PANAS BERAPI! SAMPAI BILA NAK BAGI MUKA KAT KAKITANGAN PERKHIDMATAN AWAM YANG BERSTATUS BIAWAK HIDUP?

Antara masalah paling utama yang melanda Perkhidmatan Awam adalah sikap kakitangan awam itu sendiri. Jumlah kakitangan awam di Malaysia yang sebenarnya sudah berlebihan, membuatkan perkhidmatan yang diberikan tidak sahaja kurang cekap, bahkan tidak memuaskan hati. Dengan lambakan pegawai-pegawai tua yang dinaikkan kedudukan kerana seniority selain kurangnya kerja yang dihadap, membuatkan mereka mempunyai masa lapang dan mula berlagak seolah-olah merekalah yang paling baik, paling bagus dan paling berkuasa.

Kakitangan awam adalah pekerja kerajaan. Kerajaan yang dimaksudkan adalah Kerajaan Masa Kini dan Kerajaan Masa Kini di Malaysia adalah Kerajaan Barisan Nasional. Dengan kata lain, mana-mana parti politik yang menang serta menguasai majoriti Kerusi Parlimen, maka itulah majikan kepada pekerja-pekerja awam.

Bukan seperti yang mereka sangkakan, kononnya mereka adalah PEKERJA RAKYAT.

Tidak ada istilah PEKERJA RAKYAT di dalam dunia ini. Begitu juga dengan Kerajaan Rakyat kerana semua pekerja adalah rakyat dan Kerajaan pula memang untuk rakyat. Istilah-istilah retorik sebegitu hanya digunakan dan dikeluarkan untuk menunjukkan akrab dan hebatnya sesebuah kerajaan walaupun hakikatnya, Kerajaan Rakyat dan Pekerja Rakyat yang boleh dijadikan contoh, hanya terdapat di negara Cambodia pada zaman Pol Pot manakala istilah untuk Kerajaan Rakyat merupakan istilah yang digunakan oleh Kerajaan-Kerajaan berfahaman Komunis dan Fasis.

Di Malaysia, perkataan rakyat cukup dipopularkan oleh Anwar Ibrahim dan DAP. Segala-galanya telah dirakyatkan walaupun dari segi praktikalnya, sebarang keistimewaan dan kuasa hanya berlegar-legar di sekitar kroni dan ahli keluarga sahaja sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Bagi mendapatkan sokongan daripada kakitangan awam, diberitahu kepada mereka bahawa mereka adalah pekerja rakyat. Majikan mereka adalah rakyat kerana gaji mereka dibayar daripada cukai rakyat seolah-olah jikalau Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan, tiada lagi cukai dikenakan dan sebarang gaji dan imbuhan diambil daripada cukai rakyat, sebagaimana yang sering dicanangkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang masih berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.

Satu perkara yang mungkin puak-puak ini terlepas pandang ialah, kewajipan mereka adalah melaksanakan dasar-dasar kerajaan sedia ada. Mereka tertakluk kepada peraturan dan pekeliling. Mereka juga tidak boleh berbuat sesuka hati dengan jawatan yang disandang.

Masalahnya di Malaysia ialah, kakitangan awam cukup hebat berdalih. Mutu kerja mereka terlalu rendah tetapi mereka sangat bijak bermain politik ugut. Mereka seringkali berhujah bahawa mereka tidak bekerja dengan Barisan Nasional sebaliknya dengan Kerajaan dan Rakyat. Justeru, mereka boleh berbuat apa-apa sahaja kerana kononnya, kalau tindakan diambil terhadap mereka, maka Kerajaan sedia ada akan tumbang.

Walhal apa yang berlaku ialah, kakitangan awam inilah yang sebenarnya telah menjadikan imej kerajaan sekarang sebagai korup dan sebagainya. Mereka tidak amanah dan mereka tidak cekap, sebaliknya mereka meletakkan atau memindahkan segala ketidakjujuran dan ketidakcekapan itu kepada Kerajaan. Mereka pembohong dan tidak melaksanakan dasar-dasar yang digubal untuk kebaikan rakyat, sebaliknya mereka menuduh majikan mereka sebagai berbohong dan tidak mempunyai dasar-dasar yang baik.

