PERSEPSI ATAU PERPEPSI? LUAHAN BLOGGER TENTANG HISHAM @hishamuddinh20

Ini aku nak share dengan korang tentang seorang rakan blogger yang kini menyokong Hisham H20 setelah dia berpeluang jumpa beliau baru-baru ini, marilah kita semua baca apa yang dituliskan oleh blogger ini tentang Hisham tentang PERSEPSI atau perpepsi bak kata kawan baik aku...

Blogger Beranikan Hati bertuah katanya kerana berpeluang bersemuka dengan pemimpin DS Hishamuddin Hussein dari dekat. Ramai menganggap bahawa beliau masih sama, tetap tidak hiraukan cercaan yang dibuat oleh pelbagai pihak dalam memberi persepsi buruk terhadap dirinya. Walau nampak sedih namun beliau sangat yakin bahawa akan tetap terpilih diantara 3 Naib Presiden dalam PAU nanti.

Masalah beliau hanyalah persepsi yang sudah diasaskan oleh pihak pembangkang sejak sekian lama bagi melemahkan kerajaan. Pembangkang sangat sedar bahawa mereka tidak akan mampu untuk menumbangkan kerajaan memalui PRU, justeru itu mereka mencuba menghuru-harakan negara dengan harapan akan berlaku rusuhan sebagaimana di Mesir.

Dalam PRU13 lalu, bukan sedikit cabaran yang diberikan pembangkang. Mereka memfitnah itu ini termasuklah adanya pengundi hantu bahkan yang didatangkan khas dari Bangla, namun akhirnya itu tidak langsung berlaku. Demikian juga dengan fitnah bahawa berlakunya 'blackout' semasa pengiraan undi, bagaimanapun calon pembangkang dimana kes berkenaan didakwa berlaku telah tampil dengan beraninya menafikan kejadian itu. Malangnya 'kita' samaada sebagai rakyat mahupun ahli UMNO sendiri masih lemah dan gagal menangani persepsi.

Kekuatan kerajaan adalah dari UMNO sebagai parti tunjang kepada BN. Sedar bahawa gagal menjatuhkan kerajaan dari luar, maka pembangkang sejak dahulu lagi berusaha keras mencalarkan imej pemimpin negara. Mengapa pembangkang berdiam diri semasa Pak Lah jadi PM? Bukankah kerana mereka sedar bahawa lebih mudah menolak Pak Lah yang selalu lena tidur dari pemimpin muda dan bertenaga seperti DS Najib? Kerana itulah tidak henti-henti persepsi buruk mengenai DS Najib sendiri, menteri-menteri, DS Rosmah, kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, agensi-agensi kerajaan dicipta dan disebarkan.

Baca seterusnya di blog Beranikan Hati....

Lets be fair, kita bagi semua orang peluang untuk luahkan apa yang mereka rasa tentang pemimpin yang mereka nak pilih ni. Bakinya terserah  la pada anda semua...

37 Responses to "PERSEPSI ATAU PERPEPSI? LUAHAN BLOGGER TENTANG HISHAM @hishamuddinh20 "

  1. pada saya umno memerlukan pemimpin yang tegas dan berani dan bukan yang hanay boleh bercakap tanpa tindakan. elok beri laluan kepada pemimpin yang berjuang untuk agama bangsa dan Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Orang muda juga kelihatan gembira kerana diberi lebih suara dalam parti di mana Ketua cawangan termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri mendapat taraf perwakilan secara automatik" - DS Hishammuddin


      Hidup H20 !!

      Delete
  2. Ok lets be fair and open. jadi nape berani hati tak brani lepaskan komen aku pasal artikel dia tentang hisham? sejauh mana berani hati kenal hisham? setahun, 2 tahun, 10 tahun? sebanyak mana berinteraksi dgn hisham? apakah dia dapat mengamati prestasi hisham dalam poltik dan kerajaan dari awal? dari mula2 dia nak bertanding exco pemuda masa becakap pun tak reti? memang hak dia menulis ape saja tapi banyak yg ditulis jauh drpd relaiti. samada sengaja spin atau benar2 tak tahu kisah sebenar. masalah dia bukan persepsi semata2 tetapi jaug lebih besar: hisham bukan pem impin yg mampu memgang jawatan tertinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa, beranikan hati konon, tapi komen tak lepas... berani tahap Hisham la tu...
      Suruh dia tulis benda lain la dalam blog dia tu daripada buang masa bodek merapu macam tu. Suasa tetap suasa. Gosok la macam mana pun, dia takkan jadi emas.

