SIAPA DATO SHAHRUL NI? MAJISTRET? LAWYER?

Ini YB  dan exco negeri paling sempoi kat Perak ni, muda, hensem dan memang peramah. Dato Shahrul ni memang seorang yang sangat aku hormati dan sanjungi, UMNO perlukan lebih banyak pemimpin macam ni. Mari kita ikuti temubual dia dengan krew Perak Today di bawah ni:



UMNO Bahagian Bagan Datoh akan berusaha gigih untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang yang dimenangi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Itu merupakan antara visi dan matlamat yang digariskan calon Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Datuk Shahrul Zaman Yahya yamg berhadapan pemilihan tiga penjuru pada 19 Oktober nanti.

Katanya, kira-kira 475 perwakilan bahagian itu akan menentukan calon pilihan mereka yang akan digandingkan bersama Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menang bertanding.

Beliau katanya, menawarkan diri untuk bertanding bukan atas kepentingan peribadi sebaliknya untuk memperkukuhkan jentera parti UMNO, sekaligus membantu Ahmad Zahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datoh yang memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Saya berharap agar perwakilan dapat membuat keputusan yang sewajarnya dengan memilih calon terbaik pada pemilihan kali ini demi memastikan kelangsungan parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Dengan gandingan bersama Ahli Parlimen Bagan Datoh, saya bertekad untuk membantu Ahmad Zahid meneruskan agenda pembangunan di kawasan ini baik dari segi fizikal atau modal insan.

2 Responses to "SIAPA DATO SHAHRUL NI? MAJISTRET? LAWYER? "

  1. Beruntunglah UMNO Bagan datoh dgn gandingan kepimpinan yg ada berbanding dgn kami UMNO Pasir Salak yg kepimpinan ibarat pokok kelapa dah condong senang untuk dipanjat walaupun dimata kasar nampak tegak berdiri.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!