AIR OH AIR! WAHAI KHALID, MASALAH AIR SELANGOR PUN NAK SALAHKAN UMNO BN KE?

Pakatan Rakyat kalau kita amat-amati, tidak pernah mengaku salah. Sebaliknya mereka lebih gemar menyalahkan pihak lain bagi sebarang kesilapan yang mereka lakukan. Sehinggakan skandal kewangan dan penyelewengan terbesar di PKNS, Yayasan Selangor dan Yayasan Basmi Kemiskinan pun akan dihalakan kepada UMNO-BN walaupun yang menyeleweng itu adalah mereka sendiri.

Begitu jugalah dengan bekalan air bersih di Lembah Kelang. Dari tahun 2010 lagi, apabila Kerajaan Persekutuan menyatakan bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang terancam dan bakal berhadapan dengan krisis besar, Pakatan Rakyat tidak langsung mencari jalan untuk mengatasinya, sebaliknya menyatakan Projek Langat II yang menjadi isu pada ketika itu adalah mekanisme untuk para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional melantak duit rakyat. Projek itu sendiri kata mereka bukanlah satu projek perlu.

Apabila Kerajaan Persekutuan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk melantik kontraktor dan konsultan mengendalikan dan menguruskan Loji Air Langat II bagi membolehkan projek itu diteruskan, lain pula helahnya.

Kata Pakatan Rakyat, mana mungkin Selangor kekurangan air mentah. Apatah lagi air banjir, air di takungan dan empangan selain air lombong dan kolam yang terdapat di seluruh Selangor mencukupi untuk keperluan domestik tanpa perlu mengimport air mentah dari Pahang.

Penjelasan demi penjelasan tentang ketidaksesuaian air mentah yang dimaksudkan oleh Pakatan Rakyat, tidak dihiraukan, bahkan mereka semakin galak pula menyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah terlalu terdesak untuk mencari duit.


Empat tahun kemudian, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor sendiri, bermula esok, catuan air akan dikuatkuasakan di seluruh Selangor!

Mana pergi kesemua air lombong, air kolam, air banjir dan air di takungan seperti yang digembar-gemburkan pada tahun 2010 dahulu? Mana perginya suara Elizabeth Wong, Xavier Jeyakumar, Halimah Ali dan sebagainya yang mempertahankan kenyataan bahawa Selangor tidak akan mengalami krisis air, bahkan bekalan air mentah mencukupi sehingga 2019 bukannya 2014?

Baru-baru ini, Rafizi Ramli dalam sidang medianya telah menyalahkan SYABAS dan menuduh SYABAS cuba mensabotaj Kerajaan Negeri dengan mencemarkan bekalan air mentah dengan ammonia. Ini menyebabkan SYABAS memutuskan untuk menyaman Rafizi Ramli. SYABAS dalam penjelasan yang diberikan beranggapan Rafizi Ramli seorang yang cetek akal memandangkan tanggungjawab menjaga sumber air terletak di bawah Kerajaan Negeri dan PBT, bukannya SYABAS. SYABAS hanya merawat dan menghasilkan air bersih untuk bekalan di seluruh Lembah Kelang.

Pakatan Rakyat juga sebelum ini menyalahkan penstrukturan SYABAS sebagai punca krisis bekalan air. Perkara pokok yang menjadi masalah iaitu bekalan air mentah, langsung tidak disebut. Mujur jugalah para pecacai Pakatan Rakyat dari jenis yang bodoh sombong dan mereka dengan mudah menerima tohmahan tersebut secara membuta tuli dan kemudian menyalahkan Kerajaan Persekutuan, UMNO dan Barisan Nasional.

Sekarang, rasakanlah nikmat pentadbiran Pakatan Rakyat yang sangat cekap, telus dan hebat sangat... sehinggakan menjadi negeri pertama yang kekeringan air untuk kegunaan penduduk dan industri!!!

