INI BUKTINYA MB KEDAH MEMANG BERJIWA RAKYAT

MB kedah lepas tolong orang banjir di Kedah.


16 Responses to "INI BUKTINYA MB KEDAH MEMANG BERJIWA RAKYAT"

  1. Aku sokong Mukhriz bukan sebab dia anak Che Det.
    Tapi sebab dia berwawasan, tak banyak cakap tapi kerja jalan.
    Tak cepat melenting, berfikiran luas, pandangan pun luas.
    Tegas dalam diam, ada pendirian
    Berani buat perubahan dan menghadapi perubahan.
    Selalu merendah diri, tak pentingkan status dan gelaran.
    Mendahulukan rakyat dari kepentingan sendiri.
    Itulah dia Mukhriz Mahathir.........a cool guy with principle.

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah mb kedah....mmg sempoi sampai dlm bloomberg pon masuk cerita pasal mukhris kalah dgn hisham..malu tak habis lagi ni

    ReplyDelete
  3. Kang ramai yang kata menunjuk nunjuk pulak..walau pe pun good luck Dato MM moga PRK Sg Lemon berjaya

    ReplyDelete
  4. habis manis sepah dibuang bro. Mohon Allah terus beri kekuatan kepada DP MUkhriz walaupun di pergunakan dan dipermainkan oleh juak juak UMNO

    ReplyDelete
  5. wei...sudah2 lah build up tu. dah kalah...watlek watpis. tetiba pulak pakai selipar jepun. padahal dalam rumah pun pakai TODS. buat muka kesian.

    gua dah cakap dulu, nak jadi VP umno bkn setakat bergantung kpd ansara. perlu belajar politik banyak lagi. kalau tak kerana kesian, 15 bahagian pun belum tentu undi lu bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis dah banjir pakai la slipar bengong. Kau tak vote mm org lain vote dia. Blah la lu...lidah slipar.

      Delete
  6. gambar yang menarik bro... tapi boleh diitaksirkan juga sebagai "MB bagus dan berjiwa rakyat yang bersendirian/ di pinggirkan".

    ReplyDelete
  7. Mukhriz yang aku kenali.

    Orangnya sampoi habis. Tak ambil kisah protokol protongkol. Bila berbicara tak nampak sombong atau besar diri. Boleh ke tepi dan boleh ke tengah. Payah nak jumpa la pemimpin yang macam tu. Tengok gambar tu pun hangpa dah boleh baca karektor dalaman yang ada pada Mukriz. Kami orang Kedah rasa senang hati dapat MB yang macam tu ... mudahan2 Mukhriz akan maintain macam tu samapi bila2.

    Insyallah Sungai Limau akan dirampas oleh Umno pada PRK kali ini. Kalau Jerlun yang sejak sekian lama terkenal sebagai kubu Pas mampu di tawan oleh Datok Mukhriz pada PRU 12 dan 13, maka apalah sangat hebatnya kekuatan Pas di Sungai Limau tu. Faktor Mukhriz akan mengubah sejarah DUN Sungai Limau.

    Mat Kedah

    ReplyDelete
  8. Zahid Hamidi ckp "ayoh kita ramai2 ke sg Limau. Ayat TS Mahyuddin "kita akan ke Sg Limau...". Hishamuddin keris ckp "saya akan ke sg. Limau untuk bantu MM...". Tokoh hebat2 ckp "kita". Tapi sorang mamat ni "saya...". Amat kurang hemah.

    ReplyDelete
  9. Berjiwa rakyat atau tidak itu bukan ukuran sesebuah kerajaan negari. Jika benar ingin kan kebahagian rakyat maka seharusnya MB mencari keadah untuk tidak berlaku banjir dikawasan yang terjejas. Apakah setiap kali banjir maka setiap kali MB terpaksa turun padang untuk menunjukan ianya seorang MB yang berjiwa rakyat. Tugas MB adalah untuk mentakbir negeri dan memberi kesejahteraan kepada seluruh rakyat. Seharusnya MB dan kerajaan negeri mencari keadah untuk mengatasi masalah banjir dengan menyeluruh. Kepada bloger2 jangan lah terlalu hendak mencari sesuatu maka gambar yang sedemikian ditunjukan seolah Mukhriz adalah seoarang MB yang terbaik dinegara kita. Biar lah Mukhriz menjalankan tanggungjawap tanpa dengan ganggu oleh cerita2 yang sebegini. Ada orang yang akan menyukai nya namun yang tidak menyukainya lebih ramai. Jika kita jujur dengan kerja yang kita lakukan maka ALLAH SWT akan sentiasa bersama kita.

