UPDATES TERKINI #prayforMH370! RAKIT KESELAMATAN YANG DIJUMPAI BUKANLAH MILIK PESAWAT MH370

NST 12/03: The life raft found 10 nautical miles from PD town is not from the missing MH370 aircraft: Kuala Linggi MMEA enforcement chief

Ini berita terbaru yang diterima melalui NST! Sebelum ini ada berita tentang penemuan sebuah raft atau rakit keselamatan yang ada tertulis perkataan "boarding" Klik sini

Sekarang ni sedang berlangsung Sidang Media di KLIA yang diketuai oleh DS Hisham. Dari pengamatan aku, nampaknya pengamal media antarabangsa ni dah melampau dan tanya soalan yang memang susah nak jawab sebabnya pesawat tak jumpa lagi.

Ada wartawan kata kenapa Malaysia susah sangat nak kongsi maklumat, lepas tu banyak statement yang berubah-ubah. Tapi Hisham dengan tenang jawab ianya hanyalah pendapat wartawan tersebut sebab mereka hanya berkongsi maklumat yang disahihkan akan kebenarnanya.

Inilah masalahnya dengan wartawan antarabangsa ni. Kita rakyat malaysia pun nak tau jugak apa yang sedang berlaku tapi tak perlu la tuduh bukan-bukan. Daripada menuduh dan cakap bukan-bukan baik bantu mencari MH370 tu.

Pasal raft yang dijumpai tu pulak sudah sah ianya bukan milik MH 370 dan hingga kini memang tiada apa-apa kesan MH370.

Lagi memilukan ada rakaman suara minah mana tah, kata dah jumpa la MH370 dan semua penumpangnya dah mati la, pastu ada penyebaran whatsapp yang menyatakan semua dah mati dan pesawat terhempas di Pulau Perak. Apa benda ni wei? TLDM dah pun menaifkan perkara tersebut.

Tolong la rakyat Malaysia jangan memandai ok, kalau takleh tolong jangan buat cerita yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya hormati la keluarga mereka yang terlibat dalam MH370.

Lgi satu Pnglima Angkatan Tentera membuat penjelasan yang sangat baik tentang radar yang yang mengatakan dikesan ada pesawat yang berpatah balik. Menurut beliau belum sah lagi pesawat yang patah balik tu adalah MH370.

Kata beliau lagi, ianya disyaki MH370 kerana pada saat pesawat tersebut hlang dari radar komersial, kebetulan radar kedua dimiliki oleh Tentera mengesan ada sebuah pesawat yang berpatah balik. Ianya belum dapat disahkan lagi.

But seriously, Hisham memang hebat dalam mengendalikan sidang Media yang panas ni. Ini aku kena puji sebab aku tengok sendiri cara dia handle memang proffesional. Ini penting sebab sidang media ni ditonton oleh seluruh dunia.

Nanti aku update lagi..rasa macam wartawan tak bertauliah pulak rasanya..teruskan berdoa ya rakyat Malaysia dan bukannya reka cerita ok.

35 Responses to "UPDATES TERKINI #prayforMH370! RAKIT KESELAMATAN YANG DIJUMPAI BUKANLAH MILIK PESAWAT MH370"

  1. press conference ptg ni macam fish market. tak timbul isu pengamal media antarabangsa melampau & soal perkara yg panel2 susah nak jawab sekiranya pengerusi majlis main peranan, screen soalan dulu sebelum dijawab. fokus keutamaan mencari pesawat

    ReplyDelete
  2. Aku sebenarnye cuak bro memikirkan h20 yg akan handle kes ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hbis tue, takkan nak suh nenek ko plak handle kes nie... sampai mampus pun x tau kat mana kapal tue

      Delete
  3. masa inilah orang2 luar nak buruk2an negara kita..

    ReplyDelete
  4. kali ini gua setuju dengan pandangan lu tentang PC tadi

    ReplyDelete
  5. Yang kita kena kritik tu DCA kata 5 orang check in tapi tak naik dan bagasi dikeluarkan...IGP kata no such thing. Kita tengok pun rasa malu jer kerana takde coordination...macam mana media antarabangsa tak kritik kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya lima org yg turun dan 5 org on the waiting list buat penganti yg turun tadi.

