CILI KASI TARUK! ADA BANGKAI DOK MIMPI NAK JADI SENATOR? SPRM WAJIB BACA

Amat menarik apabila seorang pengkhianat seperti Azwandin Hamzah menggesa kerajaan agar mengenakan tekanan dan hukuman terhadap pengkhianat yang menyeludup minyak diesel. Bekas pekerja kedai buku yang mengaku memperolehi ijazah kelas pertama dari universiti luar negara, tanpa perlu ke luar negara dan masuk universiti pun, menyatakan demikian bersama-sama beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

Kebelakangan ini, semenjak kedengaran ura-ura dia akan dilantik sebagai Senator, Azwandin Hamzah semakin kerap keluar media. Semakin kerap juga mengeluarkan pelbagai kenyataan dan semakin kerap menunjukkan bahawa dia memang ada apa-apa.

Hakikatnya, Presiden pertubuhan bukan kerajaan, Jaringan Melayu Malaysia yang ahlinya tidak pernah sampai lima puluh orang itu, merupakan antara orang yang paling aktif melaga-lagakan kepimpinan negara dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dia jugalah orang yang menjadi tukang tikam belakang apabila 'mengembangkan' cerita kononnya Tun Mahathir sedang menyiapkan bala tentera untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak walaupun pertemuannya dengan Tun Dr. Mahathir, sekadar dihadiri dan dia bukannya orang penting pun. Dia sekadar mendengar yang dihantar oleh tok dalang tertentu bagi memastikan agenda Anwar Ibrahim terlaksana.

Berkat cucuk belakang dan hasutan, akhirnya satu konsensus dibuat antara Najib Abdul Razak dengan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang sedang terkapai-kapai pada waktu itu, diberikan nyawa untuk hidup balik oleh Azwandin Hamzah menerusi kejayaannya menipu Najib Abdul Razak.

Azwandin Hamzah jugalah orang yang berada dalam pasukan yang mengucar-ngacirkan pentadbiran Terengganu. Walaupun tidak muncul secara nyata, namun dia merupakan antara tenaga penting yang mahu memastikan Terengganu berada dalam kucar-kacir apabila seluruh perhatian diberikan kepada proses pemilihan PKR yang haru-biru dan huru-hara.

Orang ini merupakan antara trojan horse yang diletakkan oleh Anwar Ibrahim untuk memastikan agendanya terlaksana. Meskipun tidak mempunyai kekuatan logistik namun peranan yang dimainkan selain hujah-hujah bodoh yang disengajakan untuk menampakkan kononnya UMNO berada dalam keadaan terdesak seringkali menguntungkan Anwar Ibrahim dan PKR.

Pengkhianat yang 'melompat' lebih awal dari PKR untuk masuk UMNO bagi tujuan mengisi temboloknya, semakin berjaya. Selain memiliki pelbagai jenis kenderaan mewah yang dibeli dengan menggunakan nama orang lain, Azwandin Hamzah yang turut menyapu dan menyebat pelbagai geran untuk NGO, kini mempunyai JARINGAN di dalam pentadbiran negara yang melihat Anwar Ibrahim adalah taukeh besar merea, bukannya Najib Abdul Razak.

Justeru, apabila si pengkhianat ini menyibuk dan menuding orang lain sebagai pengkhianat seharusnya, seluruh tudingan, bahkan telapak kaki harus dihadiahkan ke mukanya kerana pengkhianatannya bagi memastikan Anwar Ibrahim mendapat tempat dalam pentadbiran negara, jauh lebih besar bahayanya berbanding penyeludup diesel!!!

Sumber: Selangor Chronicles

HOUSE PK: Memang nampaknya kita suka membela bangkai semacam Azwandin ni kan? Khabarnya dengan bantuan si harami Jailani Ngah tu nak dilantik si Azwan ni untuk jadi Senator. Tolong la, kenapa la syok sangat nak membela political animal murahan macam dia ni? Nak sebut nama dia pun aku geli la...

Aku nak mintak jasa baik SPRM panggil dia sebagai saksi utama sebab dia kata dia dah kaji kan? So sewajarnya SPRM kena jadikan si Azwandin ni sebagai saksi kan? Takkan la budak yang dapat pointer 4 flat yang kerja kat kedai buku ni takleh tolong kan?

So Azwandin kena walk the talk now, bukan baling batu pastu sembunyi tangan. SPRM please take note. 

