PELIK TAPI BENAR! BAHAS ATAU TIDAK BAHAS?

Ada salah satu calon Naib Presiden mahu diadakan bahas oleh semua calon yang bertanding Naib Presiden tapi aku baru dapat tahu ada sorang lagi calon tak nak pulak, dia kata kaedah yang ada dah jelas ada visi dan isu.

Memang betul aku setuju apa yang diperkatakan oleh calon ini tapi harus diingat, kaedah yang ada sekarang hanya mudah untuk VP sedia ada untuk bergerak, bagaimana dengan calon VP yang lain? Mereka juga perlu pendedahan kan? 

Nak buat macamana ni? To be or not to be?

7 Responses to "PELIK TAPI BENAR! BAHAS ATAU TIDAK BAHAS?"

  1. Tiada guna bahas atau pun tidak. Yang penting jujur pada diri dan ALLAH SWT dalam memegang sesuatu jawatan. Pada manusia boleh berbohong tapi [ada ALLAH SWT mana boleh. Jika ada niat yang baik jujur iklas dan amanah dalam memegang sesuatu jawatan tidak payah kempen pun akan menang juga. Yakin apa yang dilakukan hanya unutk ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  2. rata-rata perwakilan celik politik..bahas ke tak bahas hanya sebahagian kempen.
    Kalau dapat jumpa semua perwakilan, dapat salam, senyum, tepuk bahu memang ada perbezaan jika tidak dapat jumpa. Akar umbi mudah terpesona, dibeli pemimpin dengan salam dan senyum walaupun karektor dan sikap sebenar hancus.

    Sebelum pemimpin datang atau selepas pemimpin balik..tukang bawa beg hitam akan mula 'bertugas' pula...ada yg sanggup jenguk perwakilan sampai ke teratak usang di hujung malam.

    ReplyDelete
  3. Jangan dilayan idea Musa Hitam itu.Ini kerja orang yang terkilan tak dapat jadi PM.Masih nak tunjuk releven kononnya.Berbahas itu adalah cara uncle sam,buat apa asyik nak tiru orang putih.Orang yang bijak berkata-kata berkemungkinan besar adalah seorang peliwat.Oleh itu UMNO tidak perlu wujudkan kaedah pertengkaran yang hanya akan merugikan bangsa Melayu.Tetapi,andaikata nak buat juga bahas itu,moleklah juga dijemput 'pakar' bahas,siapa lagi.....tak lain dan tak bukan.......Al-Juburit......baru lah meriah suasana.Tak kan hangpa lupa pulak bang Non?

    ReplyDelete
  4. Kalau kita ni semua samarata sama rasa macam USA tu tak pa lah boleh bahas. Tapi musuh negara terang terang wujud berselindung didalam parti politik pembangkang. Perkara yang di bangkitkan dalam perbahasan akan di gunakan oleh orang luar untuk menyerang UMNO.

    Elok sekiranya calun calun itu di beri peluang untuk berucap mengenai perancangan mereka apabila di pilih.

    Sebenarnya kempen pun tidak perlu kerana semua orang kenal atau perlu ambil tahu calun calun yang bertanding. Elok juga calun calun ada maklumat dan rekod kejayaannya untuk pertimbangan perwakilan.

    Kempen hanya air liur dan belum tentu apa yang di kempen di buat. Tetapi rekod lalu dan lain lain adalah sandaran nyata untuk memilih pemimpin yang sesuai. Takkan lah pemimpin yang kita tahu korup lepas kempen baik punya, pasal air liur dia menang. Sedangkan kita tahu anjing kalau dah makan tahi kalau dia janji tak makan pun kalau terjumpa di hidunya juga.

    ReplyDelete
  5. begitulah manusia yg takut dan tak mau org lain menyerlah berbanding dirinya..

    sama mcm parpu... masa goda istri dulu bergaya sakan biar dipandang hebat.. ada istri ke.. hihihi.. anak berapa.. gurau senda aje..

    ReplyDelete
  6. Kami menilai prestasi NP bukan sekadar sejam dua berdebat berpidato di pentas. Kami melihat apa yang beliau telah buat sepanjang 4 - 5 tahun sebelum ini. Selama 1 penggal, sudah cukup dibuat penilaian dan analisis, siapakah yang patut kami pilih. Tak payah bersusah-payah nak kelentong sebab we know what you did last penggal.

    ReplyDelete
  7. we know what you did last penggal...jd sape yg kene penggal this penggal...same2 kite lihat...heheheheheheheeheheh.....

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!