      Delete
  3. admin @ pk tlglah siarkan komen secepat mngkin, biar senang nk balas jika ada persoalan/pertanyaan..

    ReplyDelete
  4. Masalahnya Parpu yg korangtonjolkan pasal hisham ni banyak bohongg...korang tanya la pd kakitangan kementerian2 di mana pernah berkhidmat: belia & sukan, pendidikan, KDN...apa la prestasi hisham. i tell you he's very mediocre. overall, he has been just a passenger. Ramai lagi pemimpin yg lebih berwibawa dan berkebolehan.Contohnya ialah MB Preak DS Zambry Kadir. Pemikiran Dr Zambry jauh lebih tinggi berbanding hisham. You might as well promote Dr Zambry laa

    ReplyDelete
  5. Kesian hishamuddin... aku cadangkan dia join geng2 buih pepsi dalam pemuda pas aje. Umno tak perlu mat jenin yang perasan lagi. Kalau najib nak join dia pun elok juga.

    ReplyDelete
  6. Keris adalah lambang keganasan.K

    ReplyDelete
  7. Saya sangat berharap adanya tanggung jawab dari semua blogger yang telah melakukan tindakan yang melanggar hukum dan menudai nama besar bangsa,malaysia harus di lawan oleh indonesia kita tak pantas untuk selalu diam.

    ReplyDelete
  8. Hisham ni bukan lagi persepsi tapi pemimpin yang sudah basi. Eloklah bagi laluan kepada yang lebih berwibawa memegang kerusi Naib Presiden tu.

    ReplyDelete
  9. Orang UMNO dah mula bermimpi bawah katil. Dulu masih okay bila duk mimpi atas katil la ni turun terus bawah, taklama lagii mimpi dalam kuboq pasai masih tak sedaq sedaq.

    ReplyDelete
  10. Hisyam sendiri yang wujudkan persepsi negatif terhadap dirinya sendiri.Seluruh bangsa Melayu nampak ketidakwibawaan beliau sebagai pemimpin Melayu.

    ReplyDelete
  11. kalau hal seKECIL KERIS persepsi buruk tak dpt disangkal oleh H20.....

    kalau pencerobohon Lahad Datu dianggap enggak ada apa2....

    kalau perubahan hanya bila DEKATnya PAU.....

    siapa sebenarnya yg terSILAP memBEZAkan antara perPEPSI dgn perSEPSI?

    kita BUKAN nak pilih pemimpin yg BIJAK memalsukan perPEPSI dgn perSEPSI.....akibatnya rakyat akan terus keTIDURan

    apa2pun semuanya terpulang pd perwakilan

    ReplyDelete
  12. hisamudin dah diberi peluang..tapi gagal melaksanakan tanggungjawab..selama dia pegang kdn macam nak kena sakit jantung dibuatnya...habis maruah bangsa melayu dihina cinabeng..
    kalo rasa nak jadi hamba abdi...pileh la h20 jadi pemimpin...
    ingat...berketuakan orang yg lemah bermakna kita akan tewas dalam perjuangan.

    ReplyDelete
  13. dsh masih lagi tak sedar2 diri bahawa awak tu de kemahuan tapi tak de kemampuan dan kebolehan..tlg le bagi pd yg layak..kalu betul2 sygkan agama,bangsa dan negara..semua kementerian yg anda pegang semua hancuss..elok2 ok bile anda pegang terus jadi huru hara..dr dulu lg anda x layak pun,buat hati kami berdebar debar tetapi tidak ada medium utk diluahkan perasaan dan isihati kami..kami juga adalah pegawai di kementerian2 yg pernah anda ketuai..kami tau dan faham sgt kemampuan anda..utk yb di sembrong ok le tetapi utk jadi pemimpin diperingkat pusat buat kami jadi berdebar-debar dan gundah gulana..anda baik,mesra tetapi tidak sesuai utk perjuangan agama,bangsa dan negara di peringkat pusat.

