CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Seminar

Seminar

Monday, December 16, 2013

APA ADA PADA PEMANDU, TERAJU, NKRA, IDRIS JALA DAN OMAR ONG?


Dalam keadaan biasa, bila transformasi negara dilakukan, maka penambahbaikan dibuat. Kesan yang lebih baik dinikmati dan rakyat akan hidup lebih selesa dengan wang lebih untuk melabur, disimpan dan ditabung. Rakyat juga mempunyai lebih banyak masa untuk bersama-sama keluarga dan tidak lagi terbeban dengan melakukan lebih kerja bagi menyeimbangkan desakan ekonomi yang menjerut. Bila transformasi ekonomi pula dibuat, maka rakyat akan menikmati ekonomi yang lebih tenang, peluang pekerjaan yang lebih banyak dengan persaingan tangga gaji antara syarikat-syarikat ditawarkan, dan pada masa yang sama, harga barangan turut turun pada penawaran yang lebih dan pelbagai.

Perdana Menteri dan UMNO telah membuat dasar yang baik untuk tujuan tersebut. Pelbagai entiti diwujudkan demi memastikan kelestarian ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Pelbagai program turut diumumkan untuk tujuan tersebut termasuklah pelbagai jenis pemberian dan 'tongkat sakti' seperti BR1M, dan sebagainya.

Namun, dasar yang baik apabila melibatkan jerung, naga, harimau, biawak dan buaya lapar, akhirnya boleh bertukar menjadi dasar yang membunuh rakyat. Apatah lagi jerung, naga, harimau, biawak dan buaya lapar itu pula diberikan kuasa serta tidak dikawal.

Perdana Menteri dan UMNO amat bergantung kepada undi dan kepercayaan para penyokong. Tanpa undi dan kepercayaan para penyokong, Perdana Menteri sekarang tidak akan jadi Perdana Menteri dan UMNO tidak akan jadi Kerajaan. Biarpun pada masa yang sama, tanggungjawab yang lebih berat ialah memberikan kesaksamaan kepada rakyat tanpa mengira parti yang disokong, agama yang dianuti atau bangsa atau suku kaum mahupun budaya dan bahasa pertuturan, untuk meneruskan kelestarian, undi dan kepercayaan merupakan perkara paling utama.

Malangnya, apa yang kita lihat sekarang, pengaruh buruk konsultan, penasihat mahupun ketua-ketua entiti yang terdiri daripada jerung, naga, harimau, biawak dan buaya lapar telah membuatkan Perdana Menteri dan UMNO dilihat sebagai KUASA DI DALAM KONDOM.

Entiti-entiti atau badan-badan yang diwujudkan seperti PEMANDU, TERAJU atau KHAZANAH dan sebagainya, tidak menambahbaikkan negara ini. Sebaliknya rakyat mengalami kesan tekanan terutama dari segi ekonomi yang amat parah. Entiti-entiti tersebut bertindak memberikan sokongan atau pelindung kepada lintah-lintah darat yang lebih kecil seperti orang tengah, pemborong dan pembekal keperluan asas untuk memerah rakyat.

Sekarang, rakyat melihat UMNO sebagai pelindung kepada lintah-lintah darat ini. Orang melihat Perdana Menteri tidak berupaya mengatasi kehebatan dan kelicikan jerung, naga, harimau, biawak dan buaya lapar yang diletakkan dalam entiti-entiti ini. Sepertimana juga orang ramai melihat badan-badan yang menguasai pengurusan zakat, menjadikan zakat sebagai pendapatan dan keuntungan, kemudian memperniagakan zakat secara langsung atau tidak langsung, sedangkan pada masa yang sama, asnaf miskin dan fakir terus terabai dan bertambah ramai.

Keadaan perlu dibetulkan semula. Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO sekarang, perlu kembali meletakkan keutamaan kepada rakyat, bukannya menyebelahi jerung, naga, harimau, biawak dan buaya lapar yang sedang bermaharajalela memeras rakyat menerusi PROGRAM MENAIKKAN HARGA seperti yang sedang dialami sekarang. UMNO tidak boleh bergantung kepada pemberian tongkat sakti seperti BR1M dan sebagainya, sebaliknya UMNO perlu berjuang mengekang tamak haloba seperti sekarang.

