CILI KASI TARUK! DUN SELANGOR NAK DIBUBAR?

Semakin hangat berita yang kedengaran dari Selangor. Khalid Ibrahim yang sedang mengalami tekanan luar biasa dari parti yang dianggotainya sendiri. Ketamakan selain politik yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan dirinya daripada hukuman penjara dan imej seorang pengamal homoseksual yang terpalit pada dirinya, telah menyebabkan dia perlu mengorbankan Khalid Ibrahim.

Kekacauan politik di Selangor semakin terasa. Dan sudah tentulah para penyokong Pakatan Rakyat tidak akan mengakui perkara berkenaan kerana bagi mereka, semua ini diada-adakan oleh UMNO-BN semata-mata.

Mereka amat berpegang teguh kepada teori KONSPIRASI yang telah dipopularkan oleh Anwar Ibrahim semenjak dia dijatuhi hukuman penjara kerana kesalahan rasuah salahguna kuasa dan meliwat pada tahun 1999 lalu.

Namun petunjuk yang paling jelas tentang kekacauan politik di dalam PKR ialah apabila para pemimpinnya terutama sekali yang melibatkan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mula menyerang sana sini bertujuan mengalihkan isu. Pada masa yang sama, tekanan dibuat menerusi kempen pemilihan tentang keburukan Khalid Ibrahim oleh Team Azmin Ali dan Anwar Ibrahim sendiri.

Dari Pejabat Menteri Besar Selangor, difahamkan Khalid Ibrahim sudah pun merangka untuk menghadap DYMM Sultan Selangor bagi mempersembahkan usul membubarkan DUN Selangor dalam tempoh terdekat. Sekaligus mewujudkan Pilihanraya Negeri yang pertama untuk Selangor semenjak kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Langkah yang diambil oleh Khalid Ibrahim dilihat perlu bagi memastikan pentadbiran negeri selepas ini berjalan lancar dengan Khalid Ibrahim menyingkirkan elemen-elemen melibatkan Azmin Ali dan mengekalkan sokongan padu kepadanya bagi membolehkan dia mentadbir negeri secara lebih berkesan dan terurus. Gangguan daripada Exco-Exco serta ADUN-ADUN PKR yang kebanyakan daripada mereka merupakan penyokong tegar Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, membuatkan Khalid Ibrahim pincang ketika menjalankan tugas.

Sabotaj yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PKR Selangor sendiri, sudah cukup untuk merencatkan pelbagai perancangan Khalid Ibrahim untuk Selangor. Khalid bukan sahaja berhadapan dengan masalah ekonomi Selangor yang tidak berkembang selepas terpaksa mengambil Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi walaupun mereka tidak berkelayakan dan pengambilan terpaksa dibuat semata-mata atas nama parti, sebaliknya Khalid terpaksa mengepung pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PKR. Kemuncak daripada kepungannya itu ialah apabila memecat Azmin Ali daripada jawatannya selaku Ahli Lembaga Pengarah PKNS, bagi mengelakkan lebih banyak kebocoran, penyelewengan dan rasuah melibatkan PKNS. Pada masa yang sama juga, Khalid Ibrahim terpaksa menanggung perbuatan pelahap Anwar Ibrahim yang memaksa Kerajaan Negeri Selangor menjual pelbagai aset negeri bagi menampung dana operasi PKR dan kemewahan peribadi serta keluarganya.

Khalid tahu, untuk menang di Selangor, bukannya susah. UMNO dan Barisan Nasional Selangor berada dalam keadaan tidak terurus, saling bercakaran, saling berbalah dan tikam-menikam sesama sendiri. UMNO dan Barisan Nasional sekadar bercakap mahu menang tetapi usaha-usaha yang mereka lakukan dari tahun 2008 sehinggalah sekarang, tidak menunjukkan yang mereka mahukan kemenangan. Apatah lagi, beberapa orang Ketua UMNO Bahagian di Selangor dikesan berhadapan dengan pelbagai masalah, termasuklah MASALAH JENAYAH.

Apa yang Khalid lakukan adalah menyusun strategi dengan bantuan Faekah Hussin dan pasukannya sendiri menerusi pencalonan yang dipastikan akan memihak kepada pasukannya. Azmin Ali dan Wan Azizah Wan Ismail akan dikekalkan tetapi mereka akan terkontang-kanting tanpa sokongan. Pada masa yang sama, Khalid akan menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada PAS Selangor bagi membolehkan PAS Selangor memainkan peranan lebih berkesan untuk mengukuhkan kedudukannya, sepertimana langkah yang telah diambil oleh PAS Selangor kebelakangan ini.

Kalau benarlah sebagaimana yang dimaklumkan oleh salah seorang pemimpin PKR yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor ini, pastinya kemelut kuasa di Selangor tidak akan tamat begitu sahaja. Bagaimanapun, rakyat Selangor akan dijadikan mangsa percaturan dan perebutan politik PKR dan Pakatan Rakyat.

Sumber: Selangor Chronicle

6 Responses to "CILI KASI TARUK! DUN SELANGOR NAK DIBUBAR?"

  1. kalau tahu anwar punca huru hara di Selangor dan pengacau ketenteraman Negara kenapa dibiarkan dia bebas untuk buat apa dia suka, di parlimen dia menuduh kerajaan, di luar dia mengajak rakyat buat hal untuk memburukkan Negara, di luar Negara dia memceceh memburukkan Negara, kita patut bersatu jatuhkan dia, bullet yang di beri oleh datuk hisham baru ni pasal anwar tak dapat cari jam omega, satu bullet yang tajam. kita patut bebuat demikian, secara blunt mematikan hujah bodoh anwar, dia bukan pandai sangat, tapi pandai putar belit..

    ReplyDelete
  2. Biar Betul nih..... apakah keberanian dan kematangan politik mereka telah benar-benar sampai ke puncak?

    ReplyDelete
  3. Kaedah logikal yg berkaitan antara satu sama lain yang akan menjadi kenyataan sekiranya gerakan pertama bermula.Teori yg amat kuat dan bersesuaian dengan sifat Khalid Ibrahim yg tidak mahu mengaku Kalah.Teori ini saya pernah katakan kepada pihak yg menyokong pembangkang dahulu di Perak sebelum Perak di Kuasai semula oleh BN.Tapi ramai yang tak percaya.Tapi sekiranya Khalid Ibrahim telah bermula maka ianya akan berlaku seperti yang dirancang.Khalid Ibrahim Bukan sekadar ahli politik biasa..Anwar Ibrahim dan Azmin Ali akan diuji oleh Allah Lagi..

    ReplyDelete
  4. Saudara PK, Let them all go to the deepest hell Allah ever created.

    ReplyDelete
  5. Cukup2lah nak perabih kan duit negara, itu hari prk kajang tah berapa juta habis, buat kerja lah, jangan sibuk nak berpolitik shj. kuasa dah ditangan jangan tak guna pula, asyik nak selamat diri sendiri, rakyat selangor nak mandi wajib pun susah air takdak. Jalan lubang pegi la turap, ke nak buat tempat takungan air?, tempat maksiat bercambah apa la nak jadi Selangor ni,..

    ReplyDelete
  6. Spekulasi. Tidak mungkin kerana Ambiga sudah kasi amaran pada Rafizi dan Rafizi yang amat takut dengan Ambiga telah memohon maaf dalam kes perletakan jawatan ADUN dari PKR. baru-baru ini.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!