CILI KASI TARUK! KENAPA PAKATAN SUKA SANGAT NAK MENGKAFIRKAN TUN M?

Kalau kita perhatikan di dalam Facebook, tuduhan bahawa Tun Dr. Mahathir sebagai seorang anti-hadis dan menyokong kuat Kassim Ahmad, memang sedang viral sekarang. Cakaplah apa pun dengan golongan yang memberikan gelaran tersebut, bentangkanlah hujah ilmu, mereka tetap kata Mahathir menolak hadis. Mahathir kafir. Mahathir taghut. Mahathir murtad dan sebagainya.

Sampaikan Anwar Ibrahim yang sekarang ini giat berkempen di Kajang pun, dalam satu tazkirahnya di sebuah surau, dengan segera membelit fakta memandangkan kebanyakan yang melangut di hadapannya, kurang mengetahui sejarah Kassim Ahmad masuk UMNO dan latar belakang Kassim Ahmad sebagai bekas anggota Parti Sosialis Rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim sampai ke mati pun, dalam keadaan sekarang, tidak akan mengaku bahawa yang terlibat membawa masuk Kassim Ahmad ke UMNO adalah DIA SENDIRI!

Anwar juga tidak akan mengaku sampai tinggal tulang cenonggeng dalam lahad bahawa Kassim Ahmad menjadi sumber rujukan utamanya ketika dia menyerang PAS sewaktu masih lagi seorang pemimpin UMNO. Bahkan hujah-hujah Kassim Ahmad seringkali dipakai sehinggakan dia pernah menggelar Nik Aziz dan Hadi Awang sebagai ULAMA TEROMPAH.

Mungkin para pengikut PAS boleh menyedapkan hati sendiri bahawa itu adalah Anwar ketika berada dalam UMNO. Anwar sekarang sudah berubah. Anwar sekarang sudah insaf dan Anwar sekarang sudah tahu tentang kebenaran.

Hakikatnya, apabila tiga malam sudah, apabila Anwar cuba menafikan bahawa dia mengkagumi kemoderatan pemikiran Kassim Ahmad membabitkan Al-Hadis - walaupun Kassim Ahmad tidak menolak hadis-hadis sahih - Anwar bukan sahaja telah menunjukkan bahawa dia seorang pembohong, malahan kecenderungannya untuk berbohong juga sangat ketara.

Berbeza pula dengan Tun Mahathir yang dikatakan seorang anti hadis. Tun Mahathir dalam tulisan terbarunya mengingatkan tentang kecelaruan dan ketidakmaksuman manusia. Malah secara tersirat, Tun Mahathir turut mengingatkan bahawa ada golongan yang dengan sengaja merekacipta hadis yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. bagi membolehkan mereka menjadi penghukum atau pemberi fatwa yang tidak boleh dipertikaikan. Tun Dr. Mahathir juga mengingatkan bahawa sesetengah orang tercari-cari hadis sehinggakan terpaksa menggunakan hadis daif dan maudhu' semata-mata untuk membuktikan yang mereka adalah benar, betul dan dapat menyokong hujah yang tidak boleh dipertikaikan.

Pengajian hadis sebenarnya amat panjang. Sememangnya terdapat hadis-hadis yang melarang penulisan dan pembukuan hadis, tetapi memang ada hadis yang membenarkannya. Ia bertembung dan para ulama, bahkan para Sahabat r.a berselisih dalam hal ini.

Para ulama merumuskan bahawa larangan penulisan hadis adalah kerana tiga perkara berikut:

(1) Larangan terjadi pada awal pengembangan Islam kerana dikhuatirkan terjadi percampuran dan penggabungan antara hadis Nabi s.a.w dan ayat-ayat al Quran. Ketika keadaan sudah aman dan kondusif dan banyak pula para penghafal al Quran, Rasulullah s.a.w mengizinakn untuk menulis hadis dan larangan sebelumnya menjadi mansuh.

(2) Larangan hanya khusus kepada penulis hadis bersamaan dengan al Quran dalam satu lembar atau shahifah kerana khuatir terjadi kemiripan atau persamaan.

(3) Larangan hanya bagi orang yang diyakini mampu menghafalnya kerana dikhuatirkan akan bergantung kepada tulisan, sedangkan diperbolehkan penulisan hanya bagi orang yang diyakini tidak mampu dalam menghafalnya.

Dan kalau kita perhatikan terutama trend sesetengah orang yang gemar menyalin dan kemudian menyebarkan maksud hadis masakini, walaupun atas niat yang baik, tetapi gagal melihat status hadis terbabit, apa yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir sebenarnya adalah tepat.

