TAKZIAH DAN AL FATIHAH BUAT MANGSA MH 370 - APA YANG BERLAKU PADA MH370!??

Setelah 17 hari akhirnya PM malam tadi mengumumkan yang MH370 akhirnya hilang atau dalam bahasa kasarnya terhempas kat Lautan HINDI! Klik sini untuk berita penuh.

Berat dan sedih untuk menerima berita ini, aku percaya jauh disdudut hati kita semua mahu MH370 ditemui dalam keadaan selamat. Namun ini tidak berlaku.

Apa yang kita mahu tahu ialah kenapa pernerbangan yang sepatutnya ke Beijing boleh terbang hingga ke Lautan Hindi berhampiran Australia! Kenapa responden ditutup secara sengaja? Kenapa langsung tiada SOS atau apa-apa saja berita dari kokpit? Apa yang telah berlaku sebenarnya. Satu dunia nak tahu.

Aku tertarik dengan artikel yang ditruliskan oleh Mazidul Akmal seperti berikut:

"Berita itu pastinya disambut sedih tetapi tidak mengejutkan kepada ahli keluarga 239 penumpang dan kru kabin pesawat malang itu. Operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan oleh 26 negara selama 17 hari, membabitkan penggunaan aset berteknologi tinggi.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.

Al-Fatihah.

Apapun, pengumuman terkini itu tentunya tidak menoktahkan pelbagai persoalan lain di minda masyarakat tempatan dan dunia.



Antara soalan itu, apakah faktor utama mendorong MH370 mengubah arah laluan ke Lautan Hindi? Apakah sebenarnya terjadi di dalam pesawat itu sebelum mengakhiri penerbangan di lautan paling terpencil itu? Adakah MH370 dirampas?

Biarlah soalan itu dijawab oleh pakar terbabit dalam siasatan kes ini. Kita berharap, penjelasan kelak dikongsikan secara telus tanpa keraguan.

Bukan seperti kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.


Pada 22 Mac lalu, portal berita tempatan, Free Malaysia Today melaporkan tindakan Anwar mempertikaikan bagaimanakah maklumat hubungannya dan juruterbang pesawat MAS MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dibocorkan kepada akhbar United Kingdom, Daily Mail.

Klik di sini.




Sebenarnya, di laman sosial, Instagram, menantu Anwar telah berkongsi maklumat mengenai status Azaharie digelar sebagai 'uncle'.


Klik di sini.

Anwar sepatutnya berterus-terang kepada rakyat Malaysia, Zaharie, 'uncle' kepada menantunya, isteri anak lelaki dia, Ehsan. Biarpun hubungan persaudaraan itu barangkali jauh, tidak salah sekiranya Anwar memberikan penjelasan TELUS, lebih awal.

"Menantu saya, Syaheedah, isteri Ehsan, memanggil Zaharie sebagai 'uncle' tetapi dia tidak begitu saya kenali biarpun Zaharie, ahli seumur hidup dan penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat, PKR"
Kenyataan sebegitu pastinya membunuh semua spekulasi negatif terhadap Anwar. Hairan, mengapakah dia perlu menjelaskan status itu melalui CNN? Lebih tidak dijangka, Anwar tersilap mengeluarkan kenyataan mengenai Zaharie.

"... dia (Zaharie), ahli kepada parti pemerintah," kata Anwar.

Klik di sini.

Mengapakah sejak dari awal, Anwar enggan berterus-terang dan menghuraikan hubungan sebenar di antara dia dengan Zaharie? Apakah ditakutkannya? Mengapakah dia bak mengelak untuk dihubungkaitkan dengan juruterbang berusia 53 tahun itu?

Terkini, polis menyiasat ramai individu berhubung kes kehilangan MH370. Dilaporkan, tiada kesangsian timbul mengenai pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27 tahun. Manakala isteri Zaharie , Faizah Khan, dijangka bakal disoal siasat oleh petugas Biro Persekutuan Amerika, FBI.

Baca di sini.

