PRK SG LIMAU! APAKAH RAKYAT SG LIMAU SUDAH LUPA KEKEJAMAN PHAROLRAZI?


Ketika konspirasi menggulingkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak daripada jawatan Pesuruhjaya PAS dan Menteri Besar Kedah, Phahrolrazi Zawawi merupakan pemain utama.

Mahfuz Omar melihat ruang yang lebih besar memandangkan dia adalah Naib Presiden dan bijak mengambil kesempatan. Phahrolrazi Zawawi dalam buruannya untuk menjadi Menteri Besar Kedah, telah bersekongkol dengan Mahfuz Omar.

Maka, terjadilah peristiwa Phahrolrazi Zawawi bersama-sama beberapa orang Exco cuba memulaukan upacara angkat sumpah terima tugas pada Februari 2012 lalu. Suasana politik di Kedah pada ketika itu menjadi kecoh. Bukan kerana kecoh tersebut disebabkan oleh UMNO tetapi disebabkan oleh para pemimpin PAS Kedah sendiri.

Pada masa itulah Mahfuz Omar menggunakan kedudukannya sebagai Naib Presiden untuk mewujudkan JAWATANKUASA PEMANDU yang cuba merampas kuasa Menteri Besar Kedah untuk diserahkan kepadanya. Azizan bagaimanapun, berkeras dan bertegas dengan keputusannya, enggan berundur dan terus mengekalkan jawatannya.

Tidak lama kemudian, Azizan mulai menjadikan hospital sebagai rumah keduanya. Lebih banyak bekas Menteri Besar itu berada di hospital berbanding di pejabat. Phahrolrazi masih cuba untuk bersikap sabar dan menunggu pada saat-saat akhir sebelum merampas kedudukan Azizan. Bagaimanapun, Mahfuz tidak menunggu lama.

Sebaik-baik sahaja Tan Sri Azizan dimasukkan ke hospital selepas keputusan PRU13 diumumkan kerana jangkitan pada kedua-dua belah kakinya, Mahfuz serta-merta melancarkan serangan mengejut. Kedudukannya selaku Naib Presiden, memudahkannya untuk merampas jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Kejayaan Mahfuz menyebabkan Phahrolrazi terkulat-kulat dan menggigit jari. Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau telah meletakkan Mahfuz Omar sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya PAS. Manakala Phahrolrazi pula hanya diberikan tugas yang hanya untuk membuktikan bahawa perlantikan Mahfuz ke jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah adalah tepat.

Keputusan PAS Pusat itu menimbulkan perasaan tidak puas hati Phahrolrazi. Lebih mengecewakannya lagi ialah apabila dia hanya dilantik untuk 'menjaga' PDM Dulang Besar dan Dulang Kecil yang merupakan antara kubu UMNO-BN di Sungai Limau.

Petikan dari Kedahan69ers SINI 

Tambahan analisa: 

Mahfuz menjangka dia akan digugurkan perwakilan PAS dari jawatan Naib Presiden kalah dalam pemilihan bulan November ini.

Sejak digelarkan sebagai Pak Lawak Mr Bean, didedahkan dia tak tahu jawi, dan bekas pekerja angkat beg di airport Bayan Lepas, dia tahu banyak calun Naib yang lebih berkalibar berbanding dengan dirinya yang hanya tahu cabar-cabar, pusing cakap dan buat cerita, dan menggejek-nggejek lawan saja.

Dengan memotong Phahrolrazi untuk ambilalih jawatan pesuruhjaya PAS, Mahfuz dapat mengekalkan dirinya releven. Phahrolrazi ingat dia masih releven dengan calun PAS adalah kaum kerabatnya tapi dia tak sedar Mahfuz yang hanya SRP lebih cerdik dalam hal permainan kuasa.

Phahrolrazi baru sedar dia dah dilalaikan dengan calun saudara maranya dan dimainkan sebaik menyedari Mahfuz dan Amiruddin yang ke depan dan dia hanya jaga PDM.

Pasti Mahfuz akan guna alasan Phahrol tak boleh menyerlah sangat kerana ramai keluarga Azizan di Sg Limau.

1 Response to "PRK SG LIMAU! APAKAH RAKYAT SG LIMAU SUDAH LUPA KEKEJAMAN PHAROLRAZI? "

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!