MASIH ADA MASA LAGI WAHAI ORNG TELUK INTAN! JOM PILIH MAH DAN BUAT TEBATAN BANJIR!



Pembinaan benteng bagi menghalang banjir kilat di kawasan Teluk Intan, terutamanya untuk penempatan kampung yang terletak berhampiran Sungai Perak perlu disegerakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Ini kerana penduduk mendakwa penempatan mereka sering dinaiki air ketika musim tengkujuh atau air pasang penuh.

Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Komuniti (JKKK) Kampung Dua Belas Setengah, Ibrahim Mohd Nor, berkata masalah tersebut sudah lama dihadapi oleh penduduk di situ.

“Masalah ini telah lama kami hadapi dan ia mendatangkan banyak kesusahan kepada penduduk,” katanya.

Menurut beliau lagi, sebelum ini, projek tebatan untuk menghalang banjir telah dibuat atas inisiatif ketua kampung, namun ia tidak kukuh.

“Tebatan dibuat atas ihsan ketua kampung tetapi air banjir masih masuk dan jika musim air pasang penuh, air akan naik sampai atas rumah,” katanya lagi.

Baca seterusnya di Perak Today

0 Response to "MASIH ADA MASA LAGI WAHAI ORNG TELUK INTAN! JOM PILIH MAH DAN BUAT TEBATAN BANJIR!"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!