Mereka yang berurusan dengan pejabat kerajaan, pasti akan tahu apa yang dimaksudkan. Pegawai-pegawai yang pro Pakatan Rakyat yang sering berkursus, tiada di pejabat, bermain golf, bercuti bahkan terlalu lambat bekerja walaupun sekadar untuk menguruskan satu fail, bukannya susah dicari. Pergi sahajalah ke mana-mana pejabat kerajaan dan kemudian NIKMATILAH mutu kerja seperti itu, kemudian bawa-bawalah bersembang dengan pegawai-pegawai dan kakitangan di pejabat kerajaan itu. Nanti kita akan tahulah mana puak yang mereka sokong.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan awam. Anehnya laporan-laporan Ketua Audit Negara, jarang ditanggapi dan ditangani dengan sebaik-baiknya. Kakitangan-kakitangan yang menyebabkan ketirisan, keborosan dan kebobrokan masih lagi kekal bekerja tanpa sedikit pun rasa bersalah, mahupun dihukum. Peruntukan hilang begitu sahaja dalam pembelian indent yang berharga tinggi, tidak dipedulikan bahkan kesatuan-kesatuan sekerja awam pula, cukup kuat membela mereka, sekalipun kakitangan-kakitangan berkenaan jelas melakukan kesalahan dan pengkhianatan terhadap rakyat dan majikan mereka sendiri.

Menariknya, golongan yang bercakap pandai ini, tidak pula mahu bekerja kerja dan mengosongkan tempat mereka untuk penyokong kerajaan. Sebaliknya mereka terus bertahan dengan hujah mereka bukannya bekerja dengan Kerajaan Barisan Nasional dan gaji mereka tidak dibayar oleh Barisan Nasional.

Ironinya, di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, kakitangan awamnya diberikan kata dua sama ada mahu melaksanakan dasar dan menyokong majikan mereka, atau melepasksan kerja masing-masing untuk diberikan kepada penyokong Pakatan Rakyat.

Yang pasti, lambakan kakitangan yang keterlaluan sebenarnya telah menyebabkan pelbagai masalah melanda negara ini. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, seharusnya sudah mula memikirkan kaedah untuk meminimakan jumlah pekerja dan memaksimakan produktiviti. Kalau pihak swasta yang bergantung kepada margin sendiri, mengapa pula perkhidmatan awam yang menggunakan wang dari perbendaharaan, tidak boleh melakukannya.

Terlalu berlambak pegawai-pegawai tua yang masih hidup dengan alam fantasi mereka yang seharusnya disuruh bersara dan mengaji balik. Terlalu ramai kakitangan awam yang tidak berminat dengan kerja mereka, sebaliknya lebih minat berpolitik dan aktiviti politik yang seharusnya dibenarkan mereka bergiat dalam politik sepanjang masa.

Mana-mana pegawai atasan yang jelas tidak dapat menjalankan dasar-dasar kerajaan sedia ada, perlu diberhentikan kerana mereka tidak menyumbang apa-apa kebaikan pun!

Alasan MEMBANTU MELAYU-BUMIPUTERA dengan mewujudkan pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam, seharusnya dihapuskan kerana sebahagian besar kakitangan awam bukannya berminat dengan Melayu-Bumiputera lagi. Bahkan mereka yang paling kuat melaung-laungkan ANTI-RASIS jikalau wujud perkataan MELAYU-BUMIPUTERA walaupun hakikatnya mereka mendapat pekerjaan kerana MELAYU-BUMIPUTERA yang menjadi status mereka.

House PK: Ini aku petik dari blog Flying Kick, aku setuju dengan segala apa yang dituliskan beliau. Sudah tiba masanya kena rawat penyakit yang dah lama berakar umbi ni. Kepada Ali Hamsa sudah tiba masanya parasit-parasit atau Little napoleon dalam kakitangan awan ini dibersihkan.

42 Responses to "PANAS BERAPI! SAMPAI BILA NAK BAGI MUKA KAT KAKITANGAN PERKHIDMATAN AWAM YANG BERSTATUS BIAWAK HIDUP?"

  1. Aku setuju dengan kenyataan tuan tanah. Sememangnya di dalam badan kerajaan juga berlaku nepotisme. Sebagai contoh badan berkanun atau kerajaan yang sememangnya banyak berlaku nepotisme. Di mana anak, emak, saudara , suami, isteri bekerja dalam satu organisasi yang sama. Melainkan suami isteri yang sudah berada dalam organisasi tersebut sebelum berkahwin lagi.