Para Sahabat r.a seperti Syaidina Abu Bakar r.a merupakan orang yang paling berhati-hati dalam menerima hadis sepertimana yang ditunjukkan olehnya dalam kes pembahagian harta warisan. Manakala Syaidina Umar Al-Khattab r.a beristikharah selama sebulan bagi mendapatkan kepastian untuk pembukuan hadis Rasulullah s.a.w yang kemudiannya diputuskan agar ditahan terlebih dahulu kerana dibimbangi bercampur aduk dengan al Quran dan umat Islam melebihkan As-Sunnah berbanding al Quran.

Kemudian ketika berlaku zaman fitnah pada era kekhalifahan Syaidina Ali r.a dan Syaidina Muawiyyah r.a sehingga menerbitkan seribu satu macam hadis, cucu Syaidina Umar Al-Khattab r.a iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz telah menulis surat kepada Abu Bakar Muhammad bin Amru bin Hazm, gabenor Makkah agar menulis hadis-hadis dari Amrah binti Abdulrahman dan al Qosim bin Muhammad bin Abu Bakar ekoran kekhuatiran akan hilangnya hadis kerana ingatan kuat yang menjadi kelebihan kaum Arab semakin melemah, malah tiada sebarang larangan pembukuan manakala al Quran telah pun dihafal oleh ribuan orang dan telah dikumpulkan dan dibukukan pada masa Khalifah Uthman Affan r.a sehingga dapat dibezakan dengan jelas antara al Quran dan hadis, serta kemunculan hadis-hadis palsu akibat perselisihan politik dan mazhab.

Sikap berhati-hati dan kembali kepada al Quran sepertimana yang diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir sebenarnya merupakan sikap umat Islam yang cintakan ILMU. Kalau label anti-hadis boleh diberikan pada zaman salafus-soleh, adakah sebahagian besar daripada mereka merupakan anti-hadis kerana bermula dari zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a lagi, pembahasan tentang hadis sudah pun bermula? Bahkan sehingga Imam As-Syafie rahimahullah yang muncul 200 tahun sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w, perbahasan tentang hadis tetap giat sehinggakan Al-Muwatta susunan Imam Malik rahimahullah masih juga disaring, ditapis oleh ulama-ulama muktabar sehingga ilmu hadis berkembang dengan juzuk-juzuk yang lebih komplikated terhasil sehingga ke hari ini.

Yang sebenarnya, sebahagian daripada kita kerana taksub dan bertaqlid membuta tuli dan apabila ada sekelumit takbur dan ujub pada diri serta pemimpin sendiri, seringkali menggagalkan kita daripada mencari kebenaran. Seharusnya nasihat dan penjelasan panjang lebar daripada Tun Dr. Mahathir membuka sedikit akal dan ilmu, bukannya terus menzulmatkan sanubari kita hanya semata-mata untuk kita mempertahankan ego serta berasa kita lebih pandai daripada orang lain.

Cuma seperkara yang menarik, bagaimana seseorang yang menjalankan Rukun Islam dan Rukun Iman boleh dilabelkan sebagai anti-hadis sedangkan penjelasan dan perincian rukun-rukun tersebut hanya terdapat di dalam hadis?

Melainkan kalau seseorang itu enggan bersolat dan kemudian menolak hadis bagi membenarkan keengkarannya bersolat....

BACA PENJELASAN TUN DR. MAHATHIR DI SINI

House PK: Ini aku ceduk dari Flying Kick, Tun M dah jelaskan. Apa korang masih tak puashati?

9 Responses to "CILI KASI TARUK! KENAPA PAKATAN SUKA SANGAT NAK MENGKAFIRKAN TUN M?"

  1. Apa laa nak jadi dengan orang melayu . Tak habis habis nak berperang sesama sendiri .

    ReplyDelete
  2. udah la yop , tak habeh hebeh nak ngulom butoh mahadertu, ngentikanlah yop.buat malu teman aje kome ni.

