FUYOOO! ZAHID HAMIDI PUN NAK KENA MANDI JUGAK KE?

Itulah yang aku dengar dari seorang sahabat semalam, katanya gerakkan untuk menjatuhkan Zahid Hamidi pun sedang dijalankan. Tapi bagi aku bodoh la sesiapa yang nak jatuhkan Zahid, sebab sekarang ni dalam UMNO dialah anak jantan yang berani mati punya.

UMNO perlukan dia, kita semua tahu Zahid punya, no nonsense, straight to the point, no warning-warning. Just do it! Aku bangga dengan Zahid! Dulu aku tak minat dengan style dia tapi akhirnya aku silap dan aku suka aku silap sebab ternyata die memang menteri jenis tegas.

So perwakilan yang ada kuasa semua, pastikan korang sokong Zahid Hamidi. Siapa nak kasi dia mandi maka korang mandikan orang tu balik. Selain Mukhriz, Zahid tetap pilihan aku. Pendek kata dia ni takde rahisa-rahsia semua, dia ni memang anak jantan yang boleh ajar sama pengkhianat yang terlampau!

HIDUP ZAHID HAMIDI!

31 Responses to "FUYOOO! ZAHID HAMIDI PUN NAK KENA MANDI JUGAK KE?"

  1. Tak usah bimbang , manusia hanya merancang , tuhan tentukan segalanya. Yang penting tuan badan dan penyokong betulkan niat dan jangan lupa mohon dengan Allah. Banyakkan ibadah , kurangkan tidur , lebihkan kerja dan mengharap pada ALLAH. ALLAH dah janji akan bantu pada yang mengharap padaNYA.. Dan jangan putus asa. Insaallah Berjaya.

    ReplyDelete
  2. KUASA DITANGAN ALLAH bukan ditangan manusia..Manusia hanya mampu merancang tapi ALLAH YANG MENENTUKAN...

    ALLAH saja yang mengetahui segala rancangan jahat yang telah dilakukan oleh golongan ini terhadap ayahandanya selama menjadi PM dulu tapi mereka tak mampu menjatuhkanya.

    Segala yang berlaku mengikut ketentuan ALLAH.
    Ini yang golongan ini tak sedar kerana golongan ini TAK ADA IMAN .

    ReplyDelete
  3. bagilah peluang kat dia pulak...kalau nak maju kenalah berani berubah!!!!! Yg lama tu...takkan dok tak kenyang lagi kut???? tembolok jenis apa hampa ni?????

    ReplyDelete
  4. http://kedahku.blogspot.com/2013/10/ahli-parlimen-berkempen-di-padang-golf.html


    ada org kempen di padang golf beb..

    sdr parpu... betul yg tuan tulis,,,

    ReplyDelete
  5. kalau mukhriz kalah, aku dengan bini dan kaum keluarga aku yang ramai x akan keluar mengundi dalam pru yang akan datang!

    biar umno bungkus!

    ini bukan amaran macam kerismuddin tapi sumpah!

    pergi mampus dengan si kerajantan dan kerismuddin!

    berkempen macam bacul!

    tuihhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun dh buat kptusan mcm tu....
      jika Kerismudin dipilih lagi dn kekal, aku dn keluarga tidak akan mengundi pada PRU 14.
      jelas menunjuk ahli2 UMNO bebal.
      Pi mampos dgn UMNO.

      Delete
    2. jgn jd mcm Sgor, kesian org melayu. lihat di Shah Alam krn benci UMNO pilih PR. dah 2 penggal PKNS hanya bina rumah mewah terutama di shah alam tahap dewa yg x mampu dibeli rata2 org melayu. Bangsa asing akan beli dan shah alam mula dibanjiri bangsa lain. tak lama lg akan wujud pub dan rumah urut yg selama ini x pernah wujud dr sec. 1-35 atas arahan Almarhun Tuanku Sultan Salahuddin. Dan tak lama lg gerai mkn tepi jln jual mknn berbabi pun akan muncul! !!

      Delete
    3. Berkubur lah UMNO kalau si Hishamuddin Cium Keris dipilih Naib Presiden. Di mana jawatankuasa disiplin? Tak lihat surat khabar ke, hari-hari asyik tonjol Hishamuddin kempen.guna aktiviti Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan. Ada kah kerana di tu sepupu kepada Presiden UMNO/PM maka dia tu kebal dari tindakan disiplin. Kalau Tan Sri Isa dulu kena, Hishamuddin pun kena jugak. Pengundi UMNO, pilih lah sapa-sapa EXCEPT Hishamuddin. Terima kasih.