Tidak dapat dinafikan, kenaikan harga melibatkan barangan, keperluan asas dan perkhidmatan sedang berlaku di seluruh dunia. Ada negara yang telah pun bangkrap kerana tidak dapat mengekang, mengawalselia dan menguruskan kenaikan tersebut sehingga menyebabkan inflasi memuncak dan akhirnya rakyat tiada satu sen pun di dalam kocek untuk berbelanja. Namun sekiranya menaikkan harga seperti yang Malaysia lakukan, negara juga akan muflis kerana rakyat tidak dapat berbelanja. Aliran tunai domestik tersekat dan selepas ini rakyat hanya mampu memandang beras dan roti tetapi tidak mampu membeli atau memakannya.

Ini pendapat seduit aku, Parpukari. Aku bukan seorang ahli ekonomi atau pakar kewangan tapi kemarahan rakyat yang aku tengok sekarang, merupakan petanda buruk kepada kerajaan selagi kerajaan terus menggunakan khidmat jerung, naga, harimau, biawak dan buaya lapar yang berupa PEMANDU, TERAJU, NKRA, Idris Jala dan Omar Ong.

36 comments:

  1. sendiri yang boros.. Sendiri mau ingatlah... Jangan nak salahkan kerajaan kalau gaji 3 ribu tapi gaya hidup macam org gaji 5 ribu..jika begini perangainya korang duduk dekat negara manapun tetap akan susah.

    Sila cermin diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rakyat boros. Apakah nasib rakyat tak bergaji yang menyokong UMNO Pru 13?
      Kesan dari kenaikan harga. Saya berpendapat Jika kita ada 10 jenis barang lebih baik dinaikkan 10 Sen setiap barang, kita akan mendapat RM1.00 , rakyat tidak merasa kesan kenaikkan sangat. berbanding dengan menaikkan Harga satu barang sebanyak RM1.00 tetapi rakyat akan merasa kesan kenaikkan satu barang tersebut.

      Delete
    2. PKR cawangan Pulau TiomanDecember 16, 2013 at 3:43 PM

      Orang melayu memang suka membazir . Kata harga barang mahal tapi smart phone harga 2 ribu boleh pulak beli .

      Delete
  2. Tol naik, tmbang bas sekolah naik, pelir naik,habis apa yg turun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelir PR yang kuat naik. BR1M naik.
      Punahsihat punah punah. Omar Tak Ong dan Idris Jala tembus harus letak jawatan.
      Nama je gah, tetapi bodoh piang.

      Delete
    2. Pelir najisb jer yg dh x boleh naik

      Delete
  3. Idris Jala ni memang suka buat kerja mudah untuk dapatkan hasil cepat tapi tak kekal lama. Lihatlah bagaimana dia mengerjakan MAS...sekarang dia diberikan pula Negara untuk dirobek-robek. Mana hasilnya dah lebih 5 tahun pemandu wujud. Kalau setakat nak naikkan harga minyak, letrik, tol dan berbagai lagi tak payah pemandu dengan budget beratus juta semua orang boleh fikir itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM Najib ni tak nampak lagi ke kerosakan yang ada pada semua Punahsihat. Kalau gaji Punahsihat PM tu RM15000 sebulan, Aku sanggup suruh PM bayar aku RM6000 je untuk jadi penasihat yang lebih baik dari dua bodoh nih. Omar Tak Ong dan Idris Jala tembus harus letak jawatan.

      Delete
    2. kih.kih.kih.....tikus cencorot nak baiki labu.punah lagi ader ler.......sembang macam gampang.

      Delete
  4. PRU 14 Umno akan bungkus di sebabkan consultant2 Najib

    ReplyDelete
  5. Bro

    Aku pening la dengan Umno ni. Bila Pas ajak muzakarah, mereka kata okay. Tapi dalam masa yang sama mereka hentam Mat Sabu orang no 2 Pas dengan isu syiah pula.

    Sepatutnya kalau nak muzakarah, jangan lah duk jaja cerita pemimpin Pas itu ini itu ini. Muzakarah dulu, bila dah berpakat elok2 baru lah pakat tegur hang aku mana yang tak betul.

