#prayformh370 : Dr ZAMBRY KESAL DENGAN PIHAK YANG MENGAMBIL KESEMPATAN - WAJIB BACA

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata ketika rakyat sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan krew, ada pihak cuba mengambil kesempatan peribadi dan politik bagi memenuhi nafsu serakah masing-masing.

Jelasnya, tindakan menggunakan perbomohan dengan teropong dan tikar terbang nyata telah merendahkan nilai dan martabat negara.

“Yang paling mendukacitakan ialah apabila gambar saya turut dijadikan modal tanpa disedari dan saya amat kecewa dengan apa yang dilakukan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zambry juga menegaskan ada blog-blog tertentu yang menggunakan peluang ini untuk terus menghukumnya dan UMNO sebagai syirik, seolah-olah hukuman syirik boleh dijaja begitu murah untuk matlamat politik.

“Walhal saya langsung tidak tahu menahu apa yang dilakukan oleh Ibrahim Md Zin.

“Saya harap pihak kerajaan akan bertegas dalam hal ini dan marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah jua agar misteri MH370 ini akhirnya dapat dirungkaikan dengan segera,” kata beliau lagi.

HOUSE PK: Ini aku petik dari Perak Today. Sabar la Dr Zambry, nak buat macamana, puak pakatan ni yang sendiri dok suka kat bomoh ni pastu bila ramalan si tok bomoh ni tak menjadi mk mereka terus tuduh kata BN dok pakai bomoh ni. Bertaubatlah Pakatan, bala makin banyak turun ni, kang tak sempat nak mintak maaf kang..

15 Responses to "#prayformh370 : Dr ZAMBRY KESAL DENGAN PIHAK YANG MENGAMBIL KESEMPATAN - WAJIB BACA"

  1. #PRAY FOR MH370 #PRAY FOR ANWAR #PRAY FOR MALAYSIA JUSTICE SYSTEM

    ReplyDelete
  2. Nak buat mcmana? Setiap kali pemilihan parti dan Pru msg2 memang guna khidmat bomoh dr dulu lg.Jgn buat tak tau pulak.so bertaubatla.tak perlu nak menafikan.

    ReplyDelete
  3. Sabor DS Zambri. Jangan ambil kisah sangat dengan kata orang. Yang berkata itu tentu lah orang Pas. Orang Pas tu pulak adalah orang Pas yang kolot. Kalau dianya ostad Pas maka dia adalah ostad Pas yang kolot lagi ketinggalan zaman.

    Untuk pengetahuan DS Zambri. Orang Pas sekarang termasuk ostadnya dah boleh terima benda2 yang dulunya haram. Contohnya dalam majlis2 anjuran DAP akan ada tarian dan nyanyian oleh amoi2 cina yang mendedahkan paha2 gebu mereka. Ostad Pas yang dijemput hadir sama menyaksikan persembahan. Ostad Pas sekarang dah berfikiran terbuka. Buka sana buka sini dah tak haram lagi dah. Tapi akan jadi haram kalau yang buka sana buka sini itu berlaku dalam majlis anjuran BN.

    Itu lah transformasi yang telah berjaya dilakukan oleh Ostad Abdul Hadi bin Awang Presiden Pas. Alhamdulillah......

    ReplyDelete
  4. Aku rasa 'bomoh' ni juga yang datang ke Mahkamah semasa permulaan perbicaraan kes Nuar ngan Saiful dulu. Dia datang dengan 'stunt' jampi serapah keliling mahkamah konon-konon untuk membersihkan kawasan supaya Nuar dapat perbicaraan yang adil. Soalannya dia datang untuk siapa????

    ReplyDelete
  5. MAIL ON LINE ADA MENCERITAKAN TENTANG PILOT MH370 SEORG YG FANATIC SUPPORTER OF ORG YG KENA 5 TAHUN TU.

    ReplyDelete
  6. MAIL ON LINE ADA MENCERITAKAN TENTANG PILOT MH370 SEORG YG FANATIC SUPPORTER OF aljub.