      Delete
    4. Ye ke ni?Gua dok di shah alam happy sgt.tu bangsa lain kat kg lu pun dah ramai.

      Delete
  6. kalau aku tulis ni, konfem ada perwakilan yg marah dan menyumpah. sebenarnya perwakilan umno ni nampak je bertelur, cakap berdegar2 macam gendang perang. bila mengundi, mereka hanya tukang undi sahaja sedangkan keputusan siapa nak dipilih bukan atas pilihan sendiri. mereka hanya kuda, keldai dan anjing suruhan. berani berubah apanya macam tu. penakut dan telur tembelang adalah...huhhh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btulx3. Sokong 100% kenyataan usin

      Delete
  7. Yop memang dari awei deme nak canteh mukirz takkan miker tak tau. dari presiden sampei ke bawah pasei deme ni korang selesa cara mukriz. klo sesame deme senang paraid, maklum le lu tong wa wa tolong lu. deme udah ade pelan peralihan yop: pru14, najib pm dan hisham sebagai timbalan pm & tim presiden. lepeh tu kj pulak. zahid klo ikot percangan deme goodbye my flower yop. teman dengor deme cerita masa mbeli sayor di pasara borong selayang tadi leee

    ReplyDelete
  8. Kemenangan besar KJ dah menunjukkan blogger tak boleh buat apa-apa. Begitu ramai blogger otai yang hentam KJ dan sedikit sangat blogger hingusan dan berbayar yang menyokong dia, akhirnya dia menang besar,...orang UMNO baca blog ke? atau asyik dok makan sana, makan sini, salam sana, salam sini masa musim "durian runtuh ni"... apa kesah pada perjuangan, apa kesah pasal alif, ba, ta, asalkan aku kenyang hari ni,..esok lusa lantak laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KJ boleh menang tapi kita semua tahu dia tak ada integriti sebagai pemimpin Melayu.

      Delete
  9. Undi saya pada yb mukriz walaupun aku orang selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua sokong lu bro . . .

      Delete
  10. ala kesian kunun.. nak berubah kunun.. dolu ko juga yg tak sokong kj n ijat.. last sokong.. plak... mereka2 nie barisan kepimpinan yg lunyaikan umno kemudian diamkan diri.. nasib pakatan teruk sgt merabannye.. hingga org melayu nak tak nak pangkah juga umno n bn.. termasuk ahli2 pas.. tp mereka pejamkan mata dan kata mereka yg usaha hingga umno dan bn masih berkuasa...

    ReplyDelete
  11. Pepatah mengatakan: bola itu bulat... dan padang bola itu rata, namun itulah gandingannya. Siapa tahu, Mukhriz mungkin diterima sebagai salah seorang VP UMNO. Pandangan saya yang tak seberapa ini: Mukhriz mungkin jadi VP kali ni dan meloncat menjadi TP di pilihan yang seterusnya apabila TS Muhyidin bersara atas factor umur. Dan akan tiba masanya Najib menyerahkan jawatan penyandang Presiden sebelum tempohnya tamat., kerana beliau juga mungkin bersara selepas itu...

    Kalau ada orang mengatakan ada quota VP untuk anak bekas PM, siapa yang akan anda pilih untuk menerajui UMNO pada masa depan, Mukhriz atau Hishamudin. Tepok dada tanya selera politik anda untuk masa depan generasi kita yang akan datang (bukan untuk diri kita sekarang ini). What we do now is all for the future generation.

    ReplyDelete
  12. butuh la korang semua..kami hanya akan beri undi pada mereka yg bayar tinggi..iniah masanya kami nak pow perwakilan...masyyukkk...ahli umno dan rasuah mmg sebati..tak sabar nak tunggu duit dr team KJ....masyuukkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli pakatan iblis tipu perwakilan jadi keldai dan kaki baling kerusi.... bertamadun lah sangat..

      Delete
    2. Tolonglah jangan buat komen bangang. Please . . .

      Delete
  13. Yang aku heran nya puak2 ni, orang menyebabkan UMNO dan BN hampir mampos dalam PRU 12 sekarang dapat 99.9% undi!!! Formula hapa korang pakai??

