CILI KASI TARUK! APA SALAHNYA ROSMAH BERBAKTI KEPADA NEGARA?

Penulis pernah menulis satu artikel mengenai hubungan baik Rosmah dengan isteri pemimpin2 negara Timur Tengah. Dan turut menjelaskan mengapa hubungan sebegini penting dalam hubungan 2 hala antara negara Timur Tengah dan Malaysia.

Walaupun Rosmah hanya lah seorang isteri kepada Perdana Menteri Malaysia namun hubungan beliau dengan isteri2 pemimpin2 negara Timur Tengah ini dah banyak membantu rakyat Malaysia bila mereka dalam kesusahan. Hal ini jarang diceritakan, tetapi ini peranan 'tidak rasmi' Rosmah dalam membantu rakyat negara ni bila mereka menghadapi masalah di negara2 Timur Tengah.

Dalam ucapan penggulungan Presiden UMNO, beliau telah menceritakan satu kejadian di mana seorang pelajar Malaysia yang dianggap perisik oleh pihak berkuasa Mesir dan dimasukkan dalam penjara. Rosmah yang mempunyai hubungan baik dengan isteri Presiden Mesir pada ketika itu memohon bantuan dan pelajar Malaysia berkenaan dilepaskan.

Satu lagi cerita mengenai bagaimana sekumpulan warga Malaysia yang bermasalah dalam lawatan mereka dapat mendarat ke Jeddah tanpa menggunakan VISA kerana mengikuti rombongan keluarga diraja Saudi.

Ini adalah pertolongan yang diberikan isteri pemimpin Saudi yang bersahabat dengan Rosmah. Sebenarnya banyak lagi hal2 serupa yang melibatkan bantuan lain tak diceritakan, ini lah tugas 'tak rasmi' Rosmah, building a very good relationship with spouse of middle east leaders. Dalam keadaan getir macam 2 kejadian di atas, hubungan sebegini sebenarnya amat berguna.

Rakyat Malaysia yang kerja di Middle East terutama dalam bidang Oil and Gas patut bersyukur, kerana disebabkan hubungan 'tak rasmi' ni banyak syarikat2 minyak di Timur Tengah sanggup ambik pekerja2 dari Malaysia sedangkan 'man power' dari India banyak jugak yang pakar.

Gua pernah kerja kat Heglig, Sudan dalam tahun 2007, muka2 Melayu memang ramai kat sana. Dan sejak kebelakangan ni bilangan ni bertambah ramai termasuk di negara2 Timur Tengah. Sebab tu untuk dapat keuntungan dari negara2 Timur Tengah yang kaya raya ni, hubungan antara pemimpin perlu bersifat peribadi.

Walaupun nampak urusan ke negara2 ni 'tak rasmi' sebenarnya hasilnya adalah untuk rakyat Malaysia jugak. Bayangkan sorang budak welding boleh dapat RM15,000 sebulan , rigger RM8,000 sebulan, pipe fitter RM13,000 sebulan. Dah tu kalau keje kat sana sesetengah company bagi tempat tinggal percuma dan lain2 insentif lagi. Keje setahun kumpul duit je..

HOUSE PK: Ini aku petik dari Be Da Man. Aku tak faham apa salahnya Rosmah buat benda baik untuk negara? Salah ke kalau PM Najib puji isteri dia yang banyak melakukan kebaikan? Aku tak faham dengan pembangkang harami yang terus-terusan menyerang Rosmah! 

Ada jugak pihak-pihak yang kata apa perlunya menteri-menteri lagi, lantik je Rosmah untuk menjadi menteri. Jangan la macam tu, Rosmah hanya membantu untuk kebaikan bersama, apa salahnya? Kenapa kita perlu kondem orang buat benda baik? Jangan la macam tu. 

Aku ni bukan anjing Rosmah, malah selama ini banyak orang cerita pasal dia pakai jet pun untuk lawatan ke negara Arab [un aku tak akata apa. tapi aku sedikit kecewa bilamana PM puji isteri dia buat benda baik dan ada pihak tidak berpuashati. Bukan la niat dihat nak cari pasal atau kondem sesiapa. 

Cuma, kan elok kalau kita sama-sama tak kira le pembangkang ke orang kerajaan ke, asal orang buat benda baik demi negara, kita support le. Kalau asyik nak cari salah je bila kita nak maju kehadapan? Kan? Nanti aku sambung lagi ok....