Kes panggilan telefon wanita tanpa identiti diterima oleh Zaharie, 2 minit sebelum MH370 berlepas tentunya akan disiasat oleh polis secara lebih terperinci. Nombor telefon didaftar menggunakan dokumen palsu.

Saya melihat pengumuman MH370 mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi, bermulanya titik memburu kebenaran."

House PK: Kenapa Anwar kalut semacam je ni? Menarik betul persoalan yang ditimbulkan oleh Mazidul, cuma aku harap rakyat yang sudah pun menghalalakan perbuatan liwat Anwar tidak akan terus-terusan sesat dan tak bagi pihak berkuasa untuk menyiasat apa kaitan Anwar dengan kes ni ok..

Takziah sekali lagi aku ucapkan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat, Insya'allah aku dan sahabat-sahabat blogger akan berjuang untuk bongkarkan kebenaran walau sepahit mana sekalipun. Tak kira la siapa yang terlibat pun, salah tetap salah.

12 Responses to "TAKZIAH DAN AL FATIHAH BUAT MANGSA MH 370 - APA YANG BERLAKU PADA MH370!??"

  1. Ulasan yang baik oleh Saudara Mazidul

    ReplyDelete
  2. Masih lagi aku ingat akan peristiwa pesawat MAS terhempas di Tanjung Kupang , Johor Baru pada akhir tahun 1977 angkara pengganas .

    ReplyDelete
  3. Pada aku ini perbuatan yg memang"disengajakan" samada oleh kapten @ pihak lain. MH 370 ada peluang landing di Vietnam, Kota Bharu, Penang @ Langkawi, tetapi kenapa pergi hingga ke Andaman dan berakhir di Lautan Hindi? Lautan Hindi dipilih kerana tidak akan ada siapa yg nampak, dalam, sunyi dan susah utk dilakukan aktiviti SNR. Aku yakin ini kerja manusia "sakit jiwa" akibat taksub kpd politik@ ada masalah keluarga@ hendak bunuh diri seirang diri tapi takut @sengaja hendak jatuhkan PM Najib. Kalau diamati, cara briliant ini biasanya ada dalang dan kepakaran ala ala US di belakangnya. Takziah dan al fatehah untuk mangsa dan keluarga. Berat mata yg mrmandang berat lg bahu yg memikul. Namun aku mahu tahu siapa punya angkara. Dia bukan hanya menyedihkan Malaysia tapi memalukan, menghina pemimpin dan rakyat Malaysia dan membunuh orang yg tidak berdosa.

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah untuk penumpang-penumpang MH370 yang beragama Islam.

    Meskipun begitu, pasti akan timbul lebih banyak persoalan daripada jawapan. Pada masa yang sama, kerajaan perlu bersedia apa jua kemungkinan termasuk tindakan saman daripada keluarga mangsa.

    Pasti akan berlegar-legar macam-macam persoalan. Apakah Kapten Zaharie bertanggungjawab sepenuhnya dalam tragedi ini ? Jika ya, apakah motifnya ? Jika bukan Zaharie, siapakah perancang utama yang terlibat dalam konspirasi sebegini ?

    Apa yang paling ditakuti ialah hubungan renggang antata Malaysia dengan China yang mungkin boleh tercetusnya konflik antarabangsa. Kita tak mau peperangan wujud di rantau ini hanya kerana tragedi malang MH370.

    Pada masa yang sama, negara-negara yang dilalui oleh MH370 juga gagal mengesan pesawat terbabit melalui radar masing-masing. Lebih-lebih lagi US yang mempunyai kepakaran dan teknologi canggih. Pesawat ini bukan disorok oleh jin atau makhluk halus, tapi amat-amat mengecewakan kerana satelit pun gagal mengesan lebih awal.

    Bagaikan dirancang dengan rapi, laluan peswat ini jugak clear atau dikosongkan khas supaya tidak berlanggar atau berselisih dengan pesawat-pesawat lain. Pada masa itu jugak semua radar di negara-negara yang dilalui oleh MH370 "ditidurkan". Semua persoalan-persoalan ini menuntut penjelasan yang lebih meyakinkan daripada sekadar membuat kesimpulan yang lemah dan boleh dipertikaikan kelak.

