CILI KASI TARUK! APAKAH FELDA BODOH KERANA MENARIK BALIK SAMAN? INI CERITA SEBENAR...

Aku yakin ramai penyokong UMNO marahkan UMNO diatas keputusan menarik balik saman terhadap Saifuddin Nasution. Ada yang begitu marah sampai mereka luahkan melalui media sosial. Yalah lepas apa yang berlaku dalam episod Tian Chua yang dah la saman ditarik balik pastu ada pulak gambar SUA UMNO diambil bersama penghasut no 1 tu.

Tapi kan, khabarnya kali ini kisah lain. Bukan ditarik balik sebab nak settle luar mahkamah tanpa apa-apa. Kita nak tau apa kisah sebenarnya kan? Sebelum kita melompat apa kata kita baca dulu ulasan RBF Online dibawah ni:

Saya yakin ramai diantara kita masih ingat bagaimana Pas dan PKR menuduh Felda menjual minyak sawit Malaysia ke Israel pada tahun 2012.

Seorang peneroka Felda yang gagal dan juga bekas bakal Pengerusi Felda sekiranya pak-khatan rakyat memenangi PRU 13 yang lepas, Mazlan Aliman dengan penuh bangganya mengumumkan dalam Muktamar Pas di Kota Bharu pada November 2012 bahawa dia ada invois sebagai bukti Felda menjual minyak sawit kepada Israel.

Maka apa lagi, penyokong-penyokong Pas yang dungu dan berotak udang pun menyambutnya dengan laungan…TAKBIRRRRR…..
Selingan sikit: Lihat iklan anak panah merah. Tahan lama, lebih kilometer, ketegangan, kekerasan. Seks dan Pas tak dapat dipisahkan. Dalam lidah rasmi Parti Islam pun iklan ubat seks siap sebut tegang dan keras. 
Seterusnya dia mengajak penyokong-penyokong Pas berdemostransi di Ibu Pejabat Felda pada 23 November 2012 atas nama menghantar memorandum bantahan kepada Felda kerana menjual minyak sawit kepada Israel.

Selepas itu gegak gempitalah dalam harakah dan suara keldaian bahawa kerajaan pimpinan Najib mesra Israel dan menjual minyak sawit kepada Israel, mengkhianati perjuangan rakyat Palestin dan macam-macam lagi tuduhan jahat.

Felda telah menafikan perkara tersebut. Felda telah memberi tempoh 14 hari kepada mereka untuk menarik balik fitnah tersebut.
Berita Harian 12.12.12
Selepas tamat tempoh 14 hari yang ditetapkan Felda, mereka-mereka yang membuat tuduhan jahat kepada Felda tidak memohon maaf. Akhirnya Felda meneruskan tindakan saman tersebut. Tahniah diucapkan kepada Felda kerana tegas dan konsisten.

Perbicaraan telah berjalan. Sebanyak tujuh saksi defenden yang dipanggil. Ketujuh-tujuh mereka juga adalah orang yang dinamakan oleh Felda dalam saman itu. Saksi defendan adalah saksi-saksi pihak yang disaman atau kena saman. Dalam bahasa mudah kita boleh katakan saksi-saksi yang menyebelahi atau bersekutu dengan Pas. Manakala saksi-saksi pihak yang menyaman dipanggil saksi plaintif. Dalam bahasa mudah saksi plaintif adalah saksi-saksi yang menyebelahi Felda.

Enam saksi yang menyebelahi Pas (saksi defendan) telah memberi keterangan di Mahkamah. Mereka ialah, Mazlan Aliman, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah, Angkatan Edaran Sdn Bhd.

Nak tahu seterusnya apa yang berlaku, BACA DISINI..

6 Responses to "CILI KASI TARUK! APAKAH FELDA BODOH KERANA MENARIK BALIK SAMAN? INI CERITA SEBENAR..."

  1. Salam Bro, adakah orang UMNO tahu perkara ini? Adakah pimpinan UMNO sedar bahawa persepsi orang UMNO ialah kita adalah hero yang tewas? Adakah pimpinan UMNO sedar bahawa pemimpin Pakatan tidak pernah berhenti menyebut perkara ini di kampung kampung? Adakah pemimpin UMNO sedar bahawa Mak Limah hujung kampung tak baca blog ko tapi ustazah yang datang bisik bisik kepada dia? Adakah pimpinan UMNO sedar semalam masa kuliah maghrib sambil sambil sebut perkara ini? Banyak soalan Bro, ko tak payah jawablah. Mat Maslan ada !

    ReplyDelete
  2. Felda banyak membantu kehidupan orang melayu menjadi lebih baik .

    ReplyDelete
  3. berani buat, bernilah tanggung... hai.. x hbis2 kena saman geng2 nie.. tapi x pe.. anwar kan banyak duit, so bolehlah korang minta duit sikit kat dia utk sponsor bayar saman korang yg stakat 2 ke 3 juta tue,, bukannya banyak pun.....

    ReplyDelete
  4. Memang felda bodoh.dah ketuanya pun org bodoh.tp tak semua peneroka felda yg bodoh.

    ReplyDelete
  5. Padan muka rakyat selangor air takdak.. Baru kau tawu.. Bila nak berak, cuci dengan batu sampai jubor jadi luas..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!