FUYOH! PERAK TODAY BUAT JEJAK KASIH KAT TANAH SUCI LA!

Beberapa hari yang lalu, krew Perak Today telah menemui dan berbicara dengan seorang jemaah haji yang menetap di Maktab Abraj Al Janadiriyyah.

Tidak mahu namanya disiarkan, beliau telah bertanyakan bagaimanakah kaedah terbaik untuk menjejaki jemaah di bawah kelolaan TH yang sudah berada di sini?

Menurutnya, pihak keluarga salah seorang kenalannya di Malaysia merasa agak bimbang kerana jemaah tersebut tidak mengirim sebarang khabar berita.

Beliau juga menunjukkan kepada kami ‘message’ WhatsApp yang diterima daripada pihak keluarga si kenalan itu.

Krew Perak Today telah membawa jemaah tersebut untuk mendapatkan Khidmat yang ditawarkan pelanggan Operasi Haji di maktab yang kami tinggal.

Mujurlah dengan sistem canggih pihak pengurusan TH, maklumat mengenai jemaah yang cuba dijejaki itu berjaya diperolehi.

Laporan seterusnya di Lambaian Kaabah - Perak Today

0 Response to "FUYOH! PERAK TODAY BUAT JEJAK KASIH KAT TANAH SUCI LA! "

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!