    Sampai kiamat pun tak akan jadi muzakarah Umno-Pas. Sampai kiamat juga tak akan jadi cantuman Umno-Pas. I am very sure about this. Lim Kit Siang and Karpal Singh also share the same view, they have nothing to worry because they know this not going to happen, they know very well who is Umno and at the same time they also know who Pas is.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soal akidah tak boleh nego tuan, kalau mati seseorang sebelum bertaubat dari hal aqidah, parah... Hal aqidah jatuh kafir, maka terus tak ada peluang ke syurga. Ini fakta ilmu, nak hentam saya dah sampai apa yang saya tahu.

      Delete
    2. Yang PAS dulu perjuangannya betul menyelamatkan aqidah, tapi sekarang lebih kepada membetulkan dosa dan penyelewengan, tetapi hal aqidah dah cacamarba dalam PAS.
      UMNO dan kerajaan konsisten melalui agensi keagamaan membenteras dan tertegas hal aqidah, dan hal dosa dan penyelewengan pula hal peribadi mereka.
      fikir2

      Delete
  6. Bunuh je la Omar Ong tu. Biar bagi mesej kuat kepada pengkhianat negara.

    ReplyDelete
  7. PRU 14 bakal berkubur. Bee end menyesal gua pangkah lu PRU 13.rakyatdi dahulukan kepala hotak hang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam la betul lu pangkah BN , komen macam macai PR=Parti Rasuah , PKR= Parti kencing Rakyat je. Aku bukan menyesal pangkah BN tapi kesal PM tak nampak Punahsihat.

      Delete
  8. SABAR LAH !, Jangan Lalai pada PR-14 3, tahun lagi. Katakan pada mereka " CUKUPLAH, TEMPOH ANDA TELAH TAMAT " maaf sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Dulu aku kempen jatuhkan Ah Jib n parasit-parasitnya korang bukan main dengan OPEN DECLARATION TAIK PALAT.Sekarang rasakan PERAS UGUT diorang.PRU 14 kita gerakkan satu revolusi.

    Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan salah faham RC, aku ni nak perbetulkan keadaan, aku masih bagi peluang. Kalau kat atas tu tak mau dengar, then Allah saves us all le...

      Delete
    2. Dulu perjuangan kau OK Parpu.Sebab tu aku suka bersarang dekat blog kau.Lepas tu kau lupa diri sekejap sampai la diorang jadi sombong dan bongkak macam sekarang ni.Sekarang aku nampak kau macam dah nak balik ker perjuangan asal.Balik ke asal samada kau ikhlas atau dah tak masyuk itu aku tak tau.Apa apapun Parpu buatlah kerana Demi Agama,Bangsa Dan Negara.

      Terima KaseeeeYYYY....!!!

      Delete
    3. dah cerai ngan kak midah ker.ibu ikan dah takder projek utk anak ikan.

      Delete
    4. Aku rasa Parpu dah banyak kali miss bayaran ... lama tak masyuuk ... kalu masyuuk tebal semula, gerenti buat "OPEN DECLARATION" sekali lagi ... hah hah hah keling munafiq ...

      Delete
  10. xtau nk sokong sapa PRU nnt. Klu pangkah PR jahanam negara, klu kekal pangkal BN, alamatnya Barang Naik je la lps PRU...mana slogan yg kata Rakyat Di Dahulukan...rakyat jd mangsa..

    ReplyDelete
  11. pelir naik salah siapa??

    ReplyDelete
  12. PRU 14 Umno/BN ada harapan pembangkang, kalau Najib terus pakai cadangan dan nasihat daripada punahsihat rasionalisasi.PRU 14 aku confirm pangkah PR ..... aku dah bosannnnnnnnnn.

    ReplyDelete
  13. aku heran dengan manusia ni...bila nak beli barang makan cukup berkira. nampak gadget terbaru bergedik nak beli tanpa berkira berapa harga.
    anak mintak seringgit nak beli aiskrim...bulat mata terjegil memandang anak.

    barang naik...semua charge perkhidmatan naik. cuma kalau konek naik jer tak kena duit. sejak kecil sampai dah tua bangka mana ada barang yang turun harga. ada? kat dunia sebelah mana barang yang jual murah. rakyat negara jiran pun seludup barang keperluan kita.