    ReplyDelete
  14. Aku cabar hisham supaya beliau sekali lagi cium keris masa PAU nanti. Tapi kali ni jangan sama sekali minta maaf. Berani ke tidak, wahai hisham?

    ReplyDelete
  15. Satu jer yang aku tak berkenan pasal hisham ni. Suka sangat playsafe. Antara tegas ngan tak tegas. Suka ambik jalan tengah supaya nampak macam tegas tapi tak tegas. Senang citer ketegasan beliau tahap tertinggi ialah cuma boleh kasi amaran jer. Sehinggakan perhimpunan haram bersih boleh dianjurkan secara bersiri tanpa dikenakan tindakan yang tegas oleh pihak berkuasa.

    Kes Lahad Datu....secara keseluruhannya hisham GAGAL dalam menangani insiden pencerobohan oleh lanun sulu sehinggakan anggota keselamatan kita ramai yang terkorban.

    ReplyDelete
  16. Soalnya kenapa cabut keris kemudian minta maaf. Minta maaf tu baik tapi biarlah bertempa. Janganlah cabut keris pun nak minta maaf. Itu sebab mereka pijak kepala kita. Bolehkah kita nak letak harapan kepada pemimpin macam ini untuk membela kita. Lu fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  17. Rekod kegagalannya sudah cukup untuk membuktikan kedayusannya. Dia hanya menumpang tuah nama keluarga (datuk & bapanya) & sepupu kpd Najib. Selisih malaikat 44, jauh-jauh lah kita dari mempunyai pemimpin seperti ini. 8 perwira kita gugur sewaktu pencerobohan di Sabah adalah gara-gara kelembapannya. Anak-anak & balu-balu kehilangan tempat bergantung harapan adalah berpunca dari kesilapan si bacul dan lembab ini.

    ReplyDelete
  18. Kenapa nak spin libatkan pembangkang ?? Bukan setakat pembangkang, satu Malaysia cakap Hisham lemah dan tak tegas serta tak tau buat kerja.

    Tak kan korang tak ingat twitter yg Hisham hantar sembilan hari selepas pasukan bersenjata Sulu mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu .... “Fakta: Kebanyakkan penceroboh tua dan kekurangan zat. Pakai sarong? selipar.. hanya beberapa.. mempunyai senjata,”

    Blogger Beranikan Hati ... tok sah dok spin ...jgn dok tegakkan benang yg basah

    ReplyDelete
  19. Cuba lah pegang keris macam tu depan orang bukan melayu....tengok siapa yang kecut?

    ReplyDelete
  20. tak payah kata pembangkang yg biasa main persepsi. dia punya servis pun sangat teruk. tidak ada tindakan yang boleh dibanggakan. kami rakyat bawahan ni dah muak dengan amaran dia. kita tak mahu dia bercerita satu dunia tntg amaran dia dan apa yang dia buat. kita mau peimpin yang tegas bertindak dan bekerja bukan lembik dan berani beri amaran saja

    ReplyDelete
  21. pemimpin PUNGKOQ.....bila diri dah rasa tercabar.....mula cari orang lain spin DRAMA.....

    ReplyDelete
  22. Berapa blogger kena bayar gamaknya....kurang-kurang rm2 juta...wow!!

    ReplyDelete
  23. Hisham dan Najib serupa tapi salah seorang lebih teruk dan tak tahu apa yang sedang berlaku .SO tolakalah hisham ...sebab nak tolak najib takboleh .Tolak hisham dan Isa Samat perompak

    ReplyDelete
  24. Untuk naib Presiden undi aku ialah Zahid Hamidi, Mukhriz Mahathir dan Shafie Afdal. Sorrylah Hishamudin. Pemimpin tak berani. Cabut keris pun minta maaf. Amaran! amaran! Amaran!. No action. Malulah.

