PANAS BERAPI! SYARIKAT DAWAMA YANG HAMPIR MUFLIS DISAMBUNG KONTRAK LAGI OLEH KERAJAAN???

DAWAMA! Nama pelik sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan oleh DBP untuk mencetak, mengedar dan bermacam lagi. Tujuan asal dibuat untuk membantu pengusaha Bumiputra tetapi entah dimana silapnya ianya menjadi satu bala bencana pulak untuk pengusaha bumiputera.

Apa yang aku cerita ni adalah apa yang aku baca di blog G'Mei Awakening, KLIK SINI

Benda yang sama juga dinukilkan oleh blogger Flying Kick di blog beliau.

Dawama Sdn. Bhd. ditubuhkan pada Oktober 1999, sejurus sebelum bekas Ketua Pengarah DBP, Aziz Deraman menamatkan tugasnya di Dewan Bahasa dan Pustaka. Entah apa mandrem dan mantera yang digunakan, Dawama yang jelas tidak menggunakan modal, diberikan pelbagai keistimewaan, termasuklah pejabat, stor, kilang mencetak, bahkan kakitangan, bangunan dan peralatan menulis.

Dan kesemua itu disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kerja Dawama ialah mengambilalih semua kerja-kerja mencetak, memasarkan dan mengedar buku-buku terbitan DBP. Dan keistimewaan terbesar Dawama adalah mereka mendapat bahagian terbesar dalam penerbitan dan percetakan buku-buku teks untuk sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Sepatutnya secara logik, syarikat yang tidak memerlukan sebarang modal sebaliknya diberikan modal terpijak, mencatatkan keuntungan yang sangat besar dan tidak boleh rugi. Tidak ada syarikat penerbitan dan percetakan yang menerbit dan mencetak buku teks rugi kecuali Dawama. Lebih malang lagi, Dawama yang sepatutnya mengembangkan lagi ekonomi Bumiputera terutama yang bergiat dalam industri percetakan dan penerbitan, tidak mampu berbuat begitu. Sebaliknya yang wujud hanyalah syarikat-syarikat percetakan yang berurusan dengan Dawama, kini diambang kemuflisan kerana perkhidmatan mereka tidak dibayar.

Dawama diberikan konsensi selama 12 tahun bermula dari tahun 2002. Sepatutnya syarikat yang mencatatkan kerugian besar seperti Dawama tidak lagi diberikan sebarang keistimewaan bahkan syarikat tersebut PERLU DIHALAU SEPERTI ANJING BURUK KEPALA kerana mereka tidak mendatangkan kebaikan, sebaliknya menunjukkan bagaimana tidak mampunyai orang Melayu berniaga kerana gelap mata dan mudah sangat terdorong untuk menyeleweng.

Pada akhir 2010, Dawama gagal menjalankan kerja percetakan buku teks Kementerian Pendidikan sekaligus memberikan gambaran buruk syarikat Bumiputera gagal melaksanakan projek bernilai RM120 juta setahun. Pada November 2012, Dawama gagal membayar hutang kepada pengusaha Melayu dan akhirnya tunggakan tersebut dibayar oleh DBP namun masih ada pihak yang terlibat belum mendapat bayaran.

Sudah kedengaran ura-ura kononnya konsensi untuk Dawama akan disambung. Kalau benarlah itu yang akan dilakukan oleh kerajaan, sesungguhnya kerajaan hanya mencari masalah. Isu Dawama dan kerugian yang sengaja diada-adakan bagi menyembunyikan perkara sebenar, bukannya isu kecil. Bahkan mendapat perhatian dan hebat diperkatakan di kalangan pencetak dan penerbit Bumiputera di Malaysia.

Timbul persoalan, bagaimanakah sebuah syarikat yang telah mencatat kerugian besar selama beberapa tahun berturut-turut masih lagi diberikan kepercayaan dan konsensi untuk menerbit, mencetak, memasar dan mengedar buku-buku teks keluaran DBP?

Apakah sudah tidak ada syarikat-syarikat lain yang mampu melaksanakan tugas tersebut sedangkan selama ini, syarikat-syarikat kecil itulah yang menyelesaikan kebanyakan kerja-kerja Dawama sepertimana yang berlaku pada tahun 2010 apabila Dawama gagal menyiapkan pesanan buku-buku teks.

Mengapa terlalu banyak keistimewaan diberikan kepada syarikat yang dinamakan DAWAMA yang nyata sekali TIDAK BERGUNA LANGSUNG kepada ekonomi Bumiputera?