34 Responses to "CILI KASI TARUK! APA SALAHNYA ROSMAH BERBAKTI KEPADA NEGARA?"

  1. Ala , biarkan laa Rosmah dengan tugasnya sebagai isteri Perdana Menteri .

    ReplyDelete
  2. Tq bro pick up artikel..apa yang ditulis tu pun mmg perkara benar, orang tak tau benda2 ni sebab dirahsiakan, aku pun baru tau masa ucapan pm hari sabtu, jelas sekali rosmah buat kerja bukan nak kejar glamer ...tapi bila makin diam2 makin org dok kutuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, what a joke? Rosmah tak kejar glamor? Setakat mana kau kenal dia?

      Delete
  3. Betul Yob. Memuji bini depan orang ialah satu cara tunjukkan penghargaan terhadap para bini. Pada aku Najib dah tunjukkan contoh suami yang baik. Ini benda baiklah. Benda baik kena ikut. Jangan jadi PAS, bini sembunyi di rumah supaya tak lawan berdengki. Bini ada 2, 3 orang. Najib itulah sorang bini dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memuji bini di depan orang cara yang baik? Ajaran mana yang kau ikut yop? Mati UMNO kalau terus dibebankan dengan penyokong jenis ni...

      Delete
    2. sygkan bini , pkaikan tudung laa yop ~ :3

      Delete
  4. Ini lah namanya 1st lady

    ReplyDelete
  5. Mereka takkan berpuas hati punya dengan apa-apa yang berkaitan dengan kerajaan sekarang. Dalam hati mereka penuh dengan lumut2 hijau yang sukakan benda lembab. Pembangkang akan tetap membangkang apa sahaja kerja kerajaan walaupun apa yang kerajaan buat baik untuk rakyat.
    Mereka golongan yang hanya tahu komplain sahaja tetapi mereka tidak tahu membuat kerja.
    Golongan pembangkang beginilah yang akan merosakkan negara.

    ReplyDelete
  6. Bro.., sebenarnya aku terkejut. Najib memuji bini dia ditonton berjuta rakyat seantero Malaya secara live!. Semua juak UMNO bertepuk tangan saja nampaknya. Benar kata Kadir Jasin. Lantik saja si Sumah yang amat luar biasa tu jadi Senator gantikan Anifah Aman yang tak buat kerja sebagai Menteri Luar. Kecik ati orang Sabah. Macam nak berlawan ngan Si Nua lah pulak. Bini Presiden dia Penasihat dan Ketua Umum dan anaknya Naib Presiden. Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  7. Sllm. Melayu mmg afa perangai suka percaya apa sj benda wakaupun tidak betul dan fitnah. Mcm2 cacian, gelaran yg Rosmah terima. Malaysiakini ialah media yg sgt aktif memburukkan Najib, Rosmah,Tun Mahathir dan Zahid Hamidi. Tak lupa jg Syed Mokhtar. Mrk ada agenda terancang. MK cuba tanamkan Rosmah control Najib, Rosmah arah Najub dan Rosmah bukan isteri PM yg sesuai. Irg Melayu pun setuju...sokong. cuma hrp, dr segi penampilan, Kak Ros boleh kuruskan sikit....Cadanngan je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehy pls get over yourself and your friggin ego..

      Delete
  8. Saya percaya niat Datin ikhlas semasa nak membantu mangsa2... Allah lebih mengetahui siapa yang berhak berada di atas, atas kapasiti beliau sebagai isteri PM ...tak salah membantu terutama kerja2 membabitkan kemanusiaan. Kadang2 heran dengan hasad dengki sesama kita. Datin telah dijadikan bahan fitnah sekian lama... semoga Allah swt bagi kekuatan kpd beliau. Tanya diri kita sendiri apa pula sumbangan kita. Yg terbaik panjatkan doa semoga pemimpin kita adil n berkhidmat dgn amanah . Setiap kali kita mengata ...ia mencerminkan peribadi kita sendiri.

    ReplyDelete
  9. Alangkah indah nya kalau menutup aurat .......berkoyan kebaikan xnampak dari kacamata Islam.

    ReplyDelete
  10. apakah mrk yg mengaku dirinya sebaik malaikat mampu melakukan kebaikan seperti beliau, siapalah kita kan...masing2 ada peranannya demi kebersamaan kita.

    ReplyDelete
  11. Hidup di dunia ini sementara saja...berebut2la berbuat kebaikan. Bila baca sajak PM ... saya dapat rasakan keikhlasan perjuangan PM dan luahan hati terhadap cabaran dan dugaan yg di tempuh.. tetapi beliau berjuang habis2an dan berserah pada Yang Maha Berkuasa atas apa jua hasilnya.

    ReplyDelete
  12. Inilah Pakatoon Kencing Rakyat dgn spesis2 keparat bangsat yg hasad dengki dan berhati busok, kecik2 tak nak mampos dah tuak menyusahkan diri dan keluarga. Ibarat tahi lalat semberang lautan bole nampak, tahi vavi setongkol depan mata, tak nampak dan tak bau. Inilah spesis2 penjilat2 dan barua2 Nuar Jubori Bapok Gay SeMalaysia.

