PANAS BERAPI! TUN M KATA DAP MAIN WAYANG DENGAN LETAK CALON MELAYU DI TELUK INTAN

Tindakan DAP meletakkan calon Melayu pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan tindakan 'hiasan luaran' parti itu bagi mengaburi mata orang Melayu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata tidak mustahil ramai orang Melayu akan menyokong calon DAP itu kerana sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu mudah tertipu dengan tindakan seperti itu.

"Tindakan itu hanya hiasan luaran sahaja tiada harapan apa-apa (diletakkan kepada calon itu), kalau dia (calon itu) menang dia menanglah," katanya ketika ditemui pemberita di Melaka, Isnin.

Terdahulu, beliau berucap pada program Chancellor's Talk di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calonnya menentang calon Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

Bernama melaporkan Dr Mahathir turut meluahkan kekecewaan apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama.

"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tak jadi apa pasal sejak kecil diajar benci Umno...kalau anak orang Umno depa tak cakap kat anak depa pasal apa Umno ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah nak buat apa sahaja," katanya.-19/5/2014

HOUSE PK: Bila orang melayu nak sedar ni? Apakah memang orang melayu suka ditipu sepertimana mereka suka ditipu oleh Peliwat bernama Anwar Ibrahim? Tq Agenda Daily

9 Responses to "PANAS BERAPI! TUN M KATA DAP MAIN WAYANG DENGAN LETAK CALON MELAYU DI TELUK INTAN"

  1. tuan admin, tlg buka open komen, tk slh beza pendpt, raking mkn mningkt

    ReplyDelete
  2. Wayang kah atau bukan wayang kah. Walau pun Dyana tu sorang melayu, saya yakin dia pasti menang. Sekarang punya keadaan dah balik macam dulu2. Dulu2 kalau bertanding guna lambang Dacing, letak lembu sebagai calon pun Gerenti Menang punya. Sekarang dah terbalik, kalau letak badak air buta sekalipun sebagai calon, kalau dia guna lambang Roket masuk bertanding di kawasan majoriti cina, SURE MENANG punya. Cina sekarang tak sama dengan cina dulu2. Melayu sekarang lagi teruk daripada melayu dulu2. Adakah melayu Umno atau melayu Pas ? Tolong jawab siapa yang tahu .....

    Ana Muslim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg la cina dulu x sama dgn cina skrg sbb cina skrg dh pegang ekonomi n dgn wang yg ada bleh beli ostad n ostazah pas. X caya tny ostad n ostazah skrg sokong dap wp dap hina Islam?

      Delete
  3. sememangnya melayu itu bodoh & dungu............tu pasal mudah di tipu......

    ReplyDelete
  4. setuju sekali..walaupun letak kerusi kayu sekali pun..DAP akan menang sebab melayu dah banyak sangat yg bodoh...suka jadi lembu...sebab tu selalu di perlembukan.

    ReplyDelete
  5. kerajaan pusat lah yang perlu berubah..tempat kalah dan negeri kalah lg banyak peruntukan diberi berbanding negeri yang umno menang kononya untuk pancing undi pru akan datang :)

    ReplyDelete
  6. Betul betul..apalagi melayu umno..yg bertanding gerakan anti hudud..yg berarak dan serang polis semua melayu bodoh

    ReplyDelete
  7. Melayu pakatan je yg bodoh!

    ReplyDelete
  8. The outcome of this by-election will be interesting.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!