LAWAK HARAMI DITENGAH MALAM

ERTI TAAT SETIA: BAIK SUNGGUHLAH KERAJAAN MALAYSIA INI

Pada satu petang seorang pelajar Malaysia peringkat pasca siswazah di sebuah universiti di United Kingdom (UK) sedang fokus bekerja sambilan di sebuah sekolah di kota Glasgow bagi mencari wang tambahan sara hidup.

Tiba-tiba dia disapa oleh seorang guru di sekolah itu yang katanya berasal dari Hong Kong dan telah lama menetap di UK.

Guru itu sudah lama memerhati budak Melayu tersebut bekerja dan ingin bertanya sesuatu.

"Saudara dari Malaysiakah?"

"Ya, jawab pelajar itu."

"Boleh saya tanya satu perkara."

"Boleh," jawab pelajar itu ringkas.

"Benarkah orang Melayu di negara saudara menindas kaum minoriti?" tanya cikgu wanita berkenaan.

Pelajar lelaki itu terpinga-pinga? "Mengapa puan tanya soalan begitu?"

"Saya diberitahu oleh seorang rakyat dari Malaysia yang mereka ditindas teruk di negara saudara. Mereka kata mereka warganegara kelas kedua."

Muka pelajar itu merah padam. Malu pun ada. Merasa dimalukan pun ada.

"Pernahkah puan melawat Malaysia?"

"Tidak pernah," kata guru itu ringkas.

"Tahukah puan, kaum itu di Malaysia adalah orang yang paling kaya di Malaysia. Merekalah yang menguasai ekonomi Malaysia. Merekalah juga yang paling berjaya dalam bidang-bidang profesional."

Jawab pelajar itu lagi "jika negara saya menindas orang itu, mereka tidak akan berjaya dan kaya seperti itu. Tahukah puan lagi, mereka juga adalah antara yang berada dalam 10 teratas bilionair di negara saya."

Guru itu pula terpinga-pinga. Pelajar itu bertanya lagi guru itu.

"Oleh kerana puan tidak pernah ke Malaysia, saya menjemput puan melawatlah negara saya yang aman, damai, sentosa, makmur dan cukup indah itu. Tengok dengan mata sendiri."

Cikgu itu tersenyum dan berlepas pulang.

Itu adalah dialog oleh seorang sahabat kepada saya baru-baru ini, yang telah lulus pengajian peringkat doktor falsafahnya di negara itu. Di luar negara ramai rakyat Malaysia yang suka memburuk-burukkan negara sendiri.

Mereka menuduh yang bukan-bukan. Mungkin juga ramai yang membuat tuduhan seperti itu kerana mereka mahukan perhatian, simpati, belas kasihan atau kerana mereka ada hati mahu tinggal terus di negara beriklim empat musim itu.

Baru-baru ini saya terbaca satu berita dari UK, kira-kira 1,000 orang Malaysia "tiada bernegara" merempat di negara itu setelah mengambil keputusan membatalkan atau 'mengoyakkan' pasport Malaysia kerana mahu menjadi warganegara England.

Setelah membuat keputusan melepaskan kerakyatan Malaysia, hampir sebahagiannya yang berasal dari Pulau Pinang, kini menghadapi dilema kerana tidak mendapat hak kerakyatan negara itu.

Mereka kini sudah menjadi manusia terumbang-ambing kerana sudah "tiada bernegara" atau "stateless". Negara Malaysia mereka sudah berpaling-tadah, negara orang putih itu pula tidak mahu menerima mereka.

Ada antara mereka adalah profesional yang kini terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan atau ada yang terpaksa mengemis.

Namun, saya tertarik apabila terbaca satu portal berita fz.com yang menyebut nama Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berita itu berbunyi begini:

GEORGE TOWN (4 April): Kira-kira 500 orang yang didakwa "tiada bernegara" (stateless) dari Malaysia yang tinggal di United Kingdom seharusnya menarik nafas lega apabila kerajaan Malaysia memberi jaminan untuk menguruskan kepulangan mereka.

Ia dilihat sebagai satu kejayaan kepada Ahli Parlimen DAP, Tanjung Ng Wei Aik yang begitu bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan masalah kumpulan tidak bernegara itu, yang ada antaranya hidup dalam daif kerana tidak dibenarkan kerja di UK.

Kumpulan itu yang telah menyerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan kemudian memohon Taraf Kewarganegaraan Luar Negara British (BOC), setelah mempercayai ia adalah sijil yang laku digunakan di negara itu.

Ketika mendedahkan maklum balas yang diberikan oleh Ahmad Zahid dalam sepucuk surat (pada 3 April), Ng berkata, kerajaan Malaysia telah bersetuju menyediakan perkhidmatan imigresen bagi membolehkan mereka berada di Malaysia secara sah apabila pulang kelak.

Kementerian Dalam Negeri berkata, perbincangan dengan kerajaan British berhubung dengan rayuan pemegang BOC itu juga akan dilakukan.