    barang naik memang tak baik bagi kehidupan kita. tapi biarlah berpatutan. cina2 penjual ikan..sayur memang tertunggu2 untuk menaikan harga. waima minyak naik 10sen. lagi hebat kedai mamak..gula naik 30sen sekilo..teh segelas bolih naik menjadi 1.80sen dari 1.50sen. tak ke gila namanya. semuanya nak ambil kesempatan. semua nak menekan pengguna.

    ada menteri pun...menteri cap ayam..

    hantam jerlah labu...ingat...bila cukup lima tahun...jangan gelabah. takut dah terlambat. perkara2 yang kurang enak begini memang ditunggu2 pakatan haprak.

    ingat...jangan tunggu lima tahun. mana2 punahsihat yang mengabihkan boreh...tendang diorang masuk longkang. duit berbilion lebih bermanafaat dihabiskan untuk rakyat dari dua tiga kerat punahsihat. najib...jika kita terasa ada membuat kesilapan undur setapak dua demi rakyat bukan untuk sekor dua punahsihat. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

    insyaallah...

    ReplyDelete
  14. AKU MINTAK BLOGGERS PRO BN buat kempen STEP DOWN NAJIB sblm BN hancuss PRU14!!
    PR xde isu dan lemah tp dgn kebodohan Jnetera Najib akan membuka seluas2 ruang pd Pakatan Haram utk menguasai jiwa rakyat ketika ini!!
    Rupanya BADI Pak Lah masih melekat pd UMNO.. dan legasi badi sial tu terus berada pd NajibRosmah!

    Najib ni mmg sengaja bodohkan org UMNO BN dan siram petrol cucuh api pada rakyat yang tertekan dengan kenaikan macam2 kos.

    Najib main game sial dgn rakyat.. seblm PRU13 bkn main BOROS berhimpuan sana sini.. umumkan wang sana sini.. akhirnya lepas menang PRU13 dia BALA kan semua ini atas kepala rakyat! Calaka sungguh dan tk selamatlah kau wahai Najib dan Jentera Pembodoh Rakyat!

    TNB untung berbillion tp Najib boleh TIPU kering rakyat dgn isu kenaikan utiliti asas yg akan berikan impak inflasi dan rantaian kenaikan lain.. apakah ini kehebatan WAHID exCEO Maybank? IdrisJalang??

    Klu bayar gaji puak sial Pemandu ini semata2 utk beritahu Najib naik itu ini.. naik tol.. lebih baik bg aku je jd penasihat.. keje mcm tu MAhposs Bean lg bijak dr Wahid dan IdrisJalang!! Bkn main gah Najib umumkan utk lantik Wahid.. tp lantik org ini utk jd tukang beritahu Tol akan naik.. tarif letrik akan naik.. weii Najib.. ko igt bodoh sgt ke rakyat nk biar semua pembohongan ini???

    Jika Pak Lah boleh dipaksa turun sblm expired krn prestasis jahanamkan rakyat... kau jugak takkan terlepas wahai Najib!! Kalu dh melampau dan mempedaya tipu rakyat yg mebgundi BN.. tidak sangka ini BALASAN kau pada pengundi BN??

    dua2 haramjadah PR dan BN!!

    ReplyDelete
  15. Hehe korang jgn risau.harga minyak tahun depan akan naik 30sen.semua akan naik tahun depan.sbb apa? Buat sekarang sebelum terlambat.lagi 5 tahun buat mcm tu konpem mampus BN.tak da talian hayat dah.so bila setahun kat pilihanraya depa tuai hasil.korang tgk la.subsidi tak tak banyak do kerajan in charge banyak duit.depa tabur lagi.lagipun org melayu mudah lupa.he3.tengokla setahun dua sebelum pru14.isu harga naik tak da sgt sbb benda dah naik 3 tahun lepas.haga minyak naik 20 sen pun org dah lupa.dok tenyeh kereta semacam je.ada can minyak naik 30 sen tahun depan.he3.so tahun 2014 bersiap sedia la berdepan ngn kenaikkan harga.jgn dok berangan nak beli kereta baru handphone baru dan perabot baru kalau gaji ciput.