    ReplyDelete
  7. BIASALAH DS ZAMBRY PAKATAN NIE SANGGUP LAKUKAN APA SAJA DEMI POLITIK KOTOR MEREKA. AKU HARAP SGT KERAJAAN AMBIK TINDAKAN SEGERA PADA BOMOH PAKATAN INI YG TLH JATUHKAN MARUAH NEGARA KITA INI DGN TINDAKANNYA YG BODOH TU. DI KALA NEGARA SEDANG DIUJI DGN KEHILANGAN MH370 SEMPAT LAGI PAKATAN HARAM NI NAK MAINKAN EMOSI KITA SEMUA TERUTAMA KELUARGA MANGSA TENTU MEREKA BERSEDIH DGN TINDAKAN BOMOH TU.

    ReplyDelete
  8. patutnya kita ni semua berdoa buat solat hajat beramai2 bknnya mcm pakatan hantar bomoh kartun tu kat klia buat malu nama negara aje. tak hbs2 pakatan sial dok kata umno syirik walhal anwar sial yg hantar bomoh tu sengaja nak malukan najiblah tu. dahlah tak tlg langsung pakatan ni tapi asyik buat kacau bilau. tak kesian pakatan ni pada keluarga mangsa tu dgn adakan bermacam spekulasi bodoh nak mampos ni.

    ReplyDelete
  9. sabarlah ds zambry kerana bukan datuk sorang yg aje yg jadi mangsa pakatan haram jadah nie, depa main ambik aje gambar mana2 menteri dlm umno utk menuduh org2 umno ni syirik. modus operandi pakatan hanya nak jatuhkan umno sebab tu mereka sangup lakukan apa saja demi politik kotornya itu. anwar ni tak serik2 lagi sebab dia kita semua kena bala. tapi malangnya masih ada org2 bodoh yg menyokong si peliwat dan pengkhianat negara ini.

    ReplyDelete
  10. sial btllah pakatan ni tak hbs2 nak kenakan pemimpin2 dlm umno kan, tak pasal2 datuk zambry plak yg jadi mangsanya utk org tuduh dia syirik plak dgn perbuatannya sedangkan datuk zambry tak tahu menahu langsung tentang bomoh pakatan ni. di harap datuk zambry sabarlah dgn tindakan bodoh pakatan sial ni.

    ReplyDelete
  11. Itulah fitnah...pr dan fitnah berpisah tiada

    ReplyDelete
  12. ewah pandai pulak kata "Bertaubatlah Pakatan, bala makin banyak turun ni, kang tak sempat nak mintak maaf kang.." hmmm ekau tu mcm mana pulak dah berguni kot rasanya doasa fitnah maki caci hamun org lain ye tak hihi... so tak mo minta maap ke sebelum ngadap NYA ???

    Atan Punchong

    ReplyDelete
  13. Sebagai rakyat, saya rasa macam kerajaan Malaysia ini sudah kena main dengan pihak Amerika dan sekutunya.

    Amerika dan sekutunya melaporkan sekejab MH370 dikesan di sini dan sekejab lagi di sana pula. Terbaru mereka melaporkan MH370 ada melalui ruang udara Australia pula.

    Cuba bayangkan berapa luas kawasan yang perlu diterokai oleh Malaysia hanya untuk mencari MH370. Tak dapat kita bayang berapa banyak belanja yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Malasyia dalam pencarian ini. Bukan satu atau dua juta, boleh jadi ratusan juta atau ribuan juta. Bukan mustahil pada akhirnya kita terpaksa menerokai keseluruhan global (bumi) kecuali negara Amerika dan sekutunya hanya untuk mencari MH370. Bukan mustahil pencarian ini akan memakan masa berbulan-bulan lamanya untuk meliputi semua kawasan yang disebut oleh Amerika dan sekutunya.

    Pelik bin ajaib. Kenapa tiada laporan yang mengatakan MH370 ada terbang melintasi ruang udara Amerika atau ruang udara negara-negara kuasa besar yang menjadi sahabat akrab Amerika. Sungguh menghairankan ....

