WAHAI PIHAK BERKUASA! TANGKAP RAFIZI CEPAT, GERAM DAH BUAT LAPORAN POLIS!

Laporan polis ke atas YB Rafizi Ramli yang dibuat hari ini merupakan satu titik permulaan kebangkitan rakyat marhein yang selama ini berdiam diri melihat gelagat hipokrit beberapa ahli politik yang selama ini mempergunakan nama 'rakyat' untuk mereka melanggar undang-undang dalam negara ini.  Beberapa tindakan pemimpin-pemimpin ini yang secara terbuka mempertikai sekaligus menghina beberapa keputusan mahkamah amat mengecewakan .

Ada juga di antara mereka secara terang-terangan mendakwa mahkamah negara ini dikawal oleh individu-individu tertentu yang secara langsung mencalarkan integriti sistem kehakiman negara ini. Tindakan mereka ini jelas sekali mempunyai kecenderungan menghasut rakyat untuk membenci dan memperlekehkan institusi kehakiman.

Saya selaku yang mewakili  Gerakan Rakyat Marhein (GERAM) berasa sesuatu perlu dilakukan apabila melihat 'trend' sebegini makin menjadi-jadi kebelakangan ini tanpa apa-apa tindakan yang diambil . Ahli-ahli politik ini yang disokong oleh sekumpulan peguam amat licik memanipulasi undang-undang demi kepentingan dan kelangsungan karier politik mereka .

Ironinya walaupun beberapa tindakan mereka jelas menghina undang-undang dan sistem kehakiman dalam negara ini, mereka turut gunakan undang-undang yang sama untuk mengugut rakyat marhein dengan tindakan saman apabila membangkitkan beberapa persoalan dengan kredibiliti diri mereka sebagai seorang pemimpin parti politik.

Saya tak mahu namakan siapa pemimpin-pemimpin politik ini, namun saya percaya rakyat boleh tahu dengan melihat senario yang berlaku pada hari ini. Saya juga percaya dan berharap pihak polis akan mengambil tindakan dengan laporan polis yang saya buat pada hari ini.

Norafiq Bin Md Noor
Pengerusi Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM)

9 Responses to "WAHAI PIHAK BERKUASA! TANGKAP RAFIZI CEPAT, GERAM DAH BUAT LAPORAN POLIS!"

  1. Saya amat bersetuju. Telah banyak situasi seperti ini yg langsung tidak diambil perhatian oleh pihak yg sepatutnya bertindak....

    ReplyDelete
  2. kdn ada berani ke , tangkap orang2 anua ni....

    ReplyDelete
  3. Ko tau geram ko je..geram org ko tak tau..ko ingat msia ni ko punya ke..purahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau Red Bean Army jangan masuk campur, ruang ini untuk kami anti pembohong, anti pemfitnah, anti peliwat, anti rasuah, anti kronisma, anti homoseksual, seperti bekas TPM dahulu.Macam2 toihmah/fitnah cerita dan fakta karut mereka baca dalam perliamen untuk mengaburi mata rakyat. Laporan odit negara kata lain mereka persembahkan majalah The Edge kononya KWSP kena tegur padahal pujian telah diberikan kepada KWSP kerana menjana keuntungan memelibhi tahun 2013 yang mentasasi tahun 2012.menyebabkan Akauntan Negara telah bantah kepada The Edge.. The edge ni pun kawan Suaram, Majlis Peguam, PR juga.menulis benda karut dan tidak betul. Aku minta Akauntan Negara saman saja.

      Delete
  4. Mereka semua nak guna nama rakyat... Pakatan rakyat lah konon.... Cuba fikir apa yg dapat? Lbgt? KalimH Allah?, air dicatu diselangor? Mansuh 7% hak bumiptra beli rumah? Jalanraya berlubang? Silap2 dapatkat depa tergadai malaysia....

    ReplyDelete
  5. Woi anus april 9, at 11:18pm kat atas, yang kau berkata macam tu apa pulak halnya? apa kau ingat undang-undang negara malaysia ni bapak kau yang punya ka...bahalol.!!!

    ReplyDelete
  6. Rafizi tidak patuh pada undang2 negara. Kenakanlah tindakan yang benar-benar membuatkan beliau serik. Kes mahkamah ke atasnya perlulah disegerakan sebelum beliau membuat fitnah yang lain. Beliau adalah pakar dalam penipuan dan tidak jujur. Rafizi perlu bayar pembaziran Kajang Move.

    ReplyDelete
  7. RAFIZI ada la wira kami berckap benar hujah bernas,ilmu banyak yang nak sakit hati knapa? dia bercakap tentang GST, dan penipuan contuh nya bloger papagomo yg menipu kata tak pernah naik kapal selam

    ReplyDelete
  8. Orang bodoh je dok rumah goyang telor bg bn bangsat ni dok lanyak negara malaysia..... sama mcm owner blog ni... tak susah jd bodoh ....masuk bn auto terus jd bangang... kalau dasar pencacai tu.... bontot najib pun korang tala....

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!