    ReplyDelete
  16. Memang betul tu.polticians r alway cunning.politic is a game. Kita selama ni telah termakan subsidi. Ambil contoh thailand.minyak tak subsidi.gula tak subsidi.minyak masak tak subsidi.banyak benda tak subsidi.baru ni roadtrip ke thailand teragak jugak nak isi minyak.4.50 beb.mahal tu.gula ngan minyak masak pun harga lebih kurang.tu yg aku heran benda asas tu pada banyak benda.tapi harga kuih nasi dan makanan lain tak lak mahal sgt.ada lagi murah.contohnya nasi ayam 3.50 je.ok la tu.kuih 20 sen gak.malaysia ni ntah apa hal.dah banyak subsidi pun tak jadi apa.salahguna ada la.so tgk mcm mana bila subsidi dah dikurangkan.apa alasan lagi kalau naik harga selepas ni.kenaikkam global?apapun aku dah boleh baca rancangan bn.setahun 2 kurang atau hapusksn subsidi.tahun2 terakhir fokus pada PRU 14.pada masa sama target high income nation kena on track by 2018.senang cakap gaji kena naik.so aku jangka 2015-2018 akan berlaku kenaikkan gaji selaras ngn high income bermula di sector awam.duit dah banyak daripada pinjamatan subdidi.so untung la kaki tangan awam.berapa banyak naik tak tahu ler.tapi takkan gaji minimum 900 lagi pada 2018.at least 1500 atau gross income kat 2000 pada jawatan paling rendah.utk info nak jadi high income nation golongon middle class kena jadi 2/3 jumlsh penduduk.so sbb kakitangan awam hampir 2juta kerajaan start naik gaji dioeang ni dulu.lepas tu sektot awam pun slowly kena pushed.mungkin gaji minimum akan meningkat sampai tahap munsabah.sekarang pun 900.mungkin 2018 jadi 1300 atau lebih.duit sektor awam ni bergantung kepada kejayaan ETP.bila kerajaan liberasi ekonomi syarikat luar revenue banyak boleh bagi gaji tinggi.syarikat tempatan kedekut sikit.so masa tu gaji naik tiada asas kenaikkan harga minyak atau benda lain sbb dah dinaikkan sebelumnya.aku harap inilah dalam kepala otak menteri sekarang ni.kalau tak baik aku jadi pm ha3.

    ReplyDelete
  17. Bro jangan la cakap kita mampu melihat beras dan roti tanpa mampu membelinya.melampau bro.tu kufur nikmat.kita takkan sampai mcm tu.ko tengok bsngla ngsn indon ok je.kerja cok sawit pe nuh tenaga.anak melayu bergaya ngan moto atau kete myvi/saga baru sambil menghisap rokok bersama perut boroi berbanding badan indon dan bangla yg slim lagi tough tu boleh kata kebelur.kalau adik aku dah lama makan penampar.jadi selagi indon ngn bangla tak kebulur toksah cakap mcm tu.yg benda lain ko tak dapat beli adalah hawa nafsu ok.

    ReplyDelete
  18. Aku rasa Najib dah tahu BN nak bungkus pada PRU 14, tu yang dia nak sakau sebanyak mungkin sebelum BN melingkup.

    ReplyDelete
  19. Hadiah dari Amno. Sokonglah hingga liang lahat. 5 TAHUN tak lama Bro..kalau tak suka kasi tukar la.Masaalahnya.. ...boleh ke?..jawapanya adalah ADAKAH KAMU BERANI? Dulu aku Tegar pada Dancing, so skarang aku UBAH. Hingga kehari ini aku macam ni jugak. Sekiranya 5 tahun tak juga berubah..maka kita UBAH lah balik. Apa susah.Minda kita telah di MOMOK dgn citer 1 sebelah pehak aje. Kita kena baca banyak akhbar dan dari itu baru tahu mana yg benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasi rompak duit org2 bandar..bndar2 kt mlsia ni smue gng2 PR ny..rompak duit dorg bg org kampung..smue kampung2 kt mlysia BN ny..robinhod BN.

      Delete
  20. Kalau ada orang BN pun dah meluat dengan BN, apatah lagi org2 pembangkang....do something la..jgn dok diam aja..

    ReplyDelete
  21. Semoga Allah berkati usaha Jihad Business.... Amin.... Mari lah umat Islam.... mula lah berniaga.... banyak peluang di luar.... PUNB, PNS, AIM, MARA, TEKUN, TERAJU, SME Bank, MIDF, CGC, SME Corp

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!