JANGAN BAGI PENDATANG ASING BELI BARANG DI KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA!

KPDNKK sedia mempertimbang cadangan hanya rakyat tempatan dibenar membeli barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia/ Hasan Malek -Bernama

Ini petukan berita dari bernama. Aku setuju dan harap sangat KPDNKK memguatkuasakan perkara ini. Apa barang beb kedai yang sepatutnya disediakan utk rakyat Malaysia warga asing pulak dok menikmatinya.

8 Responses to "JANGAN BAGI PENDATANG ASING BELI BARANG DI KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA!"

  1. Perniagaan nak maju jangan ada pilih kasih.Pembeli tetap pembeli.Di mana dia nak berbelanja itu hak dia.Tak perlulah disekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Matlamat utamanya nak untung atau nak bantu RAKYAT MALAYSIA? Setuju, nak bayar kena tunjuk IC.. ni akan kurangkan lagi ketirisan dlm pengagihan subsidi.

      Delete
  2. 100% setuju. Laksanakan secepat mungkin. Semua pembeli mesti tunjukkan KP. Segala ketirisan dapat dielakan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih PK. Setuju sangat2 cadangan itu. Tetapi KR1M mestilah mengeluarkan KAD KEAHLIAN atau Gunakan MyKad sewajarnya sebagai kebolehan membeli diKR1M. Barulah berkesan. Buat lah promosi atau cabutan bertuah yang melibatkan penggunaan KAD KEAHLIAN atau MyKad itu supaya menarik pelanggan lebih ramai lagi.

    ReplyDelete
  4. apa!? hasan malik? Menteri cap ayam tu?? Biar betol!! Bilalah bro nk buat open komen ni! Parpukari III ?

    ReplyDelete
  5. Salam. Saranan yang kurang bijak. Adakan kad diskaun atau kad bijak. Harga lebihkan beberapa persen. Katakanlah 10%. rakyat tempatan di beri kad diskaun,. bila beli dikedai 1Malaysia gunakan kad itu terus dapat potongan 10%. Jadi rakyat tempatan yang menikmati barangan yang murah itu.

    Fikir-fikirkanlah!..................

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http;//saatjais.wordpress.com

    ReplyDelete
  6. yes infinit,bukan tu je komuter ,lrt, apa apaje yang patutnya hanya rakyat malaysia sahaja dapat kepentingan

    ReplyDelete
  7. Jangan anggap KR1M itu sebagai tempat untuk membeli sahaja!!! namanya pun kedai, jadi jual sajalah apa yang perlu dijual...lepas tu kira untung, bukan kira siapa yang layak dan tak layak membeli..Menteri pun kekadang tergelincir juga otak, lebih-lebih lagi masa PAU ni.

    KR1M ini juga adalah pusat pembekal-pembekal Melayu memasarkan produk mereka. Kicap, sos, roti, kerepek, tempe dll. Kalau nak harapkan Petronas, hanya dua tiga kerat yang dapat laluan, itu pun kena kowtow Omar & The gang dulu. Mana tahu, banyak-banyak produk Halal Melayu yang dipasarkan di KR1M itu, boleh dibawa dan dikenalkan oleh warga asing ini kenegara mereka.

    Warga asing beli barang di KR1M tu pun diaorang bayar, bukan ambik free!!! Masuk duit pada tuan kedai, barang laku habis cepat...pas tu order stok baru pulak, habis lagi dan lagi seterusnya. Benda macam ni pun berat sangat ke nak pikir??? Lainlah kalau KR1M tu nak dijadikan Muzium Kulat dan habuk ( roti & kerepek berkulat, tin biskut berhabuk )

    Haiyya wa ciakap sama lu niaga airbatu lagi baik, angkat pagi tingah hali gelenti abis punya, cair....Niaga balang lain musti kasi olang beli maaaa....

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!