MISTERI BERAPI! APA MOTIF SEBENAR IDAMAN SAGA UNTUK AMBILALIH PLUS HIGHWAY?

Beberapa minggu lalu MYKMU mendedahkan cadangan tujuh muka surat Idaman Saga Sdn Bhd, syarikat pelaburan yang dikaitkan dengan Tan Sri Halim Saad, untuk mengambil alih Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dengan menjanjikan tiada kenaikan tol selamanya.


UEM-PLUS 

Kami dimaklumkan sungguhpun kerajaan tidak begitu berminat mendengar cadangan tersebut Idaman Saga masih terus melobi untuk dipertimbangkan. Kerajaan dikatakan kurang berminat kerana Tan Sri Halim Saad pada 2009 pernah mengemukan cadangan yang lebih kurang serupa namun akhirnya tidak meneruskannya apabila diminta meletak deposit sebanyak RM 50 juta sebagai bukti kesungguhan rancangan pengambil alihan itu.

Kesungguhan Tan Sri Halim Saad ingin mengambil alih PLUS sangat mencurigakan. Halim mendakwa mahu membantu kerajaan mengurangkan beban kewangan dan politik akibat kenaikan tol. Namun, pengambil alihan PLUS sebagai lebuh raya terpanjang dan aset terbesar jalan raya negara lebih banyak isu dan komplikasi termasuk harga yang jauh lebih mahal berbanding lebuh raya lain.

Masalah tol sebenarnya banyak berlaku di dalam bandar. Justeru jika Halim benar-benar mahu membantu kerajaan di samping membuat untung, mengambil alih lebuh raya di dalam bandar seperti Litrak atau LDP lebih menguntungkan, lebih mudah diuruskan dan tentunya lebih murah dari PLUS jika berdasarkan harga pasaran.

Jumlah trafik yang lebih tinggi, dan ketiadaan tempat hentian yang banyak membolehkan Idaman Saga membuat keuntungan lebih besar jika mereka benar-benar mempunyai formula luar biasa dalam mengelakkan kenaikan tol tanpa menjejaskan keuntungan dan pembayaran balik pinjaman syarikat konsesi.

Kami difahamkan sejak kebelakangan ini Idaman Saga secara berterusan mewujudkan strategi perhubungan awam bagi mewujudkan persepsi mereka boleh menguruskan PLUS lebih baik dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Company -GLC) dan menjamin kadar tol yang tetap dan murah. Ini bagi memberi tekanan kepada kerajaan untuk menjual PLUS kepada mereka.

Seorang pemerhati ekonomi yang dihubungi menyatakan adalah sukar untuk Idaman Saga menjanjikan kadar tol yang murah tanpa mengorbankan kualiti jalan, kebersihan dan pengurusan tempat rehat yang baik seperti yang dilakukan oleh PLUS Berhad sekarang.

“Pengambil alihan PLUS Berhad juga bermakna mereka mengambil alih hutang konsesi itu dan juga menambah hutang baru. Saya tidak fikir pembelian ini akan dilakukan secara tunai. Pembelian PLUS jika berlaku akan berharga berbilion ringgit dan memerlukan pembiayaan kewangan yang besar.”
Ini bermakna pengambil alihan ini akan menyebabkan PLUS menanggung hutang yang lebih besar dari sedia ada.
“Kemungkinan besar sekarang ini ialah Idaman Saga akan memohon mengambil alih PLUS dengan harga diskaun sebagai timbal balas menstabilkan harga tol. Dalam masa yang sama, saya fikir mereka akan membuat keuntungan melalui pengurangan kos penyelenggaraan yang sekaligus akan merendahkan kualiti perkhidmatan sepanjang PLUS.”
halim-plus


Selain itu, penulis melihat kemungkinan paling besar mengapa Idaman Saga ingin mengambil alih PLUS dan bukannya syarikat konsesi tol yang lain ialah kedudukan strategik tanah-tanah dalam PLUS Berhad sepanjang lebuh raya tersebut.

Kawasan sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan termasuk hentian R&R sedia ada jika dibangunkan secara komersial tanpa mengambil kira faktor alam sekitar dan keindahan setempat boleh memberi pulangan hartanah yang lumayan kepada PLUS BERHAD.

Sudah tentu pengkomersialan yang intensif akan membolehkan Idaman Saga membuat keuntungan berlipat kali ganda dan melupuskan (offset) kerugian dari penentuan harga tol yang murah dan tetap.

Namun dalam jangka masa panjang, jika ini berlaku ia bukan sahaja merugikan negara malah mengancam aset alam sekitar negara yang sangat bernilai.

Apakah kita mahu melihat sepanjang lebuh raya Utara-Selatan akan dipenuhi bangunan-banguan komersial dan papan-papan iklan gergasi diletakkan secara besar-besaran?

Sudah tentu juga kaedah pengurusan hari ini yang menggambarkan Lebuh Raya Utara Selatan sebagai jalan raya mesra alam sekitar yang menyamankan akan hilang sekelip mata bila ia diuruskan untuk meraih keuntungan maksima.

Hakikatnya, jika Idaman Saga benar-benar mahu membantu kerajaan dan rakyat di samping membuat untuk ambil alihlah tol-tol dalam bandar yang kian menekan kehidupan rakyat.


HOUSE PK: Ini petikan dari MyKMU. Apa tujuan sebenar untuk pengambilalihan ni? Adakah ianya untuk membantu rakyat? Adakah ianya satu personal vendetta untuk membalas dendam terhadap kerajaan kerana seseorng individu tu berasa malu kerana dia gagal dan kerajaan ambil tindakan dahulu? 

Kita tak tau kan? Yang paling bagus sekali. JUAL JE PLUS NI KAT SYED MOKHTAR AL BUKHARY. aku yakin selamat dunia akhirat!

5 Responses to "MISTERI BERAPI! APA MOTIF SEBENAR IDAMAN SAGA UNTUK AMBILALIH PLUS HIGHWAY? "

  1. Tuii tu...

    Jual kat syed mohktar... aminn

    ReplyDelete
  2. Syed Mokhtar lagi! Pundek kau!

    Orang Melayu tulen memang ditekan dan dijatukan oleh pak Arab Melayu dan Keling Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu jgn bagi org Islam. .kita bagi kat kafir ajer..mcm cina tuu. . melyu layak jadi pencacai cina ajerr ataupun jadi anjing mcm pas. ..

      Delete
    2. Lebih baik syed mokhtar daripada proksi Cinabeng...

      Delete
  3. Halim is fitlhy rich. How he got rich was when he was leading the UMNO companies. Now he is coming back to reinvest his "?"-gotten richness. As a rakyat, tak payah beri mudah kepada Halim untuk memperolehi asset yang sudah menjana sumber pendapatan. Biar Halim berkerja keras buat dari "ground-zero".

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!