HOUSE PK: Malang sekali kalau kontrak DAWAMA disambung semula. Apa perlu bagi pada syarikat yang memang sudah ada track rekod yang buruk? Untuk apa? Takkan nak jaga seseorang sampai nak bunuh pengusaha bumiutra yang lain? Aku tak boleh terima la macam ni.

Aku harap PM akan dapat buat sesuatu dan seterusnya pada pandangan aku diberikan semula kepada DBP untuk uruskan hal percetakan, pengedaran dan sebagainya. Tak perlu lagi nak bagi kat syarikat bodoh nak mampos yang merugikan seperti DAWAMA ni.

Aku tak faham la, macamana DAWAMA boleh rugi beb? Terang-terang tanpa modal dan semuanya disuap dan dapat profit sampai 120 juta setahun pun masih boleh rugi? Meniaga apa ni? Dalam 10 taun dah berbiliun dibuat syarikat ini dan masih boleh nak jadi muflis? Tak masuk akal betul.

Lagi tak masuk akal bile kontrak mereka ni mahu disambung. Tolonglah wahai pihak yang bertanggungjawab. Satu siasatan terperinci wajib dibuat terhadao syarikat ini dan jangan bagi mereka apa-apa kontrak lagi. Aku cukup simpati dengan pengusaha Bumiputera yang lain.

Nanti kita sambung lagi...

10 Responses to "PANAS BERAPI! SYARIKAT DAWAMA YANG HAMPIR MUFLIS DISAMBUNG KONTRAK LAGI OLEH KERAJAAN???"

  1. silap siapa ni..??? mendedahkan kelemahan urusniaga bumiputera... benda2 camni ler yg jadi point DAP utk memperkecilkan kemampuan bumiputera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara anon 8.25pm aka wakil DAWAMA, apa yang didedahkan para blogawan ni bukanlah untuk memalukan peniaga bumiputra kerana DAWAMA mempergunakan nama bumiputera dan segala printing job dan pengedaran sebanyak 67% diberi kepada pengusaha bukan bumiputera. Saya pun dah lama dalam priting ni dan saya tahu kisah sebenar. Tanggungjawab DAWAMA adalah untuk mejaga kepentingan pengusaha bumiputera. Itu pun mereka tidak jalankan dan mereka boleh mengalami kerugian. Bagaimana mahu diangkat syarikat sebegini? Memang patut DAP ambik ini dan dijadikan modal kerana puak DAP yang paling untung dengan DAWAMA. Ini adalah hakikat saudara anon. Jangan malukan diri anda dengan kenyataan kurang bijak seperti ini

      Delete
    2. dawama dah lama mamposs.. hidup menyusahkan pekerja melayu. kalau dihidupkan semula mesti boss nya joli katak kat sungai golok..kelantan bodek style.

      Delete
  2. Ahjibeng ko punya idola tuh pepekari manalah ambik kisah barang-barang remeh mcm nih. Cuba letak nama mcm DAHWARNA 1 MALAYSIA, kompom, injek terus modal!

    ReplyDelete
  3. tumpang lalu kejap ...ayah chik kena saman rm2 juta dia kata org lain yg nak bagi jatuh dia,,,dah gelabah ,,,harga hukuman dia mengkafirkan berjuta org umno dia x gelabah pulak.???

    ReplyDelete
  4. mengada-adakan cerita kononnya rugi juga adalah strategi hebat mengaut dan menyakau duit. mana tak rugi kalau laporan kewangan dipaksa adjust rugi?

    ReplyDelete
  5. dengar khabarnya DBP tu mmg telah lama menjadi lubuk menternak fahaman PAS. Jadi apa nak herankan kalau akhir ceritanya yg untung adalah DAP.

    PAS kan ke budak suruhan DAP?

    ReplyDelete
  6. Dawama ini syarikat milik melayu atau bukan melayu ?

    ReplyDelete
  7. udah le tu,,sokong lagi kome umno tu, tak kemane nye.

    ReplyDelete
  8. Cerita DBP-DAWAMA ini sungguh memalukan. Saya kira DBP tidak lagi releven dan berbahasa sebagai agensi bahasa dan Pustaka. Saya mengantar manuskrip, DBP mengambil masa 6 tahun untuk menerbitkan buku saya. Royaltinya 12% tapi dibayar 50% sahaja. selebih mengikut jualan buku. Biasanya buku tak terjual, simpan dalam setor. Akhir dijual murah. Penulis langsung tak dapat royalti. Ada juga yang dicetak lebih banyak naskhah daripada yang ditetapkan dalam perjanjian untuk dijual pasar gelab. Pernah seorang sasterawan negara mogok aktiviti kesusasteraan, akhirnya joint Bersih. Fikir banyak kali jika hendak menerbitkan buku dengan DBP.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!