    Terdetik dihati kecil saya, apakah ini adalah satu konspirasi terancang oleh musuh Malaysia atau oleh kuasa besar yang ingin menjahanamkan Malaysia.

    Persoalannya. Kenapa Amerika selaku negara kuasa besar yang mempunyai teknologi penerbangan yang tercanggih di dunia gagal memandu Malaysia dengan tepat tentang laluan penerbangan MH370 atau apa yang berlaku kepada MH370. Jika Amerika boleh memberitahu Malaysia MH370 ada melintasi ruang udara sini dan ruang udara sana, ertinya mereka mengetahui pergerakan MH370 dan mengetahui apa yang berlaku kepada MH370 sekarang.

    Kasihan saya melihat DS Najib. Moga DS Najib bertafakur sejenak dan menilai segala maklumat yang disampaikan oleh negara kuasa besar itu. Sebagai rakyat saya nampak sudah semakin melalut. Mula-mula tuduh dua penumpang Iran itu, selepas itu kata mereka tidak terbabit kerana rekod mereka berdua bersih. Lepas itu tuduh penumpang ethnik Uighor yang ada dalam pesawat MH370, sudahnya senyap begitu sahaja. Lepas itu tuduh kapten Zaharie pula, serbu dan selongkar rumah beliau. Terbaru dan terkini tuduh kumpulan militan islam Malaysia sendiri yang terlibat. Hendak bagi cerita mereka nampak cantik, mereka kata seorang tahanan Al Qaeda (saya lupa namanya) mendedahkan ada pertemuan juruterbang Boeing 777 (mereka tidak sebut nama juruterbang) dengan kumpulan militan islam Malaysia. Adakah pada akhirnya kerajaan Malaysia akan menyiasat semua pertubuhan islam dalam negara pula selepas ini ? Adakah pada akhirnya kerajaan Malaysia akan menyimpan perasaan curiga terhadap semua pertubuhan islam negara ini (yang berdaftar atau yang tidak berdaftar)?

    Karut dan semakin mengarut sudah nampaknya. Tolong lah bertanya dan berfikir, ADAKAH MALAYSIA SEDANG DIPERMAINKAN OLEH PIHAK TERTENTU ??????

    Rakyat Perihatin

    ReplyDelete
  14. Apa pun aku setuju dgn Dr Ridhuan Tee dan sesiapa saja yg amat tak setuju dgn cara bomoh ni teropong sana sini. Dah memang agak dah nak cari free publicity dgn kedatangan pemberita seluruh dunia di klia. Sampai ke hari ni dah ada ke bomoh tu cari lokasi tepat MH370? Kalau ada bagus la.

    Hikmah dari kejadian kehilangan pesawat mas adalah utk bagitau semua rakyat malaysia, kepekaan menara kawalan pesawat komersial amat lemah utk bertindak serta merta. Tak ada SOP yg mantap. Begitu jugak pertahanan udara negara lemah utk memantau dan bertindak secara agresif dan tepat. Aku memang setuju kalau jet pejuang di lancarkan serta merta mungkin pesawat mh370 dapat di intercept. Samada tak ada langsung pemantauan keselamatan negara dan ruang angkasa negara hanya mereka yg kendali radar ini saja yg tahu dan Allah yg lebih mengetahui segalanya. Mudah-mudahan keselamatan negara tak lah selemah yg disangka akibat kejadian mh370. Kalau di negara Jepun dan negara yg lain dah lama dia orang resign sukarela, baik pak menteri, jeneral & manager what ever le. Tentu malu sebab gagal laksana tugas dgn baik. Lebih lagi negara lain dah pertikaikan.

    ReplyDelete
  15. Itulah akibat terlalu fanatik berpolitik. 24 jam politik siang malam, makan minum , tidur , kerja, tak kerja berpolitik. Sampai kan kalau ada asset canggih, radar-radar yg mahal pun tak dapat diguna sewajarnya. Apa da !!!!!
    Kalau negara China hantar satu skuadron udara & laut serang malaysia, tak ada sapa yg sedar..............kalau vietnam hantar kapal tongkang serang negara pun boleh hancur satu malaysia kalau lagu ni.!!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!