Sumber: Selangor Chronicles

10 Responses to "AIR OH AIR! WAHAI KHALID, MASALAH AIR SELANGOR PUN NAK SALAHKAN UMNO BN KE?"

  1. pasai depa tengok umno bn penakut x dak teloq nak bantai balik,,,mcm kepala labi2...la ni dok ada kuasa jadi lagu tu dok penakut tah apa2 ,,kalau x dak kuasa depa kerat teloq hampa habih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..memang betoiii .pemimpin umno sekarang bukan memimpin tetapi asyik kena pimpin, kena tipu idup idup.. mahu tak mahu ..satu kerja pulak orang kampung terpaksa selamatkan dia dalam pilihanraya..

      Delete
  2. Ini masalah bila yg berckp tu bkn pakar air langsung. Mereka bkn jurutera. Bkn pakar air. Tpi sekadar politician yg melihat setiap isu itu dari sudut politik. Hatta perkara asas rakyat seperti air nk dipolitikkkn. Pakar air dan jurutera dh buat kajian....x nk terima...politik...politik...politik....Skrg ni....PADAM MUKA SEMUA ORANG. TIMA KASIH PR. Semua nk dipolitikkn. Nah skrg ni.....AMEK KAW.

    ReplyDelete
  3. anti-syiah-kominis-pengkhianatFebruary 25, 2014 at 4:31 PM

    Aku kesian dengan rakyat Selangor yang menolak PR dan calun2 depa yang hampas semua tu. Tahu cakap macam tin kosong dan kalau ada masalah terus salah kan BN, UMNO dan segala bagan tetapi tidak kebodohan mereka sendiri. Sekaran ni dengan sebab KEBODOHAN keldai hamPAS, P'Gay'R dan DAPpigs, seluruh rakyat dan negeri Selangor merana.

    Dalam PRK Kajang ni kalau rakyat masih lagi tak sedaq diri dan majoritynya menyokong Bang Non Al-Juburi - gelaran yang telah diberikan oleh Mat Sabu 121 iaitu kawan rapat Bapak Peliwat tu sendiri - memang patah riuk lah Selangor ni nanti ditadbir oleh BANGANG2 yang langsung tidak berwibawa.

    ReplyDelete
  4. Hari ini, kawan baik aku yang akan mengundi di kajang cakap, kalau BN letak calon Patung pun dia akan undi BN.

    ReplyDelete
  5. MALAS DAH NAK KOMEN...CUMA NAK KATE NI JER PADA PAKATAN BANGANG DAN PENGIKUTNYA.

    BODOH

    BANGANG

    BENGAP

    TOLOL

    BUTA KAYU

    SIAAAAAAllllllll........

    ReplyDelete
  6. Selangor ikut saranan SPAN. Bukan buat sesuka hati. SPAN dah umum pun untuk cadangan catuan air di Negeri Sembilan, Johor, Kedah dan Perlis. Sekarang ni musim kering melampau. Rancang la macamana pun tapi ketentuan Tuhan tak semesti memihak kepada kita.

    Ada baik tuan Parpu nasihatkan orang ramai supaya berjimat air daripada mengadu domba menambah dosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu dosa jugak rupanya macai pr ni....yang puak pr tak henti-henti buat fitnah, sebar fitnah tu......itu dapat pahala ke?

      Delete
    2. kalau langat 2 kerajaan selangor setuju masa 2010 dulu.. takde la masalah nie... bengong betul penyokong pr nie...

      Delete
  7. Salam. saya nak betulkan tanggapan orang ramai terhadap tugas Syabas seperti sebaris ayat di atas ; "SYABAS hanya merawat dan menghasilkan air bersih untuk bekalan di seluruh Lembah Kelang".

    Di selangor, SPLASH (syarikat pengeluar air sungai selangor) , Puncak Niaga, dan Abbas (Aliran bekalan air selangor selatan) diberi lesen oleh SPAN untuk merawat air mentah.
    Syabas pula jaga sistem agihan (paip) kepada pengguna di selangor.
    Kerajaan negeri punyai hak dan tanggungjawab terhadap tanah, sungai, empangan atau sumber air.
    manakala tanggungjawab kerajaan pusat bermula masuknya air mentah ke dalam loji rawatan air, sistem agihan sehingga kepada pengguna yang dikawalselia oleh SPAN.
    diharap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat memberi didikan kepada pembaca.

    sekian.
    helmie

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!