PANAS! KALAU NAMPAK BUDAK-BUDAK DARI PUSAT TAHFIZ AMAL, SILA LAPORKAN PADA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI!

Ingat lagi kisah Pusat Tahfiz Amal? Aku pernah tulis dalam blog aku KLIK SINI

PERAK TODAY ada membuat lagi pendedahan terbaru seperti berikut:

Jabatan agama negeri dan pihak polis boleh mengambil tindakan tegas dengan menahan mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan nama Pusat Tahfiz Amal, dekat Yan, Kedah untuk mengutip derma kerana Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sudah mengeluarkan notis penutupan operasinya sejak 10 Februari lalu.

Exco Agama Negeri Kedah, Mohd Rawi Abd Hamid, berkata pusat tahfiz berkenaan telah diarah tutup sepenuhnya dan kini hanya pembelajaran secara tidak formal disediakan di situ.

“Sebarang aktiviti mengutip derma melibatkan kanak-kanak yang mendakwa mereka mewakili pusat berkenaan perlu dibanteras sehabis mungkin.

“Selepas notis dikeluarkan pada Januari lalu, mana-mana penghuni dari pusat terbabit yang didapati menjalankan aktiviti mengutip derma akan ditangkap.

“Kita dapati gejala kutipan derma di Kedah sudah tidak berlaku kerana ia memerlukan kebenaran dan jika ada individu yang meminta derma tanpa surat kebenaran polis dan Jaik, mereka boleh ditahan,” tegasnya kepada Peraktoday.com.my.

Baca seterusnya di Perak Today 

10 Responses to "PANAS! KALAU NAMPAK BUDAK-BUDAK DARI PUSAT TAHFIZ AMAL, SILA LAPORKAN PADA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI!"

  1. Disyorkan setiap jabatan agama daerah mempunyai hotline untuk dihubungi apabila awam bertemu dengan aktiviti mereka.

    Tetapi penyelesaian apa dan bila?

    ReplyDelete
  2. dekat KL ,Selangor banyak lagi dia orang.Dah letih lapor kat Talian Nur.Tutup saja operasi Talian Nur tak dak faedah buang masa saja dia org

    ReplyDelete
  3. Tak habis2 diorang ni gunakan pelajar2 tahfiz...kita yang tukang derma ni kena main peranan jangan sampai mereka naik seronok minta derma..Jangan terlalu baik hati nak bagi sedangkan duit yang kita derma untuk mereka tu bukan mereka yang dapat pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nampak anak2 ni kita belikan mereka makanan dan minuman je. Tak perlu bagi duit. Kesian mereka berpanas berhujan nak cari wang.

      Delete
  4. Di Kuantan Pahang terdapat banyak peminta sedekah berkeliaran dari satu restoran ke restoran yang lain. Kesemua mereka dari pusat tahfiz kedah. Emmm jauh jugak mereka berkelana untuk meminta sedekah.

    ReplyDelete
  5. Aku dah tau sgt dah budak ni semua penipu ada org yg gunakan drg tu utk kepentingan diri sendiri...dr dulu sampai skrg tak abis2 nk mintak derma...elok tangkap kepala yg main dgn derma2 ni...benda mcm ni pun drg nak bt bisnez mmg haram jadah betul lah

    ReplyDelete
  6. Tak perlu beri .... Kalau kita nak bersedekah eloklah terus ke masjid surau atau rumah2 anak yatim atau tahfiz....apabila kita memberi mereka naik syok.... Ambik kesempatan...Baik kita menderma secara sistematik...

    ReplyDelete
  7. Kenapa Majlis Agama atau Jabatan Agama negeri masih wait n see ni......patut dah bertindak dah ni...jangan tunggu sampai jadi berkudis berulat nasi dah tukar jadi moi basi baru nak bergerak bertindfak. No points dah masa tu.

    ReplyDelete
  8. Baru je tadi akU terserempak dgn budak tahfiz yg dtg kutip derma. Menegokkan keadaan timbul rasa simpati tapi melihatkan yg duit hasil derma tu masuk ke dalam poket yg salah terasa hati ni terbakar la pulak

    ReplyDelete
  9. Mane polis,mane jkm,mane tv3.. Da lame sangat isu ni,bila nak ada tindakan? Tiada tangkapan,kebal sangat ke diaorang ni...mane2 undang2,siapa yang laksanakan..semua mkn gaji buta,goyang kaki..korang bayangkan klau yg mnta sedekah tu adik beradik korang,anak2 korang..kutip derma sampai tgh mlm,ntah makan ke tidak,penat,bhujan panas,ko tak kesian ke,mereka ni budak2,takde siap nak bersuara bg pihak dorg,kite semua kejam,pntingkn diri masing,kejar dunia,x pernah pikir nasib mereka.somebody tlglah ambik tindakan..please

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!