CILI KASI TARUK! KALAU TAK KERANA KERAJAAN BN MAKA TIDAK SELESAI LA MASALAH AIR SELANGOR!

RAMAI dikalangan macai percaya, Anwar adalah pemimpin harapan Malaysia. Di tangan Anwar ada tongkat sakti yang boleh selesai segala masalah rakyat kalau dia berkuasa. Tol, minyak, kos sara hidup, PTPTN, you name it, semua Anwar boleh kasi settle.

Macai pun percayalah sebab benda itu dapat dibayangkan dalam kepala masing-masing. Bayangkanlah kalau itu murah, bayangkanlah kalau ini turun, bayangkanlah kalau sana hapus. Anwar sudah set kepala macai macam itu, jadi macainya akan percaya juga tanpa usul periksa.

Itu yang dapat 89 kerusi parlimen, sebab percaya pada delusi yang Anwar cipta dalam kepala mereka.

Tapi hari ini, masa ini, ada masalah sebenar di Selangor, iaitu masalah air, nak juga kita tanya, apa perancangan Anwar untuk selesaikan masalah ini? Kalau jawabnya Anwar belum jadi Menteri Besar, maka rephrase soalan, apa perancangan Pakatan untuk selesai masalah ini?

Balik pada Anwar juga sebab Pakatan ini Anwar yang tubuh dan pimpin.

Penulis difahamkan, banyak yang sudah Anwar cakap tentang masalah dalam negara ini sejak dia diumumkan sebagai calon di Kajang, tapi satu pun tak menyentuh tentang selesai masalah air.

Masalah air di Selangor sekarang bukan delusi, bukan bayangan tapi masalah yang benar-benar sudah jadi. Balakong dah 3 minggu takde air, tempat-tempat lain dah mula bercatu. Paling teruk orang duduk rumah tinggi, dah macam negara dunia ketiga semata-mata nak dapat air.

Dimana Anwar untuk bantu selesaikan masalah rakyat ini?

Jangan salah Syabas macam yang Khalid buat sekarang, Syabas hanya penyalur air, sumber air, bawah tanggungjawab kerajaan negeri.

Penulis diberitahu, bila isu air dibangkitkan, macai Anwar kata Negeri Sembilan pun ada masalah air kenapa tak bising. Penulis duduk di Negeri Sembilan sekarang, tidak pula ada masalah air (setakat ini), dapat mana pembohongan itu?

Kalau nak berlaku masalah pun, di daerah Tampin dan Rembau, itupun kalau hujan tak turun lagi 25 hari, catuan belum mula lagi. Harapannya dengan pembenihan awan yang berlangsung hari ini dan beberapa hari akan datang (dengan kerjasama TUDM), hujan akan turun di kawasan tadahan dan masalah selesai.

Menunjukkan pemimpin BN kurang berpolitik dan buat kerja untuk selesai masalah rakyat. Sedangkan Anwar, sibuk hambur air liur UMNO sana tak betul, UMNO sini tak betul, masalah air sebenar, tak selesai juga.

Anyway, itu bukan cara menghadapi soalan yang tak boleh jawab – divert isu pada orang lain. Isunya sekarang, Anwar boleh bayangkan untuk selesai banyak masalah di negara ini, kenapa satu masalah di Selangor sekarang, Anwar hilang punca?

Silalah mana macai Anwar jawab, jangan konar-konar pulak.

- MYKMU.net

Sent from my Pussy Berry

1 Response to "CILI KASI TARUK! KALAU TAK KERANA KERAJAAN BN MAKA TIDAK SELESAI LA MASALAH AIR SELANGOR!"

  1. salam kenal dan join
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!