawasan berdekatan dgn banner BN. Ini utk menunjukkan ini adalah usaha kerajaan bkn pembangkang yg selalu ke arah menjahanamkan negara

    ReplyDelete
  3. Banyak kawasan balak dan hutan bakau diseluruh negara telah habis ditebang. Bagi kebanyakan tempat ianya telah menjadi satu kemusnahan alam sekitar yang tidak munkin dapat dihidupkan kembali spt kawasan hutan yang telah dijadikan ladang kelapa sawit dan kawasan baya bakau yang telah dijadikan kawsan tebusguna.

    Apa yang tinggal hanya sedikit untuk menjadi azimat dan kenangan anak cucu keturunan masa depan. Tetapi jika kawasan yang dibaikpulih ini turut menjadi habuan rogol oleh kumpulan perompak kazanah negara (kaum Cina siapa lagi) dimasa hadapan, maka tiada guna segala progrem pemuliharaan yang dilakukan oleh generasi sekarang.

    Jika tiada penguatkuasaan yang tegas oleh kerajaan, segala khazanah akan tetap dirompak oleh kaum penceroboh ini saperti mana 23 ribu hektar tanah simpanan kerajaan Perak yang telah lunyai dibalun oleh kaum ini...Melayu buat apa sekalipun yang untung tetap Cina.

    ReplyDelete
  4. Bosannya.... tak ada aktiviti berkhemah atau guling2?

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!