PANAS! SIAPA CALON NKP YANG PATUT MENANG? AZWAN ATAU JAMAWI? JOM BACA

Maaf le dah berapa hari aku tak update blog, sibuk wei, anyway pemilihan bagi sayap sudah selesai. Tahniah kepada yang menang. Walau keputusan bukan seperti yang aku mahukan tapi apakan daya ini UMNO. depa pilih sapa depa suka.

Cuma aku tertarik sikit pasal isu calon Naib Ketua Pemuda, yang belum ada pememnangnya sampai sekarang kerana dikatakan Khairul Azwan dan Jamawi seri, mari kita baca petikan Agenda Daily:

Kem Khairul Azwan Harun membantah pengumuman Jawatankuasa Pemilihan UMNO bahawa undi beliau seri 73 undi sama dengan Jamawi Jaafar untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.

Mereka mendakwa undi Khairul Azwan yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak lebih dan bukan seri.

Wakil beliau,Anuar Ariffin telah mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur petang Isnin memberitahu mereka sudah hantar surat bantahan kepada pengerusi jawatankuasa itu Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.

Jawatankuasa itu diminta 'melihat semula' untuk membetulkan keputusan berkenaan.

Difahamkan mereka mendakwa dari penjumlahan menerusi wakil-wakil calon Khairul Azwan didapati undi beliau lebih dari 73.

Ekoran pengumuman keputusan seri pada Ahad malam itu Jawatankuasa Pemilihan UMNO akan mengadakan penjumlahan ' undi popular' selepas Hari raya Aidil Adha.

Ia bagi menentukan siapa yang perolehi undi paling banyak dari perwakilan Pemuda bahagian di seluruh negara.Siapa yang lebih dia dikira menang.

Sementara itu Jamawi telah menyuarakan keyakinan menerusi facebooknya undi popular itu akan memihak padanya sekalipun kehilangan 6 undi bahagian di negerinya,Sabah.

"Walaupun seri 73 undi, saya yakin dan percaya undi popular berpihak kepada saya. Terima kasih kepada semua perwakilan Pemuda UMNO yang mengundi saya,"katanya.-14/10/2013


Apa pandangan korang ek? Dalam hal ini siapa yang nampak lebih bijak dan tenang?

Cuma aku tak setuju dengan blog bodoh pembangkang yang mengutuk Khairul Azwan terlampau, KLIK SINI. Kalau ya pun marah tak payah la nak emo dan serang peribadi dia. Kan tak elok tu. Insaflah wahai blogger Pakatan!

Aku bersimpati pada Lokman Adam yang kerja siang malam untuk jumpa perwakilan Pemuda seluruh negara, namun tewas dan berada di tempat paling terakhir kalau tak silap aku la. Sebab kalau tengok cara dia berkempen dalam media sosial, dialah yang paling top sekali. Tak tau le dimana silapnya.

Apakah wang mengatasi segalanya atau memang itu yang pemuda nak?

8 Responses to "PANAS! SIAPA CALON NKP YANG PATUT MENANG? AZWAN ATAU JAMAWI? JOM BACA"

  1. Buat pertandingan pusingan ke-2 antara khairul azwan vs jamawi aje dan siapa paling layak



    ReplyDelete
  2. Kalau khairul azwan menang umno akan menghadapi satu lagi masalah.budak ni akan dicekup sprm bila2 masa kerana banyak kes rasuah di perak. mungkin atas sebab ini dia tidak diberi kemenangan.jika dia menang kemudian kena tangkap sprm habis kacau bilau pula umno.sebab itulah kemenangan dia ditahan pemimpijn atasan.sebab mereka dah tahu hal sebenar.

    ReplyDelete
  3. Semua calon UMNO gemuk gemuk montel obese satu macam...dah terlalu kuat makan songlap ker??? Itupun belum ditabalkan jawatan di persada lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nko jangan makan makanan,
      nko makan syukur dengan ikhlas aje..
      bole kenyang ke

      Delete
    2. Jangan buat fitnah, tak elok.

      Delete
  4. A KUM PK MELALUI BLOG SANGGAH TOK JANGGUT DIKHABARKAN KETERLIBATAN TAIKUN TAIKUN (PENYANGAK) UTAMA TANAH AIR MENGALIRKAN WANG KEPADA PERWAKILAN .DIHARAPKAN KEPADA PK
    DAN RAKAN RAKAN BLOGER YANG LAIN MENGGESA PIMPINAN TERTINGGI UMNO MEWAJIBKAN SETIAP PERWKILAN YG BAKAL MENGUNDI PADA PAU NANTI DAN DIMASA MASA DEPAN MELAFAZKAN SUMPAH MUHABALLAH (YANG ANWAR IBRAHIM TAKUT NAK BUAT TU) YANG MEREKA TIDAK AKAN MENERIMA APA APA SOGOKKAN .HARAP DIAMBIL PERHATIAN

    ReplyDelete
  5. tukang cator .. ketua bahagian serta ketua sayap yg kenyang buncit perut..ajk bhgn dan perwakilan dilembukan .. nampak gah tp masih tak berubah dgn 2008..

    ReplyDelete
  6. Penyakit obese itu sinonim dengan Pemuda UMNO. Lambang makan kiri kanan, lembab dan kuat tidur.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!