#PRAYFORMH370 : KENAPA CAPTAIN ZAHARIE BINA SIMULASI DI RUMAH?

Aku agak pelik dengan apa yang disiarkan tentang Zaharie yang menjadi pilot MH370 yang hilang hingga kini. Apa kata korang baca dulu petikan ini:

Gambar (diatas) dari akaun Facebook Zaharie Shah menunjukkan set simulasi Boeing 777 yang dibina sendiri di kediamannya:-

SHAH ALAM – Juruterbang pesawat Boeing 777 MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan seorang juruterbang berpengalaman yang bukan sahaja mampu menerbangkan Boeing 777 di udara, malah pesawat itu turut ‘diterbangkan’ di rumahnya.

Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika masa lapang Zaharie sering menghabiskan masa menerbangkan koleksi pesawat kawalan jauh beliau.

Beliau juga membina sendiri set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahiran menerbangkan pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Dalam sebuah bilik khas, beliau menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Memetik catatan blog Sharelor.net, Zaharie juga gemar memasak dan sering memuat naik gambar hidangan yang dimasaknya.

Beliau juga sering berkongsi pengetahuan mengenai cara-cara melakukan sendiri penjimatan elektrik di laman YouTube.

Berdasarkan rekod MAS, bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981.

Namun kita pasti dengan adanya program simulasi di rumah, beliau telah menerbangkan Boeing 777 melebihi rekod rasmi yang dicatatkan.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian Online mendapati satu akaun Facebook atas nama “Kapten Zaharie Ahmad Shah” telah diwujudkan hari ini dan telah meraih perhatian 1,772 pengguna internet sehingga jam 11 malam tadi.

Sumber: Klik Sini

Semoga Allah selamatkan kesemua mereka didalam MH370 dan apa pandangan korang tentang pendedahan ini?

12 Responses to "#PRAYFORMH370 : KENAPA CAPTAIN ZAHARIE BINA SIMULASI DI RUMAH?"

  1. So it is easier for him to simulate the crash? Call me insensitive but his FB pages full of maki2 BN. He is a staunch supporter of PKR. Anwar didapati bersalah on Friday petang. The plane crashed on Saturday morning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara yang lebih baik kita lakukan lah ialah berdoa dan berharap,kalau kita nak tahu mereka masih di luar sana,sesiapa ay ada watappss dengan org di dlm kapal..sila hantar watappss ..jika kita mendapat reply balik dan ada 2 tick betul maka,mereka masih di luar sana menunggu bantuan kita semua....itu cadangan saya....harap semuanya kembali normal seperti biasa atas semua doa yg kita berikan........god bless all k...harap bersabar semua saudara ku..

      Delete
    2. Semua yg jd mst nk slhkan kerajaan..
      Cetek btl pemikiran

      Delete
  2. mungkin sudah tiba masanya kita minta bantuan para ilmuan islam seperti datuk ismail kamus..mungkin beliau mampu merungkai misteri kehilangan kapal terbang ini..bagi saya adalah mustahil kapal terbang tersebut masih belum di jumpai setelah hampir 3 hari hilang..semua laluan telah di periksa malah jarak pencarian juga telah di tambah..

    ReplyDelete
  3. ada berita melaporkan yang dia adalah pelatih juruterbang (kalau tak silap).

    ReplyDelete
  4. Something went wrong some where bout this guy....hurmmmmm....

    ReplyDelete
  5. Suicide for ai. Sayang habis niii....plzzz do investigate tuan PK

    ReplyDelete
  6. Kapten MH370 hampir tiada berita mengenai beliau ???????

    ReplyDelete
  7. Jgn jadi bodo.mana ada penyokong tegar Anwar Ibrahim yg berani mati kerana perjuangan politik.so tak payahla nak buat spekulasi yg bukan2.Doakan agar semua mereka selamat.Guna kepala otak jgn cuba buat fitnah.kesian pd ahli keluarga mereka.

    ReplyDelete
  8. Orang yang mempolitikkan tragedy MH370 sememangnya mempunyai pemikiran yang cetek, BODOH dan tak bertamaddun. Nanti suatu hari Allah snt mementukan terjadinya suatu tragedy dimana yang tersayang mereka terbabit diadalam tragedy itu nak tengoklah mereka mempolitikkannya juga. Ketika itu apa pula kata mereka jika orang lain pula yang mempolitikkannya.

    ReplyDelete
  9. TODAY OR TOMORROW, ALL MALAYSIANS WOULD HEAR A GOOD NEWS FROM MALAYSIAN GOVERNMENT,SOMEBODY WOULD REALLY NOT HAPPY BECAUSE HE WILL STAY LONGER IN PANTAI PERANGINGAN SG BULUH BUT NOT THE SAME PLACE HE STAYED BEFORE.

    ReplyDelete
  10. Whats his fcbk name

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!