    ReplyDelete
  5. Boleh tak jangan publish muka peliwat ni? meluat tengok muka dia aja. Promosi percuma pulok. Promosikan la pula tokoh lain yantg lebih baik lagi.

    ReplyDelete
  6. satu dunia sudah kecoh..andaikata orang tu yang jadi PM suatu hari nanti,saya rasa satu dunia tak kan terima dia..

    ReplyDelete
  7. jika benar mh370 menuju ke selatan lautan hindi yang
    amat merbahaya ombak nya..
    amat terpencil kedudukan nya..
    amat kuat arus nya..
    amat jarang laluan kapal nya..
    amat tidak pernah ada laluan penerbangan apa pesawat sekali pun

    nyatalah...ini adalah misi membunoh semua penumpang dgn harapan tanpa dapat dikesan oleh sesiapa pun
    dan mungkin harapan si pelaku ia akan mati 'syahid' konon...jika dia seorang islam sesat..

    ReplyDelete
  8. Sdra PK, semua ceta menarik tapi gambar pilot tu ralat sikitlah. Itu bukan Captain Zaharie..itu co-pilot dia Fariq...

    ReplyDelete
  9. AL-fathihah dan takziah. Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali.

    Dalam senario pesawat MH370 ini yang agak mirip dan condong kepada scenario "Y" seperti DNA lelaki "Y" dalam perbicaraan itu hari harap PM pecat Ghani Patail serta-merta. Apa-apa hal pun kertas siasatan akan tiba ke meja Ghani Patail juga. Sedangkan 4 cm air yang jelas dalam lubang pun boleh terlepas kita hendak harap dia lagi?

    ReplyDelete
  10. Dahlah dahlah, jangan salahkan sesiapa lagi. Hari ini kalau PK suruh orang Cina balik Tongsan, Cina Tongsan yang kehilangan sanak-saudara mereka dalam MH370 boleh menentukan sama ada MAS akan hidup kembali selepas tragedi buruk ini, Setakat mana tindakan undang2 yang akan diambil selepas ini akan banyak mempengaruhi masa hadapan MAS. Seperkara lagi, kerajaan dan komuniti aviation yang turut membantu misi pencarian dan penyelamat MH370 banyak yang datang negara2 kafir yang sering dihantam oleh PK dan blog2 yang seumpamanya. Tanpa mereka mungkin proses ini akan makan belanja dan masa yang berpanjangan untuk mendapatkan apa2 hasil yang konkrit dalam misi pencarian tersebut. Usahlah sangat main2kan isu perkauman dan benci membenci orang2 kafir ini lagi dah. Belajar daripada pengajaran ini, walaupun mereka bukan Islam tidak semesti apabila perkara yang melibatkan kepentingan bersama, kita tidak boleh berharap dan bergantung kepada mereka yang mempunyai kebolehan dan kemampuan yang lebih canggih daripada Malaysia. Banyak lagi media antarabangsa yang mempertahankan tindakan Malaysia walaupun terdapat banyak cacat celanya, seperti contohnya, hari ini CNN mengatakan walaupun perkara ini boleh diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan Malaysia, isu yang berlaku dengan MH370 adalah sangat di luar jangkaan semua pihak, CNN telah melabelkan episode ini sebagai "unprecedented" dan terusk memperahankan Malaysia...

    ReplyDelete
  11. Anwar telah berdekad upaya me'liwat' pemikiran ramai termasuk Tun M sendiri hingga kerjaya politiknya melonjak mendadak. Setakat me'liwat' minda seorang pilot kacang je bg si peliwat itu.

    ReplyDelete
  12. anwar kan mmg penipu berskala besar..segala agenda dgn kapir dia boleh pakat demi utk kepentingan dia..biaq org ramai yg mati sbb dia pun dia tetap nak jd PM.. PELIWAT MALAYSIA

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!