PESANAN KHAS UNTUK PERWAKILAN YANG AKAN MEMILIH CALON MEREKA HARI INI! PILIHLAH DENGAN BIJAK!

Petubuhan politik bangsa Melayu yang terbesar didunia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malay National Organisation (UMNO) sedang melalui proses pemilihan pimpinan semua peringkat. Dan buat pertama kalinya pemilihan pemimpin terutama peringkat nasional dibuat melalui pengundian semua perwakilan peringkat cawangan.

Ini bermakna semua perwakilan cawangan ke Mesyuarat Bahagian berhak mengundi. Caranya ialah dengan tiap perwakilan cawangan mengundi di Bahagian masing-masing untuk memilih pimpinan peringkat Bahagian dan Nasional. Tiap pengundian diperingkat Bahagian akan dikira di Bahagian itu sendiri (dengan kehadiran pemantau) dan keputusan itu dikira sebagai satu undi mewakili Bahagian tersebut.

Kemudiannya kesemua keputusan pengundian kesemua 191 Bahagian UMNO seluruh Malaysia akan dijumlahkan, barulah keputusan peringkat nasional akan ditentukan.

Bermakna kali ini kepimpinan UMNO peringkat Kebangsaan akan dipilih melalui undi akar umbi secara langsung. Ini satu transformasi politik yang sangat baik kerana bukan sahaja suara akar umbi dihargai dan mempunyai kuasa penentu, ianya juga dijangka dapat mengelakkan politik wang. Ini kerana dengan jumlah perwakilan cawangan hampir 200,000 yang layak mengundi, hampir mustahil seseorang calon itu mampu untuk membayar pengundi.

Ini berbeza dengan cara dahulu dimana hanya perwakilan Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO, iaitu sekitar 2,000 orang yang menentukan kepimpinan.

Apapun tahniah kepada UMNO atas keberanian melakukan transformasi politik yang real dan memenuhi kehendak suara akar umbi.

Pemilihan kepimpinan sangat penting, samada didalam UMNO mahupun dimana-mana parti politik. Terlebih-lebih lagi didalam UMNO kerana sesiapa juga yang menerajui kepimpinan UMNO akan menjadi kepimpinan negara; yang akan menentukan dasar dan halatuju negara ini.

Sebab itu saya nasihatkan ahli UMNO supaya memikirkan semasak-masaknya dalam membuat pemilihan, kerana kesilapan memilih akan mengundang padah yang lebih besar terutama dalam menghadapi PRU-14 nanti.

Ada dikalangan calon yang cukup popular dikalangan UMNO, tetapi ditolak oleh rakyat. Disinilah ahli akar umbi UMNO perlu bermuhasabah dan merenung jauh; apakah kriteria yang kita gunakan untuk memilih seseorang pemimpin?

Pemimpin ini umpama seorang gembala; a leader is a shepherd!

Gembala maknanya dia bukan empunya apa yang dia pimpin. Dia sekadar menjalankan tanggungjawab memelihara gembalaannya sebagaimana yang diarah dan ditetapkan oleh empunya gembalaan itu. Dia juga punya tanggungjawab, akauntabiliti dan pertanggungjawaban!

Seorang pemimpin harus sedar jatidiri dan asal usulnya. Sebagaimana seorang manusia perlu sedar dia hanyalah seorang hamba kepada Maha Pencipta. Dan dia adalah seorang khalifah yang dilantik untuk mentadbir dunia ini.

Seorang pemimpin UMNO perlu sedar dia dipilih oleh ahli UMNO. Dia ada di puncak kerana UMNO. Sebab itu dia perlu sedar pertanggunjawaban dia kepada UMNO. Dia perlu tahu apa dia perjuangan UMNO, dan apa yang perlu dia capai.

Untuk menjadi pemimpin UMNO seseorang itu harus sedar apa itu UMNO?

UMNO adalah sebuah parti yang ujud kerana orang Melayu. Tanpa Melayu tidak ada UMNO!!!

Dan Melayu itu cirinya wajib Islam. Tanpa Islam tidak ada Melayu!!!

Maka sifir politiknya ialah UMNO mesti dan wajib memperjuangkan Islam dan Melayu!!!

Oleh itu perjuangan UMNO yang harus disedari oleh pemimpin UMNO ialah untuk dan bagi kepentingan orang Melayu dan Islam. Ini tidak bermakna kita menafikan, apatah lagi menganak-tirikan kepentingan dan kebajikan penganut agama atau kaum lain; atau menjadikan mereka warga kelas kedua. Tidak sama sekali.

Ia sekadar bermakna kepentingan dan kebajikan bangsa Melayu dan agama Islam mesti diberi keutamaan oleh kepimpinan UMNO; terutamanya dalam memenuhi 7 Wasiat Raja-Raja Melayu dan peruntukkan Perlembagaan dan undang-undang.

