CILI KASI TARUK! MACAM-MACAM HAL PASAL PEMILIHAN UMNO KALI INI, WAYANG ATAU HAKIKAT?

Tak seronok aku bila aku baca artikel INI, KLIK SINI pasal dengar-dengar kat bawah tu semacam dah ada satu 'game' atau persetujuan supaya Naib Presiden yang ada sekarang dikekalkan. Aku yakin Zahid Hamidi tak terlibat dan dia memang seorang yang gentleman. Sejak dari mula lagi Zahid kata ini pertandingan adik beradik dan sesiapa sahaja dipilih kita kena terima.

Apabila The Unspinners menyiarkan artikel 'MAY THE BEST MAN WIN" aku sangat bersetuju dengan artikel ini. Sebab biarlah mereka bertanding secara sihat dan bukan ada tangan-tangan ghaib demi nak selamatkan seseorang tu paksa ahli kebanyakan untuk menerima keputusan tersebut.

Kita nak tengok perubahan. Kita tak nak la seperti apa yang telah ditulis oleh Another Brick kat sini masih dalam parti keramat orang melayu ni kan? Yalah ada calon yang dapat kementerian yang ada banyak wang dan mempergunakan kesempatan tu untuk beli selagi boleh perwakilan kan? Ingat wahai Pak Menteri, itu amanah yang diberi supaya rakyat susah dibela bukan salah guna untuk kuatkan diri sendiri ok?

Lagi satu aku perhatikan, bilamana badan perhubungan dipertanggungjawapkan dengan supaya calon baru diperkenal, aku agak skeptikal sikit sebab takut nanti di peringkat bahagian nanti, mana la tau kot-kot ada ketua bahagian yang tak mahu calon tertentu diperkenal, kan kesian yang baru nak mencuba tu?

Belum apa-apa lagi dah kena block, macamana la UMNO nak berubah kalau macam ni? Aku tak tuduh cuma risau sebab sudah ada cerita-cerita calon-calon baru yang nak cuba nasib disekat! Sepatutnya mereka diberi kebebasan untuk berjumpa dengan perwakilan sendiri la kan?

Contohnya bab pemilihan Ketua Pemuda, Akram ada blogger yang membela beliau, KLIK SINI dan Khairy juga ada yang membela beliau KLIK SINI. Macam kata Unspinners tadi, kita kena adil dengan semua. May the best man win, tak perlu la nak sekat siapa-siapa pun.

Pemilihan kali ini melibatkan ramai ahli UMNO, aku suka cuma jangan la disekat calon-calon yang mahu perkenalkan diri mereka. Ini bukan calon untuk peringkat atasan saja tetapi aku cakap tentang bahagian mahupun cawangan. Kita perlukan TRANSFORMASI, maka jangan la sekat mereka...itu aje permintaan aku..

Apa pun, wahai perwakilan UMNO yang berjumlah seratus ribu lebih, jangan rosakkan masa depan parti dengan salah pilih calon. Pilihlah dengan bijak ya. Ini untuk masa depan anak cucu kita ni tau.

8 Responses to "CILI KASI TARUK! MACAM-MACAM HAL PASAL PEMILIHAN UMNO KALI INI, WAYANG ATAU HAKIKAT?"

  1. ini mcm la parpu. STEDY !!!

    ReplyDelete
  2. Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.

    Sekiranya berminat, sila hubungi :-

    DRINA DMARYA RESOURCES

    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's)

    Tel : 03-33745230/ 013-3311606

    WEB KAMI :

    kahwinthaibest.blogspot.com

    drina1998.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Realiti nya ada sorang NP sahaja yang sibuk sangat dan secara terang meminta agar team NP sekarang dikekalkan. Secara retorik nya dia cakap team NP sekarang mantap dan bekerjasama rapat menyokong dan membantu TP & Presiden. NP lain tak ada pulak berkempen untuk mereka dikekalkan. NP seperti Zahid dan Shafie cool.....Mereka tak risau kerana mereka tahu mereka telah menjalankan kerja mereka. Tapi yang sorang nie, mat keris@hisham beriya-iya kesana kemari sampai habis dilanggar majlis si Sharizat demi untuk menonjol diri. Hisham harap orang Johor akan sokong dia 100% (berangan lah wea), dan menempek tumpang aura Najib di Pahang untuk tambah sokongan. Mungkin kerana dia cousin Najib maka Hisham berharap orang Pahang akan undi dia. Hisham hang silap yob. Rata-rata orang UMNO tengok hang FAIL giler !!!! Kalau pengundian seramai 1,600 orang boleh lah hang "beli".....tapi sekarang 139,000 pengundi....baru lah demokrasi. Hisham, hang dah silap besar yob kerana hang lembik dan tak cerdek buat kerja. Kot-kot hang ada "skeleton hidden in the closet" ker sehingga gang PKR boleh control hang??????

    ReplyDelete
  4. Ape cite audit negara? Mcm babi je berbelanja..

    ReplyDelete
  5. pastikan calun bertanding di level atas ada wakil sebagai saksi calun bertanding dr awal hingga kira undi mcm pru... supaya pengiraan undi tak ditipu... supaya kertas undi tak ditukar.. byk kertas ni... mcm mcm boleh berlaku..

    ReplyDelete
  6. Aisey man... kuah hendak tumpah ke mana? Insya Allah.... benih yg baik akan membuahkan hasil yg baik juga. Kajian Merdeka Center yang menunjukkan populariti Tun Dr Mahathir Mohamad mengatasi pemimpin Umno pada masa ini mengejutkan mantan Perdana Menteri itu. Pemimpin yang paling lama menerajui negara itu mengucapkan terima kasih kepada badan kajian itu sambil berseloroh mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Kajian Merdeka Center mendapati populariti Dr Mahathir mengatasi pemimpin Umno pada masa kini dengan mendapat undian sebanyak 79 peratus mengalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (69%), Tan Sri Muhyiddin Yassin (54%) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (58%).

    Berita mutakhir mengesahkan Obama tidak jadi melawat Malaysia kerana kemelut yg dihadapi di negaranya. Alhamdulillah....syukur do'a kita dimakbulkan Allah SWT kerana kita tidak rela sama sekali negara ini menjadi boneka/budak suruhan Zionist/USA. Entah berapa juta duit kita habis dibelanjakan oleh JJ (Jamaluddin Jarjis) untuk melobi Obama melawat negara ini. Satu lagi kerja mungkar tuan-tuan penasihat Liberal yg tidak direstui oleh Yang Maha Kuasa.

    ReplyDelete
  7. KJ anatara pemimpin Pemuda UMNO yg paling lemah sekali dalam sejarah UMNO... Lembik dalam mempertahankan dan memperjuangkan bangsa Melayu... Peranan pemuda UMNO sebagai tulang belakang orang Melayu hancur.. Sehingga peranan ini terpaksa diambil oleh NGO seperti PERKASA, JALUR TIGA DLL..

    ReplyDelete
  8. Kita sokong konsep "free for all" dan kita juga sokong perjuangan orang-orang lama seperti Tan Sri Isa Samad. Ikuti kami di https://www.facebook.com/isasamad dan http://jeneralawam.com

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!