    ReplyDelete
  10. Dari dulu saya mmg suka kpd mm sbb dia seorang yg rendah diri tetapi masih tegas. Dlm politik tidak mampu untok jadi too gud mesti ada ketegasan. I vote for him anytime. Semoga berjaya menjadi pemimpin yg d hormati dan urusan negara juga urusan dunia akhirat. Ameen. Allah berada kpd pihak yg benar semmgnya Dia Maha Melihat lagi Maha Mendengar keluhan umat2 nabi muhd saw yg tulus ihklas lagi jujur. Semoga d beri perlindongan dari di khianati dan anaiya rakan2 politikus.

    ReplyDelete
  11. Inilah contoh seorg pemimpin yg berjiwa rakyat bukan sekadar kata2 sahaja. Dato' Paduka Mukhriz tidak kekok menyingsing lengan dan turun kebawah membantu rakyat miskin dan daif yg ditimpa musibah. Pemimpin beginilah yg kita harapkan bakal memaju dan memakmurkan negara utk masa hadapan kerana sikap rendah diri dan tawaqduh yg YB pamirkan telah berjaya menambat hati penduduk setempat. Apa salahnya seorg pemimpin meninjau sendiri keadaan rakyat sepertimana dilakukan oleh Khalifah Umar Al Khattab yg terkenal ngn sikap tegas dan berjaya memastikan kehidupan rakyat terbela dan hidup aman damai. Saya amat yakin Dato' Paduka bakal muncul sebagai seorg peminpin yg disenangi oleh rakan musuh dan kecermerlangannya mungkin melebihi ketokohan ayahandanya....insyaallah.

    ReplyDelete
  12. Umno pasti menang kali ini di Sg Limau. Lima penggal dalam kegelapan ... masih tak cukup lagi kah ?????

    ReplyDelete
  13. Saya amat mengagumi Dato Mukhriz kerana perwatakan beliau yang sederhana. Malah isteri beliau pun tidak di tonjolkan seperti lain pemimpin yang kaki glamour.

    Kalau BN kalh di Sg. Limau pun saya tak akan menyalahkan Dato Mukhriz.
    UMNO kata nak Tranformasi Politik dan meremajakan UMNO la. Tapi yang di pilih masih yang tua bangka, terpalit dengan scandal dan perasuah dari tingkat 4, zaman Pak Lah. Mementingkan diri saja, mereka yang memilih pemimpin dalam PAU lepas. Jangan2 kerana habuan wang dan janji dapat jawatan.

    Setelah Putus-asa dengan PAU, mari kita beramai-ramai BOIKOT PRK Sg.Limau.

    Biar PAS menang, sebagai tanda persahabatan sesama Melayu Islam.

    Dengan lebih ramai orang atas pagar dan penyokong UMNO yang dah meluat, elok saja PAS keluar dari PR, tolak semua Anwarinas dan Syiah, supaya kami ada pilihan lain. Kalau ditubuh lagi satu Party Melayu atau PERKASA jadi Party Politik, bertambah pecah lagi lah kita.

    ReplyDelete
  14. PRU 13 dulu aku mengaku undi Pas kerana terpengaruh dengan slogan INI KALI LAH. Aku ingat slogan itu ciptaan Pas punya, rupa nya itu adalah slogan ciptaan DAP (kalau melayu mesti sebut KALI INI LAH, hanya cina saja yang sebut INI KALI LAH). Aku dan rata2 ahli Pas dah kena tipu hidup2 semasa PRU 13. Kami undi PR dengan harapan Pas jadi dominan dalam PR, tahu2 selepas PRU 13, Pas menang paling corot, yang menang paling banyak DAP.

    Memang sah slogan INI KALI LAH nampaknya menguntungkan DAP. Aku menyesal dan teramat menyesal kerana terlalu lemah untuk memahami Bahasa Melayu. Aku menyesal kerana aku adalah antara ahli Pas yang bergitu besemangat mengarakkan bendera DAP bersama bendera PAS serata kampong dan lorong dengan memakai baju T bertulis INI KALI LAH. Tetapi syukur kepada tuhan kerana sekarang telah menyedarkan aku.

    Aku masih ahli Pas tetapi akan memilih Umno pada PRK di DUN Sungai Limau. Aku suka dengan cara Mukriz .... low profile dan mesra rakyat.

    Ahli Pas Selengkoh

    ReplyDelete
  15. Mukris kalah tak heran, itu hanya test market saja. Kita tunggu tengok musim akan datang pulah.
    Mukris adalah pemimpin yg diharap.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!