    ReplyDelete
  3. bapak pengkafir org umno aji adi x pernah di ambil tindakan/disaman,,,bila x dak teloq masa ada kuasa ini lah jadinya,,,x dak kuasa nanti tahulah akibatnya...apa bahasa lagi nak bagi tau,,, gunalah kuasa yg ada sekarang tapi jangan buat zalim itu ja,,,sampai org kafir harbi dah mula meyerang pun buat x tau,,,raja2 melayu ,org2 melayu dihina di caci pun buat x tau juga,,,apa nak jadi dgn kerajaan yg masih ada kuasa sekarang ni

    ReplyDelete
  4. Mereka sebenarnya takut kepada legasi Tun M, kerana Tun M telah membawa satu revolusi kepada minda Melayu...iaitu Melayu adalah bertaraf antarabangsa dari segi intelek, jatidiri, yang tidak takut bertindak, berani membuat keputusan dan berani kehadapan. Dibawah terajunya bangsa Melayu dihormati seantero dunia dari benua beku artik sehingga ke padang pasir.

    Apakah semangat saperti ini akan dibiarkan subur dan membiak didalam jiwa jiwa anak Melayu seterusnya, dan mendatangkan satu ketakutan dan ancaman kepada survival mereka? Jawapannya semestinya TIDAK!!! Semangat Melayu wajib dihancurkan sehingga keakar umbi. Bangsa ini tidak boleh dibenarkan berkembang sebagai satu bangsa ulung, meneraju segenap bidang. Ianya MESTI dikekalkan kepada tahap bangsa konsumer tegar, satu bangsa yang suka bercakaran sesama sendiri walaupun diatas satu perkara remeh, hukum2 agama remeh yang telah diperdebatkan sejak ribu tahun, politik longkang dan hal-hal domestik dalam kelambu...

    Tun M harus dinista, difitnah dan seterusnya dihapuskan dari lembaran sejarah negara dan bangsa. Legasi beliau tidak boleh dikaitkan sebagai sinonimus kepada pemodenan minda Melayu, satu liberalisasi keatas tradisi Melayu pra-merdeka. Pengisian yang beliau isikan kedalam jiwa anak-anak bangsa perlu digambarkan sebagai racun kepada bangsa sendiri.....INILAH MATLAMAT MEREKA sebagai MUSUH BANGSA. Sedangkan mereka hanya sebagai penumpang segala kemajuan dan mengambil kesempatan diatas segala kebaikan/kemajuan yang dihasilkan oleh Tun M.

    Hakikat yang nyata, mereka amat takut kepada bangsa Melayu Jawi ini, kerana bangsa ini telah terbukti mampu bangkit dengan pantas mengubah jurus silatnya, mengikut rentak gendang. Seterusnya mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa yang telah tamaddun.

    Tapi amat malang kerana dalam bangsa ini terlalu ramai keturunan Kitol yang sanggup menghina dan menjual bangsanya hanya untuk imbuhan sekepal nasi dan secarik kain basahan.

    ReplyDelete
  5. Ulama hanya pandai mengkapirkan dan memurtadkan sesama muslim.
    Jadi tiada sebab untuk aku hormat orang yg kerjanya kapirkan sesama muslim.

    Ulama.. fuck off.

    Tun mahathir tetap aku sayangi.

    ReplyDelete
  6. Saya ada terbaca petikan dari rakan yang berbunyi lebih kurang begini, 'kita sentiasa berfikir bagaimana untuk bertindakbalas apabila seseorang berkata-kata kepada kita, tetapi kita tidak berfikir bagaimana untuk memahami apa yang diperkatakan'....berikutan dari itu saya fikir inilah antara kemungkinan jawapan mengenai persoalan 'kenapa 'pakatan sentiasa suka sangat nak mengkafirkan Tun'.
    Malah saya tak yakin mereka 'berfikir' pun...:)



    ReplyDelete
  7. Salam. Tolong linkkan blog http://cicitpawangali.blogspot.com/ . Terima kasih !

    ReplyDelete
  8. Mereka ini ramai yg syiah mmg rajin mengkafirkan org. Perangai syiah ni mcm org yahudi pandai bermuka. Hypo habis.

    ReplyDelete
  9. Salam para pembaca,

    Apabila Nabi Muhammad menerima wahyu ayat 59:45 yg melarang menggunakan hadis (menggunakan kata-kata Nabi), lantas Nabi Muhammad memanggil para sahabat dan melarang mereka dari menulis hadis. maka sebab itu lebih dari 100 tahun tidak ada umat Islam yg berani menulis hadis.

    Tetatpi malang sekali para ulama yg jahat lagi bodoh telah merosakkan Islam dengan menjauhkan mereka dari kitab Al-Quran kononnya Al-Quran tdk lengkap dan tdk sempurna. Kononnya hadis yg menjelaskan ayat2 Al-Quran. padahal Allah SWT menejlaskan Al-Quran adalah lengkap, sempurna, dan menjelaskan segala perkara.

    Lihatlah kehebatan Al-Quran seperti dalam harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!