    ReplyDelete
  25. Takpelah.. kita hormat pendirian die ni.. Tapi den rase bukan semua orang Melayu bodoh nak kata persepsi itu ini.. Orang Melayu dah nampak apa yang Hisham buat masa pegang KDN dulu.. Toksah nak sembang persepsi, orang judge bukan ikut persepsi, tapi melihat kepada realiti. Kesimpulannya tak layak nak jaga orang Melayu sebab lemah sangat.

    ReplyDelete
  26. Anon 11.10 p.m.

    Walaupun aku bukan ahli atau penyokong UMNO, aku kira UMNO adalah lebih baik dari PAS atau PKR dalam memperjuangkan hak dan kedaulatan bangsa Melayu.

    ReplyDelete
  27. Blogger Beranikan Hati tu macam merapu saja dalam penulisannya ... tak ada satu benda boleh amik pakai ... elok dia terjun lombong je ...

    ReplyDelete
  28. Kelemahan Hisham semasa menerajui KDN amat mengecewakan orang Melayu. Ketika namewee galak menghina kesucian Islam dan bangsa Melayu, tiada tindakan dikenakan ke atas celaka ini. Malah dibiarkan bebas sampai hari ini.

    Semasa Bersih 2 dan 3, bertimbun laporan polis dibuat. Rakyat menantikan tindakan tegas dari kerajaan. Malangnya tiada tindakan dikenakan ke atas penganjur. Amaran demi amaran dari Hisham, akhirnya tiada tindakan juga. Perkataan paling popular ketika itu "amaran".

    Semasa krisis Lahad Datu memuncak, keupayaan Hisham sebagai Menteri KDN diuji. Krisis ini mengambil masa selama tiga minggu sebelum serangan ofensif dilancarkan. Bila keadaan menjadi tak terkawal baru KDN serahkan kepada Mindef. ATM ambil alih operasi daripada PDRM. Kematian anggota kita sepatutnya boleh dielakkan terutama ambush di Semporna.

    Memang di Lahad Datu ketika itu umpama zon perang. Sudah menjadi tanggungjawab sebagai Menteri KDN dalam isu melibatkan keselamatan negara. Menteri perlu berada di situ untuk memantau krisis secara dekat. Namun begitu, sebelum VIP turun ke padang, security forces already secured the perimeter. Barulah Hisham dibenarkan masuk ke kawasan operasi. Heavily armed, highly trained UTK personnel always around him. Police commandos VAT69 also there too. Seen and unseen. They gave sufficient protection from enemy threat.

    IMHO, mismanagement, poor decisions, incompetence in defense and security issues are the most part we will remember about him. And one more thing, "lembik".

    ReplyDelete
  29. Kalau ada perwakilan yang beri undi pada Hishamudin, pasti dia mengundi kerana habuan. Aku tak fikir ada perwakilan yang hendak mengundi Hisham kerana mereka pasti tahu apa yang dia dah buat. Sebagai menteri KDN dia GAGAL dan memalukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hishamudin bukanlah jenis yang suka menunjuk-nunjuk macam Zahid Hamidi, dia jenis diam2 ubi ... dia tak gagal pun tetapi sengaja diperbesar-besarkan ... betul lah seperti kata Beranikan Hati... segalanya persepsi ...

      Delete
    2. Setuju !!! Hisham memang bukan jenis menunjuk. Hidup H20 !!!

      Delete
  30. undilah Datuk Seri Hishammuddin, dia adalah sepupu YAB Perdana Menteri, beliau juga bakal Presiden parti dan Perdana Menteri Malaysia. Hidup H2O

    ReplyDelete
  31. Hanya orang yg terencat akal atau lahir tak cukup bulan saja akan mengundi Hisap Puting @ Hisahamuddin Hussein Onn Ngek Ngok..

    ReplyDelete
  32. Semasa pemilihan PAU nanti, H2O akan dipetisejukkan oleh perwakilan UMNO untuk dibekukan selama-lamanya. Warning buat Ah Jib Gor , jangan pandai-pandai pulak nak mencairkan balik H2O yang dah jadi beku tu.

    ReplyDelete
  33. aku x pecaya pemimpin lagu ni. rekod x cantik. play safe. lwn MT dah la.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!