    ReplyDelete
  14. KJ vs MUKHRIZ..itulah hakikatnya,kompetitif,tapi Allah swt sahaja menentukannya..Mukhriz akan mengimbangi kuasa dalam UMNO sendiri dengan cara tersendiri.Aku percaya,akar umbi menyokong Mukhriz sepenuhnya tanpa rasa belah bagi.UMNO harus sedar,bahawa keputusan PRU-13 belum menjamin kekukuhan BN memerintah pada masa akan datang melainkan dengan ada pemimpin-pemimpin yang tidak mimpi disiang hari.Aku yakin Mukhriz mampu menongkah UMNO dengan momentum lebih baik dari apa yang ada sekarang.Syabas!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mukhriz will be the moderator in UMNO.

      Delete
  15. berapa banyak kita kondeem kj, dia menang jugak. berapa banyak kita kondem shahrizat dia menang jugak. berapa banyak nak kutuk hisham pon, percayalah dia menang jugak....udah...udah le tu.umno tunggu masa nak kena talkinkan aje.

    ReplyDelete
  16. Memang betul ada usaha untuk jatuhkan zahid konunya terlalu keras dan TDM memberi sokongan pada zahid.Kini puak libral sedang rancak merasuah pengundi.Merika ini menerima tajaan berjuta RM.Dan amat licik dan amat sukar dikesan buat masa ini ........Tapi tunggu 2 tahun anda akan nampak hasilnya .
    tengoklah nanti hisham akan terus kekal dan satu kejutan akan berlaku bila zahid dan miukriz akan tercicir serta safiee akan disejukan dan Isa akan naik .....tunggu........ini bukan cakap kosong .....

    ReplyDelete
  17. Peratus untuk mukhriz mng hanya 1% sahaja , mengikut psyhcology politik , najib sedang berusa untuk menghapuskan legasi yang dibina oleh Tun M , tak kira di kabinet mahupun didalam parti (umno) . Dengan adanya jawatan tertinggi untuk orang2 dari legasi Tun M ini didalam parti , tak mustahil satu hari nanti legasi Tun M akan kembali mengeromboli kabinet malaysia . Itu yang ditakuti oleh Team Najib . Jadinya mahu tidak mahu , mereka akan cuba untuk menghapuskan legasi Tun M yang ada skrg . Hanya tinggal segelintir saja yang tinggal . Aku harap perwakilan bijak untuk membuat pilihan , ini bukan kerana aku menyokong Team Tun M mahupun Team Najib . Tapi demi masa depan UMNO itu sendiri . Kita boleh lihat dan bandingkan UMNO dizaman Tun M dan UMNO sekarang .

    ReplyDelete
  18. Jgn marah teman kabor tapi kome jgn le penin2: perwakilan umno ni dah mcm lembu, deme akan ikot kehendak presiden dan menangkan hisham campor zahid & shafie. zahid nakkan hisham pasei udah ator pelan peralihan melibatkan kj bawah hisham. zahid & shafie sebagai perhiasan aje. tapi jangka panjang hisham akan dinaikkan supaya kepentingan keluarga deme dapat dipelihara. jgn tekezot anak najib/rosmah si ashman pon sdang dipersediakan utk turut serta! kan dia pandei ckp cina?

    ReplyDelete
  19. aq sokong sgt tindakan zahid hamidi sejak kebelakangan nie... tindakan yg diambilnya sedikit sebanyak membuatkan ramai gengster2 kecut teloq utk buat sesuatu.. syabas dan dah tentu ada yg x suka apa yg dibuatnya terutamanya dalang2 di sebalik geng2 tue.....

    ReplyDelete
  20. Pemimpin yang ada ni nak uruskan keluarga sendiri pun tak boleh macam mana nak urus negara. Menteri KDN takut bini?

    ReplyDelete
  21. Zahid ni satu je..... Dia tak berapa pandai..... Ingat tak dia pernah di jadikan kuda tonggangan kepada Anwar Ibrahim ketika beliau jadi Ketua Pemuda dulu bagi melawan PM pada masa tu dalam kes kroni. Kalaulah dia jadi PM nanti... takut pula ada orang lain yang akan menonggangnya untuk kepentingan mereka. Kes kena tonggang ni menampak kan dia tak bijak....

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!