"Sebuah kaunter khas akan diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan pemegang BOC melapor diri sebaik tiba di Malaysia dan mereka akan dibantu oleh pegawai imigresen di KLIA.

"Zahid berkata pemegang BOC itu akan diberi nasihat oleh atache imigresen Malaysia di UK, serta pegawai-pegawai jabatan imigresen di sini dan KDN," kata Ng dalam satu sidang akhbar.

Berita lanjut mengenainya baca di sini: http://m.fz.com/content/stateless-malaysians-uk-can-return-ministry-tells-dap-rep

Bacaan tambahan mengenai kisah itu di sini:

*http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/10/14/boc-disloyalty-has-its-price/

*http://www.independent.co.uk/news/uk/politics/immigration-rules-leave-stateless-malaysians-in-limbo-2240532.html

*http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/6316612/Malaysians-left-stateless-in-UK-after-passport-gamble-backfires.html

Apabila membaca berita-berita itu dan kisah bekas rakyat Malaysia yang "berpaling tadah" itu dan kemudian mahu kembali semula, setelah UK enggan menerima mereka, maka kesimpulan saya mengenai erti "ketaatsetiaan kepada negara" ialah: Baik sungguhlah negara kita ini.

Maka itu saya teringat sajak Allahyarham Usman Awang mengenai sikap "baik hati" orang Melayu yang antara petikannya:

Baiknya hati Melayu itu..
tak terbandingkan....
Selagi yang ada sanggup diberikan...

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusu-susukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Tetapi malangnya, kebaikan kita sering kali diambil kesempatan pula oleh orang lain. Kebaikan kita, dibalas dengan tuba.

Saya enggan mengulas panjang mengenai isu ini, bimbang nanti dituduh rasis pula. Tetapi fikir-fikirkanlah.

Benarkah kita ini terlalu lurus bendul? Allahualam.

SUMBER dari group Whatsapp


22 Responses to "LAWAK HARAMI DITENGAH MALAM"

  1. KESANGSIAN DGN ZAHID HAMIDI NI LAMA DAH - BACA SEJARAHNYA DARI AWAL PENGLIBATAN DLM POLITIK DR KETUA PEMUDA DAN PENGERUSI BSN
    SEJARAH PERLU DIJADIKN LANDASAN

    ReplyDelete
  2. Ini kerja RBA bawa cerita yg x betul. yg dapat BOC setakat ini hanya 3 org sahaja,bukan 500 orang.

    ReplyDelete
  3. Tengok pada lenggok cerita ni.. mainkan sentimen kaum burukkan menteri umno.. rasanya ia dikarang oleh red bean army.

    Pada aku 500 ke 1k orang tu memang rakyat malaysia. Mestilah diorang boleh balik ..Kalau diorang menghina negara biar undang2 yg hukum.. Selesai.

    Apahal penulis tu nak emosional sangat.

    ReplyDelete
  4. Aku nak cakap pendek jer......Melayu ni baik tak bertempat....

    ReplyDelete
  5. Agak2 siapa yg d angap sbg hero setelah mereka balik ke malaysia nnt....Eng wai aik atau zahid hamid?i......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan parti apa agaknya mereka mendaftar sebagai ahli. UMNO kah?

      Delete
  6. Orang melayu harus berfikir diluar kotak .

    ReplyDelete
  7. bukan trrlalu lurus tp bangang tahap samdol

    ReplyDelete
  8. Kerajaan BN mengamalkan polisi diskriminasi dalam pelbagai aspek. Misalnya pengambilan pekerja untuk jawatan kerajaan, kuota pendidikan di institusi-institusi pendidikan tinggi, pembelian rumah, amanah saham bumiputra, membenarkan peniaga2 melayu menjaja di mana-mana sahaja, pemilikan tanah, kuota pembelian rumah pr1ma, bantuan2 kerajaan kepada peniaga2 dalam bentuk pinjaman kewangan, dan terlalu banyak lagi. Kalau rakyat yang selainnya tidak ditindas, mengapa seluruh warga dunia tahu dan sedar kerajaan BN pilih kasih, pilih bulu, pilih segala2.....goblok!!! Ini tak termasuk beratus juta kontrak yang diberikan kepada syarikat Bumimputera yang tidak mampu dan mempunyai pengalaman dan track record yang sewajarnya untuk mengendalikan kontrak yang diberikan.....amat memalukan...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau begitu persepsi anda, silakan koyak buang kerakyatan Malaysia anda beramai-ramai. Alhamdulillah. Jangan fiikir kami akan menangis beramai-ramai. 1000 pergi kami akan daftar 100,000 pemastautin Indonesia sebagai saudara kami yang kami tahu mereka pandai berterima kasih, bukan seperti anda.

      Delete
  9. Betul...sebab terlalu baiklah melayu kena jadi pengemis di negara sendiri.....

