TASK FORCE KPDNKK BERJAYA BANTERAS PENYELUDUPAN DIESEL BERSUBSIDI!!!

Ini nak cerita pasal bagaimana subsidi minyak dirampok oleh perompak bangsat yang merugikan negara. Mujurlah masih ada pegawai dari Task Force yang berintegriti dan membanteras akan perbuatan ini:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 645,570 liter diesel dan petrol bernilai RM1.62 juta dalam Operasi Diesel 1 Selatan (OD1S) di tiga buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor sejak Rabu.

Timbalan Pengarah (Pembangunan) KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata pihaknya juga merampas sebuah kapal pengangkut minyak, lima lori tangki, enam lori satu tan dan 25 tangki penyimpanan yang digunakan dalam aktiviti penyelewengan bahan api bersubsidi itu.

Kesemua aset yang dirampas termasuk bahan api bernilai hampir RM3 juta dan Melaka mencatat nilai rampasan tertinggi iaitu RM2 juta sementara Selangor RM500,000 dan Negeri Sembilan RM250,000, katanya kepada pemberita dalam sidang media di Taman Perindustrian Cheng di Melaka, Khamis.

Iskandar Halim berkata operasi khas itu dijalankan selepas unit risik KPDNKK bersama Pasukan Petugas Khas, Jabatan Peguam Negara mendapat aduan awam dan mengintip selama empat bulan sejak Oktober lepas berhubung aktiviti penyelewengan dan penjualan diesel bersubsidi kepada pihak industri.

Beliau berkata modus operandi sindiket itu ialah dengan membeli diesel secara sedikit di stesen minyak di tiga buah negeri itu dan mengumpulkannya di satu tempat pengumpulan di Taman Perindustrian Cheng, sebelum dihantar ke tempat-tempat atau kawasan perindustrian yang memerlukan diesel.

Beliau berkata diesel berkenaan disyaki dijual dengan harga RM2.50 seliter berbanding harga RM2.77 tanpa subsidi dan bahan api itu juga dijual ke negara-negara jiran.

Katanya, sebanyak 173 akaun individu dan syarikat dibekukan melibatkan RM12 juta bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Operasi ini dibantu sembilan jabatan/agensi kerajaan lain termasuk Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Imigresen," jelas beliau.

HOUSE PK: Ini aku petik dari Bernama. Korang tengok la manusia tak bertanggungjawab ni bagaimana mereka menjual Diesel bersubsidi. Ini hak kita, nasib baik la pegawai-pegawai unit risik KPDNKK ni cekap dan dapat cekup mereka ni.

Aku harap lebiih banyak lagi operasi seperti ini dijalankan dan sekaligus ianya akan membendung pembaziran subsidi yang sepatutnya hanya untuk rakyat marhaen. Teruskan KPDNKK. Aku akan support korang dalam hal ini.

3 Responses to "TASK FORCE KPDNKK BERJAYA BANTERAS PENYELUDUPAN DIESEL BERSUBSIDI!!!"

  1. Kalau lah ada sikapa amanah dalam diri setiap pegawai peguatkuasa polis atau imigresen atau kastam atau siapa sahaja yang memakai uniform , rasa nya puak cina khusus nya tidak akan bergelar usahawan bagi kegiatan mereka yang tidak sihat bagi mendapatkan kekayana secara haram seperti menyeludup rokok dadah dll juga membela pati warga asing.

    Sifat amanah yang ditunjukkan oleh pegawai KPPDNK amat terpuji dan amat diharapkan pegawai peguatkuasa lain mencontohi mereka kerana gaji yang diterima dari pekerjaan yang dibuat membenihkan keluarga yang baik serta berjaya mengikut acuan Islam

    ReplyDelete
  2. Cha Ya Nun Alif punya kerja lepas tu kata kerajaan zalim

    ReplyDelete
  3. Ini masa dorang belum memerintah malaysia.....cuba bayangkan kalaulah mereka dapat memerintah malaysia dengan bantuan melayu yang jadi pengkhianat.?????

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!