    Banyak contoh yang dapat saya berikan. antaranya kastam, mara, kementerian kementerian dan lain lain lagi organisasi kerajaan. Walaupun kita mempunyai keputusan yang bagus , jika kita tidak mempunyai saudara mara atau hubungan di dalam sesuatu organisasi tersebut ,kita memang tidak akan terpilih untuk berkhidmat di organisasi tersebut. tetapi saudara mara yang tidak mempunyai keputusan pelajaran yang bagus dari kita diberi kelebihan untuk mendapat tempat di sesuatu organisasi tersebut. Ini juga telah menyebabkan kualiti di dalam sesuatu organisasi itu semakin merosot.


    Nepotisme : bererti lebih memilih saudara atau teman akrab berdasarkan hubungannya bukan berdasarkan kemampuannya dalam melakukan sesuatu pekerjaan untuk menjawat sesuatu jawatan dalam kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nepotisme n kronisme n bodeksme n ampusme adalh syarat utama knaikan pngkat. X caya tny bos2 kat sektor2...

      Delete
  2. kalau kurangkan penjawat awam yang xberguna tuh xpa dan digantikan dengan ramai ahli graduat baru....tapi kalau die kurangkan pengambilan nya...last2 yang baru khatam blaja nie apa mau kerja? lebih baik lepas SPM aja terus g kerja bengkel ke mana kmpl pengalaman bkak kedai sndiri...dari penat2 suh blaja rajin2 smpi ke University tapi last2 habuk pun xdk siap berhutang lagi siapa suka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak cina pun grad jugak bro.. mereka tsk harap kerja gomen... pi U dpt ilmu bukannya nak harap dapat duit senang2.

      Delete
    2. Bongok,lepas graduate keluaq meniaga la woiiii

      Delete
  3. Kerajaan memerintah la nie pun satu hal....... masa PRU...segala macam slogan....siap...KEMPEN PELEKAT "KAMI KELUARGA BN"... banyak pengisian jawatan kosong .....penuh dengan pendokong tegar pakatan........

    ReplyDelete
  4. Biarlah masing masing mengetahui samada rezeki mereka berkat ke tidak...kerja itu ibadah dan tanggungjawab serta amanah..biarlah mereka memberi makanan yang tidak berkat kepada ahli keluarga mereka..Allah maha mengetahui..

    ReplyDelete
  5. Thanks, we appreciate your articles. Good day! DB Product Review

    ReplyDelete
  6. Aku cikgu sekolah.dalam sekolah aku ada 137 orang guru.apa yang aku tahu 120 adalah penyokong dap ,pkr ,dan pas.dahla terang2 menyokong pembangkang.stiker besar gedabak kat kereta.pas tu apa yang kerajaan buat suma salah.air dicatu salah kerajaan,,,,,,,, MH370 hilang salah kerajaaan pendek kata suma salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salahke sokong pembangkang..msia kan negara demokrasi..klu dh mcmtu haramkan je parti pembangkang..ujudkan bn umno je sampai kiamat

      Delete
    2. HAAA PEKERJA MCM NI LAH YG PATUT KENA BUANG. MCM ANJING YG SUDAH DI BERI MAKAN DIGIGT PULAK TANGAN YG MEMBERI MAKANAN. KERJA KERAJAAN TAPI TIDAK MENYOKONG KERAJAAN. KALAU KERAJAAN TU KEJAM MAKA KAU CIKGU2 TIDAK AKAN DAPAT KERJA LAA. OTAK ADA FIKIRKAN CIKGU2 JGN JADI CIKU2 PULAK.

      Delete
  7. Pengarah Immigresen dan DCA ke?

    ReplyDelete
  8. setuju ! buang aje kt awam tu . menyusahkan Jabatan ! kerja malas . wat kerja nak sikit tapi gaji nak banyak . kome org gomen . mentaliti kelas pertama . biar keja banyak tapi gaji sikit . berkat namanya.! no komplen2 ! bersyukur . berkeyakinan . tak banyak cakap .sekali cakap berapi ! sendiri mau ingat lah !