    ReplyDelete
  10. Terlalu baik sampai orang pijak kita.... yg nak buat baik pemimpin saja kot... nak bodek...

    ReplyDelete
  11. Kan aku dah cakap dah ... Org Cina rule Malaysia.... Melayu asyik mengalah aje ... attitude takpe lah, takpelah. Silakan... silakan.
    Yang nak masuk ni pun org cina ... tu yang menolong pun org cina gak. HANYA CINA YANG AKAN MEMBANTU CINA. MELAYU AKAN CUBA MENJATUHKAN MELAYU.

    Bila lah kita kan sedar akan perkara ini????/

    ReplyDelete
  12. BARU KO TAU PEMIMPIN KO BANGANG??? KO PUN BANGANG GAK PILIH DIA. TUNGGU LE PILIHANRAYA LAGI SATU, UNDILAH LE ORG LAIN. JANGAN LAH DOAKAN KEBURUKAN ORG KALAU KO SENDIRI PUN KURANG SIKIT KEPANDAIAN KO

    ReplyDelete
  13. Naib Presiden UMNO .... memang aku dah jangka dah pun. Mana ada yang pandai pun dalam UMNO. Baru ko sedar, aku dah lama tau dah

    ReplyDelete
  14. Kenapa ramai dari Penang? Ini sebabnya;

    Penang and Malacca
    Several early independence acts did not contain any provision for the loss of citizenship of the United Kingdom and Colonies by citizens of the newly independent states. A notable case is that of the former Settlements (colonies) of Penang and Malacca in what is now Malaysia. These were combined in 1948 with the nine Malay states (which were protected states rather than colonies) to form the Federation of Malaya. On independence on 31 August 1957, British protected persons from the Malay states lost their BPP status. However, as a result of representations made by the Straits Chinese, known as the "Queen's Chinese", it was agreed by the Governments of the United Kingdom and Malaya that no provision should be made for the withdrawal of CUKC status from the inhabitants of Penang and Malacca, who would consequently be allowed to remain CUKCs as well as citizens of Malaya.[1]

    On 16 September 1963, the colonies of North Borneo, Sarawak and Singapore were joined with Malaya to form Malaysia (Singapore subsequently left Malaysia in 1965). CUKC was withdrawn from those acquiring Malaysian citizenship in 1963, but this did not affect existing citizens of the Federation.

    Hence, persons connected with Penang and Malacca prior to 31 August 1957, together with those born before 1983 in legitimate descent to fathers so connected, form the largest group of British Overseas citizens (estimated at over 1 million). Most also hold Malaysian citizenship.

    ReplyDelete
  15. Salam. Rasanya dulu saya pernah baca 1 artikel oleh blogger Kembara Politik pasal isu BOC ni sekitar tahun 2009. Blogger KP dah beri ingatan tapi nampak gayanya Zahid tak ambil pusing.
    http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/10/boc-tiada-tempat-bagi-pengkhianat-di.html

    ReplyDelete
  16. Salam. Rasanya dulu saya pernah baca 1 artikel oleh blogger Kembara Politik pasal isu BOC ni sekitar tahun 2009. Blogger KP dah beri ingatan tapi nampak gayanya Zahid tak ambil pusing.
    http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/10/boc-tiada-tempat-bagi-pengkhianat-di.html

    ReplyDelete
  17. Orang putih bukannya bodoh terima bulat-bulat penjilat mereka.hanya buta warna saja yang terhegeh hegeh nak jadi orang putih.tambhan lagi mereka tak suka orang yang hidup dua alam

    ReplyDelete
  18. Salam,

    House PK aku nak lari tajuk jap.

    Aku baru baca mengenI hina mahkamab.

    Difahamkan wan azri didakwa menghina mahkamah....

    So apa yang aku nak cadangkan ialah wan azri harus memerintahkan agar leguamnya menyaman mankamah Malaysai dan KDN MALAYSIA ATAS TUDUHAN PILIHKASIH ATAU TUDUHAN TERPILIH KERANA TIDAK MENYAMAN ANWAR YANG BEBAS MENGHINA MAHKAMAH MALAYSIA DAN JUGA KERAJAAN MALAYSIA TANPA DIAMBIL TINDAKAN.

    Kenapa Mahkamah hanya mema dang sepi tuduha dan fithnah yang anwar lemprkan.

    Aku harap dengah kes wan azrj menyaman mahkamah Malaysia ianya akan menjadi kes rujukan satu harinanti.....

    ReplyDelete
  19. kelemahan yang ditonjolkan itu sebenarnya
    adalah kekuatan bangsa kita yang tak tertanding.
    ponah ekaou tengok kobau??
    ekaou pi ketok pala dia..makin nunduk dia..
    lagi diketuk..makin lagi nunduk palanya eh..
    tapi pas tu kalau dia start nanduk..
    tak dapek den nak tolong..
    ihik..ihik..

    ReplyDelete
  20. Masaalah al juburi ni ada sapa sapa buat report ? ? ?

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!