    ReplyDelete
  13. bukan masalah boleh gant menteri ke,menteri tak buat kerja ke...jaringan keluarga yg ada antara rosmah dan isteri pemimpin lain sedikit sebanyak memberi bantuan kpd malaysia..sbagai contoh pelajar malaysia yang mendarat tanpa visa tu,kalau menteri nak urus pun boleh tapi kena ikut saluran betul,kena ada dokumen bagai dan boleh makan masa berhari2 nak dapatkan visa,yg budak dituduh perisik pulak uh,daripada 2 jam dlm penjara blh jadi berhari2 bdk tu dalam penjara,,,,,sekurang2nya ada jgak jasa rosmah ad juga jasa kepada rakyat ni,apa yg jijah blh buat pada rakyat??jijah ada jawatan sebagai presiden pkr tapi apa dia buat????bersubahat dgn laki yang peliwat dan pembohong tu ada lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tendang je menteri2 yg tak boleh buat kerja mcm Anifah Aman tu.

      Delete
  14. Betul tu apa yg ko kata house pk aku stuju....tp biasa la para pemimpin2 pakatan harami nie mmg suka melemparkan fitnah jahat kepada rosmah....ttg kebaikan yg rismah lakukan x nak pulak mereka bercerita.....mmg patut pun najib puji isteri dia....anwar pun selalu duk puji jijah omega dia...walaupun jijah omega tubyg terang2 kita nmpak bercakap bohong sama mcm laki dia tp para pencacai2 pakatan harami tetap jilat jijah omega.......bg aku rosmah seorang manusia yg berhati mulia.....

    ReplyDelete
  15. saya setuju dengan house pk... kita manusia nii tak pernah berpuas hati...bila ada sahaja orang buat baik dah lar timbul satu team beruk nak kutuk... jgn pandai nak kutuk je wei...coba korang turun padang buat kerja sikit....payah kan? so mulut tu jaga sikit.... mati tak tenteram nanti.....

    ReplyDelete
  16. Berkaitan rusuhan bangla kat S'pore, kalau S'pore nak settle rusuhan dgn segera, PM S'pore mesti mintak pertolongan dari Rosmah Mansur. Hanya Rosmah Mansur yg tahu caranya. Harap PM S'pore maklum dgn kehebatan bini PM M'sia.

    ReplyDelete
  17. Kalau tak dapat naik jet pakai plane biasa, tobat dia tak mau pi ... berbakti pun ada pulangan ... kalau dah kaki joli membazir memang tak boleh nak ubah perangai ... hang parpu macai tahap penjilat ...

    ReplyDelete
  18. takut org arab nanti naik stim tengok montok dan berisi

    ReplyDelete
  19. Gambar di atas amat contradictory dan mengaibkan Negara sebagai Negara Islam, dan mengaibkan PM Najib sebagai pemimpin Negara Islam. Tetamu orang-orang arab keliling dan the so-called "first lady" candi jer tak betudung menutup aurat. Ini amat memualkan. Kita cakap dari segi hukum dan maruah pemimpin dan Negara. Amat sedih. Gambar melaksanakan umrah boleh bertutup dengan telekong. Tutup aurat kerana berada di hadapan Kaabah sahaja ker? Bukan kah menutup aurat menunjuk takut dan takwa kepada ALLAH. Bukan niat nak menghina, sekadar menegur demi kesucian agama Islam.

    ReplyDelete
  20. nak kipas bontot ajib gor sampai sanggup melupakan jasa2 Tun Dr. Mahathir membina Malaysia dari negara tidak dikenali sehingga la jadi sebegini!!
    sejak bila pula sebab rosmah Malaysian disanjung tinggi?!

    ReplyDelete
  21. Rosmah keluar negara buat kerja baik untuk negara kita, bang non keluar negara asyik memburukkan negara kita.
    Itu lah perbezaan nya isteri perdana menteri dwngan bang non, pemimpin banggang punaisihat yg kat luar negara memperjuangkan agenda yahudi, LGBT dan illuminati free mason nya sahaja.

    ReplyDelete
  22. Tak ada siapa marah dia nak buat benda baik, tapi menonjol-nonjolkan diri secara berlebihan tu yang jadi masalah. Mengakulah, bahawa Rosmah sebenarnya menjadi beban kepada UMNO. Budak kecil pun dah pandai tukar channel bila muka Rosmah muncul di TV.