    ReplyDelete
  9. Kalau dipejabat, pekerja yg berdedikasi biasanya pekerja/pegawai yg menyokong dasar2 kerajaan. Kalau di sekolah, guru yg serba boleh, cemerlang dan berdedikasi biasanya yg menyokong dasar2 kerajaan.

    kalau dari jenis melawan kerajaan, selalu mengutuk, membangkang...

    di pejabat - merekalah yg paling kuat ponteng, membodek, mintak duit dgn pembekal, rasuah dsb

    di sekolah - langgar peraturan sekolah (merokok mcm jin afrid), kuat bersembang dlm bilik guru, cakap pasal tukar kereta, jd salesman, malas ikut aktiviti pelajar, habiskan masa dgn facebook, blog dsb serta suka sgt kutuk pemimpin serta sangat cendurung tengok video porno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt setuju. dipejabat saya yg pro pembangkang ni la yg kuat mengular, kuat cari alasan nak outstation, suka buat seleweng. nape yek! yg jahat mcm ni la yg dipandang bagus

      Delete
    2. Sokong memang betul, cakap banyak kerja tak seberapa, setuju kalau buang yang tak komited. Semua kerajaan buat tak betul, yang gaji tiap-tiap bulan terima,macam mana?

      Delete
  10. Masalah yg golongan tua2 dok pegang lagi jawatan2 tinggi adalah sebab kerajaan lanjutkan usia pencen ke 60 tahun. Kalau depa tak buat kerja dgn bagus sekali pun, dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang si tindakan sebab kesian dan akan pencen dalam 4-5 tahun lagi. Penjawat awam sanggup meletakkan tepi standard kerja dari nak ambil tindakan dgn pekerja yang malas dan tidak berdisiplin. Dah tiba masanya kita ubah budaya kerja kita kepada lebih professional dan perkara ini boleh dilaksanakan dengan pembuangan pekerja awam secara besar2an,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ngo pkrja yg kuat mbela pkerja yg malas ni. Krajaan plak cukup takut ngan ngo ni. X mcm zaman dr m yg brani dikutuk asalkn yg baik dsokong yg buruk dbuang. Akhirnya bru dpt pati yg bkualiti x hampas. Pilihan dtangan pmimpin yg ada kuasa

      Delete
  11. ramai yang sangka daging khinzir itu haram...najis mughalazah
    tetapi info terbaru di perolehi daging lembu,kambing ayam,itik juga berkemungkinan sangat besar lebih haram dari najis mughalazah itu..jika sekiranya diberi dengan menggunakan wang haram...contohnya:
    wang curi masa,wang isyhtihar tipu kerja lebih masa,wang gaji curi tulang dsb..
    kepada semua penjawat awam tak kira apa jua lapisan kerja sewajibnya niat kerana allah untuk dijadikan hasilnya sebagai nafkah anak isteri dan keluarga....
    jangan WAT KERJA CAM CIBAI GAMPANG,DOK BANGGA MEMBONGAK DENGAN TITTLE YG LU ORANG PEGANG..DIBAYAR GAJI UNTUK KERJA 8-9 BUAT DENGAN SEPENUH HATI,JIWA RAGA..BUKANNYA 2-3 JAM NAMPAK MUKA..BALLANCE MASA LU ORANG PORT DALAM KANDANG BABI!!!BABI TERNAK LAGI BERKUALITI MULIA JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN NILAI HIDUP LU ORANG.
    SHAME ONYOU.

    ReplyDelete
  12. banayk gila pekerja dari kelantan, mostly penyokong pas kerja kerajaan. apekhal. kroni nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUANG JE .SENANG CERITA