Oleh itu, ahli UMNO wajib menolak mana-mana calon yang tidak meletakkan perjuangan memartabat dan memperkasa bangsa Melayu dan agama Islam. Apatah lagi mereka yang malu dan tiada keberanian meletakkan kepentingan Melayu dan Islam sebagai keutamaan perjuangan.

Ini juga bermakna perwakilan wajib menolak pemimpin-pemimpin yang korup, rasuah, menyalahgunakan kuasa, menjalani kehidupan maksiat dan mungkar. Ini adalah jenis kepimpinan yang akan menjahanamkan UMNO; merosakkan bangsa Melayu!

Percayalah, apabila kita meletakkan Islam dan bangsa Melayu sebagai kriteria utama ciri-ciri pemilihan mana-mana pemimpin, ALLAH akan memberi rahmat dan keberkatan Nya.

Soalnya bukan samada pemimpin yang hendak dipilih itu boleh membawa UMNO memenangi PRU-14 atau tidak, tapi soalnya ialah samada mereka boleh membawa UMNO kepada keredhaan ALLAH swt.

Dan apabila kita mendapat keredhaan ALLAH, nescaya ALLAH akan membuka pintu kejayaan dari segala arah dan pelusuk, termasuk daripada sumber yang kita sendiri pun tidak jangka!

Selamat menjalani proses pemilihan esok 07 Zulhijjah 1434 bersamaan dengan 12 Okt 2013.

Wallahua'lam dan wassalam.

Adioa amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin

3 Responses to "PESANAN KHAS UNTUK PERWAKILAN YANG AKAN MEMILIH CALON MEREKA HARI INI! PILIHLAH DENGAN BIJAK!"

  1. Kita perwakilan akan pastikan hanya pemimpin UMNO saja yg dipilih, bukan Naib Presiden BN, Ahli Majlis Tertinggi BN, Ketua Pemuda BN, Ketua Wanita BN maupun Ketua Puteri BN. Kesinambungan perjuangan Melayu hanyalah melalui pemimpin UMNO yg berjiwa 100% Melayu dan berpegang pada ajaran Islam.

    Kpd mereka yg mengutamakan Malaysian First atau BN First, terimalah padahnya pada hari pengundian nanti. Kita akan bersihkan UMNO dari anasir Liberal Sesat, perasuah, perakus kekayaan, pengkhianat, pengecut & pelembab.

    ReplyDelete
  2. Pastikan KJ terkeluar,malah keluar dari UMNO kerana dia ni sebenarnya sengaja duduk dalam parti yang salah dengan tujuan untuk membina pengaruh terlebih dahulu sebelum pindah ke parti sebenarnya untuk mengepalai satu gerakkan menjatuhkan penguasaan UMNO dan merubah negara Malaysia.Dia pernah berkata tidak mahu Pemuda UMNO kekalkan tradisi lantangnya,malah katanya DNA PEMUDA perlu diubah.Inilah kata-kata daripada seorang yang secara fitrahnya bukanlah seorang pejuang Melayu.Kenapa orang ini perlukan UMNO?Kerana di situ ada peluang,kuasa dan segala-galanya yang diperlukan.KJ sangat memerlukan UMNO,tetapi bangsa Melayu dan UMNO tidak memerlukan orang seperti ini.

    ReplyDelete
  3. Di mana letaknya ‘performance’ atau KPI Khairy Jamaluddin? Sekadar pandai bergimik itu – dijaja oleh The J-Star sebagai “Able to attract young via social media and his many projects for youths” – bukan bererti mengenal perjuangan mahupun mempunyai pegangan. Selama 4 tahun KJ jadi pengerusi Pemuda BN dan Ketua Pemuda Umno, berapa banyak undi belia yang dapat dibawanya ke pangkuan BN?

    Many still believe that there is a long standing “gentlemen agreement” between Najib and Tun Dol which resulting in KJ remain scratch free despite being found guilty of money politic in the last PAU in 2009 and remain as UMNO Youth Chief. Omar Ong one of the “CON”- sultant anak si Mustapha Ong yang dah lama tak nampak kat sini, is KJ’s BFF and business partner. Definitely he may have something to do with it. Heran.. bila Najib dihimpit kiri, kanan, depa dan belakang… Di manakah pendirian Pemuda?
    Sebaliknya bila Ketua Pemuda dihentam, banyak betul pembela termasuk dari Pakatan, Msia Kini & The Star...Anehkan? KJ appointing a DAP agent as his Press Secretary raises the question of confidentiality vis a vis UMNO party secrets (not to mention Cabinet papers). Sebagai seorang Pegawai Khas menteri, si guntung dlm lipatan Regina Lee diberikan access (kemudahan) oleh KJ untuk masuk keluar, naik turun pejabat-pejabat pelbagai kementerian kerajaan. Apatah lagi kertas-kertas Kabinet yang sepatutnya rahsia. Jika KJ menang, alamat setinggi tahniah kepada cina Dapster, tapi takziah lah pula untuk UMNO dan Melayu.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!