    Soal puji bini pun satu hal. Nampak sangat itu tindakan desperate untuk menutup kelemahan lain. Islam tak suruh kita masuk bakul angkat sendiri, atau masukkan isteri dalam bakul tu untuk diangkat di khalayak ramai. Tak pernah dalam sejarah Malaysia, dan dunia juga gamaknya, ada PM puji isteri depan khalayak macam tu.Kalau Anwar nak puji bini dia lantaklah. Perangai dia dah terang-terang hodoh. Buat apa nak diikut?

    Cukuplah, tolonglah jangan terus insult otak kami yang totok menyokong UMNO/BN dengan kerja-kerja karut macam ni. Letih nak menjawab dengan orang keliling setiap kali Rosmah buat hal yang kemudiannya menjadi polemik dan isu. Kalau ikhlas, buatlah kerja-kerja baik tu senyap-senyap. Tak payah nak glamor-glamor. Lambat laun orang nilai juga. Tengok Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah, nampak jiwa rakyatnya bila turun tolong masak di sana sini untuk mangsa banjir. Pakaian pun tak ada lip-lap-lip-lap. Tak ada cincin dan gelang besar-besar. Sekali tengok nampak macam makcik-makcik kampung saja. Rakyat tak buta, rakyat nampak dan perhati semua tu.

    ReplyDelete
  23. Aku amat geli hati dgn macai2 pr ni..
    Tak habis2 isu tudung rosmah...
    Wio...macai2 bodo....isteri najib dan dr m tu dah lama pakai tudung...
    Itu rambut palsu la...
    Fikir sket ada ke dah tua bangka rambut dok hitam lebat lagi...

    ReplyDelete
  24. Kalau Rosmah jenis langsing dan tinggi lampai mungkin dia akan dipuji dan disanjungi.

    ReplyDelete
  25. Betul lah seperti kata A.Kadir Jasin, kalau dah semua Rosmah nak pulun buat, berhentikan menteri-menteri berkenaan dan lantik Rosmah seorang shj jadi menteri. Rosmah suka jadi tukang sibuk bukan sbb nak berbakti tapi nak glamour dan nak joli duit dan harta benda Negara ... Najib kalau nak lingkup pun bukan kerana orang lain, bukan kerana pembangkang atau bukan kerana UMNO tapi kerana bini ... tengok saja lah PRU14 nanti ...

    ReplyDelete
  26. Kalau rosmah buat benda baik dengan duit sendiri dan secara berserdehana, mungkin lebih ramai yg akan respect.
    Khalifah islam tgh buat kerja kerajaan, akan tukar lampu minyak duit kerajaan, kpd lampu minyak peribadi utk urusan xrasmi. Contohi sifat amanah tu kan lebih molek.
    Lagipon, di kala rakyat terketar tgn nk isi minyak kete kancil, nk bayar letrik dan fikir dua kali nk beli gula, Menteri boleh ckp, "tak standard la naik pesawat commercial, (termasuk MAS?)"....

    Isteri PM ni mulia sgt ke smpi nk standard bagai....

    Igt... yg dipertikai ialah Rosmah naik jet executive tanggungan kerajaan tu ada urusan rasmi kerajaan ke?. Kalau tak, naik la pesawat comercial. Tunjuk pd rakyat, susah sama susah... br rakyat syg

    ReplyDelete
  27. Kalau rosmah buat benda baik dengan duit sendiri dan secara berserdehana, mungkin lebih ramai yg akan respect.
    Khalifah islam tgh buat kerja kerajaan, akan tukar lampu minyak duit kerajaan, kpd lampu minyak peribadi utk urusan xrasmi. Contohi sifat amanah tu kan lebih molek.
    Lagipon, di kala rakyat terketar tgn nk isi minyak kete kancil, nk bayar letrik dan fikir dua kali nk beli gula, Menteri boleh ckp, "tak standard la naik pesawat commercial, (termasuk MAS?)"....

    Isteri PM ni mulia sgt ke smpi nk standard bagai....

    Igt... yg dipertikai ialah Rosmah naik jet executive tanggungan kerajaan tu ada urusan rasmi kerajaan ke?. Kalau tak, naik la pesawat comercial. Tunjuk pd rakyat, susah sama susah... br rakyat syg

    ReplyDelete
  28. Aku gelak berguling guling keluar air mata bila Najib puji bini dia depan perwakilan UMNO. Ko pikir la sendiri!!!! Hahahahahahaha....

    ReplyDelete
  29. Kami sayang kak Mah.suka hati kitalah nak sayang dia.kalau masuk penjara nanti kak mah tolonglah.nanti kena kidnap nanti kak mah tolonglah...nanti kena jawab dalam kubur...rasa rasanya boleh kot...

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!