      Delete
  13. Tidak kira sama ada tua atau muda memang ada yang bersifat khianat. Mereka ini menganggap diri mereka sentiasa dianiaya sedangkan diri mereka menunjukkan sikap tidak cekap bekerja dan selalu ponteng serta pentingkan diri sendiri. Ketua jabatan yang tidak menyokong Kerajaan amat pandai membodek dan jika kaedah itu tidak berjaya maka mereka ini akan sabotaj segala projek dan aktiviti Kerajaan. Sikap pentingkan diri sendiri akan terlihat apabila mereka mencari kelemahan sistem kerajaan dan sengaja mencari pasal bermusuh dengan ketua jabatan dengan menabur fitnah. Ketua Jabatan hendaklah berhati-hati jika mengambil tindakan ke atas mereka dengan merekodkan segala salah laku mereka ini kerana jika tersilap mengambil tindakan 'mencabut duri' ini, ia boleh mencucuk balik. Saya tidak bersetuju yang semua orang-orang tua dalam perkhidmatan awam itu tunggul kayu kerana kakitangan awam yang masih muda pun ramai yang kaki penipu, apatahlagi kebanyakan mereka dilahirkan dari ibubapa yang amat membenci kerajaan.

    ReplyDelete
  14. Ikut dulu2 kan dah bagus, 55 thn pencen. Apa ke jadahnya sampai 60 thn, mungkin dah tak produktif dan ramai yg dah mempunyai penyakit (sekarang 40an pun dah ramai yg berpenyakit 3 serangkai). Kemungkinan makan gaji buta tu ada, apa sangatlah kerja yg mampu dilakukan kalau dah sakit. Kan masih ramai lagi org2 muda yg berpeluang nakkan kerja. Beza 5 thn tu lama, dan banyak yg dpt dijimatkan. Ini pendpt sayalah.....

    ReplyDelete
  15. PECAT JE PENJAWAT2 AWAM YG MAKIN KURANG MEMBERI TUMPUAN TERHADAPA PERLAKSANAAN TUGAS YG DIBERIKAN BAGI MENANGANI MASALAH YG SEDIA ADA DAN PERKARA INI BOLEH MENJADI KEPADA TITIK PERMULAAN TERHADAP PENINKATAN MUTU KERJA UTK MASA YG AKAN DTG.. PUKIMAK2 PEKERJA AWAM NI MMG KLU BAGI MUKA AKAN TERUS MAKAN GAJI BUTA DGN MEMBUAT PELBAGAI BISNES KAT LUAR...

    ReplyDelete
  16. Melayu = Lembu .

    Lembu makan rumput . Tu sebab lembu sihat . Lembu tak kena sakit jantung , sakit kencing manis , sakit darah tinggi . Pernah tengok lembu mati sakit jantung . Tapi manusia kena bermacam macam penyakit sebab manusia makan bermacam macam makanan yang tak patut dimakan . Jadi kalau nak sihat jadi lah seperti lembu , makan rumput . Eh tak kan nak makan rumput pulak . Makan lah sayur sayuran . Ada paham ka ?


    .

    ReplyDelete
  17. KALAU BETUL PENGKHIANAT NI MMG PATUT DIBUANG. BUKAN SAJA YG MUDA TAPI YG DAH TUA NAK PENCEN PUN KALAU BETUL MENGKHIANATI KERAJÀAN PATUT DI BUANG JUGA. JGN BAGI PENCEN LANGSUNG. BARU MEREKA TAHU. KERAJAAN JGN BERDIAM DIRI. ACTION IS REQUIRED AND ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS.

    ReplyDelete
  18. byk kebenaran dlm artikel ini. saya sendiri kakitangan awam. mmg ramai yg benci pd BN, pd mereka semua kjaan tak betul. golongan inilah yg paling kuat buat pasal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi pangkat mau, gaji ambil, kaki ponteng semua orang boleh nampak pagi-pagi aje berapa ramai yang bersarapan di luar dan macam-macam lagi punya kerenah .....

      Delete
  19. Keluar topic sikit ya. Kenapa Cina laknat ni tentang hudud. Apa yg merugikan mereka atau menyakitkan mereka sampa mca dan dap nak bersatu menentang hudud. Ini undang2 islam kenapa mesti mereka yg melenting. Kalau para2 penzina perogol perasuah melayu bolihlah aku faham sebab mereka akan dihukum. Ini mereka pula nak tunjuk hero. Parpu cuba cerita sikit.