      Delete
  6. INILAH MASALAHNYA RAMAI SGT YG NAK JADI PANDAI SAMPAI MAIN HENTAM AJE MAKLUMAT YG DIBERI WALAUPUN IANYA TIDAK SAHIH LAGI. JGNLAH TEGANGKAN LAGI KEADAAN YG KEROH INI. JAUHILAH DARI FITNAH YG BKN2, KRG TAK KESIAN KE PADA KELUARGA MANGSA YG SEDANG DLM KESEDIHAN DAN TAK BERHENTI MENGHARAP UTK DAPATKAN BERITA MENGENAI MH370 YG HILANG ITU. KALAU TAK BLH NAK TOLONG TAKPAYAH BUAT CITE PALSU.

    ReplyDelete
  7. aku respect habis dgn ds hisham nie kerana dia bkn aje mengarah tapi ikut serta dlm misi pencarian mh370 ini. siapa kita nak memandai-mandai buat spekulasi yg bkn2 sedangkan kerajaan blm pun bagi kata putus lagi tentang kehilangan mh370 ini. apa yg kita semua mampu buat sekarang ini berdoa, berusaha dan bertawakal pada allah yg maha berkuasa.

    ReplyDelete
  8. Selagi kerajaan sunyi diam fan SKMM tak bertindak..ni lah akibatnya..memalukan Malaysia

    ReplyDelete
  9. bagus la hisham sekarang ni....dulu rating jatuh dek pasal lahad datu....then hampir tewas dalam VP UMNO...

    Bijak juga DS Najib bagi Hisham Acting Transport Minister dan Defense Minister...Sekarang kita lihat bahawa DS Hisham mampu menggalas tugas penting untuk negara kita Malaysia..

    Apa-apa pun tahniah DS HIsham !!!

    HANAFI VALE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ds hisham mmg bagus cuma sesetengah pihak aje yg suka sgt buat fitnah pasal dia tu. dia sanggup ikut sama dlm misi pencarian mh370 mmg aku respect hbs kat dia beb. ds hisham well done with your job.

      Delete
  10. Asalkan dia tak cakap perkataan 'amaran' tu lagi, cukup baguis dah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah2lah dgn suka menyindir org lain..ko tu bagus sgt ke?
      entah2 dh pitam gagap kena asak dgn wartawan..
      DS Hisham tenang dan handle asakan wartawan seluruh dunia..bkn semua org ada talen utk bercakap di khalayak dlm keadaan begini..
      so respect org.. jgn suka hina.. mcm lah ko tu hebat..puiiiiii

      Delete
  11. Cuba check sini.. Flight tu tiba di Beijing kalau tengok kat Flightradar ni

    http://www.flightradar24.com/2014-03-08/21:53/12x/MAS370/2d9dd5b

    ReplyDelete
  12. Raft itu nampak baru tertulis boarding tanda kepunyaan pesawat tspi sayang ia bukan pesawat dari mas. Begitu juga tumpahan minyak bukan dari minyak pesawat nampak semua tanda 2 ini dibuang dgn sengaja ole pihak pihak tertentu untuk mengelirukan pasukan penyelamat. Sepatut nya usaha perlu juga dijalankan juga di kawasan darat yg mempunyai sasar lapangan persendirian. Sebab ada ahli keluarga yg menelipon didapati telipon berbunyi tetapi tiga diangjat bukti nenunjukkan kapal terbang itu beraoa di darat tersembunyi mungkin juga di negara kita dan telekomunikasi syarikat kira.

    ReplyDelete
  13. Pesawat yg berpatah balik itu mungkin bukan pesawat MH370 tetapi pesawat lain yg menunggu ketibaan pesawat mas untuk memindahkan org tertentu ke pesawat tersebut kemudian mengahalang ke utara seperti ke pulau perak tapi mungkin juga ke iran atau israel. Sebab itu penduduk d kelantan melihat pesawat mas terbang rendah seperti ingin mendarat. Kalau benar pulau di terengganu ada landasan persendirian adalah lebih baik dibuat siasatan mungkin ada Pesawat mas disembunyikan. Ini cuma andaian tapi tak salah kalau disiasat. Semua misteri ini seperti telah dirancang bersama talibarut negara kita. Ada ke logik raft baru tertulis boarding ditemui dalam keadaan kita mengesan pesawat mas yg hilang kalau tidak org membuang untuk kelirujan penyelamat dan mencari pesawat MH370. Semua ini dah dirancang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diam lah engkau.!!!!! mana engkau tau!!!!! hang ini siapa?????

      Delete
  14. Aku rasa semua penumpang n crew Selamat. ....

    Mereka dah dipickup oleh kapal lain...

    Master mind : MAN USA YG DILAKNAT I ALLAH S.W.T....