3 Responses to "CILI KASI TARUK! ADA BANGKAI DOK MIMPI NAK JADI SENATOR? SPRM WAJIB BACA"

  1. Kalau setakat dibiarkan berkeliaran kat luar tidak menjadi masaalah sangat, dengan cara dia mencari makan gigit sana gigit sini munkin satu hari silap gigit tinggal gusi sajer budak ni. Tetapi hingga mau angkut masuk Dewan Negara tu kerja siapa??? Atas alasan budak ini SUPERgenius dah ramai orang tahu, haprak habuk hampas kelapa ajer. Bila Dato Ismail Kijo lantik dia jadi Ketua Penerangan Umno Bahagain Ampang, tak sampai 3 bulan dia letak jawatan, tak betah buat kerja Umno, Geli!!! itu baru peringkat Bahagian..peringkat nasional???Dewan Negara???Senator??? U MUST BE JOKING MAAAANNNN!!!. Dekat Dato Ismail Kijo dia kelentong cakap dia terpaksa meletak jawatan sebab dibebankan oleh Presiden UMNO YAB PM Najib untuk tugas-tugas NASIONAL!!!! tertelan bulat-bulat orangtua itu bersama Noh Omar, reason tu well accepted, dengan segala kekaguman...Amekkaw!!!

    Dekat Teluk Intan kita mempertikaikan ke Lawyer an Dyanna, dan kita ambil konsensus penipuan kelayakan, kredibiliti profesionalism yang dikelentongkan itu adalah bukan norma yang diterima oleh UMNO/Melayu, sesuatu yang rendah dari segi moraliti, walaupun dia mewakili DAP...setuju???

    Kenapa UMNO sanggup menerima kelentong budak 4flatter Azwandin ini, menerima bulat-bulat dakwaan yang dia adalah graduate Uni Canada Deans List award..4flatter full semesters 4 tahun straight, lepas tu Masters kat UIA pulak...Makkkaw!!! dan UMNO telan bulat bulat macam biawak telan telor, tak berkelip mata...Kelayakan Dyana orang UMNO anggap isu yang teramat kronik seolah olah satu taboo, tapi dibelakang pintu PMO ada satu biawak yang dibiarkan mencakar boleh orang UMNO accept sebagai exceptional....UUU MUST BE JOKING!!!!

    ReplyDelete
  2. Kalau setakat dibiarkan berkeliaran kat luar tidak menjadi masaalah sangat, dengan cara dia mencari makan gigit sana gigit sini munkin satu hari silap gigit tinggal gusi sajer budak ni. Tetapi hingga mau angkut masuk Dewan Negara tu kerja siapa??? Atas alasan budak ini SUPERgenius dah ramai orang tahu, haprak habuk hampas kelapa ajer. Bila Dato Ismail Kijo lantik dia jadi Ketua Penerangan Umno Bahagain Ampang, tak sampai 3 bulan dia letak jawatan, tak betah buat kerja Umno, Geli!!! itu baru peringkat Bahagian..peringkat nasional???Dewan Negara???Senator??? U MUST BE JOKING MAAAANNNN!!!. Dekat Dato Ismail Kijo dia kelentong cakap dia terpaksa meletak jawatan sebab dibebankan oleh Presiden UMNO YAB PM Najib untuk tugas-tugas NASIONAL!!!! tertelan bulat-bulat orangtua itu bersama Noh Omar, reason tu well accepted, dengan segala kekaguman...Amekkaw!!!

    Dekat Teluk Intan kita mempertikaikan ke Lawyer an Dyanna, dan kita ambil konsensus penipuan kelayakan, kredibiliti profesionalism yang dikelentongkan itu adalah bukan norma yang diterima oleh UMNO/Melayu, sesuatu yang rendah dari segi moraliti, walaupun dia mewakili DAP...setuju???

    Kenapa UMNO sanggup menerima kelentong budak 4flatter Azwandin ini, menerima bulat-bulat dakwaan yang dia adalah graduate Uni Canada Deans List award..4flatter full semesters 4 tahun straight, lepas tu Masters kat UIA pulak...Makkkaw!!! dan UMNO telan bulat bulat macam biawak telan telor, tak berkelip mata...Kelayakan Dyana orang UMNO anggap isu yang teramat kronik seolah olah satu taboo, tapi dibelakang pintu PMO ada satu biawak yang dibiarkan mencakar boleh orang UMNO accept sebagai exceptional....UUU MUST BE JOKING!!!!

    ReplyDelete
  3. 1.tak payah la dok cakap rasuah itu dan ini!masalahnya yang atas-atas tu makan rasuah berjuta-juta!!
    2.zaman sekarang bukan lagi zaman ketam!!zaman dulu bolehlah ketam ajar anak dia supaya berjalan betui!!dia sendiri berjalan tak betui!!ko boleh bagi tau !!menteri mana yang tak makan rasuah!!mula dari najib hingga ke JKKK kampung!!
    3.rasuah tu dah jadi budaya malaysia dibawah perintah umno!!
    4.pooorahhhhhhhh!!!!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!