    ReplyDelete
  20. anti pengkhianat negara dan rakyatMay 7, 2014 at 10:03 AM

    Aku dan DAPpigs ni like oil and water. Walau macam mana pun ada satu benda yang aku sokong - depa habak kalau depa memerintah, bilangan gomen servant depa nak cantas 50% - bab ni aku sokong. Akau harap BN akan laksanakan. Cantas depa yang jadi pengkhianat kepada rakyat dan negara tanpa mengira latar belakang kepartian depa. Kemungkinan besaq yang kena cantas tu nanti adalah pakar kedai kopi, perasuah, golongan LGBT dan penjilat tegaq B.A.B.I..Depa semua ni memang tak guna ada dalam gomen sebab tnidak tanduk depa yang negative membuatkan BN dapat nama busuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. aku sendiri kerja gomen sokong sgt. ramai yg buat salah, spt yg dilaporkan leh jbtn audit. kenapa tiada tindakan pd mereka ini?!. ambil tindakan cepat. aku percaya jika kjaan PR yg berkuasa sekarang mrk terutama DAP mrk akan cantas sesiapa shj yg buat salah malah downsize kakitgn awam. mmg ada agensi yg mempunyai pegawai yg lembap, suka seleweng, kuat mengular dan majoriti mereka itu adalah penyokong PR. ini realiti terima ajer le.

      Delete
  21. para pengkhianat negaro nih sonang jo nak ajar eh..
    mano yang jantan suruh khinzir jantan LIWAT satu kandang..
    mano yang betino pon suroh si khinzair jantan ROGOL satu kandang..
    apo macam???
    pah tuh pi quarantinee dia orang nih dalam kandang KHINZIR solamo sebulan seqoq.
    tobat nausoha agaknyo eh.

    ReplyDelete
  22. Dapigs nk buang 50% pkerja gomen sbb nk ganti ngan 60% puak deme dapigs. Hmmm..nape la puak pmbangkng susah nk baca / pikir? Atau pnyokong pbngkng dh tbiasa budaya ikut sj apa yg pmimpin depa ckp?

    ReplyDelete
  23. RAMAI DAH TAHU. KERAJAAM BUAT2 PEKAK ATAU ORG YG PATUT MEMECAT CIKGU2 NI PUN ANTI KERAJAAN. JGN SAMPAI DAH JADI BARAH BARU TERKIAL2 NAK UBAT. PM DAN TPM MESTI DIBERITAU. MAMA MENTERI PELAJARAN NI. JGN JADI GUNTING DLM LIPATAN. MUSNAH ORG MELAYU NANTI

    ReplyDelete
  24. Kakitangan pengkhianat tu sebenarnya tin kosong...geng geng ni jgk yg suka melepak kt kantin berjam jam...bukan buat keje pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. dikalangan ustad pun ramai. lecturer U ramai menyampah dgn gomen. konon UMNO BN perompak wang rakyat. yg ustad dr U ni suka ambil kelas tambahan byk2 hujung minggu sampai x sempat tanda paper lps tu passing kat bini kebetulan bini pun ustazah sekolah. ini ke ajaran islam?. tak tau la ahli PAS boleh buat apa saja

      Delete
  25. Majoriti penjawat Awam di Pusat Pentadbiran Awam di Putrajaya penyokong tegar pembangang.... Ah jib gor tak tahu. Ke?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib tau, ramai tau malah ada dikalangan mrk bekas2 dan keturunan org UMNO. mrk ini kalangan yg kecewa mcm la kalau PR berkuasa mrk boleh dpt tanah berekar2 dr lim kit siang!!!!!!

      Delete
  26. Pegi jahanam la umno/bn...bodoh sapa sokong perasuah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasuah tu sapa yg bagi?. tak terima tonto ikut belakang. rumah kena empar bom petrol. jni berkaitan dgn tugas penguatkuasa. Dr pilih PR yg penuh dan LEBIH kpd agenda DAP pilihan yg ada UMNO lebih baik dr PAS yg kena cucuk hidung tu. bab hudud jer melebih2 bab agenda bangsa asal hak peribumi tah kemana

      Delete
  27. Sangat bersetuju..terbukti dengan pengalaman berurusan dgn pegawai2 (termasuklah ustadz kebajikan) dan pengarah di London office, UK. Amat mengecewakan, sudahlah mendapat sgl keistimewaan, berupa elaun, gaji etc in GBP. tetapi mutu kerja sama atau kurang dari Malaysia. Merugikan wang rakyat dengan kualiti kerja diberi.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!