    ReplyDelete
  15. x pasti lah. Yang aku paham mcm ni. Kt MH370 tu ada dua radar, primary dan secondary. Yg secondary tu dia akan transmit flight ID (detail pasal flight tu la), yg first tak, dia mungkin just transmit certain signal lain. Harap boleh betulkan kenyataan aku ni. Yg secondary radar last transmitted to MAS communication channel adalah pada jam 130 pagi (btulkan kalau salah). Yg military cakap dia detect kt penang tu adalah dari radar primary. Itu pun dia x pasti sbb x de flight ID kan? So amik masa nak verify data tu.

    Kesimpulannya, diorang kene start dgn bg tau ada dua jenis radar kt flight tu.

    Aku simpati dgn MAS dgn kerajaan. Kita tak ada kepakaran utk handle hal2 mcm ni. Mungkin ada hikmah. Harap semuanya akan okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda macam ni tak berlaku tiap2 bulan. Lainlah perhimpunan PR dan LBGT itu kalau boleh tiap2 hari mau buat, atau macam banjir setiap tahun tu. Tapi diaorang ni tak tanya macam2 pulak bila masa banjir, tak datang pun, sebab kerajaan ada cara mahu handle.

      Tapi bila bencana macam ni timbul macam2 prejudis, theori serta soalan2 dajai, sampai kat luar negara pun amek kesempatan perlecehkan nagara dan pemimpin kita...Apaka patut satu reporter tu report PC yang dibuat tunggang langgang, barely audible dan bahasa Inggeris yang teruk!!

      Delete
  16. Sudah...sudah.kita buat solat hajat. Tiada yg lebih agung melainkan ALLAH SWT. Hanya Dia yg berkuasa. Kita berusaha. Ikhtiar dgn cara apa skalipun asalkn tidak bercanggah soal akidah. Kita tawakkal. ALLAH MAHA MENDENGAR LG MENGETAHUI. Soal politik letak tepi. Kita mmg dlm situasi kritikal. Apapun ALLAH yg menentukan segalanya. Semoga dipermudahkn segala usaha kita menemukan blik MH370.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni pehal.. yg suruh sudah2.. bebal plak.. Seluurh negara buat Solat, usaha pun tgh berjalan..abis tu ko nk suruh semua SAR balik umah tido ke?

      klu xdde mende nk posting baik off PC gi buat Solat Hajat tkpun gi tido la bro!

      Delete
  17. Allah S.W.T dan tunjuk byk pada kita dgn kemaraunye,jerebu, hutan terbakar di byk tempat dan pesawat yg hilang itu pun masih lg tak sedar akan kesilapan..

    ReplyDelete
  18. Semalam berita dh sah MH 370 dikesan kali terakhir di pulau pinang,means memang sah berpatah balik

    ReplyDelete
  19. Berdoa aje la....itu yang terbaik daripada panggil bomoh yang x betol tu.sama2 mohon pada yang maha kuasa.

    ReplyDelete
  20. ini semua parpukari babi punya pasal le..mh370 hilang... sebab dia sontot mak dia sendiri depan belakang....ptuuuiiihhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astargfirullahalazim sggh biadap kamu tak mak ke klau terklr bahasa begini kpd mak sendiri mcm mana. Kan dah tempah neraka jahanam.

      Delete
    2. Anon 10.03 p.m.

      Kamu ni mental ke?

      Delete
    3. Anon 4.45 p.m.

      Apa sengal sgt lu ni. Mak jgn sebut ah.

      Lu ni sah spesis Red Babi Army.

      Delete
    4. woi, bukan 10.03 la tapi 4.45.

      Delete
  21. Benda tak da tambahan bukti memang lah susah nak bagi sidang akhbar hari hari. Mungkin boleh ceritakan perkembangan pencarian saja lah. Pasukan mana masuk, kemana pergi. Hanya koordinasi lah. Pasal ini kes pertama di dunia yang tak pernah wujud.

    Usah kata orang biasa, kerajaan China dan orang China pun jadi bahalol pasal masaalah ini. Dah tak da bukti macam mana nak cepatkan siasatan. Baling botol.. bukan salah Malaysia. Kalau semua kereta tak akan kemalangan maka bukan di dunia kita lah.

    Kalau dah tak da apa nak goreng cerita .. memang susah. Segalanya mengenai MH370 sunyi sepi tiada berita, mampus la. Cerita koordinasi boleh la.

    ReplyDelete
  22. susah kali nak cari pesawat MH370, tidak ketemu juga?
    :-(

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!